Ini pemandangan biasa yang aku panggil "Rempit PRK" yang diulangtayang
oleh Pemuda Umno PRK demi PRK....PRU demi PRU
Malam tadi aku berkesempatan berkumpul dengan hampir 50 Pengamal Media Baru dalam satu program makan malam.Hampir 30 orang dari mereka telah berkampung sejak sebelum Hari Penamaan Calun PRK Sg.Limau lagi jadi perbualan kami banyak berkisar tentang PRK Sg.Limau apatahlagi aku berkesempatan bertemu mereka di Sg.Limau semasa 4 hari aku berada disana.
Disamping bercerita tentang pengalaman suka duka pahit manis mereka disana tidak terlepas adalah POST MOTERM ala bloggers mencari sebab KEKALAHAN Barisan Nasional disana.Banyak faktor yang menjadi penyumbang tetapi FAKTOR UTAMA yang diutarakan kebanyakan mereka adalah...
JENTERA PEMUDA UMNO HAMPEH TAK BOLEH DIHARAP !!!
Isu Hampehnya Pemuda Umno dah kerap aku dengar dibincangkan dalam WhatsAp Group kumpulan 30 Bloggers X-UMBians sewaktu kempen masih berjalan lagi dan aku belum berkesempatan bertemu mereka sejak mereka pulang untuk mendengarnya sendiri.Kumpulan malam ini adalah kumpulan lain yang turut berkampung disana dan cerita dan keluhan mereka tidak banyak berbeza.
Baca pula apa kata sahabat blogger Kedah MTK dengan tajuk #PRKSgLimau !! INI PERANGAI PEMUDA UMNO KALAU HANGPA NAK TAU kat SINI.
Setakat nak tunjuk "baju Linen" tak payahlah...
Dikhabarkan Pemuda Umno dan Umno Bahagian hanya SUBKONTRAKAN tugas meraih undi dan membawa Pengundi Putih untuk keluar mengundi kepada Jentera Wanita Umno sehingga ada yang sampai kena tumbuk oleh jantan jantan Pas.Pemuda Umno difahamkan hanya menyemak pasang badan di Sg.Limau macam pergi Cuti Cuti Malaysia sekadar menunjukan kehadhiran.Banyak PDM PDM ANGKAT Pemuda ditinggalkan begitu sahaja kerana sibuk membontoti pemimpin terutama oleh Exco Exco Pemuda yang baru terpilih dalam pemilihan baru baru ini.Aku yakin sebelum keputusan rasmi diketahui malam 4 Nov lalu,bersepah muka muka "so-called petugas Pemuda Umno" ini membanjiri Pekan Danok.
Tak percaya ????
Jangan sampai aku keluarkan bukti bergambar....he he he.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.