Terima kasih Allah atas kurniamu... @NajibRazak @tunfaisal @tengkuadnanreal @KhairyKJ


Hari ini 12/12/13 Blog APA mencipta rekod tersendiri bila BERJAYA MEMINTAS blog sahabat Amenoworld dan seterusnya menjadi BLOGGER SOPO (sosial politik) MALAYSIA NO.1.

Alhamdulillah dan terima kasih Allah atas kurniamu ini.

Ramai yang akan berkata "Apa ada dengan ranking...?".

Tapi ingin aku bertanya kepada korang yang sering mencebikan bibir bila aku memperkatakan tentang ranking...

"Jadah apa korang menulis Blog atau berFacebook kalau korang tidak mahu dikenali dan bukan berniat untuk tulisan korang dibaca dan diikuti oleh seramai mungkin pelayar internet...?"

Kalau jawapan korang "tulis hanya untuk suka suka",aku rasa baik korang jangan buang masa korang.Lebih baik korang jual air tebu tepi jalan dari membuang masa berjam jam mengadap komputer sama ada korang memanggil diri korang blogger atau facebooker.

Jadi tidak perlulah korang memperkecilkan usaha orang lain hanya kerana korang tidak pernah sampai atau tidak mampu sampai ketahap yang sudah dicapai oleh orang lain dan peringatan ini aku tujukan juga kepada DIRI AKU SENDIRI agar tidak mudah lupa diri dan takabur dengan Anugerah Allah Taala yang sementara ini.

Semasa kali pertama dua jari telunjuk aku mengetuk keyboard komputer yang dihadiahkan oleh anak bujang aku pada bulan April 2010 (2 bulan sebelum hari lahir aku yang ke-50) ,aku adalah seorang yang BUTA IT.Memang aku zero knowledge tentang komputer sebelum itu dan tidak tahu apa apa mengenai alam maya tiada sempadan ini dan tidak menyangka hari ini aku akan jadi BLOGGER POLITIK MALAYSIA NO.1.

Bukan untuk bermegah megah,tapi sekadar ingin memberi semangat dan peransang kepada yang belum ada keberanian saperti aku sebelum April 2010,bahawa tiada apa yang mustahil jika kita berkehendak dan berkeyakinan dan umur tidak membataskan apa yang mampu dan tidak mampu kita lakukan.Paling penting kemahuan dan usaha keras tanpa jemu dari kita...itu saja formulanya.

Bercakap pasal pencapaian aku hari ini,mungkin ianya bukan a big deal kepada sesetengah pihak yang memang tidak pernah menerima kehadhiran aku dalam keluarga blogger pro-Umno selama ini.Tapi blog sahabat Amenoworld dari Pakatan Rakyat belum pernah dipintas oleh mana mana Blogger Pro-Kerajaan sebelum ini sejak bertahun tahun lamanya.Kalau ini bukan satu pencapaian...aku tak tahu apa yang korang nak difinasikan...

Minggu sudah (tanggal 4 Disember) aku mencipta rekod aku tersendiri bila merampas kembali Takhta No.1 Blog Pro-Umno untuk kali ke-2 bila pernah menduduki takhta itu setahun lebih yang sudah.Suka atau tidak belum pernah ada blog pro-Umno yang mampu melakukan apa yang berjaya aku lakukan dan lebih manis lagi bila ianya aku lakukan sewaktu berlangsungnya Persidangan Agung Umno 2013.

Tapi...

Jangan korang sangka BLOGGER NO.1 UMNO akan mendapat layanan VVIP dari pemimpin pemimpin Umno kerana saperti yang aku tulis beberapa hari sudah dalam Persidangan Agung Umno 2013 yang baru lalu aku hanya diberikan penginapan HOTEL LENDIR yang kononnya ditaja oleh seorang pemimpin besar Umno (tapi akhirnya aku yang kena bayar bil hotel sendiri bila check-out) dan menjadi BLOGGER NO.1 UMNO aku tidak dibenarkan berada dalam Dewan Merdeka untuk bersama para perwakilan Umno yang lain.

Best kan jadi BLOGGER NO.1 UMNO...?

Jadi kepada mana mana blogger yang selama ini memasang impian nak menjadi Blogger Numuro Uno Umno,suka aku nak berpesan....Tiada apa sebenarnya yang istimewa dihujung warna pelangi yang cantik itu.

Kecuali...

Korang spesis jilat jilat,ampu ampu,bodek bodek dan bersedia untuk berurus niaga MARUAH DAN HARGA DIRI KORANG.Hanya yang sanggup diperLEMBUkan oleh pemimpin yang akan hidup mewah dan senang lenang.Tapi kalau korang memilih jalan yang aku pilih iaitu "Biar Miskin Harta Asal Kaya Maruah"...yang bakal korang dapat hanyalah Maruah dan Harga Diri...itu je.So no complain...he he he.

Hari ini aku bukan sahaja boleh berbangga menjadi BLOGGER NO.1 UMNO tapi aku juga kini bergelar BLOGGER POLITIK MALAYSIA NO.1,jadi aku boleh memilih TITLE yang mana aku nak gunakan dan bila.Lagipun kedua title yang aku pegang ini bukan ada "elaun khas" pun...sendiri sendiri syok bolehlah...kah kah kah.

Dikesempatan ini...

Aku sekali lagi memanjangkan syukur kehadrat Allah Taala kerana memungkinkan impian aku ini menjadi kenyataan.Tidak akan aku lupa dan akan aku kenang sehingga akhir hayat,adalah sokongan PARA PEMBACA BLOG INI (iaitu anda semua) yang tidak jemu jemu memberikan sokongan kepada aku.Tanpa anda semua yang tidak jemu jemu singgah diblog ini mana mungkin kejayaan ini bisa menjadi kenyataan.Jadi kejayaan aku adalah kejayaan ANDA semua juga...kejayaan kita enggan tunduk pada tekanan kuasa dan menjual maruah diri.

Turut aku hargai adalah..

Sahabat sahabat bloggers,facebooker dan tweeterist baik yang pro-BN mahupun yang pro-PR.Kesudian anda semua memberi pautan dan memanjangkan artikel apa di platform media masing masing memungkinkan ianya tersebar secara meluas dan berkesan

TERIMA KASIH PARA SAHABAT KELUARGA MEDIA MAYA SEMUA.

Akhir kalam...ibarat setelah puncak Everest berjaya aku tawan...aku letih dan sudah terlalu letih.Andaikata selepas ini aku ingin berihat panjang atau meninggalkan lapangan ini...izinkan aku berbuat demikian..

Assalam.

Dibawah adalah Ranking Alexa hari ini yang tidak dapat aku printscreen kerana laptop aku dah mula buat hal...mungkin dia pun dah letih melayan aku.Kepada sahabat Amenoworld aku pasti esuk atau lusa Sis aku ini pasti memintas aku kembali untuk kedudukan No.1.All the best sister..


AKU PEDULI APA

Global Rank
91,761 653

Rank in Malaysia
448



Ameno World

Global Rank
68,246 14,000

Rank in Malaysia


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts