Pages
▼
Aku sokong @Khairykj...kat mana pulak salahnya?
Sejak malam tadi sengaja aku letakkan header blog aku dengan banner yang menunjukan sokongan aku secara terbuka kepada Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia untuk pemilihan kali ini.Saperti yang aku jangkakan ramai yang berkokok sinis dengan pendirian terbaru aku ini tidak terkecuali sahabat sahabat aku dikalangan bloggers sendiri.
Mungkin sesuatu yang memeranjatkan bila aku,orang yang saban waktu "membalun" KJ siang dan malam dari era Bapa Mertua dia sehingga kehari ini tiba tiba beralih MENYOKONG dia pula.Maka yang tergambar difikiran ramai hanyalah AKU PASTINYA SUDAH DIBAYAR KJ UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.
WAALLAHI..WABILLAHI...WATALLAHI...aku bersumpah tiada menerima apa apa bayaran pun dari KJ untuk mengubah pendirian aku terhadap beliau selama ini.Jika aku berbohong MAKA segala lakhnat akan menimpa diriku dan keluargaku.
Aku mengubah pendirian aku atas beberapa faktor dan pertimbangan aku sendiri.Pertamanya,faktor calun calun pencabar jawatan Ketua Pemuda yang dah disahkan tidak mencapai piawaian aku.Kedua,bila Kj tampil kehadapan membela Tun Faisal dalam isu kelayakan beliau untuk bertanding jawatan MT,beliau telah melakukan apa yang wajib dilakukan oleh seorang Ketua Pemuda membela anak buahnya dan membela MARUAH Pemuda Umno Malaysia dari diperkotak-katikan dengan kerenah birokrasi yang samar samar.Itu saja 2 FAKTOR yang menjadi perkiraan aku...
Bercakap soal TRANSFORMASI yang ghairah dibicarakan oleh banyak pihak,aku hanya merealisasikan transformasi aku sendiri secara peribadi.
Pada aku secara peribadi TRANSFORMASI itu memerlukan perubahan besar yang menyeluruh bukan sekadar anjakan kecil dari semua aspek.Kalau setakat anjakan kecil ianya hanyalah REFORMASI yang galak dilaungkan Anwar dan penyokongnya sejak 1998,yang akhirnya tidak membawa apa apa erti dalam perjuangan Umno itu sendiri.
Aku "tranform" dari kemarahan aku kepada Umno dan Pemimpinnya sejak 11 tahun lalu atas masaalah peribadi kami kepada mengurangkan kemarahan aku itu dan akhirnya menghilangkan kemarahan itu terus dari hatiku....
Aku "tranform" dari kemarahan dan kebencian aku terhadap Pak Lah dan keluarganya kepada kurang marah dan benci dan berdoa suatu hari kelak dengan izin Allah Taala kami dapat berkata kata dalam keadaan harmoni tanpa prejudis....
Aku "tranform" dari tidak menyokong Umno dan Pemimpin nya kepada menyokong pemimpin yang aku kira LAYAK untuk diamanahkan memimpin Umno dan orang Melayu...
Itu TRANSFORMASI PERIBADI yang aku lakukan...
Hari ini kita bercakap pasal AGENDA MEREMAJAKAN UMNO,tapi berapa ramai dikalangan kita yang benar benar faham maksud meremajakan atau peremajaan Umno itu sendiri?
Proses meremajakan Umno bukan sekadar menukar pemimpin yang tua kepada yang muda dan kalau itu sajalah yang kita rasa patut lakukan ianyalah hanya proses MENUKAR PEMIMPIN bukan proses MEREMAJAKAN PERJUANGAN UMNO.
Kita sepatutnya...
Kembali meremajakan perjuangan Umno yang dah tua dan berusia 66 tahun ini kepada perjuangan Umno zaman remaja mereka 40-50 tahun dahulu sewaktu kebanyakan Pejuang Umno masih muda remaja.Semangat kental,keberanian,ketegasan dan segala yang positif kita hidupkan kembali dengan mengambil kira dan menyesuaikan keadaan semasa dan aspirasi orang Melayu hari ini.
Kita remajakan kembali sikap amanah dan tanggungjawap kita yang dah dituakan dek kemakmuran negara sehingga ramai diantara kita terpalit dengan politik kebendaan mengejar kekayaan peribadi sehingga kita lupa dan leka akan amanah dan tanggung jawap kita terhadap agama dan bangsa.
Kita remajakan sikap AMARAH DENGKI KHIANAT sesama kita yang dah tua bersarang dihati kita berpuluh tahun lamanya.Kita kembalikan ia ke zaman remaja Umno dulu dimana sifat ini wujud ditahap paling minima dan boleh dikatakan hampir tidak wujud langsung waktu itu.
INILAH PEREMAJAAN HAKIKI UMNO yang sepatutnya menjadi landasan bila kita bercakap pasal AGENDA MEREMAJAKAN UMNO agar Umno itu terus kekal kuat dan utuh untuk membawa Umat Melayu menghadapi 66 tahun yang mendatang....
WAALLAHU'ALAM
P/S : Tapi kalau lepas ni KJ rasa nak offer aku kerja tukang angkat file ke...driver ke...atau Ketua kepada Ketua Pemuda Umno ke....,maka "muhaballah" diatas tidak lagi boleh diambil kira kerana sumpah diatas hanya untuk "sokongan mengejut" aku semalam dan hanya berkaitan tuduhan yang kononnya aku DIBAYAR untuk berbuat demikian....
HARAP MAKLUM
27 comments:
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.
kahhkahhhkahhh ..... lu lawak la bro...nthah apa kaedah yg lu gunakan tuk transformasi lu tu buat wa ketawa guling2.kahhkahhkah. YANG PALING PENTING LU BAHGIA NGAN KEHENDAK LU..
ReplyDeleteI love kj ... kj for ketua pemuda..jgn marah bang
DeleteMeremajakan umno.jih.kih.kih.kih.bro konon nyer parti tertua di malaysia.slogan,visi dan misi bermacam macam dah.tapi dok takok tu jer.meremajakan umno hanya indah pada visi tapi fail pada misi nyer.selagi golongan umno tua masih nampak lubok duit selagi tu depa berebut jawatan.aper hal Isa samad dan ali rostam bertanding.kaki rasuah sampai bila bila pun kaki rasuah.lepas tu dah tua kute plak tu.pemimpin masih enak dibuai mimpi visi..umno kini semakin tiada relevan di pentas politik malaysia.umno hanya realiti diselamatkan oleh pentas penipuan.
Deletehehehe....belasah la apa pun tujuan lu tulis artikel ni. dapat duit nanti jgn lupa bagi anak yatim sikit.
ReplyDeleteyg wa nak tanya, mana sambungan artikel pasal permata?
tunggu rosmah balik dari new york ke? cheque tak sign lagi?
buang masa je lu tulis pasal permata kalau tak dapat cheque, orang lain dah sedawa + kentut.
Sibuk pasal permata pulak...tak payah tunggu APA tulis..hang boleh google dan cari sendiri..
DeleteHehehe ... parpukari pun dah transformasi
ReplyDeleteCuba bezanya kau sokong secara terang ... parpukari cuma tak membincangkan langsung tentang pemilihan Pemuda UMNO
Semoga bahagia ....
Mmg kj calon terbaik...malu lerr budak2 muda nak masuk umno kalau ketua pemudanya pun nampak skema
Deletedari tak ambil apa2 bagus minta sikit bro... sbb kau tak ambikpun org kata ambik... rugi tau.. apa2 wa salute dgn pendirian u
ReplyDeleteDalam UMNO:
ReplyDeleteKaulah Jantan, Kaulah Jejaka
K******J******K******J******
Kaulah Jalan, Kaulah Jaya
K******J******K******J******
Kauklah Jati, Kaulah Jasa
K******J******K******J******
Kaulah Jasad, Kaulah Jiwa
K******J******K******J******
Kaulah Juri, Kaulah Jaksa
K******J******K******J******
Kaulah Jeneral, Kaulah Jaga
K******J******K******J******
Kaulah Jaring, Kaulah Jala
K******J******K******J******
Kaulah Jambatan, Kaulah Jendela
K******J*********K******J******
Kaulah Juruteknik, Kaulah Jurutera
K******J**********K******J******
Kaulah Janakuasa, Kaulah Jentera
K******J**********K******J******
Kaulah Jaguh, Kaulah Juara
K******J******K******J******
Dalam Malaysia pun begitu juga!
BINTANG KEJORA
ReplyDeleteKini lahir sebutir bintang
Indon bilang tampan dan gantang
Ligat dan tangkas pagi dan petang
Anak emas PM sentiasa ditatang
Tak gentar walau musuh melintang
Tak pernah risau jika ditentang
Tak ada masalah tak ada pantang
Ramai lawan sudah terlentang
Bercakap petah berhujah lantang
Sentiasa bernas idea dibentang
Walau pun muda berfikiran matang
Pemangkin negara masa akan datang
PEMIMPIN MUDA TRANG TANG TANG …
KAU KEJORAKU SAYANG
ReplyDeleteKau perwira kan terus berjuang
Kau tak kan undur atau beri ruang
Kau tak kejar material dan uwang
Kau pasti kan punyai peluang
Kau bersuara tegas dan lantang
Kau bercakap sentiasa matang
Kau tewaskan setiap penentang
Kau pastikan undur berpantang
Kau segak dan kemas dipandang
Kau bijak dalam semua bidang
Kau elak mereka nak tendang
Kau tak rasa marah dan radang
Kau yg paling utama sekarang
Kau didengki ramainya orang
Kau tenang dan tak tunjuk berang
Kau tokoh yang bukan sembarang
Kau bakal pemimpin gemilang
Kau naik tak dapat dihalang
Kau awasi musuh dan dalang
Kau tak akan bernasib malang
Kau bijak dan banyak bertenang
Kau bagi belia memang disenang
Kau berjasa dan akan dikenang
Kau bertanding tentu kan menang
Kau mungkin kan dikejar bayang
Kau tak perlu takut dan goyang
Kau juga tak akan tayang tayang
Kau KEJORA yang tetap ku sayang
BINTANG KEJORA KEJORA DI MALAM HARI
ReplyDeleteSatu dalam seribu sukar nak cari
Tokoh pemuda yang sangat bestari
Bijak dan cerdik umpama jauhari
Tidak sombong tak bermegah diri
Pelbagai bidang kau telah ceburi
Di kalangan belia kau sangat digemari
Tak sia-siakan amanah yg telah diberi
Menjalankan tugas seorang menteri
Sudahlah lulusan luar negeri
Segak dan tampan tiada terperi
Ramailah gadis hatinya kau curi
Kalau kereta kau ibarat Ferari
Ramai rakyat memang menyedari
Masa kan tiba kau perdana Menteri
Ramai musuhmu takut dan ngeri
Terutamanya dari kem malabari
Tangkas langkahmu kanan dan kiri
Siapa mencabar kau tak kan lari
Tunggulah masa tunggulah hari
Akhram dan yg lain kan gigit jari
Ibaratnya permata yg sangat berseri
Cerah masa depan bak sinar mentari
Bintangmu pasti akan terus menyinari
Bagai KEJORA di malam hari …
KAU BINTANG KEJORA BERSINAR
ReplyDeleteKalau kau antara pohon, kaulah pohon yg paling segar
Kalau kau antara bangunan, mencecah langit engkau mencakar
Kalau kau antara ribut, badai geloramu pastinya menggegar
Kalau kau antara tebing, tak runtuh walau ombak melanggar
Kalau kau antara perwira, semangatmu sentiasa membakar
Kalau kau antara pahlawan, kau sanggup bila pun dicabar
Kalau kau antara kesatria, langkahmu ibarat pendekar
Kalau kau antara pejuang, semangatmu tak pernah kan longgar
Kalau kau antara murid, kau cerdik tak susah diajar
Kalau kau antara pendebat, siapa pun lawan kau tak gentar
Kalau kau antara pemidato, bicaramu petah dan pintar
Kalau kaun antara penyanyi, kau ibarat penyanyi cilik si Tegar
Kalau kau antara pemimpin, kau tak gelabah tak juga celupar
Kalau kau dalam pencalonan, kau tak takut ditohmah digempar
Kalau kau dalam pemilihan, lawanmu laluannya pasti sukar
Kalau kau dalam pertandingan, musuhmu ramai yg gulung tikar
Kalau kau bersama belia, langkahmu sentiasa digemar
Kalau kau antara manik, kaulah mutiara paling bersinar
Kalau kau antara permata, kilaumu kan lama tak pudar
Kalau kau antara bintang, kaulah KEJORA di kala fajar
KAU ADALAH SEINDAH RUPA DAN KHABAR
TANPAMU BERSAMA UMNO KAN HAMBAR
MENANTI KEMENANGANMU HATIKU BERDEBAR
MENUNGGU KAU JADI PM RASAKU TAK SABAR
PADAKU KAU BINTANG KEJORA
ReplyDeleteKalau kau antara tokoh, kau tokoh yg paling ketara
Kalau kau antara bangunan, kau adalah ibarat menara
Kalau kau antara fauna, kau adalah ibaratnya flora
Kalau kau antara gurun, kau ibarat gurun sahara
Kalau kau antara ribut, kau ibarat badai gelora
Kalau kau antara teruna, kau adalah rebutan si dara
Kalau kau antara patriot, kau yg paling semangat membara
Kalau kau antara manik di laut, kau adalah ibarat mutiara
Kalau kau antara sampan, kau ibarat kapal di muara
Kalau kau antara pendekar, kau memang pastinya juara
Kalau kau antara pejuang, kau adalah ibarat perwira
Kalau kau antara pendebat, kau lah paling petah bicara
Kalau kau antara pemidato, kau lah paling lantang bersuara
Kalau kau di kalangan MP, kau akan sentiasa gembira
Kalau kau antara menteri, kau paling tidak berpura
Kalau kau antara gula, kau adalah umpamanya sira
Kalau kau antara minuman, manismu adalah ibaratnya nira
Kalau kau dlm pertandingan, kau pasti sentiasa kan mara
Kalau kau dlm pemilihan, kaulah pilihan yg tiada tara
Kalau kau antara kesatria, kau lah sebenar kesatria Negara
Kalau kau antara bintang, kau ibaratnya BINTANG KEJORA
Woit.mu gile aper ker.
DeleteKaulah Jahanam ...
ReplyDeleteSaya sokong KJ...setuju dgn APA bila mengatakan KJ sbg ketua pemuda tampil membela tun faisal...suara macam ni lah yg kita nak pada ketua pemuda umno, berani menentang arus parti
ReplyDeleteNAIB PRESIDEN?
ReplyDeleteKisah muka baru punya calon
Proxi mantan dari Mentalon
Cukup kot jadi hero kat Jerlun
Satu Malaysia kot tak terpulun
Bagilah lama sikit bertapak
Barulah kuat kalu nak celapak
Ini dok harapkan aura bapak
Silap langkah kot jatuh lopak
Nak naik atas pun ikutlah hiraki
Bukannya apa kot orang dengki
Yang lebih senior tu ramai lagi
Kalu tidak pun biarlah ahli MT
Kena jaga parti punya martabat
Hancur kalu, dah tak ada ubat
Tak apalah kalu betul-betul hebat
Jangan nak buat langkah si Jebat
Di alam cyber mungkin nampak gah
Janganlah pula dok merasa megah
Di luar nun masih banyak bertelagah
Nak menang kena betul-betul gagah
RASANYA SUKAR ...
''INI PESANAN DARIPADA SEMUA ORANG2 MELAYU DAN BUMIPUTERA dan MAKCIK,PAKCIK YG BERADA DI KAMPUNG.
ReplyDelete''mereka nak kan KJ diorang kata''
''walau macam manapun diorang nak kan KJ''
KITA PEDULI APA!
ReplyDeleteKita punya impian mesti tercapai
Berkuasa seperti nakhoda kapai
Tok sah bimbang kalu tak pandai
Semua kat ataih daddy dah kawai
Jawatan MB saja mana nak jadi
Takat berkuasa di jelapang padi
Nak naik atas kena berani perjudi
Masa nie la tumpang ada daddy
Dia tu nak naik tak kan nak biaq
Kok mana cagha kita kena ikhtiaq
Pasai UMNO tok sah dok pikiaq
Biaqlah kalau nak kucaq kaciaq
Kenalah cepat potong si polan
Lagi sekali bertanding timbalan
Mana boleh kalu naik pelan-pelan
Tak sempat kot nanti daddy jalan
Kena pulun cepat naik takhta
Tok sah peduli apa orang kata
Ini hal peluang kuasa dan harta
Kepentingan nama family kita
TAK KAN KITA NAK BAGI DIA NAIK DULU KOT ...
SOKONG NAJIB & KHAIRY …
ReplyDeleteKini Najib dah tunjuk bukti
Bangsa Melayu tetap di hati
MEB diumum kita menanti
Khairy sama tumpang berbakti
Najib dah tahu perangai Cina
Memang mereka bangsa tak guna
Khairy tahu nak susun rencana
UMNO tak akan lagi terkena
Sekarang Melayu mahu ditolong
Supaya Melayu tidak dilelong
Namun ada yang masih melolong
Dengkinya kumpulan hantu polong
Menerus amanat T.A.Rahman
Najib cuba nak elak perkauman
Khairy cuba nak bina sefahaman
Namun Cinabeng tak makan saman
Najib punyai tinggi jati diri
Begitulah juga dengan si Khairy
Makin nampak hari ke hari
Adalah pula yang merasa iri
Ada kumpulan nak buat kacau
Tak habis2 meraban meracau
Najib relaks buat tak dihirau
Khairy tangkis sebagai gurau
Ada lah juga yang gatal mulut
Fitnah Khairy yang karut marut
Dalam team Najib tiada kemelut
Sengaja mereka nak buat kalut
Melayu tak akan dibiar binasa
Ekonomi Melayu nak diperkasa
Najib dan Khairy dah nampak jasa
Hujah penentang dah tak berbisa
Antologi sajak aper ker.
DeleteHahaha...sokong pemimpin yg ambik press secretary dia org cina..kt mna melayu dia pn x tau
ReplyDeleteDAPAT PENAT SAJA AKHRAM …
ReplyDeleteNak tergelak tengok anak Sanusi
Slogan dibawa bunyi pun dah basi
Bawa badan pun macam ayam kasi
Kena hentam teruk dengan MAYC
Walau pun lulusan luar negeri
Kelibat lekeh tak macam Khairy
Apalah sangatlah dia boleh beri
Ukurlah baju di badan sendiri
Badan gempal perut pun kembung
Tidak nampak gaya ayam sabung
Bapak dia dulu pun kena lambung
Nak bersawah padi atas bumbung
Kadang-kadang fikir macam kasihan
Nak jadi pemimpin dia sangat gian
Bukannya sengaja tak bagi dia lawan
Bertandinglah dahulu ketua bahagian
MAYC dulu pun tidak terurus
Ketua pemuda nak tanding terus
Janganlah dok rasa diri tu bagus
Mukhriz dan Toyo dulu bungkus
Memang sengaja menempah malang
Sekadar letih dan modal tak pulang
Khairy nak lawan bukanlah calang
Menteri yang hebat tokoh gemilang
Memanglah tak perlu keluar belanja
Masuk bertanding pun sebab ditaja
Tak payah bermimpilah atau teruja
Nak jadi ketua pemuda lupakan saja
Memang betul lah tu tindakan blogger APA. Blogger lain pun ramai juga yang dah beralih pandangan, dah mula boleh menilai KJ nie … Ada blogger yang perapikan kata Tun Faisal adalah musuh politik yang nak jatuhkan KJ, tapi KJ tak ambil kisah itu semua… bagi dia, Tun Faisal adalah orang bawahannya yg perlu dipertahan dan dibela … dalam hal menegakkan hak dan kebenaran, KJ memang tegas dan berani … inilah gaya pemimpin Melayu baru yang bukan sekadar nak jadi pak angguk atau ‘yesman’ saja … KJ dah banyak berubah, KJ yang dulu bukanlah yang sekarang …
ReplyDeleteMARI KITA NYANYI RAMAI2 IKUT MELODI LAGU TEGAR:
“AKU YG DULU BUKAN YG SEKARANG”
KJ yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ko disayang
Dulu dulu dulu ko ahli biasa
Sekarang Ketua Pemuda ...
KJ yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu agak lantang sekarang makin matang
Dulu dulu dulu ko tak ada apa
Sekarang Menteri Belia ...
Cita-cita ko menjadi PM pula
Dulu ko susah sekarang insyaAllah
Berdoalah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semula ...
Pelik bin ajaib rasanya tindakan APA menyokong KJ pula. Bukankah dulu sangat berdendam dengan Pak Lah. Di 'cilok' sampai sekeluarga terpaksa tidur atau berumah dalam kereta. (Kalau tak silap). Jadi, tak betul lah, tuduhan KJ menang Ketua Pemuda dulu melalui rasuah dan disorak ribuan ahli UMNO di PWTC, rasuah, rasuah, rasuah.....
ReplyDeleteTak betul lah cerita yang KJ buat dulu di Tingkat 4, semasa bapak mertuanya PM. APA setuju lah dengan sikap KJ yang mengkritik PERKASA. Atau pun KJ hanya berlakon untuk 'ambil-hati' dan kerana takut tidak mendapat sokongan Cina. Sebab itu juga beliau ambil Regina sebagai Press Secretary.
Politik ni pelik. Sunggoh pelik. Memang betul lah. Sejarah telah buktikan, kerana wang & harta Melayu sanggup gadai maruah & bangsa. Cara paling senang untuk mendapatkan WANG adalah melalui politic.
Betul lah kata Syed Akhbar Ali, kecuali orang no.2 yang berkecuali, yang lain semuanya tak sokong anak Sanusi Junid.
Last sekali, nak tanya, APA sokong ke, apa yang mereka (kata mereka Najib beri sokongan), nak bina di Gambang, Kuantan?
RD.
komen gua...
ReplyDeleteJgn terlalu liberal
Adakah KJ seorang yg tidak bongkak bila berkuasa? Kalau YA, teruskan..
Apakah KJ faham masaalah rakyat bawahan yg sebenar?
Sekarang zaman yg dipengaruhi hasutan Dajal.. kuasa, nafsu, wang ringgit, perempuan... ini semuanya tools Dajal..
Jgn terlalu ghairah dgn dunia.. lebihkan usaha takwa untuk akhirat..
Semua nawaitu yg baik Allah tahu begitu juga sebaliknya.
Assalamualaikum
http://wubra.blogspot.com/2013/09/awas-dengan-sebaran-fitnah-dajal.html