Pages

PENYAKIT "KEBACULAN" PEMUDA UMNO DAH SAMPAI TAHAP KRONIK BAH II - @Khairykj @Azwanbro




Bersambung....

Setelah Khairy Jamaludin mengambil alih kepimpinan Pemuda dari Hishammuddin,Pemuda Umno terus lesu,layu dan kaku.Apatahlagi kemenangan KJ sendiri tahun 2009 penuh dengan kontrovesi bila berlaku kekecuhan bila dia diumumkan sebagai pemenang menewaskan pencabarnya Mukriz Mahathir dan Khir Toyo.Siapa yang dapat melupakan jeritan Rasuah! Rasuah! Rasuah! oleh perwakilan Pemuda yang menggemakan dewan bila keputusan kemenangan KJ diumumkan.

KERAKUSAN KJ semasa mengepalai "Budak Tingkat Empat" menghuru-harakan politik dan ekonomi negara bertahun tahun semasa era pemerintahan bapak mertuanya tidak dapat dilupakan rakyat dan rakyat ingin melihat KJ dihukum sapertimana Pak Lah dihukum dengan terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada DS Najib.Jadi kemenangan KJ tahun 2009 tanpa faktor Pak Lah membantu tidak dapat diterima rakyat.Pun begitu...kemenangan tetap kemenangan dan KJ adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia mulai saat itu.

Sama ada suratan atau kebetulan Khairy saperti menerima "hukuman" bila tidak dilantik kedalam kabinet DS Najib manakala pencabar dia yang tewas Mukriz Mahathir dan timbalannya Razali Ibrahim masing masing memegang portfolio di MITI dan KBS sebagai Timbalan Menteri.Bagaikan harimau kehilangan taring Khairy melakukan perkara "paling bijak" sebagai seorang ahli politik dengan tidak menunjukan sikap kecewanya,bahkan terus memperkuatkan popularitinya dengan melakukan gerak kerja bagikan seorang ARTIS dan bukan sebagai AHLI POLITIK dengan menunggang "kuda" Pemuda Umno Malaysia sebagai platform untuk kekal relevan.

Lantas...Pemilihan Umno 2013 baru baru ini menyaksikan Khairy berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya dengan kemenangan lebih besar dan meyakinkan berbanding 2009 mengalahkan "calun sengal" Akramsyah Sanusi yang dilihat langsung bukan saingan buat Khairy.



Maka bermulalah KIAMAT PEMUDA UMNO MALAYSIA bila aku melihat kini Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah bertukar menjadi Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin yang hanya dipenuhi dengan Exco "kaki angguk" dan "yes man" Khairy termasuk Naib Ketuanya Azwanbro.


Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada aku kini tidak lebih macam Kelab Gayboy yang hanya dipenuhi oleh "bacul bacul" yang tidak lagi berani kehadapan mempertahankan agama dan bangsa bila dicabar berkali kali oleh kaum Cina dan India yang dah naik tocang.Belum ada lagi "kenyataan rasmi" Khairy berhubung Isu Kalimah Allah walaupun ramai pihak lain yang bermati matian mempertahankan nya.Tidak ada respon dari Ketua Pemuda Umno bila Ketua Pemuda MCA Wee Kah Siong menyanggah TITAH Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor berhubung penggunaan Kalimah Allah dalam negeri Selangor.

SEPI...BISU...KAKU DAN LAYU!

Inilah Pergerakan Pemuda Umno yang kita ada hari ini pimpinan Khairy dan Azwanbro jika dibandingkan dengan pergerakan ini suatu waktu dahulu yang amat digeruni dan dihormati rakan dan lawan,orang Melayu atau bukan Melayu.

PRK Sg.Limau baru baru ini menyaksikan Pergerakan Pemuda Umno cuma "makan angin" dan amat kurang terlibat dari mula sehingga keakhirnya yang menyaksikan BN tewas ditangan Pas untuk ke-6 kalinya disitu.Kehadhiran Ketua Pemuda,Naib dan Exco Exco nya hanyalah sekadar punch-card tunjuk muka supaya dicatitkan kehadhiran mereka untuk dilihat pemimpin pemimpin terutamanya PM dan TPM melalui media.

Jentera Wanita dan Puteri dibiarkan bersendirian berusaha siang dan malam dalam usaha Barisan Nasional untuk menawan kubu kuat Pas ini.Janji Naib Ketua Azwanbro untuk menurunkan 2,000 kekuatan Pemuda membantu jentera Barisan Nasional tinggal janji kosong yang sampai kesudah tidak ditepati.Sama macam janji Khairy Jamaluddin pada tahun 2011 untuk menubuhkan Briged Kesatria Pemuda yang kononnya mempunyai kekuatan ahli seramai 30,000 orang.(Baca kenyataan Khairy pada tahun 2011 diakhir nanti.)

MANA...? MANA...? MANA SEMUA PULUHAN RIBU KEKUATAN PEMUDA ITU..???

Akhirnya dihari Pembuangan Undi kelibat jentera Pemuda boleh dibilang dengan jari dan Jentera Wanita dan Puteri dibiarkan terkonteng konteng menghadapi kerenah dan asakan Penyokong Fanatik Pas tanpa dijaga keselamatan mereka meraih undi sehinggakan ada ahli Wanita Umno yang DITUMBUK Penyokong Fanatik Pas sehingga terpaksa mendapatkan rawatan dihospital.

MANA JANTAN JANTAN DALAM PEMUDA UMNO..???

Sehinggakan menjadi bahan lawak dikalangan jentera BN yang lain bila dikatakan Jentera Pemuda sedang berseronok di Pekan Danok pada hari itu.Tidak dinafikan ada BEBERAPA INDIVIDU dalam Pemuda Umno yang dilihat bekerja bersungguh sungguh sewaktu di Sg.Limau.Tapi usaha gigih dan kerja keras mereka tenggelam dengan SIKAP TIDAK BERTANGGUNG JAWAP Ketua dan Naib Ketua mereka..


Pemuda Umno hanya ada telur dan berani kehadapan bila nak mempertahankan BOSS mereka bila ditegur Datuk Siti Nurhaliza kerana sikap "kurang ajar" Khairy terhadap "orang lama" Dato Jamal Nasir yang dah banyak berjasa untuk sukan bolasepak negara.Itu sajalah yang Pemuda Umno pandai buat...

Lagi satu kepandaian Khairy Jamaluddin ialah SHOUT ! dan memperagakan diri ala ala model diatas pentas.


Baca kenyataan Khairy (dibawah) pada 5 Jun 2011 berhubung penubuhan Briged Kesatria Pemuda Umno Malaysia dengan kekuatan 30,000 ahli.Mana 30,000 Satria tu?Hampehhhh...

Jangan kata Briged Kesatria Pemuda,jika Khairy begitu berbangga bila menyertai Tentera Wataniah sebelum ini,mengapa dia sendiri tidak pernah menyeru atau mengerah ahli ahli Pemuda untuk menyertainya?

Semuanya untuk PUBLISITI DAN POPULARITI MURAHAN !


SHAH ALAM, 5 Jun -- Pergerakan Pemuda Umno bakal melancarkan Briged Kesatria Pemuda Umno dalam masa terdekat untuk menjadi barisan hadapan parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata kumpulan khas, yang dahulunya dikenali sebagai 'gerak gempur', ditubuh dan dibentuk semula bagi menjalankan tugas-tugas yang berhubung kait dengan pembabitan Pemuda dalam program utama Umno.

"Briged Kesatria yang akan diketuai oleh saya juga berfungsi menjaga keselamatan, menyuntik semangat dan menjalani latihan untuk menjadi pemimpin pelapis akan datang.

"Ini adalah kumpulan elit yang kita cari di setiap bahagian terutama di bawah umur 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam di sini.

Khairy berkata sebagai permulaan, pihaknya menjangkakan keanggotaan lebih 30,000 orang di seluruh negara dan proses pemilihan akan dijalankan dalam tempoh dua bulan ini.

Anggota Briged Kesatria Pergerakan Pemuda Umno yang terpilih akan melalui kursus ala ketenteraan dan bersifat ilmiah bagi membentuk mereka sebagai pemimpin generasi akan datang, katanya.

-- BERNAMA


Akhir mukadimah...

Memang Khairy ramai pengikutnya..bukan setakat 30,000 bahkan mungkin ratusan ribu atau jutaan ramainya..tapi sekadar PENGIKUT TWEETER dia sahaja.Kalau bertanding dalam Tweeter bukan setakat dia boleh menang dan jadi Perdana Menteri bahkan boleh menang sebagai Presiden Amerika Syarikat sekalipun.

Boleh saja Khairy dan Penyokong Tegar dia berkata yang apa dilakukan Khairy sebelum dan ketika ini demi merelevankan Umno kepada generasi muda.Tapi berapa ramai generasi muda yang mampu dipengaruhi Khairy dengan pendekatan dan penampilan dirinya selama ini?


Sam Ketot Ketua Angkatan Muda Keadilan tak handsome dan bergaya macam Khairy.Dia pendek ketot,gempal macam toyol terlebih makan...tapi dia mampu menggerakan puluhan ribu anak muda turun berdemo dijalanraya dan anak anak muda terus menyokong PKR sampai hari ini.


Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan Tantawi masih dengan imej sarban dan jubah tapi masih mampu mempengaruhi anak muda untuk menyokong Pas.Dia tak perlu bergaya ala GQ..dia tak perlu Shout sana Shout sini untuk kononnya popular dikalangan anak muda...tapi result speaks for itself.

Jadi kepada Para Penyokong Khairy jangan nak melenting dengan artikel ini sebab inilah hakikatnya Pemuda Umno dimata rakyat hari ini.Kalau ada dikalangan Exco yang betul betul gigih bekerja hari ini pun tak perlu ambil hati dengan tulisan aku ini,anggap artikel ini sebagai CABARAN untuk korang tegur dan ubah sikap Ketua dan Naib Ketua korang supaya Pemuda kembali dihormati.

ARIOS....

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.