Kota Bharu 273km
Setelah rancangan aku untuk menyelusuri Negeri Serambi Mekah tertangguh hujung tahun sudah atas sebab sebab yang tidak dapat dielakan,maka hari ini aku memulakan perjalanan hari pertama aku.
Aku bertolak dari KL lebihkurang jam 9:30 pagi tadi dan kelana ini hampir saja gagal bila kereta aku buat hal semasa pendakian Karak Highway sebelum tiba ke Genting Sempah.Tiba tiba suhu injin kereta aku berada diparas kepanasan luar biasa dan hampir hampir mencecah zon merah.Mujur bila aku berpatah balik dan berhenti si Stesen Petronas R&R Genting Sempah ianya masih belum melangkaui zon merah,kalau tidak tentunya top gasket aku akan jadi mangsa.
Aku biarkan enjin sejuk ketika sebelum memeriksa apa yang sebenarnya berlaku.Air dalam radiator ok dan tidak discharge keluar kerana terlalu panas...water pump berfungsi...minyak injin juga cukup dan tidak ada tanda tanda atau bau saperti sesuatu terbakar dalam ruang injin.Ok fine...
Not so fine...sebab aku masih tak dapat mencari punca kenapa suhu injin kereta aku melonjak tinggi semasa pendakian sebelum Genting Sempah.Aku berfikir sejenak...Jika puncanya semasa pendakian tadi maka tiada masaalah jika aku berpatah balik ke KL kerana ianya parjalanan menuruni bukit dan mungkin itu lebih baik dari aku mengambil risiko kemungkinan breakdown kat celah celah hutan antara Kuala Lipis dan Gua Musang nanti.Tapi...kenapa aku tak cuba sehingga Bentong yang tak berapa jauh dan masih boleh berpatah balik jika perkara yang sama berlaku.So aku pilih option dua dan meneruskan perjalanan ke Bentong..
Saperti yang aku andaikan...memang tiada masaalah bila kereta aku menuruni bukit laluan ke Bentong dan suhu injin berada diparas normal.Cuma bila melalui pendakian dibeberapa lokasi suhunya naik keparas tinggi semula.Aku dah pun sampai di Bentong tanpa masaalah...jadi apa salahnya jika aku teruskan saja sehingga ke Raub..so aku berdoa dan bertawakal dan meneruskan perjalanan.Cuma dalam doa dan tawakal itu aku lakukan langkah langkah perlu cuba menghindar masaalah dengan mengisi COOLANT bila aku tiba di pekan Raub.
Langkah langkah persedian di Pekan Raub...
1 litre coolant...
Alhamdulillah aku menaip posting ini dari Kota Bharu...he he he.
Aku tak tahu apa yang aku cari dalam kelana pendek ini dan aku tiada tujuan tertentu pun,cuma sekadar ingin lari sekejap dari stress di ibukota...itu je
Kalau ada yang menarik untuk dikongsi dalam kelana pendek aku ini pasti akan aku kongsikan nanti..
Singgah pekena sup di Gua Musang
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.