Kisah calun MT No.34 rakyat marhaen Razali Hussain



Kebetulan Calun MT No.34 Razali Hussain adalah ketua cawangan aku,jadi suka tidak suka walaupun tindakan dia menawarkan diri aku kira agak sia sia,aku terpaksa juga promo dia diblog ini.Satu,atas semangat setiakawan dan kedua,aku nak tenguk sejauh mana Sistem Pemilihan Baru ini mampu mengangkat seorang yang tidak dikenali tapi berkelayakan (baca kelayakan beliau)saperti calun 34 ke kerusi Majlis Tertinggi.Ternyata sistem baru ini "indah khabar dari rupa" dan gagal mengiktiraf sumbangan pemimpin yang tidak ada dalam "sistem perdana" kepimpinan Umno sebelum ini kerana majoriti keputusan diperingkat bahagian mahupun diperingkat pusat masih mahu mengekalkan status quo sebelum ini.

Satu satunya TRANSFORMASI yang aku lihat berlaku adalah POLITIK WANG BERJEMAAH yang aku rasa lebih menyeluruh kali ini dan tidak hanya berlaku dalam kalangan 3 ribu perwakilan saperti yang berlaku sebelum ini.Sistem baru ini telah mencetus satu budaya baru dikalangan para perwakilan terutama Ketua Cawangan iaitu...ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR UNTUK SETIAP UNDI YANG DIDAMBAKAN oleh mana mana pihak sekalipun.No money...no talk...and dont talk cock!

Aku percaya untuk pemilihan pemilihan akan datang fenomena ini akan berkembang biak dan akan menjadi barah yang akan PASTI membunuh Jatidiri Umno jika tidak membunuh Umno itu sendiri.Umno tidak lagi akan dilihat sebagai WADAH PERJUANGAN MELAYU tapi lebih kepada SYARIKAT KOPORAT yang dikuasai oleh mereka mereka yang mencatur kuasa menggunakan wang ringgit dan kekayaan yang mereka perolehi dari Umno itu sendiri.

Melihat "fenomena baru" ini berlaku aku hanya dapat mengatakan...QUE SERA SERA...


Berbalik kepada Calun 34 Razali Hussain,aku ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada hampir 5733 Perwakilan dari 3 Bahagian (aku tak pasti Bahagian mana dan pastinya bukan Ampang) yang memberikan undi mereka kepada sahabat aku ini walapun tidak memungkinkan kemenangan untuk beliau.Kalau kita lihat dari "trend datukship" dalam pemilihan kesemua 25 Ahli Majlis Tertinggi Umno hari itu,kita harus sedar yang PEMIMPIN RAKYAT MARHAEN tidak punya tempat untuk menyelitkan diri mereka dari KELAB PENYAMUN 1UMNO ini..nokhtah!

Prove me wrong...????


0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts