Pages

"Lagenda" karya terbaru Pak Habib sempena PAU2013 dipasaran sekarang..


Siapakah LAGENDA sebenar..?
Fikir fikrkan....

Saperti biasanya sejak Persidangan Agung Umno 1981 pasti ada karya terbaru Pak Habib yang akan dilancarkan sempena persidangan ini.Sejak PAU 1981 Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas atau "Abah" panggilan mesra KAMI anak anak beliau yang ntah berapa ribu ramainya tidak pernah gagal menghadiri PAU sambil menjual buku karyanya.Cuma pada PAU tahun sudah berlaku sedikit kekecuhan di Riverside Cafe bila beliau telah ditahan pihak Polis selama 12jam ketika sedang menjual buku kontrovesi Tiga Tan..Setan,Syaitan,Sult...yang dikatakan menyentuh peribadi seorang Sultan.


Insiden dengan Polis tahun sudah..


Akibat buku kontrovesi ini...
Untuk PAU 2013 kali ini Abah menghidangkan karya terbaru beliau bertajuk LAGENDA untuk para peminat garapan pemikiran beliau.Aku merasa amat bangga dan rendah hati menerima kunjungan Abah sebentar tadi sambil dihadiahkan buku terbaru beliau.Memang dah menjadi tabiaat abah sejak aku mendampingi Abah,beliau akan turun dari Janda Baik singgah kat port aku untuk menghadiahkan buku terbaru beliau.

Sempat aku membelek belek sepintas lalu karya terbaru beliau Lagenda ini,dan aku dapati ianya amat menarik sekali kerana menceritakan pengalaman peribadi beliau bersama PEMIMPIN PEMIMPIN LAGENDA ini suatu masa dahulu.Antara Pemimpin Lagenda yang dibariskan adalah Tun Mahathir,Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,Tun Mustapha,Prof Naquib Al Attas,Tun Ghafar Baba,Tun Fuad Stephen,Dato Harun Idris,Allahyarham Tun Abd Razak dan Pairin Ketingan.Disamping nama yang aku sebutkan tadi turut disentuh pemimpin pemimpin  lain sebelum ini dan PEMIMPIN HARI INI yang menjadikan buku LAGENDA ini amat menarik dibaca dan dijadikan koleksi.


Aku bersama Abah sebentar tadi...


Untuk mereka mereka yang akan turun bersidang dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 nanti dan kepada siapa sahaja yang ingin membeli buku ini,Pak Habib akan berada di Riverside Restaurant Aras Bawah PWTC sepanjang waktu persidangan berlangsung mulai 2 hingga 7 Disember minggu hadapan.Aku harap buku LAGENDA ini tidak akan mengulangi pengalaman pahit yang dilalui Pak Habib dengan PDRM saperti yang berlaku tahun sudah.

SEE YOU INI RIVERSIDE....

Nota : Buku Lagenda ini juga boleh dibeli di Pustaka Mukmin Jalan TAR Kuala Lumpur mulai hari ini.Kepada yang berminat nak membeli melalui pos sila email azmiapa@gmail.com dengan menyertakan no talipun anda untuk dihubungi.

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.