Pages

Pandangan iklas aku tentang Umno Selangor @NajibRazak


Nota : Artikel ini panjang kalau tak larat baca jangan baca.

Jumaat sudah aku menghabiskan masa hampir 5 jam di Rumah Terbuka Umno Selangor Perdana Menteri Bersama Rakyat Negeri Selangor yang diadakan di Institut Kraftangan Negara Templers's Park Rawang.Tujuan asal aku kesana bukanlah nak beraya sangat tapi nak melihat sikap Semua Ketua Ketua Bahagian Umno Selangor setelah kalah teruk dalam PRU13 lalu dan melancarkan secara tidak resmi Edisi Terjah Rakyat aku bersama Warta Rakyat Live Tv.


Saperti biasa balik dari program aku up gambar gambar yang aku rakam kat blog ini tanpa mahu mengulas apa apa mengenai program ini SINI.Hari ini terbaca artikel sahabat blogger Cucu Tok Selampit dan The Flyingkick mengulas tentang Umno Selangor berdasarkan program rumah terbuka ini dengan tajuk yang agak panas dibawah...

UMNO Selangor Masih Tidak Mahu Berubah, Masih Merasakan Diri Kerajaan Di Selangor @NajibRazak - CTS

EH, WUJUD LAGI KE UMNO DAN BARISAN NASIONAL DI SELANGOR? -TFK

Jadi aku terpanggil untuk menambah serba sedikit perisa yang kurang bagi sedap sikit gulai yang dah dimasak sahabat CTS dan TFK,apatahlagi hampir 5 jam berada disana rasanya aku layak untuk memberi ulasan aku secara peribadi.Apa yang dah diulas 2 sahabat aku sebelum ini memang tidak boleh disanggah akan kebenarannya,jadi tak perlulah aku nak ulang perkara yang sama..

Jom kita mulakan...


Aku tiba agak awal untuk majlis itu (lebihkurang jam 7:30 mlm) walaupun majlis dirancang bermula jam 8:00 malam dengan ketibaan Perdana Menteri dijadualkan jam 9:00 malam.Memang dah tabiaat aku kalau menghadhiri apa apa program aku akan tiba setengah jam atau satu jam lebih awal untuk "conditioned" minda dan fokus aku untuk tasking aku.Dua kemah gergasi disediakan untuk program ini, saperti biasalah satu untuk VVIP dan satu lagi untuk rakyat marhaen.

Manakala mengelilingi 2 kemah gergasi ini adalah gerai gerai setiap Bahagian Umno Selangor yang menyediakan berbagai juadah untuk para pengunjung.Menyelusuri setiap satu gerai yang ada aku melihat kesungguhan setiap Bahagian Umno menyediakan yang terbaik,cuma yang tak pasti adakah ianya benar benar untuk dinikmati para pengunjung atau sebagai hanya satu "show-off " memandangkan Perdana Menteri akan "mencemar duli".Apatahlagi dalam majlis itu rupanya ada Pertandingan Gerai Bahagian Terbaik(aku tak ingat bahagian mana yang menang) yang diumumkan,mungkin hasil "idea kreatif " Noh Omar dengan Pengarah Jab Media Sosial yang baru dilantiknya YB Shukur.Kebijaksanaan awal Shukur sebagai Pengarah Jab.Media Sosial Selangor...bijak ke?He he he...



Oklah rata rata aku lihat pengunjung seronok menikmati juadah juadah yang disediakan dan dalam "kemah rakyat marhaen" aku lihat meja yang disediakan amat rapi siap berlapik alas meja warna merah macam dalam kemah utama VVIP.Bab ini aku amat memuji sikap perihatin pihak penganjur yang tidak mahu membezakan darjat antara Pemimpin Dan Rakyat...TAHNIAH!.




Cuma ada sesuatu yang "kurang" dalam penjelajahan aku melihat suasana "Rakyat Selangor" yang mengunjungi rumah terbuka bersama Perdana Menteri kali ini.Aku lihat amat kurang sekali pengunjung dari Kaum Cina dan India yang datang meraikannya.Mungkin orang akan kata aku segaja nak mencari kesalahan Umno Selangor tapi kalau "rabun" aku ini belum sampai ketahap kronik,campur-kali-darab...rasa aku tak sampai 200 orang kaum Cina dan India yang hadhir malam tu,sekali lagi...itupun kalau rabun aku bukan tahap kronik lah..Rata rata yang hadhir adalah "Rakyat Melayu Selangor " atau mungkin "Rakyat Umno Selangor".

Rugilah apek dan nyonya "kaki tapau makanan" tak hadhir..kalau tidak boleh tapau stock untuk seminggu..ha ha ha.Jadi kalau sasaran awal penganjur Perdana Menteri Bersama "Rakyat Selangor"...majlis ini gagal menarik rakyat selangor secara menyeluruh.Aku tak pasti sama ada faktor lokasi majlis ini penyumbang kepada "kegagalan matlamat" ini,tapi kalau kira lokasi rasa aku Kaum India tidak bermasaalah untuk datang berbondon bondon memandangkan ianya diadakan di Rawang.Siap boleh hantar Geng 04 datang pau macam yang mereka lakukan dirumah terbuka Menteri KDN sebelum ini..kah kah kah.Apapun bab RAKYAT SELANGOR ini memang GAGAL MAKSIMA!,rasa aku Rumah Terbuka Bahagian Ampang yang diadakan saban tahun menyaksikan lebih ramai kehadiran masyarakat Cina dan India jika nak dibuat perbandingan.Tak percaya kita tunggu Ahad 1hb Sept nanti...

Dibawah ini sajalah imej Rakyat Selangor masyarakat Cina dan India
yang berjaya aku rakam..itupun dalam kemah utama VVIP





Kita tinggalkan sekejap pasal kehadiran Rakyat Selangor dan kita tinjau pula perangai dan sikap Kepimpinan Umno Selangor dengan warlord warlord mereka.Kita ukur tahap dan suhu sombong,bongkak,sengal,bebal,berlagak dan bodoh mereka yang mengakibatkan Selangor tertonggeng 2 PRU berturut turut...




Besar gelak "orang besar" ini..



Saperti yang aku tulis awal tadi,aku tiba agak awal jadi kebanyakan VIP dan VVIP belum tiba lagi.Kemah utama dimana Perdana Menteri didudukan masih lengang kecuali kehadhiran para petugas dan urusetia yang boleh dicamkan melalui keseragaman pakaian mereka baik yang lelaki mahupun wanitanya."Taiko" paling awal yang ada disitu adalah YB Shukur(Adun Kuang) Pengarah Jabatan Media Sosial Selangor.Memandangkan beliau tempat rujukan setiap petugas dan urusetia majlis malam itu,aku berandaian dialah "Kepala Gangster 04 TigaSuku" malam tu..he he he.


Semua kerusi Pemimpin Bahagian dah diletak gam yang buat mereka melekat
tak mampu bangun..





Selepas isyak barulah Ketua Ketua Bahagian mula hadhir dan masing masing mengambil tempat dimeja yang disediakan pihak penganjur.Itulah aktiviti yang berlaku berulang ulang dikemah utama..pemimpin,VIP jemputan dan ketua bahagian tiba...disambut oleh para penyambut tamu...berpeluk sesama mereka...dan duduk..sementara menunggu kehadiran Perdana Menteri.Aku tak nampak seorang pun Ketua Bahagian yang mengambil inisiatif untuk menjengah Kemah Rakyat apatahlagi pergi melawat gerai gerai yang ada sambil beramah mesra dengan rakyat yang hadhir.Semua melekat kat tempat duduk masing masing menanti kehadiran Perdana Menteri mungkin takut PM tak nampak kelibat mereka bila masuk.Jangan kata nak menjengah rakyat kat luar sana,rakyat yang ada didalam kemah VVIP pun mereka tak pergi jenguk...rakyat yang terdiri dari berbilang bangsa dari parti parti komponen yang hadhir.Kalau ada pun rakyat yang mereka sapa hanyalah yang berada dilaluan kemeja tempat mereka didudukan.Ini bukan fitnah dan bukan tohmah yang sengaja aku ada adakan tapi realiti apa yang berlaku malam itu.Alang alang nak mengulas baik aku perincikan apa yang berlaku supaya menjadi pengajaran kepada mereka..



Waktu PM masuk kekemah macam biasalah semua Pemimpin Umno Selangor berdiri macam zirafah sedang memanjangkan leher untuk tidak terlepas berjabat tangan dengan PM menandakan "saya hadhir" (aku agaklah).Pong pang,pong pang dengan ucapan penganjur...diikuti dengan ucapan PM...lepas tu kita makan dulu...lepas makan berucap lagi...kita nyanyi pulak lagu lagu PM suka dengar terutama lagu 1Malaysia,cuma lagu Endless Possibilities tak sempat nak gubah lagi...kita suruh PM potong kek....jangan bagi PM turun dulu sebab nak bagi hadiah Gerai Bahagian Terbaik..pemenang gerai terbaik pula macam nak bagi "isyarat" kat PM tolong kekalkan Ketua Ketua Bahagian ini (ini pun aku agak je lah)..barulah PM dibenarkan turun untuk menikmati kuih raya pulak.Acara makan awal tadi makan nasi...aku tenguk Noh Omar siap sediakan "Chef Songkok Tinggi" ntah apakenama yang aku pasti masak Ikan Patin Tempoyak kegemaran Perdana Menteri...


Chef Songkok Tinggi dengan Ikan Patin Tempoyak khas untuk PM..
Bab mengampu ni bagi kat Noh Omar..


Ucapan PM...


Nyanyi dan potong kek..


Lama tak dengar lagu 1Malaysia sejak 6 Mei lagi...

Aku ingat adalah acara MENCEMAR DULI PM bertemu dan bermesra dengan rakyat Selangor yang hadhir diluar kemah utama....rupanya takde.Tau tau MC buat pengumuman PM nak resmi ntah apa ke aku tak ingat dan selepas itu semua Pemimpin 4 Cabang Umno Selagor diminta ke dewan mana ntah untuk sesi taklimat bersama Perdana Menteri.Itulah kali terakhir Rakyat Selangor melihat kelibat Perdana Menteri (itupun melalui big screen) sebelum PM beredar...

PERDANA MENTERI BERSAMA PEMIMPIN UMNO SELANGOR BERSAMA RAKYAT SELANGOR?

Macam ada tak kena je dengan tajuk majlis ini?
Aku dah perincikan jadi kita pakat tafsir sendiri apakah matlamatnya tercapai?
Selamat Hari Raya


Apa jeling jeling bro?
Lu mana tak puas hati dengan gua?
Lu tak betul handle Jab Media guarantee gua balun punya...

10 comments:

  1. Salam Abang APA,

    Artikel yang menarik dan penuh mesej. Terima kasih di atas gambar Abang dalam posting saya tu.

    CTS.

    ReplyDelete
  2. Wkmslm CTS.
    Mula mula malas gak nak ulas..tp bila tenguk adik2 mengulas abg pun tumpang sekaki...

    Persoalannya..sampai bila pemimpin umno selangor nak terus bongkak.sombong dan bodoh?

    ReplyDelete
  3. mmg patutpun pembangkang terutamanya Anwar dpt tambat hati rakyat marhaen

    walaupun berpura2, tapi rakyat lihat itulah keikhlasan seorang pemimpin utk mendekati rakyat

    berdasarkan cerita, mmg kita tahulah pemimpin2 UMNO Selangor dr atas sampai la bwh ni tugasnya hanya "MESRA" bila nak pilihanraya.....masa tu berbondong2 nak "mencemar duli" dgn senyuman manis & bertanya khabar rakyat..mmg biasa la kan....SMSpun satu hari berapa kalikan?....hahaha

    lepas pilihanraya???....pi mampuih semua rakyat...hangpa dah pilih aku...ikut suka akulah nak BERLAGAK ke, MENYOMBONG ke, BEBAL ke...kalau x puas hati tunggu 5 thn lg...tp konpom masa tu lembut gigi dr lidah kami persembahkan utk rakyat

    "KALAU KALAH TU BUAT CARA KALAH....JGN BERLAGAK SGT, DASAR TAK SEDAR DIRI PUNYA PEMIMPIN"

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Bro Azmi,

    Congratulation on the observation. u may look bad to those who "apple polish" the Prime Minister but every truth is very difficult to swallow but the truth need to be expose in order to have a better management. Keep up and never give up...!

    ReplyDelete
  5. UMNO sedang syok sendiri

    ReplyDelete
  6. komen terbaeeek dan jujur....sebagai anak dan ahli umno sgor diharap pemimpin2 ini (kalau boleh di ketogerikan sebagai PEMIMPIN)sedar diri jangan sampai ahli2 akar umbi benci ngan umno,cermin2kanlah diri tu....

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Seronok baca urutan acara majils rumah terbuka UMNO Selangor. Tapi itulah yg aku nampak dari gambar2 dalam blog2.

    UMNO Selangor ni tiada pemimpin yg berjiwa rakyat. Banyak jadi pengampu. Itu Sebab banyak kehilangan kerusi dalam PRU13. Nampaknya masih tak mahu berubah. Jika ini keadaannya ia akan menjadi seperti Kelantan. 10-20 tahun lagi pun BN tak akan dapat merampas Selangor dari PR.

    ReplyDelete

  8. Umno already dead in Selangor! syabas Noh udang. Otak pun macam otak udang!ha..ha..ha...

    ReplyDelete
  9. Sememangnya typical style UMNO....depa syok-syok sendiri dengan buat majlis membazir duit. Tak kira lah duit UMNO ker, atau duit rakyat ker, atau duit kontraktor. Kalau sekor pun tak reti nak bermesra dengan rakyat, jangan lah buat. Buat jer kat kawasan rumah Noh Omar ker untuk PM dengan ketua bahagian. Ini dikatakan mempermainkan sentiment rakyat. Ingat rakyat bukan sebodoh dulu? itu pasal kaum cinabeng tak datang. PM sepatut nya lebih ambil tahu kelemahan dan ciri-ciri kepura-puraan pemimpin UMNO ini.

    ReplyDelete
  10. Kita mahu tengok majlis rumah terbuka tempat-tempat lain, ramai tak Cinabeng yang turun makan. kalau diikutkan rekod lepas, setiap bahagian kawasan bandar yang buat majlis ini,berduyun keluar siap bawak trolley punggah air mineral dan buah rambutan.

    Ini Kali macam dulu-dulu jugak ka?

    ReplyDelete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.