Pages

"Instagram Addict"..biar betul @KharyKj ?


"Instagram Addict" Pengerusi UMB (Biro Media Baru) @Khairykj yang baru...kah kah kah



Aku tak kenal sape mamat Pengerusi baru UMB atau Biro Media Baru (nama baru penjenamaan semula UMB) yang baru dilantik KJ semalam dalam "upgrading"nya tapi aku difahamkan ramai sahabat bloggers,dia ini hampeh bila bercakap pasal media sosial.Dia ada semua semua platform media sosial,tapi yang "hidup" cuma Instagram dia saja,yang lain semuanya "mati".

Aku tak tahu atas rasional apa Khairy melantik seorang Exco saperti Ibdillah Ishak ini untuk mengepalai Biro Media Baru (UMB nama dulu) yang merupakan salah satu Jentera Siber yang penting dan berkesan sebelum ini dibawah seliaan Tun Faisal Ismail Aziz,sedangkan ada ramai lagi yang aku rasa lebih berkelayakan.





Nota : Kepada Bro Ibdillah Ishak jangan marah ya aku siarkan gambar gambar lu dan family yang memang dah ada dialam maya dalam berbagai paltform yang lu sendiri post,kerana inilah sebahagian risiko yang lu kena tempuh bila dah setuju nak jadi "Kepala Siber Pemuda" dan akan ada banyak lagi cabaran yang bakal mendatang terutama dari pihak pembangkang bila menjelang PRU14 nanti.

Jangan menangis ngadu kat Omak dah...

Bayangkan "Instagram Addict" yang hanya syok sendiri mempaparkan gambar sendiri dan keluarga serta makanan sepanjang waktu diberikan tanggung jawap dan amanah sebegini berat untuk mengepalai jentera siber Pemuda Umno Malaysia yang sebelum ini telah meletakan "penanda aras" oleh bekas Pengerusinya @tunfaisal.Tapi mampukah Ibdillah Ishak melakukan lebih baik atau sekurang kurang setanding dengan apa yang telah dilakukan Tun Faisal bilamana kita melihat dia hanya syok berInstagram sahaja setakat ini?


Tun Faisal bekas Pengerusi UMB yang terpaksa meninggalkan kepimpinan UMB
atas faktor kelayakan umur dalam sayap Pemuda Umno...


Bukan ingin memperkecilkan kebolehan Ibdillah sebab kita pun belum lagi diperlihatkan akan keupayaan sebenar dia selama ini dan mana tahu dia lebih baik dari pengerusi sebelum ini,tapi bila Khairy mengumumkan ianya sebagai UPGRADING UMB maka ianya meletakan satu sasaran untuk BMB (Biro Media Baru) menjadi lebih baik dan lebih hebat dari UMB(Unit Media Baru) sebelum ini.Kalau tidak kita tak panggi upgrading...bukan begitu KJ?


Tapi,bila cakap dah hebat bergegar gegar...kenalah letak dan pilih orang yang hebat juga.Takkan setakat letak "instagram addict" jadi kepala?Tak jadi macam tu beb....,itu yang kita persoalkan.

P/S : Tapi aku tak pasti pengumuman Khairy kelmarin "real" ke atau sekadar "lakonan"?Sebab mamat ini dah buat aku confused...tak tahu bila real dan bila dia hanya berlakon....kih kih kih.


No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.