Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
"Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin ke atas kesejahteraan rakyat, pihak saya dan DBKL akan memastikan cukai pintu yang baharu ini tidak membebankan mana-mana pihak, tetapi rakyat perlu faham kenaikan ini adalah untuk kebaikan semua pihak," katanya.
Pada mesyuarat itu semua ahli parlimen dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang hadir telah bersetuju dengan tindakan DBKL menaikkan kadar cukai pintu pada tahun hadapan. Bagaimanapun mereka menegaskan kenaikan itu mestilah tidak membebankan.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusop.
Menurut Tengku Adnan, tindakan menaikkan cukai pintu pada tahun hadapan adalah kerana DBKL memerlukan lebih banyak dana bagi tujuan pembangunan dan penyelengaraan infrastruktur jalan dan bangunan selain kemudahan-kemudahan awam lain di ibu kota.
"DBKL tidak boleh terlalu bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan pusat sepenuhnya kerana kerajaan pusat mempunyai pelbagai lagi komitmen yang perlu diberi keutamaan, selain itu sebagai sebuah kerajaan tempatan, DBKL perlu menjana sendiri dana bagi kegunaannya," katanya.
Selain itu Tengku Adnan juga meminta sesiapa yang tidak bersetuju untuk mengemukakan bantahan mereka kepada DBKL sebelum 17 Dis ini dan bantahan akan diteliti oleh panel yang dilantik oleh DBKL.
Sehingga hari ini DBKL telah menerima sebanyak 2,500 bantahan.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.