Membaca analisa Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew tentang kenaikan hampir 70% undi Cina dalam PRK Sg.Limau berbanding 10% yang diperolehi BN dalam PRU Mei lalu hanya mengesahkan IKRAR pengundi Cina yang diberikan kepada Ong Tee Kiat dalam ceramah ceramah beliau dibeberapa kawasan pengundi Cina sebelum ini saperti yang pernah aku tulis DISINI.
Aku yang berpeluang mengikuti Jelajah Seharian Ong Tee Kiat dalam kempen PRK Sg.Limau sebelum ini turut yakin akan IKRAR mereka ini bila melihat reaksi awal mereka yang nampak agak dingin dan hostile terhadap kehadiran OTK (baca MCA) tetapi berakhir dengan gelak ketawa dan IKRAR MENYOKONG bila banyak persoalan yang dilontar terhadap Tee Kiat berjaya ditangkis dan dijawap beliau dengan tenang dan bersahaja Tee Kiat's Stlye.
Ong Tee Kiat bersama YAB Menteri Besar
Ternyata pendekatan yang digunakan Tee Kiat telah berjaya mempengaruhi minda pengundi Cina Sg.Limau kali ini walaupun kita masih merasa skeptikal akan "comeback" yang mereka buat kali ini.Dari jumlah 1381 (75%) pengundi Cina yang keluar mengundi dari 1842 pengundi Cina yang berdaftar,dikatakan hampir 70% atau 966 pengundi telah memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional kali ini berbanding hanya 28 undi yang diperolehi BN dalam PRU Mei lalu.Ini satu peningkatan yang amat besar dan ketara yang akhirnya menyumbang kepada penurunan majoriti kemenangan Calun Pas.
Sumber : Malaysia Gazette
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.