Apa Cina mahu dan mengapa kita tidak akan ‘balik’ ke China



Soalannya sekarang adalah sekiranya kita tidak ingin meninggal di China dan kita juga tidak ingin berhijrah ke negara lain yang lebih maju, apakah sebabnya orang Cina seolah-olahnya hanya tahu mengadu tidak terhenti-henti tentang negara ini walaupun kita rasa ia bukan negara yang buruk?

Carol Ng

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warganegara Malaysia yangmenyambut bulan Syawal yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kamu dan seisi keluarga kamu.

Saya merupakan salah satu warganegara Malaysia berbangsa Cina yang telah membesar dan belajar di sekolah Melayu dan lebih fasih berbicara dalam Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Cina. Saya mohon waktu sebentar kamu kerana saya ingin cuba menjelaskan satu pertanyaan yang saya rasa begitu pelik. Apa Cina mahu? Kita juga diberitahu untuk kembali ke China,manakala rakan-rakan India kita diberitahu untuk kembali ke India.

Ini adalah percubaan saya untuk menjawab soalan ini yang nampaknya sangat sukar difahami, dan saya juga ingin menerangkan apakah sebabnya pada umumnya orang Cina di Malaysia tidak mau pergi ke negara China. Oleh sebab kita sentiasa memberitahu seluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang harmoni dan bertolak ansur, saya berharap anda akan dapat membaca ini dengan hati dan minda yang terbuka dan tidakmembuat anggapan terhadap niat sebenar saya hanya kerana bangsa saya.

Saya juga akan mengutuk beberapa tingkah laku kebanyakan orang Cina, yang saya tidak takut untuk mengkritik kerana saya percaya bahawa ia adalah penting untuk mengakui apabila kaum kita sendiri sedang melakukan sesuatu yang salah.... Bagi saya, untuk menjadi orang yang berhemah tinggi, kita tidak harus menutup mata terhadap perbuatan yang tidak betul atau adil, semata-mata atas sebab kita ingin menlindungi orang daripada kaum yang sama dengan kita.

Negara China memang sekarang diketahui di seluruh dunia sebagai negara yang sedang membangun dengan cepat dan berteknologi canggih. Tetapi negara ini juga ada banyak keburukannya. Negara China dikendalikan oleh diktator, tidak ada kebebasan bersuara, dan terdapat sekatan berat terhadap penggunaan internet, akhbar, kebebasan beragama, dan kebebasan berhimpun. Terdapat perbezaan yang besar antara kaya dan miskin di China, ketidakadilan sosial yang tinggi dan rakyatnya berperangai begitu acuh tidak acuh sehingga walaupun terdapat anak kecil yang tercedera dan hampir mati di jalan raya, mereka tidak peduli untuk membantunya.

Sebenarnya, semua masalah yang orang Cina di Malaysia tidak suka di negara ini, adalah jauh lebih teruk lagi di China. Bagi rakan berbangsa India kita, keadaannya lebih kurang sama di negara India. Memang tidak masuk akal untuk pergi ke negara-negara ini di mana kehidupan kita akan menjadi lebih sukar, terutamanya kerana ramai orang Cina dan India di Malaysia memang tidak pernah sekalipun melangkah satu kaki pada tanah ‘negara asal’ kita. Kalau kita berhijrah ke mana-mana, kita lebih suka pergi ke Singapura, Amerika, Australia, United Kingdom, negara-negara yang mungkin tidak sempurna, tetapi terdapat lebih banyak kebebasan, gaji yang lebih tinggi dan peluang yang tinggi untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan aman.

Tetapi bagi ramai warganegara Malaysia berbangsa Cina dan India, kita lebih suka tinggal di negara ini. Sebab-sebabnya tidak sukar difahami. Kebanyakan kenangan gembira kita adalah di negera ini, dan rakan-rakan dan keluarga kita yang tersayang juga di sini. Seperti yang saya tahu, orang Melayu memang sangat mementingkan keluarga dan ini adalah satu perkara yang baik. Jadi ia tidak seharusnya sukar untuk memahami bahawa orang Cina seperti saya tidak mahu meninggalkan orang tua saya berseorangan di negara ini, dan tidak ingin orang tua kita dibawa ke negara lain kerana mereka terlalu tua untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara baru. Kita juga suka tinggal di Malaysia sebab memang tidak boleh dinafikan makanan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia.

Soalannya sekarang adalah sekiranya kita tidak ingin meninggal di China dan kita juga tidak ingin berhijrah ke negara lain yang lebih maju, apakah sebabnya orang Cina seolah-olahnya hanya tahu mengadu tidak terhenti-henti tentang negara ini walaupun kita rasa ia bukan negara yang buruk? Sebab-sebabnya dirumuskan seperti berikut:

1) Kami mahu menunjukkan kepada seluruh dunia betapa berjayanya negara kita berbanding dengan negara orang lain

2) Kita mahu rasa berbangga terhadap hasil daripada kerja yang kita usahakan, bukan menerima wang tanpa apa-apa usaha

3) Kami mahu masa depan yang cerah untuk anak-anak kita
Dan sekiranya pada akhirnya kerajaan kita tidak memberikan kita apa yang disenaraikan di atas, walaupun kita merupakan warga negara yang sama selama 55 tahun, maka kita pun masih boleh dibiarkan untuk hidup tanpa sokongan kerajaan, tetapi sekurang-kurangnya,

4) Kami mahu kebebasan untuk melaksanakan tradisi dan kepercayaan kita tanpa cara hidup kita diganggu oleh orang lain

Setiap Tahun Baru Cina, ibu bapa Cina memang sangat suka membandingkan kanak-kanak mereka dengan anak orang Cina yang lain. Mereka ingin tahu sama ada anak mereka telah mencapai keputusan peperiksaan sekolah yang lebih tinggi, atau berkerja dalam bidang yang lebih berprestasi. Anak yang menjadi doktor, atau peguam atau akauntan...ibubapa kepada anak itulah yang sangat berbangga. Bagi anak lain yang tidak begitu berjaya dalam kehidupan, anak itulah yang akan dikutuk oleh ibubapa mereka.

Saya pun mengakui bahawa kebanyakan orang Cina bercakap dengan cara kasar, seperti orang menjerit-jerit menjual barang di pasar. Ibubapa kaum Cina tidak teragak-agak untuk mengutuk anak sendiri supaya menjadi orang lebih baik, akan tetapi jika anak-anak mereka telah melakukan sesuatu yang baik, ibu bapa Cina jarangmemuji mereka walaupun mereka bangga. Itulah budaya dan cara pemikiran kebanyakan orang Cina yang sangat berlainan dengan budaya orang Melayu, yang saya tahu selalu diajar supaya bertingkah laku dengan lemah-lembut dan berterima kasih.

Budaya suka kutuk-mengutuk ini memang menjengkelkan bagi kanak-kanak Cina, tetapi kita tahu tujuannnya adalah untuk menggalakkan kita untuk menjadi orang yang boleh berdaya saing. Walaupun ibubapa kaum Cina sering mengkritik anak mereka sendiri dan kurang meluahkan kasih sayang mereka, itu bukan bermaksud mereka tidak menyayangi anak mereka. Mereka menunjukkan kasih sayang melalui tindakan mereka, bukan perkataan mereka.

Cara pemikiran orang Cina ini adalah sama terhadap negara Malaysia. Orang Cina tahu ia adalah sebuah negara yang baik. Tetapi apabila kita melihat negara-negara lain yang mempunyai ekonomi yang lebih kukuh dan lebih kaya, kita tahu Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang lebih baik. Malaysia sangat kaya dengan sumber semula jadi, yang apabila diuruskan dengan baik, akan membantu Malaysia membangun dengan cepat. Namun apabila kita melawat negara kecil itu yang bersebelahan dengan kita, kita perlu membayar dua kali ganda harga untuk barang yang sama. KDNK Singapura berada di kedudukan antara pangkat 5 teratas di dunia, tetapi KDNK Malaysia pulak berada di bawah kedudukan ke-55. Bagaimanalah boleh jadi begini? Kenapa walaupun kita sangat kaya dengan sumber semulajadi, negara Malaysia masih sangat kurang maju dan ekonomi kita lebih lemah berbanding dengan jiran kita yang kecil? Atas sebab inilah orang Cina merungut dan mengkritik pemimpin negara kita, kerana kita sebenarnya mengasihi negara ini dan mahu negara Malaysia untuk menjadi lebih baik daripada Singapura.

Orang Cina juga suka berbangga apabila kita memberitahu orang bahawa pencapaian kita adalah melalui kerja keras kita sendiri. Sekiranya seorang Cina tidak bekerja dan hanya menerima wang dari tempat lain, kita mungkin berfikir bahawa mereka bernasib baik, tetapi kita tidak akan menghormati orang seperti itu kerana kita berfikiran bahawa mereka tidak menyumbang kepada masyarakat. Ini adalah sebahagian sebabnya mengapa kaum Cina tidak suka akan pemberian sokongan kewangan seperti BR1M. Tidak ada kebanggaan untuk kita daripada penerimaan wang tanpa bekerja. Inilah sebabnya orang Cina begitu benci terhadap rasuah kerana orang yang menerima rasuah mendapatkan wang tanpa apa-apa usaha. Kami berasa lebih sakit hati apabila kita tahu wang rasuah itu pada asalnya merupakan wang kita yang kita dapat daripada kerja dan usaha kita sendiri. Malah, di negara China, rasuah begitu dibenci sehingga pegawai yang ditangkap menerima rasuah akan dihukum mati.

Sebab yang lain mengapa kita suka kepada sokongan seperti BR1M adalah kerana pemberian kewangan tidak merupakan bentuk pendapatan yang lestari. Dalam keadaan kos hidup yang tinggi sekarang, wang itu akan digunakan dalam sekelip mata dan tidak ada jaminan bahawa ia akan berterusan, jadi apakah faedahnya yang berkekalan apabila sokongan itu dihentikan? Ia bukan satu faedah yang berjangka panjang untuk generasi yang akan datang, bukan sahaja untuk anak orang Cina tetapi termasuk semua anak Malaysia. Bagi kaum Cina, memang begitu penting bagi kita untuk memastikan masa depan yang cerah untuk anak-anak kita, sehingga ramai ibu bapa kaum Cina sanggup hidup miskin dan berjimat cermat sepanjang hidup mereka hanya untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang baik dan berjaya apabila susah dewasa.

Bagi kaum Cina, sokongan yang ada faedah jangka waktu panjang adalah dalam bentuk pemberian biasiswa kepada anak-anak kami yang pintar, kerana anak-anak itu yang pintar akan kemudiannya dapat menyumbanglebih banyak kepada negara. Orang Cina tidak akan meminta untuk pemberian biasiswa kepada anak Cina yang tidak mendapat keputusan sekolah yang baik, kerana kita berpendapat bahawa kalau seseorang itu tidak boleh belajar, dia tidak seharusnya layak mendapat biasiswa. Kami hanya mengeluh apabila terdapat pelajar yang berprestasi tinggi dalam pelajaran mereka, tetapi masih tidak mendapat biasiswa daripada kerajaan hanya atas sebab mereka bukan daripada bangsa tertentu.

Faedah jangka panjang untuk generasi akan datang seharusnya juga termasuk kos sara hidup yang rendah. Itulah sebabnya kita sentiasa mengadu bahawa kos sara hidup, perumahan, pengangkutan dan barang keperluan hidup semua semakin meningkat tetapi gaji orang biasa tidak meningkat. Ini bukan masa depan yang mampan untuk anak-anak kita, bukan sahaja untuk anak orang Cina tetapi untuk semua anak orang Malaysia. Yang lebih malang lagi merupakan keadaan hidup rakyat yang tinggal di Sabah dan Sarawak, yang masih kurang maju dan rakyat di situ begitu kurang berpendidikan. Dengan begitu banyak sumber semula jadi,kedua-dua negeri termiskin harus jauh lebih maju dan lebih kaya daripada sekarang. Jadi siapakah yangpaling menikmati keuntungan yang diperolahi daripada sumber-sumber semulajadi negara kita, manakalarakyat di Semenanjung menampung kos yang tinggi setiap hari dan kebanyakan rakyat di Malaysia

Orang Cina juga benar-benar suka wang. Kita suka wang begitu banyak sekali sehingga di sesetengah negara Barat, manakala kedai-kedai tempatan semua ditutup pada pukul 5 atau 6pm atau penduduk tempatan sedang mogok untuk menuntut hak-hak buruh yang lebih baik, orang yang membuka kedai sehingga lewat malam itu kebanyakkannya Cina yang gila suka wang. Begitu juga di Malaysia, pada akhirnya jika kita tidak diberikan apa-apa hak yang sepatutnya diberikan sebagai rakyat Malaysia, kita masih boleh berkelakuan seperti orang Cina di negara-negara lain di mana mereka bukan warganegara.... hanya membuat kerja atau perniagaan kami secara senyap-senyap (hanya mengadu sesama diri, seperti biasalah untuk kita) sambil mengikuti tradisi dan kepercayaan kita, dan inilah cukup untuk kita.

Akan tetapi, kita rasa hairan, kenapalah terdapat orang di negara ini yang tidak boleh membiarkan kita untuk melaksanakan cara dan ajaran agama kita? Alkitab kita, yang dicetak dengan wang kita dan ditujukan untuk penggunaan rakan Kristian kita sahaja, itupun mau dibakar. Bagi rakan-rakan India kami, mereka juga tidak boleh dibiarkan oleh sekumpulan orang yang seolah-olah tidak boleh menahan perasaan benci mereka, apabila mereka membuang kepala haiwan yang disembah oleh orang Hindu di hadapan kuil mereka.

Saya hairan, kerana semasa saya membesar di negara ini, saya melihat rakan-rakan Melayu saya yang bertekad untuk bangun awal setiap pagi untuk bersolat, lagipun pada bulan Ramadhan di mana mereka perlumenahan diri daripada makanan, minuman dan segala jenis nafsu untuk lebih daripada setengah hari. Saya telah belajar untuk menghormati kaum Melayu yang mempunyai iman yang kuat untuk menahan nafsu selama satu bulan, dan seperti yang saya faham tentang ajaran Islam, nafsu yang harus ditahan ini termasuk perasaan yang tidak baik seperti perasaan benci.

Tetapi alasan daripada pihak yang ingin membakar Alkitab kita, dan yang tidak bersopan kepada haiwan yang disembah oleh rakan-rakan Hindu kita, adalah bahawa kaum Melayu akan mudah dikelirukan oleh ajaran agama kaum yang lain. Adalah memang benar bahawa kaum Melayu tidak mempunyai iman yang kuat seperti yang dianggap saya? Pada pendapat saya, alasan ini seolah-olah memandang rendah terhadap kebolehan orang Melayu sendiri, kerana ia seperti pengakuan bahawa semua orang beragama Islam di Malaysia tidak mempunyai iman yang kuat, dan iman ini selalu perlu dilindungi daripada unsur-unsur agama lain.

Walaupun sesetengah pihak sibuk membantah dan membuat laporan polis terhadap sesiapa individu yang mereka anggap sebagai ancaman kepada bangsa atau agama mereka, kebanyakan orang Cina hanya tahu mengadu antara satu sama lain dan terus melakukan pekerjaan kami. Satu contoh insiden yang paling ketara menunjukkan sifat orang Cina ini adalah apabila blogger Papagomo membuat cadangan yang amat menakutkan supaya “...orang Melayu bangkit merusuh dan membunuh semua Cina keparat" dan “...sembelih Cina macam babi”, tetapi orang Cina tidak membuat apa-apa selain daripada mengadu sesama sendiri, seolah-olah kita tidak peduli terhadap ancamannya. Pengadu utama, Jamilah Baharuddin, yang membuat laporan polis terhadap si Papagomo ini adalah ironinya bukan seorang Cina!

Realitinya adalah orang Cina membentuk kaum yang terbesar di seluruh dunia, iaitu 20% daripada seluruh penduduk di dunia. Bersama-sama dengan kaum India, yang juga merupakan salah satu daripada kaumterbesar di dunia, kita boleh bersama-sama menguasai seluruh dunia jika kita mahu. Tetapi sila perhatikannegara-negara lain dan lihat dengan mata sendiri jika kaum Cina telah pergi ke mana-mana negara dan menuntut ketuanan ke atas kaum majoriti di situ?

Orang Cina telah menjadikan kaum kita sebagai minoriti di setiap negara yang kita pergi, dan orang Cina cukup gembira selagi kita mempunyai kebebasan untuk mengamalkan cara hidup kita dan peluang yang baik untuk kejayaan ekonomi kita. Di negara ini, orang Cina membentuk 23% daripada penduduk Malaysia dan India lebih kurang hanya 7%. Adakah termasuk akal untuk menyatakan bahawa kita akan menjadi ancaman kepada bangsa Melayu yang membentuk lebih daripada 60% penduduk di negara ini, di mana kebanyakan pemimpin utama di negara ini merupakan orang Melayu, termasuk pemimpin parti pemerintah maupun pembangkang, yang pasti akan mempertahankan hak Melayu kerana hak ini sudah termaktub di dalam perlembagaan negara kita?

Pada hakikatnya, kaum yang paling berkuasa di negara ini bukan orang Cina atau orang India, tetapi orang Melayu. Satu-satunya bangsa yang mempunyai kuasa tertinggi mengundi untuk menuntut perubahan di negara ini adalah orang Melayu. Kalau ada apa-apapun yang dituntut oleh kaum yang lain, keupayaan untuk memberikan hak-hak tersebut masih terletak dalam tangan pemimpin-pemimpin Melayu.

Sejak 55 tahun yang lalu, kebanyakan kita telah menerima hak orang Melayu. Akan tetapi, perkara yang kitatidak boleh menerima adalah apabila ‘Hak Melayu’, yang sepatutnya digunakan untuk membantu kaum Melayu yang miskin, adalah sekarang digunakan sebagai alasan untuk melaksanakan ketidakadilan terhadap kaumminoriti, terutamanya kematian orang dalam tahanan.

Orang Cina tidak mempunyai masalah menerima pemimpin Melayu. Kita hanya inginkan pemimpin yang tidak menyalahgunakan kuasa mereka terhadap rakyat biasa, termasuk orang Melayu, sampai ke tahap di mana warganegara biasa hidup dalam ketakutan setiap hari bahawa satu perkataan atau perbuatan yang dianggap menyinggung perasaan, boleh mengakibatkan orangnya dipenjarakan atau dipukul. Pada masa yang sama, penjenayah sebenar yang membunuh dan mencuri masih bebas berkeliaran.

Mungkin ramai orang Melayu akan menjadi gembira untuk mengetahui bahawa ramai orang bukan Islam telahmeninggalkan negara untuk mencari peluang kehidupan yang lebih baik di tempat lain. Saya sebagai orang yang berpendidikan dan fasih dalam Bahasa Inggeris juga boleh meninggalkan negara ini pada bila-bila masa. Tetapi saya lebih suka tinggal di sini untuk bekerja menyumbang cukai saya ke Malaysia kerana saya ingin melihat negara saya menjadi maju.

Saya hanya tahu satu lagu kebangsaan, iaitu 'Negaraku'. Dan saya ingin melihat manfaat daripada sumber-sumber semulajadi negara dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia, bukan sahaja oleh segelintir pemimpin yangtamak dan tidak bertanggungjawab membahagikan rakyat untuk kepentingan mereka sendiri. Patutkah orang seperti saya dilabel sebagai pengkhianat kepada negara apabila apa yang kita mau adalah perubahan yang lebih baik? Perubahan yang boleh menjadikan Malaysia lebih mampu berdaya saing di pasaran dunia dan membantu semua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan bukannya hidup dalam ketakutan terhadap orang berkuasa dan penjenayah?

Sekali lagi, saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan berharap surat ini dapat membantu mewujudkan pemahaman yang lebih baik dan penghormatan antara semua kaum dan agama. Maaf batin dan zahir jika apa-apa dalam penulisan saya ini telah menimbulkan kemarahan anda.

6 comments:

Anonymous said...

Apa-apa pun penjelasan daripada orang-orang cina ,saya sangat ragui keikhlasannya.Semua kata-kata tentang apa-apapun wajar dikaji dulu.Kaum cina ini adalah kaum yang penuh dengan sifat-sifat keji.

Aku Peduli Apa @ APA said...

Yup bersetuju

Anonymous said...

lancau lu la.lu kata org cina tak suka rasuah tapi sebenarnya org cina lah paling banyak bagi rasuah.bangsa cina bangsa yg tidak boleh dipercayai , sejarah telah membuktikan.

Anonymous said...

Lu lagi lancau....melayu memang suka pada wang.... orang cina susah hati kalau melayu jujur dan tak suka pada wang....melayu mudah dibeli dengan wang...kalau melayu suka rasuah...cina lagi gembira...kan orang melayu cakap terima wang tu bukan rasuah..tetapi politik wang...tidak jadi kesalahan rasuah pada melayu yang suka wang..

Anonymous said...

Bodo piang la cina nih..fakta mau disanggah..cina memang suka wang..mahu kaya..halal haram lu org sapu..tipu2 itu pasal bisnes cepat maju..Melayu ada hukum..Islam..tapi lu org mau tipu Melayu juga..Melayu mau idup senang..Melayu xmau dipijak di tanah tumpahnye..dari zaman penjajahan siam, portugis,belanda,inggeris,jepun..semua Melayu tentang..sejarah membuktikan Melayu mau jadi Tuan pada tanah ini selama2 nya..muktamad..cina boleh balik China..India boleh balik India..melayu mau balik mana..mmg sini mey..mau merempat mana..sini mey..mau jadi Tuan mana..sini mey...contoh mudah..bangsa cina apa pasal mau jadi kaya..pasal mau duduk atas suka suma org panggil lu taukeh...Lim kaya akan bantu Lim yang miskin sampai Lim miskin jadi kaya utk bantu
chong2 lain yang susah...ada pernah nampak cina kerja Alam Flora angkat sampah..pasal cina spesis xmau dipandang keji..kontraktor korek parit tepi jln..ada pernah nampak cina pegang cangkul..semua duduk atas jengkaut..siapa duduk bwh mey..mcmmana mau kompromi..kesimpulannya tiada kompromi


Anonymous said...

dr atas sampai bawah.. secara halus menangkan org cina.. konon tunjuk kebihan cina.. padahal tu semua boleh disangkal.. hanya atas kertas tapi yg berlaku di masyarakat berlainan fakta.. asyik memuji cina kemudian banding dgn fakta yg boleh dipertikaikan.. tu la modus cina.. akhirnya menangkan cina..

satu aje papagomo buat.. itu yg dibanding.. itu yg dibuat kajian.. beribu yg mencaci menghina melayu islam.. bab bakar lari dr fakta.. jgn bodohkan org.. bab kepala lari fakta..

bab komunis.. dap.. apa yg dilakukan ke peniaga melayu.. persaingan bisnes yg tdk sihat.. kartel cina... rba.. ahhh byk lagi.
tu tak dia citer.. tak pulak dia hurai..

takde org percaya dgn kebohongan cina.. kisah cina di penang takde pulak sebut.. konon sayang negara.. betul sebab tu.nak rampas tapi tindas melayu mcm singapork..

sape yg halang.. nak ikut singapork tapi tak nak hapus sek cina.. melayu singapork ditindas... cina berkuasa.. tu dulu cina sikit kat sana.. punya nak lawan jumlah melayu.. import cina bagi ic.. tuiii la mainan cina..

melayu singapork jgn harap nak dpt biasiswa.. belajar pun byk sekatan.. boleh kita ikut singapork.. satu bangsa kuasai yg lain dipinggir.. jadi sini tanah melayu bumiputera berkuasa.. cina mcm melayu singapork.. di tindas..

byk nak ditulis.. dr atas kita buat perbandingan yg lain.. realiti yg berlaku.. konon cara didikan dgn begitu.. tak kan didikan utk berjaya jadi biadap ke bangsa lain..

sape kata kita sama lama di tanah melayu malaysia.. negara ini dibentuk kerana
penjajah.. dulu kawasan nusantara bangsa melayu bumiputera pribumi dari dulu sebelum
penjajah dtg...

atas jasa baik sultan dan org melayu.. org cina di sini.. tak pulak dia ni sentuh pasal surat bahasa cina yg berpakat merampas kuasa... papagomo tu baru aje.. rba org cina lakukan propaganda dan perancangan berpuluh tahun dr zaman komunis...

apa yg berlaku adalah tindakbalas melayu terhadap sikap biadap cina india yg dah lama dilakukan.. ini tanah melayu malaysia. dah tercatat agama rasmi persekutuan agama islam tapi pemimpin dap sendiri yg menolak..

apa yg kita di atas.. kesalahan melayu di jaja.. bahkan direka.. diputar.. tapi kesalahan cina di diamkan.. semua kesalahan cina kerana bersebab tapi melayu tdk..

tuiii.. baca atas dan lihat ulasannya.. cina jadi begini kerana bla bla bla.. cina buat begitu kerana bla bka bla.. akhir disabit semua dgn org melayu.. sebelum dan selepas pru dah mendidik bangsa melayu erti sebenar org cina.. melayu dah cerdik dgn mainan bermuka muka cina..

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts