Dimana "KITA" bercuti dan dimana "MEREKA" bercuti..?


Bulan Disember ini bulan cuti sekolah...bulan orang kawin dan bulan orang pergi cuti cuti.Kepada yang berkemampuan pastinya pilihan destinasi pecutian mereka adalah diluar negara,manakala yang kurang mampu destinasi dalam negara dikira sudah memadai...dan kepada yang langsung tidak mampu macam aku ini,destinasi cuti kami hanyalah didepan tv.

Menyebut pasal pilihan bercuti keluar negara ini,kepada mereka yang memang berusaha keras sendiri dalam perniagaan atau pekerjaan selama hampir setahun dan merasakan diri mereka dan keluarga mereka perlu dimanjakan...tak ada masaalah kerana mereka berhak untuk menikmati rihat cara mereka setelah berusaha selama setahun untuk diri dan keluarga mereka.

Tapi bagaimana pula dengan ORANG ORANG POLITIK aka PENYAMUN RAKYAT yang ketika ini bersepah sepah dijalan jalan raya Kota London,Paris,Rome dan bahagian Eropah yang lain,yang berada dikota kota besar di Amerika,Autralia atau New Zealand atau penyamun kecil yang hanya sekadar mampu menyeberangi Selat Melaka,Selat Teberau atau Bukit Kayu Hitam dan tak kira lah sama ada mereka bersama keluarga atau JALANG JALANG BELAAN mereka selama ini?

Golongan Penyamun yang aku sebutkan diatas ketika ini sedang bergembira menabur "hasil samunan" mereka disemerata dunia KECUALI negara ini,negara yang kononnya mereka cintai dan negara yang kononnya akan mereka pertahankan sehingga ketitisan "air mani" mereka yang terakhir...Ptuihhh !!!

Tapi KITA semua dimana ya..?

KITA yang mereka bagi gelaran untuk kita syok sendiri ...antaranya sebagai "pejuang maya","tentera maya" "pembela ,agama,bangsa,tanahair" dan "benteng pertahanan Umno paling hadapan" dan macam macam tok nenek ayat syahdu lagu pembohongan yang terus dinyanyikan  mereka agar kita terus leka dan terlena dengan retorik mereka.

Kalau apa yang aku katakan diatas TIDAK BENAR,maka ANDA semua tidak akan membaca coretan ini kerana sedang seronok bercuti bersama sama mereka atau "ditaja" oleh mereka..bukan begitu sahabat "pejuang" semua?


Tapi tidak kan ....

ANDA juga saperti AKU masih mengadap gadget masing masing menepis dan menangkis isu itu dan ini,sedang mempertahan dan membela pemimpin itu dan ini.sedangkan MEREKA yang kita bela itu sedang berseronok seronok tak hingat dunia tanpa memperdulikan kita.

ADA TAK PEMIMPIN DAN PARTI YANG KITA BELA BERTANYA DIMANA KITA BERCUTI?

ADA TAK MEREKA BERTANYA APAKAH PERSIAPAN ANAK ANAK KITA UNTUK KEMBALI KESEKOLAH TELAH KITA PERSIAPKAN?

Ada tak..?

Kalau ada pun yang ditanya hanyalah melibatkan segelintir kecil dari kita yang selama ini duduk dalam seluar dalam mereka,dicelah celah kerandut mereka,yang bergelar "penjilat dan pembodek tegar" kepada pemimpin.Selebihnya mereka akan menjawap,"Kerajaan sudah menyediakan BR1M,jadi pandai pandai lah kamu semua,tak perlu komplen....".

Jadi kalau dah begitu,jadah apa yang KORANG buat terus menulis siang dan malam dalam musim cuti ini?Sedangkan Pemimpin dan Parti yang korang beriya iya bela dan pertahankan siang dan malam 24/7 ini sendiri sedang bercuti tak hingat dunia.

Ada diaorang ingat apa yang sedang terjadi dan bakal terjadi?

Ada diaorang fikir bagaimana nak menepis segala tok nenek isu yang diaorang sendiri cetuskan?

Ada...? Ada...?

Kalau tak ada...jadah apa yang korang tengah buat?

BERHENTI MENULIS!...PERGI BERCUTI !

Walaupun hanya sekadar mampu melepak pekena teh tarik dikedai mamak.

Janji CUTI...



Jom kita CUTI style ini...jimat belanja

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts