Aku tak tahu siapa lah Hamba Allah yang rajin sangat berguindam berjela jela panjangnya dalam komen artikel aku menyokong Khairy semalam.Tapi amat menarik susunan ayat dan bait bait kata yang digarap beliau menjadi sebuah gurindam yang aku beri nama Gurindam Khairy.
Perwakilan Kedah Kamal Saidin yang sering mencuit hati
perwakilan dengan gurindam menyindir beliau..
Jadi aku siarkan kembali KOMEN Hamba Allah itu dibawah,agak panjang berjela tapi pasti tidak jemu dibaca kerana penuh dengan sindiran untuk difahami mereka mereka yang berkenaan....
GURINDAM KHAIRY
1. Dalam UMNO:
Kaulah Jantan, Kaulah Jejaka
K******J******K******J******
Kaulah Jalan, Kaulah Jaya
K******J******K******J******
Kauklah Jati, Kaulah Jasa
K******J******K******J******
Kaulah Jasad, Kaulah Jiwa
K******J******K******J******
Kaulah Juri, Kaulah Jaksa
K******J******K******J******
Kaulah Jeneral, Kaulah Jaga
K******J******K******J******
Kaulah Jaring, Kaulah Jala
K******J******K******J******
Kaulah Jambatan, Kaulah Jendela
K******J*********K******J******
Kaulah Juruteknik, Kaulah Jurutera
K******J**********K******J******
Kaulah Janakuasa, Kaulah Jentera
K******J**********K******J******
Kaulah Jaguh, Kaulah Juara
K******J******K******J******
Dalam Malaysia pun begitu juga!
2 .BINTANG KEJORA
Kini lahir sebutir bintang
Indon bilang tampan dan gantang
Ligat dan tangkas pagi dan petang
Anak emas PM sentiasa ditatang
Tak gentar walau musuh melintang
Tak pernah risau jika ditentang
Tak ada masalah tak ada pantang
Ramai lawan sudah terlentang
Bercakap petah berhujah lantang
Sentiasa bernas idea dibentang
Walau pun muda berfikiran matang
Pemangkin negara masa akan datang
PEMIMPIN MUDA TRANG TANG TANG …
3. KAU KEJORAKU SAYANG
Kau perwira kan terus berjuang
Kau tak kan undur atau beri ruang
Kau tak kejar material dan uwang
Kau pasti kan punyai peluang
Kau bersuara tegas dan lantang
Kau bercakap sentiasa matang
Kau tewaskan setiap penentang
Kau pastikan undur berpantang
Kau segak dan kemas dipandang
Kau bijak dalam semua bidang
Kau elak mereka nak tendang
Kau tak rasa marah dan radang
Kau yg paling utama sekarang
Kau didengki ramainya orang
Kau tenang dan tak tunjuk berang
Kau tokoh yang bukan sembarang
Kau bakal pemimpin gemilang
Kau naik tak dapat dihalang
Kau awasi musuh dan dalang
Kau tak akan bernasib malang
Kau bijak dan banyak bertenang
Kau bagi belia memang disenang
Kau berjasa dan akan dikenang
Kau bertanding tentu kan menang
Kau mungkin kan dikejar bayang
Kau tak perlu takut dan goyang
Kau juga tak akan tayang tayang
Kau KEJORA yang tetap ku sayang
4 . BINTANG KEJORA KEJORA DI MALAM HARI
Satu dalam seribu sukar nak cari
Tokoh pemuda yang sangat bestari
Bijak dan cerdik umpama jauhari
Tidak sombong tak bermegah diri
Pelbagai bidang kau telah ceburi
Di kalangan belia kau sangat digemari
Tak sia-siakan amanah yg telah diberi
Menjalankan tugas seorang menteri
Sudahlah lulusan luar negeri
Segak dan tampan tiada terperi
Ramailah gadis hatinya kau curi
Kalau kereta kau ibarat Ferari
Ramai rakyat memang menyedari
Masa kan tiba kau perdana Menteri
Ramai musuhmu takut dan ngeri
Terutamanya dari kem malabari
Tangkas langkahmu kanan dan kiri
Siapa mencabar kau tak kan lari
Tunggulah masa tunggulah hari
Akhram dan yg lain kan gigit jari
Ibaratnya permata yg sangat berseri
Cerah masa depan bak sinar mentari
Bintangmu pasti akan terus menyinari
Bagai KEJORA di malam hari …
5, KAU BINTANG KEJORA BERSINAR
Kalau kau antara pohon, kaulah pohon yg paling segar
Kalau kau antara bangunan, mencecah langit engkau mencakar
Kalau kau antara ribut, badai geloramu pastinya menggegar
Kalau kau antara tebing, tak runtuh walau ombak melanggar
Kalau kau antara perwira, semangatmu sentiasa membakar
Kalau kau antara pahlawan, kau sanggup bila pun dicabar
Kalau kau antara kesatria, langkahmu ibarat pendekar
Kalau kau antara pejuang, semangatmu tak pernah kan longgar
Kalau kau antara murid, kau cerdik tak susah diajar
Kalau kau antara pendebat, siapa pun lawan kau tak gentar
Kalau kau antara pemidato, bicaramu petah dan pintar
Kalau kaun antara penyanyi, kau ibarat penyanyi cilik si Tegar
Kalau kau antara pemimpin, kau tak gelabah tak juga celupar
Kalau kau dalam pencalonan, kau tak takut ditohmah digempar
Kalau kau dalam pemilihan, lawanmu laluannya pasti sukar
Kalau kau dalam pertandingan, musuhmu ramai yg gulung tikar
Kalau kau bersama belia, langkahmu sentiasa digemar
Kalau kau antara manik, kaulah mutiara paling bersinar
Kalau kau antara permata, kilaumu kan lama tak pudar
Kalau kau antara bintang, kaulah KEJORA di kala fajar
KAU ADALAH SEINDAH RUPA DAN KHABAR
TANPAMU BERSAMA UMNO KAN HAMBAR
MENANTI KEMENANGANMU HATIKU BERDEBAR
MENUNGGU KAU JADI PM RASAKU TAK SABAR
6. PADAKU KAU BINTANG KEJORA
Kalau kau antara tokoh, kau tokoh yg paling ketara
Kalau kau antara bangunan, kau adalah ibarat menara
Kalau kau antara fauna, kau adalah ibaratnya flora
Kalau kau antara gurun, kau ibarat gurun sahara
Kalau kau antara ribut, kau ibarat badai gelora
Kalau kau antara teruna, kau adalah rebutan si dara
Kalau kau antara patriot, kau yg paling semangat membara
Kalau kau antara manik di laut, kau adalah ibarat mutiara
Kalau kau antara sampan, kau ibarat kapal di muara
Kalau kau antara pendekar, kau memang pastinya juara
Kalau kau antara pejuang, kau adalah ibarat perwira
Kalau kau antara pendebat, kau lah paling petah bicara
Kalau kau antara pemidato, kau lah paling lantang bersuara
Kalau kau di kalangan MP, kau akan sentiasa gembira
Kalau kau antara menteri, kau paling tidak berpura
Kalau kau antara gula, kau adalah umpamanya sira
Kalau kau antara minuman, manismu adalah ibaratnya nira
Kalau kau dlm pertandingan, kau pasti sentiasa kan mara
Kalau kau dlm pemilihan, kaulah pilihan yg tiada tara
Kalau kau antara kesatria, kau lah sebenar kesatria Negara
Kalau kau antara bintang, kau ibaratnya BINTANG KEJORA
Kisah muka baru punya calon
Proxi mantan dari Mentalon
Cukup kot jadi hero kat Jerlun
Satu Malaysia kot tak terpulun
Bagilah lama sikit bertapak
Barulah kuat kalu nak celapak
Ini dok harapkan aura bapak
Silap langkah kot jatuh lopak
Nak naik atas pun ikutlah hiraki
Bukannya apa kot orang dengki
Yang lebih senior tu ramai lagi
Kalu tidak pun biarlah ahli MT
Kena jaga parti punya martabat
Hancur kalu, dah tak ada ubat
Tak apalah kalu betul-betul hebat
Jangan nak buat langkah si Jebat
Di alam cyber mungkin nampak gah
Janganlah pula dok merasa megah
Di luar nun masih banyak bertelagah
Nak menang kena betul-betul gagah
RASANYA SUKAR ...
Kita punya impian mesti tercapai
Berkuasa seperti nakhoda kapai
Tok sah bimbang kalu tak pandai
Semua kat ataih daddy dah kawai
Jawatan MB saja mana nak jadi
Takat berkuasa di jelapang padi
Nak naik atas kena berani perjudi
Masa nie la tumpang ada daddy
Dia tu nak naik tak kan nak biaq
Kok mana cagha kita kena ikhtiaq
Pasai UMNO tok sah dok pikiaq
Biaqlah kalau nak kucaq kaciaq
Kenalah cepat potong si polan
Lagi sekali bertanding timbalan
Mana boleh kalu naik pelan-pelan
Tak sempat kot nanti daddy jalan
Kena pulun cepat naik takhta
Tok sah peduli apa orang kata
Ini hal peluang kuasa dan harta
Kepentingan nama family kita
TAK KAN KITA NAK BAGI DIA NAIK DULU KOT ...
9. SOKONG NAJIB & KHAIRY …
Kini Najib dah tunjuk bukti
Bangsa Melayu tetap di hati
MEB diumum kita menanti
Khairy sama tumpang berbakti
Najib dah tahu perangai Cina
Memang mereka bangsa tak guna
Khairy tahu nak susun rencana
UMNO tak akan lagi terkena
Sekarang Melayu mahu ditolong
Supaya Melayu tidak dilelong
Namun ada yang masih melolong
Dengkinya kumpulan hantu polong
Menerus amanat T.A.Rahman
Najib cuba nak elak perkauman
Khairy cuba nak bina sefahaman
Namun Cinabeng tak makan saman
Najib punyai tinggi jati diri
Begitulah juga dengan si Khairy
Makin nampak hari ke hari
Adalah pula yang merasa iri
Ada kumpulan nak buat kacau
Tak habis2 meraban meracau
Najib relaks buat tak dihirau
Khairy tangkis sebagai gurau
Ada lah juga yang gatal mulut
Fitnah Khairy yang karut marut
Dalam team Najib tiada kemelut
Sengaja mereka nak buat kalut
Melayu tak akan dibiar binasa
Ekonomi Melayu nak diperkasa
Najib dan Khairy dah nampak jasa
Hujah penentang dah tak berbisa
Nak tergelak tengok anak Sanusi
Slogan dibawa bunyi pun dah basi
Bawa badan pun macam ayam kasi
Kena hentam teruk dengan MAYC
Walau pun lulusan luar negeri
Kelibat lekeh tak macam Khairy
Apalah sangatlah dia boleh beri
Ukurlah baju di badan sendiri
Badan gempal perut pun kembung
Tidak nampak gaya ayam sabung
Bapak dia dulu pun kena lambung
Nak bersawah padi atas bumbung
Kadang-kadang fikir macam kasihan
Nak jadi pemimpin dia sangat gian
Bukannya sengaja tak bagi dia lawan
Bertandinglah dahulu ketua bahagian
MAYC dulu pun tidak terurus
Ketua pemuda nak tanding terus
Janganlah dok rasa diri tu bagus
Mukhriz dan Toyo dulu bungkus
Memang sengaja menempah malang
Sekadar letih dan modal tak pulang
Khairy nak lawan bukanlah calang
Menteri yang hebat tokoh gemilang
Memanglah tak perlu keluar belanja
Masuk bertanding pun sebab ditaja
Tak payah bermimpilah atau teruja
Nak jadi ketua pemuda lupakan saja
ini pak aji suka,Bukan apa cuit skit si anak bapak tue. Lawan KJ pun tempoh hari tersunkoq. ada hati nak lawan wa olang punya abang busaq..
ReplyDeleteTerbaiklah APA!
ReplyDeleteSemoga Mukriz menang! Pelik camner ada yang tak suka Mukriz.. Din Turtle teruskan pejuanganmu, Ketua Pemuda singgahsanamu!
ReplyDeleteagak2 lah nk menbodek tu, entah2 lu sendiri post sndiri memuji khairy..tkpelh jnji $$$ masuukkk!
ReplyDeleteMEB, NAJIB & KHAIRY MAKES OPPONENTS FRUST & WORRY
ReplyDeleteMEB has a lot of good news to tell
Benefit the bumi and Malay farewell
Opponents are now worried like hell
Nothing more for them to shout or yell
Now we see the truth had prevail
Najib had explained MEB in detail
Haven’t yet started they say it’ll fail
They’re telling foolish and stupid tale
Whatever they say we never bother
Opponents attack looks like failure
Najib’s team is now getting stronger
Winning the election is quiet of sure
Opponents are now in real headache
For no reason Najib and KJ they hate
But then they know it’s all God fate
Their influence is now getting to fade
Najib’s team is now pulling the gear
MEB he announced we already hear
The objective is very nice and clear
Khairy is not left together to cheer
It’s a perfect decision to choose Khairy
For UMNO’s sake as well as the Country
Let the opponents be in fear and worry
We hope later on they will feel sorry
Khairy perform well as Youth Minister
The youths and sports he looked after
Worth for Najib choosing the youngster
He will come to the top sooner or later
Go to hell oponents and culprits
We based on facts that are concrete
Khairy being promoted due to merit
It is not the post that he just inherit
Some even yell and cry like mad
All their says are dirty and bad
Tha’s all the way what they had
But it won’t be long the’ll regret
Whether in UMNO or in the cabinet
Najib and Khairy will still dominate
We feel proud and rather fortunate
Let us all give support and mandate
Blog melayu pun komen bahasa penjajah.rasa hebat sangat ler tu.
DeleteWALAU DISERANG KANAN DAN KIRI
ReplyDeleteMELANGKAH UNDUR TIDAK SEKALI
Gunung tidak didaki tidak kurang tingginya
Langit tidak direnung tidak hilang luasnya
Bukit disalak anjing tidak gugur sebutir batunya
Durian digelek mentimun tidak jejas akan durinya
Harimau tidur bendengkur tidak bengkok taringnya
Gajah tak turun minyak tidak longgar gadingnya
Singa tidak mengaum tidak tumpul kukunya
Serigala tidak memburu tidak hilang pantasnya
Jerung tidak ke karang tidak hilang mangsanya
Helang tidak menyambar tidak buta matanya
Tebuan tidak menyerang tidak hilang sengatnya
Merbah tidak bersiul tidak hilang suara merdunya
Murai tidak berkicau tidak hilang nyaring suaranya
Ayam jantan tidak berkokok tidak hilang betinanya
Merak tidak mengepak tidak hilang kilau bulunya
Kerbau tidak berkubang tidak patah tanduknya
Kuda tidak memecut tidak hilang lajunya
Ular menyusur akar tidak hilang bisanya
Emas tidak dipakai tidak hilang nilainya
Intan dipalit lumpur tidak hilang sinarnya
Matahari ditutup kabus tidak hilang cahayanya
Bulan tidak berbintang tidak hilang serinya
Bintang dilindung awan tidak hilang gemerlapnya
Laut dicurah tawas tidak hilang masinnya
Tebu ditabur jadam tidak hilang manisnya
Bunga tidak berkembang tidak hilang madunya
Keris tidak diasap tidak kurang akan loknya
Pedang tidak dihunus tidak hilang tajamnya
Panglima duduk bersila tidak hilang tangkasnya
Pendekar berpeluk tubuh tidak hilang jaguhnya
Pahlawan tidak bertempur tidak hilang handalnya
Guru tidak mengajar tidak hilang ilmunya
Penyair tidak berlagu tidak hilang suaranya
Pendebat tidak berpidato tidak hilang petahnya
Pendita tidak menulis tidak hilang ilhamnya
Askar tidak menembak tidak hilang cekapnya
Nakhoda tidak ke kapal tidak hilang arahnya
Drebar tidak memandu tidak hilang lesennya
Petani tidak ke ladang tidak karat cangkulnya
Nelayan tidak ke laut tidak sial jaringnya
Taukeh tidak ke gudang tidak hilang untungnya
Pemimpin tidak berteriak tidak hilang pengikutnya
Pembesar tidak meroyan tidak hilang popularitinya
Pemikir tidak melatah tidak hilang bijak akalnya
Tokoh tidak menunjuk tidak hilang kedudukannya
Menteri tidak gelojoh tidak hilang undinya
ITULAH KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
MENTERI BELIA DAN SUKAN NEGARA
SINONIM NAMA BINTANG KEJORA
Der,kumpul dan bukukan.jual masa PAU.sahih laku der.duit tu der.
DeleteGurindam ...pantun ...syair ...
ReplyDeleteHhhhmmm ...teringat aku Anwar Ibrahim
Macai mcm macai Anwar
Pemikiran pun mcm pemikiran Anwar
Liberal mcm liberal Anwar
Cara promosi diri pun macam Anwar promosi diri sendiri
Senang cerita ...ANWAR IN THE MAKING
Ooooopss ...lagi satu
Kalau buat kerja sikit mcm ayam betina
Telor sebijik riuh sekampong
Itupun mcm perangai Anwar ...hehehe
SALAM LIBURAN DARI YOKJAKARTA
ReplyDeletePak Najib udah bikin MEB pula
Sama nya Melayu mahu dibela
Disenangin juga Pak Jusuf Karla
Para penentang bingung nak gila
Gandingan cocok kedua pak menteri
Emang ganteng Pak Najib dan Khairy
Makin menyerlah sabannya hari
Pantasnya sokongan terus diberi
Golongan penentang udah sakit perut
Bajingan dan goblok semakin kecut
Kencing berak pun udah terbantut
Nggak kurang jugak terkentut-kentut
Nggak banyak lagi musuh meruncing
Ada yang lari sampei lobang cacing
Kalo dulunya menyalak bak anjing
Sekarang mundur terberak kencing
Langkahnya musuh makin tempang
Laluan Mas Khairy menjadi lapang
Sama Pak Najib kuasa ditumpang
Menang PAU enteng dan gampang
Khairy nggak lagi budak amatur
Ligat di luar dan cekap di kantor
Semua kerja beres dan bisa diatur
Pak Najib senang sebagei direktor
Penentang nggak lagi bersuara nyaring
Pak Najib dan Khairy cocok berganding
Keduanya tangkas pendapat seiring
Ringan dan berat bersama dijinjing
Pak Najib nggak lagi bersikap dayus
Bangsa Melayu akan lebih diurus
Punyai Khairy menteri yang bagus
Musuh semua udah jadi bungkus
Mereka semua pengkhianat bangsa
Mengata dan mengumpat bikin dosa
UMNO dah elok mahu kasi binasa
Tapi gue yakin mereka nggak bisa
Pak Najib terus gigih dan tabah
Mas Khairy tenang nggak gelabah
Kalian menentang pasti kan rebah
Kapannya lagi mahu berubah
Pak Najib dan Khairy bakal juara
Ramei nggak lagi lanteng bersuara
Emangnya ketandusan modal bicara
Dibedilnya angkatan bintang kejora
ANAK NUSANTARA SERUMPUN
Sahih PATI.
DeleteHOK NIE SOKONGAE DAGHI KOTO BAGHU …
ReplyDeleteKawae ni BN dulu dae selamo
Setatak ahli biaso dalae umno
Kawae lamo doh peghati sokmo
Baguh KJ tu nok ghoyak demo
Sikak yo tenae dok wat gelojoh
Pandar yo layae amik ati musuh
Yo dok gedabae suko nok gocoh
Hok nie yae wat lawae berpeluh
Yo banyok sabar usoho gigih
Bukae nok kayo nok caghi pitih
Hok ado lo nie balanjo dok habih
Akhram nok lawae wat caghi letih
Mudo jangok sebenarnyo jatae
Kecek pung molek napok matae
Dok kaluk melatoh walau dihantae
Kalu berdebak hujoh yo lantae
Budok Akhram nok maghi teghepo
Dok yaking kawae tengok ke ghupo
Nok masuk lawae wat natae gapo
Memae mung nanti kecewo hampo
Ibarak naik motosikar kona mereng
Akhram tu padae setakak pembonceng
Mukhriz ngae Toyo dulu habih gheng
Penyudohnya kaloh yo beghar bojeng
Lawae wat pitnoh tuduh melulu
Wak maghi le bukti doh ado kalu
Khairy baguh dok seghupo dulu
Maghi kito pakak sokong selalu
Dulu KJ menang dgn memberi rasuah........nak kira keputusan pun sampai 7jam.
ReplyDeleteMungkin Najib kowtim sama Pak Lelah supaya KJ di beri laluan utk mencapai cita2 nak jadi PM paling muda.
Kalau KJ jadi PM........Malaysia jadi Singapura.
Tanda2 dah jelas.
OGHANG LUAR BANYAK MOMUJI, TAK KAN DEN OGHANG GHOMBAU TAK TUMPANG SOKAKI …
ReplyDeleteMontoghi bolio sukan nogaro
MP kampong den totap juaro
Potah bocakap lantang bosuaro
Langkah pojuang sontiaso maro
Bukan sokadar monyodap kato
Den bodasarkan bukti dan dato
KJ tu soghupo intan pormato
Tapi ghamai layi masih buto
Den nie bukan nak banggo sangat
Nak nontang KJ biarlah monyongat
Ini Akhram lombik macam pongat
Jadi kotuo macam taik ayam hangat
Masuk bortanding macam dicampak
Jawatan kotuo macam nak rompak
Kolobihan jaso tak poghnah nampak
Bogantung harapkan kawan bapak
Bukanlah sokadar rupo pagheh
Pomimpin umpamo kayu togheh
Nak jadi kotuo kona le kogheh
Gini gayo mongabihkan bogheh
Bukanlah soal gemok dan kughuih
Akhram ni baru budak boghinguih
KJ tu cokap dan bijak mongughuih
Sampai bilo pun den sokong toghuih
Badawi Presiden, KJ pemuda = orang muda lari.
ReplyDeleteKJ pemuda = orang muda lari lagi.
Apa bencana la pada UMNO bila keluarga ni pegang kuasa. Sokongan orang Melayu masih tak naik.
Apa makna dapat jadi pemimpin kalau rakyat tak sokong lagi?
Tamatkan karier KJ dari UMNO. Selamatkan parti daripada golongan liberal.
SOKONGAN DAGHI UTAGHA TAK KAN TAK DAK KOT, NIN DIA MAI DAH …
ReplyDeleteDah dia baguih nak sokong la jugak
KJ nie ceghdik kemaih dan segak
Peghangai baik tak dak nak belagak
Ceghah masa depan aku dok agak
KJ nie jenih oghang penyabaq
Bukannya jenih samseng loklaq
Berhujah cekap bercakap lancaq
Pasai berdebat pantang dicabaq
Nuat Brahim dia pernah lawan
Peguam Ambiga dia bulih makan
Rafizi jambu pun dia tak heghan
Ustad tokoh PAS pun semua jalan
Dia ni memang layak dok ataih
Tapi ada geng dengki nak cantaih
Depa nak ikat hang bulih tetaih
Langgaq pi KJ kalu depa lintaih
Puak-puak dengki tak mau kalah
Ada saja akai depa nak pesalah
Pesabit bughuk kait ngan Pak Lah
Cagha orang dengki lagu tu lah
Aku dok sokong KJ nie lama dah
Baguih dia lagi daghi MB Kedah
Dia tak eksyen suka meghendah
Tapi lawan tak bulih buat mudah
Pasai Akhram tak kalut nak pikiaq
Dalam politik dia baghu nak belajaq
Dia lawan pasai ada oghang bayaq
Takat budak tu KJ mudah kelepiaq
Dengaq kata ada depa dok atoq
Puak dengki mola nak main kotoq
KJ tenang saja tak kalut kelupoq
Lawan dia nanti habih bekuboq
Anwar In the Making
ReplyDeleteCinabeng tak makan saman
Orang Melayu ditengking-tengking
Cinabeng berkuasa Melayu ditepi jamban..
#untuk fans KJ yang tak berguna...
Anak Kota:
ReplyDeleteNajib dan Khairy susah nak kalah
Makin sehari semakin menyerlah
Mereka nak baiki kesilapan Pak Lah
If you don't like you boleh belah ...
Hi hih hihh ....
Tak payah nyibuk nak mengata
ReplyDeleteDiri sendiri tu yang masih buta
Kalau tak lengkap alat senjata
Jangan cari pasal le anak kota
Kalau tak mahir menyusun kata
Usah nak buka temberang auta
Apa dongeng anda mahu cerita
Macam tompok-tompok tahi unta
Admin sendiri tak amik kacau
ReplyDeleteApa hal pulak lu nak meracau
Nanti dicincang jadinya cincau
Sebelum teruk ada baik lu cau
Lebih baik lu jangan tunggu
Nanti dilenyek jadi bubur sagu
Elok-elok berehat hujung minggu
Kok nanti menangis tidak berlagu
Ini anak kampong punya pukulan
Nanti lu sakit tak makan sebulan
Lu anak kota maa wa tatak helan
Sebelum wa hantam baik lu jalan
KJ???!!!! Umno parti islam..pada beri kuasa pada menantu "awakening pm" yg amalkan rasuah, kaki perempuan, arak, jumpa bomoh (amalkan syirik), serahkan milik negara pada singapura, semangat sekular yang jitu di dalam sanubarinya, baiklah cari yg lain.....yg memilih harap astaghfar dulu dan baca fatihah utk diri sendiri agar tak tunduk pd sihir kj ni.....
ReplyDeleteSuka hati olang apa mau taloh
ReplyDeleteApa maciam suka tuloh-tuloh
Tatak pasat mau cali galoh
Itu anak kota manyiak boloh
Apa salah mau sokong Kaili
Lia pun sikalang jadi mentili
Tatak masalah lu singaja cali
Lu nasib kulang baik ini hali
Ikut nak panggil pantun ke sajak
ReplyDeleteCampuran bahasa sedikit rojak
Tuan puan semua saya nak ajak
Sokong ketua yang betul bijak
Khairy is the best that umno had
To umno he is very valuable asset
Smart and efficient like a gadget
Even opposition will raise their hat
Khairy bukanlah calang pria
Hebat sebagai menteri belia
Bidang sukan pun dia selia
Laksana amanat tugas mulia
When being challenge for debate
Most of leaders in BN are afraid
But umno is lucky and fortunate
Having the genius Oxford graduate
Khairy memang cekap berdebat
Ambiga dan Rafizi dia dah lipat
Anwar dan Husam jadi terkulat
Nasib baik dia umno yang dapat
Now Najib don’t have to worry
Having with him the gifted Khairy
Whatever task he manage to carry
There’s no doubt he’ll get the victory
Sokongan tidak berbelah bagi
Najib tak perlu nak bimbang lagi
Melantik Khairy rasanya tak rugi
Bijak dan tangkas segenap segi
Khairy involve in model of fashion
And also as a host at the television
He is man with vision and mission
What he suggest he put into action
Umno dan BN semakin pulih
Ramai penentang mula beralih
Khairy pemimpin serba boleh
Tidaklah umno tersalah pilih
Khairy is fit as well as clever
Leading the youth as if a driver
I’ll keep on supporting forever
Many more are also in favour
Khairy naik cepat kerana dilantik
Bukanlah sebab rayu dan bodek
Walau pun pernah dicemuh herdik
Dia tetap tenang bertindak cerdik
Khairy is cool and very humble
Never before he create trouble
Bright future like shining marble
He’ll sure win in PAU rumble
Khairy adalah contoh pemuda
Pandangan jauh terbuka minda
Bijak dan penuh ilmu di dada
Jadi kebanggaan ayah dan bonda
Khairy is also smart in economy
We hope that he'll help the Bumi
He treats equal friend and enemy
In umno-BN he is the best to me
Khairy dikhuatiri orang tertentu
Takut dapat dulu title nombor satu
Sorang tu anak sorang menantu
Ahli bawahan yang jadi penentu
Anon 11:21 AM
ReplyDeleteKalau KJ nak baiki kesilapan babah mentuanya, dia kena mengaku lah yang babah mentuanya ada buat silap ketika pentadbirannya dulu dulu..adalah malang sekali lagi orang Melayu mewarisi air liur babah mentuanya sekalai lagi...betul tak statement aku ni, kan?
#kenalah KJ bersumpah baiah agar tidak mengulangi 'keajaiban' babah mentuanya lagi demi orang Melayu....ada bran?
Apa, pandai betul kau berlakon. Bulan lepas belasah pak lah & menantunya sekali.. Siap tunjuk gambar budak2 kencing & tanah kubur pak lah. Skrg jilat abis KJ...mintak2 rezeki yg kamu dpat tak kena tempias anak bini...
ReplyDeleteMemang MANTAP .... sokong Khairy bukan sebab dia dok huloq duit ka apa ka .. , kita nak dia jadi Ketua Pemuda ada 5 sebab UTAMA ; 1)Rupa paras hensem/tegap 2) Berani fizikal dan Mental 3) Bijak bercakap 4) Berkarisma 5) 'Magnet' kepada rakyat untuk dekati UMNO
ReplyDeleteMacam kena minyak dagu je APA ni..itu le, benci tapi rindu..dulu benci benci benciii...sekarang rindu rindu rinduuu..!!!! kami peminat blog APA, kecewa dengan sikap u-turn APA...cakap tak serupa bikin!!!
ReplyDeleteAPA...Kau pergilah berubat dengan mana-mana bomoh!! penyakit kau dah semakin teruk..lain kali jangan la benci orang teruk-teruk sangat, kan dah jatuh cinta dah..siap dengan syair, seloka, pantun, madah sekali cuma belum ucap I LOVE U aje...
ReplyDeleteHANGPA SAKIT HATI SANGAT KENAPA?
ReplyDeleteADA AKU MINTA DUIT DEKAT HANGPA?
KJ HULOQ MAI TU TAKLAH SEBERAPA!
AKU PUNYA PASAL AKU PEDULI APA!!
Walaupun aku x suka khairy. Tp aku puji cara kerja dia dan kesungguhan perubahan yg dia lakukan. Tgk dia jawab kes Gangnam Style yg dibuat Najib Mangkok tu utk org cina. Mukhriz ni x ada tokoh lg walaupun dah matang dan botak
ReplyDelete