Pages

Apakah Disebalik Puasa Ramadan



Syariat yang tidak disertai hakikat itu, adalah fasik dan hakikat yang tidak disertai syariat itu, adalah kafir!”

Apakah Disebalik Puasa Ramadan

Sebagaimana tafsiran hari raya haji (korban), sebegitulah tafsiran hari raya puasa. Jika diambil kira ilmu syariat, pengertian serta tafsiran hari raya puasa adalah merujuk kepada hari kemenangan. Maksud sebenar kemenangan itu apa?. Menang apa?. Berperang tidak, berjuang tidak dan berjihad tidak. Apakah yang hendak dimenangkan?. Tidak akanlah, hanya dengan 30 hari menahan lapar dan dahaga itu, dikatakan tanda menang?.

Apakah dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga itu boleh dikatakan menang?. Setakat puasa lapar dan dahaga, budak seusia 4 atau 5 tahun juga boleh menahan lapar dan dahaga sebagai mana kita yang dewasa. Apakah itu boleh dikatakan kemenangan?.

Hadis ada mengatakan bahawa,

“seringan-ringan berpuasa di bulan Ramadhan itu, adalah menahan lapar dan dahaga”

Jika berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, itu adalah darjat atau tingkatan puasa yang paling kecil (terkebawah), seringan-ringan, serendah-rendah dan selemah-lemah puasa. Manakah yang dikatakan seberat-berat, sebenar-benar dan seafdal-afdal puasa itu?. Jika yang kecil dan yang ringan sahaja yang kita tumpu, kejar, cari dan utamakan, sampai bila untuk kita mendapat tahap puasa yang sebenar-benar puasa, sebenar-besar puasa dan seberat-berat puasa?. Jika kita hanya asyik mengutamakan puasa yang kecil (ringan) tanpa mengerjakan puasa yang berat dan besar, manakah yang dikatakan kemenangan?. Hendak menang apa?. Cuba tuan-tuan jawab persoalan ini.

Orang yang berpuasa itu, adalah orang yang di dalam kemenangan!. Sekadar menang lapar dan menang dahaga, itu adalah tahap kemenangan puasa yang rendah dan itu adalah darjat kemenangan puasa yang lemah dan kecil. Kemenangan yang tidak mendatangkan kejayaan itu, bukan dikatakan menang!. Apakah erti kemenangan tanpa kejayaan?. Menang dengan tidak berjaya, apakah boleh dikatakan menang?. Seperti kata pepatah Melayu, “menang sorak, kampung tergadai”. Itukah yang dimaksudkan kemenangan?. Lulus peperiksaan tetapi tidak ada sijil!. Apakah itu dikatakan kejayaan atau kemenangan?. Tanam jagung tetapi tidak ada buah. Apakah itu menang dan apakah itu berjaya?.

Budak berusia 4 atau 5 tahun juga boleh melakukan puasa, menahan dahaga dan lapar sebagaimana apa yang dikerjakan oleh orang dewasa. Adakah itu kejayaan dan adakah itu kemenangan?. Sedangkan dalam hadis, dengan terang dan jelas mengatakan bahawasanya “menahan lapar dan dahaga itu, adalah seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan. Apakah tuan-tuan sudah berusaha untuk mencari sebenar-besar dan seberat-berat puasa?.

Cukupkah dengan sekadar mengendong sesuatu perkara yang ringan, yang juga boleh digendong oleh anak-anak sebaya sekolah tadika?. Sepatutnya kita yang dewasa ini, mengerjakan puasa yang lebih berat, yang lebih besar dan yang lebih afdal. Hampir setiap hari siaran radio dan telivisyen ada menyebut bahawa Seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan itu adalah menahan lapar dan dahaga”. Apakah sudah kita jumpa puasa yang berat atau puasa yang besar?. Tanya diri kita sendiri, manakah maksud puasa yang besar dan manakah puasa yang berat?.

Menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan itu, adalah pekerjaan puasa syariat yang ringan. Mana pengertian puasa yang hakiki dan puasa yang sebenar?. Pekerjaan puasa syariat itu, hendaklah disertai dengan pekerjaan hakikat. Amalan syariat yang tidak disertai amalan hakikat itu, adalah batal atau hampa.

Hadis dari Imam Malik;

“Syariat yang tidak disertai hakikat itu, adalah fasik dan hakikat yang tidak disertai syariat itu, adalah kafir!”

Cuba tuan-tuan tanya diri sendiri, adakah sudah kita mengerjakan puasa hakikat dengan tidak meninggalkan puasa syariat?. Jika ada, cuba tanya diri sendiri, apakah maksudnya syariat puasa  dan apakah maksudnya hakikat puasa itu?.

Jika sekiranya kita tidak boleh menjawab atau mentafsirkan pengertian hakikat puasa (roh puasa), apalah ertinya puasa tuan-tuan selama ini. Di manakah kedudukkan puasa tuan-tuan di sisi Allah s.w.t, yang selama ini dikerjakan?. Apakah maksud pengertian seberat-berat dan sebenar-besar puasa itu?. Jika tahu mengerjakan puasa ringan sebagaimana yang dikerjakan oleh kanak-kanak dengan tidak disertai puasa yang berat ataupun puasa yang besar, apakah nilai dan letaknya puasa kita disisi Allah s.w.t?. Cuba jawab.

Oleh itu cukup-cukuplah, sedar-sedarlah dan hentikanlah mengerjakan perkara kecil dan perkara ringan!. Marilah sama-sama kita menuju kepada sebenar-benar ibadah puasa yang besar, yang afdal dan yang seberat-berat puasa disisi Allah Taala.

Bagi memahami puasa berat, puasa besar dan puasa yang sebenar-benar afdal itu, hendaklah kita kembali rujuk kepada erti bulan Ramadhan. Apakah ertinya bulan Ramadhan?..  Erti bulan Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan bulan barakah. Bulan dikunci iblis dan syaitan, bulan dibuka pintu syurga dan dibuka pintu langit. Juga, bulan keampunan dan bulan dimakbulkan doa.

Mana nikmatnya puasa, jika dalam berkeadaan lapar?. Mana rahmatnya puasa bila berkeadaan tidak makan dan tidak minum?. Mana berkatnya puasa jika makanan tidak dapat dimakan?. Manakah yang dikatakan pada bulan Ramadhan itu, dirantai, diikat dan dipenjara segala iblis dan syaitan oleh Allah s.w.t, jika pada bulan Ramadhan juga masih ada berlaku maksiat di sana sini?. Di bulan Ramadhan juga masih ada orang ditangkap khalwat, masih ada orang minum arak dan juga berjudi.

Masih ada kemungkaran di merata alam. Jenayah perkosaan, pembuangan bayi, kecurian, rompakan dan pembunuhan masih juga berlaku di sana sini pada bulan puasa. Masih berlaku kes bersekedudukkan, kelakuan sumbang mahram dan kemungkaran yang dilakukan di bulan puasa?. Sedangkan Allah s.w.t berfirman bahawa di bulan Ramadhan itu, segala jenis syaitan dan segala jenis iblis, diikat, dikunci, dirantai, di jel dan dikurung dalam lokap oleh Allah s.w.t?.

Apakah masih ada syaitan atau iblis yang lain?. Apakah kurang kuat lokap, penjara, rantai atau jel Allah s.w.t, sehinggakan iblis boleh terlolos atau terlepas dari penjaraNya?. Atau adakah syaitan atau iblis itu, mempunyai makna, maksud atau erti yang lain, segala kejahatan itu di dorong oleh iblis dan syaitan?. Sedangkan iblis dan syaitan di bulan puasa Ramadhan itu, telah dikurung, dikunci atau di jel dalam penjara dengan rantai Allah s.w.t. Apakah rantai Allah s.w.t itu, boleh terputus, sehingga terlepas atau terlolosnya  syaitan dari lokap Allah s.w.t?. Jika benar iblis atau syaitan itu, ada maksud, makna atau erti lain disebaliknya, dimanakah dan siapakah sebenarnya syaitan dan iblis? Cuba jawab.

Bagi menghayati pengertian hari raya puasa, hendaklah sekali lagi kita tahu apa itu ertinya Ramadhan. Ramadhan itu, ertinya rahmat, nikmat dan barokah. Saya minta tuan-tuan jangan sebut perkataan bulan, terus sahaja sebut perkataan Ramadhan. Sesudah menyebut perkataan Ramadhan, saya mahu tuan-tuan gantikan sebutan Ramadhan (bahasa arab), dengan  sebutan bahasa Melayu. Perkataan Ramadhan, apabila dimelayukan, ia akan membawa erti rahmat, nikmat atau berkat. Untuk mengetahui maksud dan erti Ramadhan yang sebenar, hendaklah kita jangan membunyikan bahasa Arab. Terus sahaja kita sebut dengan bunyi bahasa Melayu iaitu rahmat, nikmat dan barokah.

Inilah cara atau kaedahnya ulamak-ulamak terdahulu menggali, mengkaji dan menilai maksud yang tersirat di sebalik bahasa!. Kadang-kadang, kita terkeliru dan terhijab oleh bahasa Arab itu sendiri. Sekarang, mari kita sama-sama sebut perkataan nikmat, rahmat dan barokah (bagi menggantikan bahasa Arab). Apakah yang dikatakan rahmat, apakah yang dikatakan nikmat dan apakah yang dikatakan barokah itu?.
Berpuasa Itu, Setelah Terlihat Anak Bulan!
Apakah maksud anak bulan?

Setelah kita tahu apakah itu ramadan, mari kita kajiselidik pula bagaimana kaitan puasa dengan kelihatan anak bulan ?. Manakah yang dikatakan sebenar-benar anak bulan?.  Apakah anak bulan yang menentukan ramadan itu, terletak diatas langgit?.

Ramadan itu, adalah bemaksud rahmat, nikmat dan barokah, apakah yang dikatakan  nikmat, rahmat dan barokah itu, duduknya hanya pada anak bulan yang letaknya diatas langit?. Sekiranya tidak ada anak bulan, apakah tidak ada Ramadan dan apakah tidak ada nikmat, rahmat dan barokah Allah?. Cuba jawab pertanyaan saya, apakah Ramadan (nikmat,, rahmat dan barokahh Allah) itu, hanya duduk pada bulan atau hanya duduk diatas langit?.

Manakah maksud dan apakah erti yang dikatakan jika sekiranya terlihat anak bulan, maka wajiblah kita berpuasa. Bilamana terbitnya anak bulan wajib berhari raya dan haram berpuasa!. Cuba tuan-tuan tanya diri sendiri, apakah maksud kelihatan anak bulan dan apakah maksud terbit anak bulan, anak bulan yang mana?. Apakah maksud itu, tertakluk atau terletak pada anak bulan yang diatas langit?. Maksud, makna atau erti anak bulan yang diatas langit itu, adalah hanya sekadar kiasan atau hanya sekadar perumpamaan atau tamsil semata–mata..

Bulan atau anak bulan yang sebenarnya, bukan bermaksud, bererti atau bukannya yang terletak pada bulan bintang yang diatas langit!. Adapun maksud bulan atau anak bulan itu, adalah merujuk kepada diri kita sendiri.. Tubuh, badan, jasad atau diri kita sendiri inilah yang dikatakan anak bulan Ramadan. Anak bulan yang diatas langit, yang  menjadi rujukan oleh pehak ahli falak (ilmu feqah) itu, adalah semata-mata kiasan, tamsil, ibarat atau semata-mata “perumpamaan” pada ilmu syariaat (feqah atau dalil akli). Atau lebih tepat lagi, bolehlah kita katakan bahawa tamsil (perumpamaan) atau kiasan anak bulan diatas langit itu, adalah berupa dalil untuk dikias dan diletak atas diri kita (perumpamaan itu, untuk diletakkan pada batang tubuh kita), bukannya untuk diletak atas langgit atau dileta pada bulan bintang.

Yang hendak dipersoalkan kelak (dialam barzakh), bukan bulan, bukan bintang  dan bukan langit!. Saya sedar, yang hujah atau kata-kata saya ini, tidak akan disenangi dan tidak diterima oleh golongan feqah (golongan syariaat). Namun saya perjudikan nasib tubuh badan saya, meniti diatas mata pedang, demi menegak kebenaran makrifatullah. Saya tidak gentar dengan mata pedang golongan feqah, kerana sememangnya nasib ulamak-ulamak yang berilmu makrifat itu, penghujungnya akan mati dihujung pedang atau di tali gantung!. Saya sudah lama bersedia…………………………………………..

Berjuang dijalan Allah, apa lagi dalam ilmu makriffat itu, yang ilmunya tidak ramai diketahui umum, sememangnya selalu menerima keritikan, tomohan, sindiran, tidak kurang dengan  tuduhan dan berbagai cacian. Harapan saya agar kebenaran ini,  akan diterima akhirnya, tetapi sesudah ketiadaan saya.

Sekiranya saya gugur atau kecundang, namun saya amat-amat berharap,  perkembangan dan pembangunan ilmu makrifat ini, tidak boleh disekat, dihalang dan tidak boleh berhenti setakat ini. Ayoh anak bangsa ku, mari kita sama-sama perjuangkan ilmu makrifat, warisan ilmu datuk nenak kita dari zaman berzaman.  Sebagaimana tidak boleh disekat atau dibendung aliran air sungai, sebegitulah tidak boleh dibendungnya kebangkitan ilmu makrifat dimata dunia, sudah sampai masanya, ilmu makrifat itu dijulang, dijunjung dan diletak pada tapak yanng tinggi dan tidak lagi  boleh disorok–sorok.

Hari ini, fahamlah kita bahawa, maksud, erti, makna dan perumpamaan anak bulan itu, adalah diri kita. Setelah kita nampak anak bulan (diri kita), hendaklah kita berpuasa. Berpuasa itu,  adalah bermaksud “berpantang mengaku adanya diri”. Sesudah kita berpantang, dalam ilmu feqah mengatakan selama sebulan (30 hari), adapun maksud Ramadhan pada fahama ilmu makrifat itu, bukan 30 hari (satu bulan) tetapi selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang dan selagi hayat dikandung badan. Maksud bulan Ramadhan itu, bukan terletak pada bulan atau bukan terletak pada bintangnya tetapi bulan Ramadan itu, adalah terletak pada maksud “rahmat, nikmat dan  barokah  Allah”. Adapun nikmat, rahmat dan barokah Allah itu, tertakluk kepada sepanjang bulan (24 bulan setahun).  Setelah kita melihat maksud Ramadhan, sampailah pula giliran kita, apakkah itu maksud terbit atau kelihatannya anak bulan.

Untuk menenutkan hari raya, hendaklah kita pastikan yang anak bulan itu, “terbit“  terlebih dahulu,  setelah terbitnya anak bulan, barulah boleh kita meyambut puasa. Manakala untuk meyambut hari raya,  hendaklah kita tentukan yang anak blan itu “kelihatan” terlebih dahulu. Untuk menentukan puasa, kita dikehendaki melihat anak bulan sehinggga terbit. Manakala untuk menentukan hari raya pula, kita dikehendaki melihat anak bulann sehingga kelihatan. Persoalannya disini, apakah maksud yang tersirat disebalik perkataan “terbit” anak bulan dan apakah maksud perkataan  “kelihatan” anak bulan?.
Untuk memahami maksud yang tersirat disebalik puasa dan yang tersirat disebalik hari raya, kita hendaklah terlebih dahulu faham apakah maksud perkataan terbit dan apakah erti perkataan kelihatan, inilah kunci untuk memahami ilmu makrifat!, dalam kaedah, jalan atau cara kita mentafsir apakah maksud sebanar Ramadan!.
Maksud terbit anak bulan  itu, adalah merujuk kepada mula terbitnya pengetahuan  kita kepada wujudnya diri kita (mula berfikir yang diri kita ini ada). Sesudah kita mula insaf, yang diri kita ini milik Allah, hak Allah dan kepunyaan Allah, itulah yang dikatakan maksud, makna dan erti terbit anak bulan. Iaitu bermaksud terlihat adanya diri, sesudah terliht adanya diri, maka  mulalah timbul (kelihatan) keinsafan didalam diri kita, bahawa yang diri kita itu, sebenarnya bukan hak kita, bukan milik kita dan bukan kepunyaan kita!.  Sehubungan dengan itu, timbul, terbit atau terlihatlah keinsafan kedalam hati kita bahawa diri kita ini, wajib kita serahkan kembali diri kita kepada tuannya yang asal. Penyerahan diri kita kepada tuan yang asal (Allah)) itulah yang dikatakan “puasa“. Puasa itu, ertinya berpantang mengakku diri.
Berpuasa itu, adalah penyerahan diri atau berpantang mengaku adanya diri, berpantang mengaku adanya aku. Setelah kita mengaku yang diri kita ini tidak ada dan tidak memiliki apa-apa, itulah ertinya puasa. Serah mulut dengan kata-katanya, serah mata dengan penglihatannya, serah telinga dengan pendengarannya, serah tangan dengan kekuatannya, serah kaki dengan berdirinya dan serah alat sulit dengan kemahuan dan kehendaknya., itulah puasa. Puasa bukannya dengan menjaga mulut dari megumpat, mata supaa lihat Quraan, mulut untuk mengji dan sebagainya. Itu puasa pada fahaman feqah, adapun puasa pada fahaman ilmu makrifat itu, megembalikan segala sifat kepada Allah.
Adapun biilamana “kelihatan” anak bulan, maka hendaklah kita berhari raya dan haram berpuasa!. Kenapa haram berpuasa pada hari raya!. Sedangkan jika ikut lojik akal, apa salahnya jika kita berpuasa pada hari raya, mungkin dengan cara itu, lebih menunjukan yang bahawasanya kita itu alim dan taat kepada Allah, sehingga orang lain sedang berhari raya bergembira bersuka ria dengan makan minum, namun bagi kita yang ingin menunjukkan taat dan alim kita kepada Allah, apa salahnya jka kita berpuasa pada hari raya, sayangnya kenapa tidak dibolehkan didalam Islam?. Ini pasti ada muslihat disebaliknya!. Persoalannya disini, apakah muslihat itu?.
Muslihat hukumnya haram (tidak boleh ) berpuasa pada hari raya itu, adalah kerana sebab “sudah kelihatan” anak bulan. Tetapi semasa “sudah terbitnya” anak bulan, kita diharamkan berpuasa dan diwajibkan berhari raya!. Terbit anak bulan ertinya kita kena berpuasa (haram berhari raya), manakala kelihatannya anak bulan, ertinya kita kena berhari raya (haram berpuasa)!. Apakah muslihatnya?……………………………………
Muslihat disebalik maksud berpuasa (terbit anak bulan) itu, adalah bermaksud kita terlihat adanya diri kita (anak bulan “diri kita”), diri kita itulah maksud terbit anak bulan. Bilamana kelihatan adanya diri ( bilamana kelihatan terbit anak bulan), hendaklah kita berpuasa, iaitu dalam erti kata hendaklah kita menyerahkan diri kepada Allah, jangan sampai terlihat lagi adanya diri. Mengikut ilmu falak (kaji bintang), anak bulan atau bintang kecil, semasa mengelilingi bulan, anak bulan semasa itu berkedudukkan bersebelahan bulan (seumpama  bulan sabit kecil bersebelahan bulan).
Untuk lebih faham, cuba tuan-tuan ambil piring kecil (anak bulan atau bintang) mengelingi pinggan besar bulann). Letakkan pinggan besar menutup piring kecil, biar piring kecil itu, berkedudkkan dibawah pingggan besar seperti bulan sabit (seumpama bulan sabit dikereta ambulan) atau seperti bulan sabit (seumpama lambang pandu puteri). Piring itu, kelihatan terkeluar sedikit bersebelahan pinggan besar, piring kecil (anak bulan) terletak dibawah pinggn besar. Jika tuan–tuan betul-betul nak belajar erti ramadan sebenar, saya mahu tuan-tuan benar-benar buat apa yang saya sarankan, baru beroleh berkat dan beroleh ilmu faham. Bilamana piring itu sedikit kelihatan,, maka tandanya puasa.
Manakala setelah piring kecil mengelilingi pingang besar, iaitu setelah terlindung piring kecil oleh pinggang besar, itulah yang dikatakan terbitnya anak bulan, iaitu setelah anak bulan (piring kecil) benar-benar terkeluar atau terselindung disebalik pinggan besar (ib bulan), setelah bulan benar-benar terbit dengan nyata (tengelam anak buulan didalam ibu bulan (tengelamm disebalik bulan), maka wajiblah berhari raya dan haram berpuasa.
Ertinya  disini, haram lagi kita mengaku yang kita itu kita, diri itu diri dan aku ini aku!. Hendaklahh kita berhari raya atau bebaskan diri kita  dari mengaku diri itu kita. Hendaklah kita lepaskan diri (anak bulan) dan bebaskan diri (anak bulan) kedalam bulan (ibu bulan). Ibu bulan atau bulan itu, etinya hendaklah kita lepaskan atau hendaklah kita bebaskan diri kita kepada Allah. Iaitu tengelamkan diri kita dalam ibu bulan iaitu Allah Taala.
Setelah anak bulan (diri) kita sdah bbiinasa, lenyap, tengelam, karam serta binasa dalam wajah Allah, maka disitu hukumnya haram lagi menggaku adanya aku (tidak lagi kelihatan anak bulan). Setelah tidak lagi kelihatan diri (anak bulan), yang jelas kelihatan semasa itu, adalah hanya Allah (ibu bulan). Setelah kelihatan atau setelah nyata ibu bulan, maka berhari rayalah kita (haram berpuasa)!.
Bilamana kelihatan ibu bulan, kita tidak lagi boleh mengaku yang aku itu bersifat gagah, aku kuat, aku cantik, aku lawa, aku kaya, aku untung, aku besar, aku menang, aku budiman, aku rajin, aku taat, aku alim dan sebagainya. Perkataan aku (anak bulan) itu, hendaklah kita hilangkan, padamkan, tengelamkan dan marilah diketika itu, sama-sama kita biarkan diri kita karam dalam wajah Allah. Biarlah Allah sahaja yang kaya, yang cantik, yang gagah, yang kuat, yang untung, yang taat, yang rajim dan yang alim.
Inilah yang dikatakan tengelamnya anak bulan (diri) dalam ibu bulan (Allah). Maka itulah yang dikatakan berhari raya dan haram berpuasa. Haram sudah diketika itu, kita mengaku aku, maka berhari rayalah kita.  Setelah berhari raya, haram sudah kita mengeluh, kecewa, patah hati, merajuk, megumpat, mencela, mengeji, mengata orang dan sebagainya. Setelah kita berhari raya, sungguhpun kita rugi dalam perniagaan, sungguhpun dicaci orang, bilamana kereta berlaku kemalangan, hutang tidak dibayar orang, wang ringgit hilang dicuri orang, rumah terbakar, isteri dicerai suami atau suami ditinggal isteri,  kita jangan menngeluuh, malahan berterima kasih (bersyukur).
Bilamana berhari raya, kita tidak boleh marah apabila kereta kita dilanggar orang, sebab apa kita tidak boleh marah, kita tidak boleh marah itu, adalah sebabnya sebelum orang langgar kereta kita, sesungguhnya Allah sudah terlebih awal dan terlebih dahulu melanggar kereta kita semasa dan diketika dalamm Luh Hul mahfuz. Bermaknanya disini, perkara perlangaran kita itu, adalah sesuatu perara yang bukan baru, malahan perkara perlangaran itu, sesungguhnya perakara yang sudah siap tertulis, siap ditetapkan, siap tercatat, termaktub dan sudah siap ditentukkan sedari awal oleh Allah Taala sejak diazali lagi (jadi buat apa nak marah). Inilah maksud berhari raya (haram berpuasa)setelah anak bulan diri tengelam dalam ibu bulan (Allah).
Setelah kita berhari raya (anak bulan tengelam dalam ibu bulan), hati kita akan jadi lebih tenang, tenteram, sejuk, damai, aman, pemurah, pemaaf,, tidak pendendam, sabar dan ikhlas dalam mengerjakan sesuatu atau menerima sesuatu dugaan atau musyibah.
Adapun kebanyakkan orang sekarang, berpuasa hanya pada lapar dan dahaga semata-mata (iaitu puasa yang paling ringan dan puasa yang paling kecil). dapun puasa yang paling besar dan paling berat itu, adalah puasa berserah diri kepada Allah Taala. Tidak kira bulan januari atau disember. Berpuasa sepanjang bulan, sepanjanng tahun dan sepannjang hayat……………………………….
Apa Maksud Sahur?.

Mari kita sama-sama mengkaji pengertian atau maksud Ramadhan satu persatu.Sebelumnya, cuba tanya kepada diri sendiri, mengapakah sunnah mengalakkan kita bersahur?. Jika ikut pada  hukum akal yang bodoh ini, apa salahnya jika kita tidak bersahur?. Tidakkah ianya menunjukkan lebih islamik!. Jika orang berpuasa dengan bersahur, manakala kita pula berpuasa dengan tidak bersahur, tidakkah kita itu lebih islamik dan tidakkah sepatutnya kita itu, lebih banyak pahala berbanding dengan orang lain yang makan bersahur?.
Sunnah mengalakkkan supaya pada waktu sahur, jika kita tidak mahu menjamah makanan, setidak-tidaknya kita menikmati “rahmat, nikmat dan barokah” Allah s.w.t biarpun seteguk air!. Selepas sahur dengan menikmati rahmat, nikmat dan barokah Allah s.w.t biarpun berupa seteguk air, kemudian kita dikehendaki berlapar dari makan dan minum.
Dalam kita berpuasa dari makan dan minum, bagaimana rasanya bilamana bekerja di bawah panas terik matahari, tanpa minum air atau bilamana tidak dapat makan?. Itu baru menahan lapar dan dahaga dari makan dan minum yang berupa seringin-ringan atau sekecil-kecil puasa. Bagaimana jika tidak mendapat air dan makanan dari pagi sehingga sampai petang?. Apakah yang akan tuan-tuan rasa?. Itu baru selepas waktu subuh sehingga Maghrib, kita menahan kelaparan. Apa kata jika kita tidak dapat minum dan makan selama dua atau tiga hari, tiba-tiba dapat meneguk segelas air, tidakkah itu dikatakan nikmat, rahmat dan barokah?.
Tuan-tuan tentunya merasakan betapa rahmat, nikmat dan barokahnya bilamana mendapat air!. Nikmat, rahmat dan barokah itulah yang dikatakan puasa!.  Puasa itu ertinya nikmat, rahmat dan berkat. Cuba sekali lagi kita tafsir erti bulan Ramadhan. Erti bulan Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan bulan barokah. Tidakkah air atau makanan itu, rahmat Allah s.w.t, nikmat dan barokah Allah s.w.t?. Menikmati nikmatnya air itu, itulah yang dikatakan erti Ramadhan (rahmat, nikmat dan barakah Allah) dan itulah yang dikatakan sebenar-benar puasa.

Puasa itu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga. Puasa menahan lapar dan dahaga dari minum air dan makan itu, adalah puasa yang ringan dan puasa yang kecil!. Bilamana kita menerima nikmat Allah s.w.t, itulah barokah dan itulah puasa!. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t itulah pengertian puasa menurut suluhan ilmu hakikat dan ilmu makrifat!.
Jika ikut tafsiran syariat, menahan lapar dahaga itulah yang dikatakan puasa. Tetapi  apabila ditilik melalui suluhan ilmu hakikat, puasa itu, bukan sahaja perkara menahan lapar dan dahaga sahaja!. Menikmati nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t, itulah puasa!.Nikmat air itulah puasa, nikmat makan itulah puasa.
Sebesar-Besar Puasa!
Seringan-ringan atau sekecil-kecil puasa itu, adalah nikmat minum air dan nikmat makan  nasi. Manakala seberat-berat atau sebesar puasa ituadalah menikmati nikmat mata, telinga, mulut, gerak, melihat, dengar, akal, berpemikiran dan sebagainya.

Puasa Ramadan itu, adalah menikmati dari yang sekecil-kecil nikmat Allah s.w.t, yang berupa air dan makanan, sampailah kepada yang sebesar-besar puasa, iaitu menikmati nikmat anggota tujuh. Di samping itu juga, kita hendaklah menikmati, nikmat alam, nikmat langit, nikmat laut, nikmat udara, nikmat tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Yang jelasnya puasa itu, menikmati, menghargai dan memberi nilai tambah kepada anugerah rahmat atau nikmat Allah s.w.t. Itulah erti puasa mengikut kaca mata ilmu hakikat atau ilmu makrifat. Bilamana kita tidak bersyukur atau tidak pandai untuk berterima kasih akan nikmat pemberian Allah s.w.t, itulah tandanyamereka yang tidak berpuasa. Setelah kita bersyukur atas nikmat itu, hendaklah nikmat itu dikembalikannya semula kepada tuan yang empunya nikmat.
Bilamana kita sudah tahu apakah itu, nikmat, rahmat dan barakah (Ramadan), hendaklah nikmat, nikmat dan barokah (Ramadan angggota tujuh kita) itu, hendaklah dikembalikkan semula kepada Allah. Setelah semua dan segala sifat baharu (diri kita) dikembalikan kepada Allah sepenuhnya secara total, maka itulah yang dikatakan sebenar-benar  Ramadan!.
Berpuasa Ramadan itu, bukan setakat menjaga mulut dari tidak mengumpat orang atau tidak berbohong sahaja, berpuasa Ramadan itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti menyerah anggota mulut kepada Allah. Setelah kita serah anggota mulut kepada Allah, bererti kita tidak lagi memiliki mulut!. Sekiranya kita sudah tidak lagi ada mulut, masakan boleh megumpat atau bercakap bohong!.
Selagi masih ada aggota mulut (tidak diserah kepada Allah), selagi itulah kita akan mengulangi bebohong, mengumpat, caci maki  atau menipu orang. Cuba tuan-tuan bayangkan jika sekiranya kita tidak ada anggota mulut, masakan boleh mengulangi berbohong, megumpat atau menipu orang?. Puasa Ramadan ini, bukan bertujuan untuk menjaga anggota mulut dari mengumpat semasa bulan Ramadan (30 hari) sahaja!, bahkan Ramadan itu, hendaklah sepanjang bulan (24 bulan). Bagaimanaah caranya nak berpuasa sepanjang tahun, sedangkan puasa yang satu bulanpun kita tidak faham dan tidak tahu akan maksud, tujuan,, erti atau makna puasa?.
Selagi ada anggta mulut, sifat kita selaku manusia, jikapun tidak banyak, lambat laun biarpun sedikit, kita akan tetap berbohong, megumpat dan menipu orang. Untuk tidak menipu, berbohong atau mengumpat orang bat selama-lamanya, biarpun ianya bukan bulan puasa, hendaklah kita Ramadankan diri kita (sifat anggta tujuh) kita itu, iaitu dengan cara kita serah sepenuhnya anggota tujuh kita (nikmat, rahmat dan barokah) secara total kepada Allah Taala. Barulah benar-benar Ramadan…………………………………………………………………………
Kiasan saya kepada anggta mulut itu, jangan pula kita letak kiasan saya itu pada sifat anggota mulut sahaja. Hendaklah dikiaskan juga kepada anggota-anggota lain, seperti tangan, kaki, mata,, telinga, hidung dan yang alat sulit. Seluruh dan segala tujuh anggota kita itu, adalah merupakan rahmat, nikmat dan barokah (Ramadan). Rahmat, nikmat dan barokah yang tujuh itulah yang hendak dipuasa (dikembalikan) kepada pemiliknya iaitu Allah Taala!.
Sebab Apa Disunatkan Segera Berbuka?
Sebab apa Allah s.w.t memerintahkan supaya disegerakan berbuka puasa?.Sengaja melambat-lambatkan berbuka itu, dikatakan boleh mengurangkan pahala puasa.  Jika ikut pada hukum akal kita yang bodoh ini, apa salahnya jika kita berbuka puasa pada jam 10.00 malam, 12.00 malam atau jam 2.00 pagi?. Tidakkah itu menunjukkan lebih islamik?. Lagi lambat kita berbuka puasa, sepatutnya lagi bertambahlah pahala yang kita dapat!. Sebaliknya lagi lambat kita berbuka, malahan pahala puasa kita lagi berkurangan.
Di tangan para cendiakawan, tulisan adalah ungkapan hati yang tidak boleh disampaikan melalui kata-kata. Kerana itulah makanya, tulisan para cendiakawan itu, menjadi unik lagi mengagumkan, tetapi kadang-kadang ianya sulit untuk difahami. Itulah makanya karya serta tulisan mereka mengundang kekaguman ramai!.
Sunnah menggalakkan supaya cepat berbuka, adalah bagi menggambarkan dan menuntut kita supaya menikmati kurniaan nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t yang ringan, yang berupa makanan dan minuman. Dengan menikmati nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t yang kecil, yang ringan dan yang rendah itu, adalah bertujuan bagi mengajak kita supaya menginsafi pula rahmat, nikmat dan barokah Allah s.w.t atau “puasa” yang lebih besar, lebih tinggi, lebih berat dan yang lebih afdal!.
Makanan yang berupa nasi atau roti dan minuman yang berupa air itu, adalah puasa (rahmat, nikmat dan barokah) yang ringan, yang kecil dan yang rendah!. Manakah yang dikatakan puasa yang besar dan berat?.
Ujian puasa yang ringan itu, adalah sandaran, sindiran serta ungkapan bagi tujuan membawa kita supaya memerhatikan puasa yang berat!. Jangan tertidur dan jangan terlena dengan kiasan serta sindiran pada puasa yang menahan lapar dan dahaga!. Masih ada puasa yang lebih besar. Sepertimana kata Baginda Rasulullah s.a.w, masih ada perang yang lebih besar dari perang Badar, iaitu perang nafsu!”. Puasa menahan lapar dan dahaga itu, adalah puasa yang kecil dan ringan. Manakah yang dikatakan puasa yang besar?.
Sunnah menggalakkan kita supaya cepat-cepat berbuka puasa atau cepat-cepat rasa nikmat Allah s.w.t. Setelah menahan dahaga dan lapar, betapa rahmat dan nikmatnya kurniaan Allah s.w.t ketika menjamu juadah berbuka. Belum lagi jika kita ukur, sekiranya kita tidak ada mata dan tidak dapat melihat. Ditutup mata sekadar 10 minit sahaja, telah kita rasa teramat seksa. Apa kata jika Allah s.w.t tidak bagi nyawa, satu apa pun tidak berguna lagi. Tidak berguna kasih sayang dan tidak berguna lagi harta atau rumah yang besar, jika kita tidak ada nyawa.
Itulah bermakna, bererti dan berharganya nikmat dan rahmat Allah s.w.t, apabila kita menikmatinya dengan penuh keberkatan. Itulah erti puasa Ramadhan iaitu menikmati rahmat Allah s.w.t, dengan keberkatan. Jika kita tidak tahu berterima kasih dan tidak menghargai nikmat Allah s.w.t, itulah tandanya kita tidak berpuasa.
Bulan puasa itu adalah bulan menahan diri dari melakukan kemungkaran. Itulah ertinya segala iblis dan syaitan dikunci dan dirantai oleh Allah s.w.t pada bulan puasa. Ternyata bulan Ramadhan jugalah banyaknya berlaku maksiat dan kemungkaran berleluasa. Tetapi jika kita puasa mengikut pengertian hakikat, barulah benar-benar syaitan itu terkunci dan dirantai dan tidak terlolos lagi.
Contohnya seperti, ada rahmat mata, kita nikmati dengan jalan keberkatan, maka terhindarlah dari maksiat mata. Bila ada nikmat tangan, kita guna rahmat tangan itu dengan jalan keberkatan, maka terhindarlah dari mencuri dan mengkhianati orang. Bila ada kaki, kita guna nikmat dan rahmat kaki, itu mengikut jalan keberkatan Allah s.w.t, terhindarlah diri dari kemungkaran dan sebagainya. Barulah dikatakan syaitan dan iblis itu benar-benar terantai dan benar-benar terkunci dalam lokap Allah s.w.t tanpa terlolos, terlucut dan terlepas dari kandang kurunganNya.
Itulah makanya bulan puasa itu, dikatakan bulan dibuka pintu langit taubat. Bulan diperkenankan keampunan dan bulan seribu keberkatan. Bilamana kita tahu menikmati nikmat Allah s.w.t dengan keberkatan, maka di situlah pintu keampunan Allah s.w.t terbuka membelah langit  dengan seribu kemuliaan atas hambaNya. Mulianya Allah s.w.t disisi hambaNya setelah si hamba tahu menilai kebesaran Allah s.w.t atas nikmat yang telah dianugerahkanNya ke atas mereka. Tahu berterima kasih dan tahu menghargai nikmat Allah s.w.t.
Rahmat Allah s.w.t itu akan terasa nikmat apabila kita kembalikan semula kenikmatan nikmat itu kepada Allah s.w.t. Seumpama kita mendapat seteguk air, bukan air yang menjadi nikmat, yang menjadi nikmat itu, adalah kenikmatan Allah s.w.t. Bukan sedapnya menikmati makanan, yang menjadi sedap makanan itu, adalah kenikmatan Allah s.w.t. Bukan air atau nasi yang menhilangkan dahaga atau lapar. Yang menghilangkan dahaga dan lapar itu, adalah kenikmatan nikmat Allah s.w.t. Inilah kaedah hikmat hakikat Ramadhan (nikmat dan rahmat) Allah s.w.t.
Bukan mata yang kita pandang, yang kita lihat itu adalah pandangan Allah s.w.t. Bukan telinga yang menjadi dengar, yang menjadi dengar itu adalah pendengaran Allah s.w.t. Jadi, segala kenikmatan Allah s.w.t itu akan menjadi nikmat apabila ianya dapat dikembalikan semula kepadaNya. Bukan nasi yang mengeyangkan kita, yang mengeyangkan kita itu, adalah rasa nikmat terhadap kenikmatan Allah s.w.t. Jika kita kata nasi yang mengeyangkan kita, bererti kita tidak mengembalikan kesyukuran atau tidak mengembalikan terima kasih atas nikmat Allah s.w.t, dan itu maknanya kita tidak berpuasa.
Bukan air yang menghilangkan dahaga, yang menghilangkan dahaga kita itu, adalah rasa nikmat atas kenikmatan Allah s.w.t. Bukan kita yang bergerak,dan yang menggerakkan kita itu, adalah gerakkan Allah s.w.t. Bukan kita yang bersifat, yang berwajah itu adalah wajah Allah s.w.t. Segala wajah, segala nama, segala gerak afaal itu, adalah bagi Allah s.w.t, bukannya pada kita. Dengan mengembalikan segala-galanya kepada Allah s.w.t, itulah ertinya orang yang tahu bersyukur dan mereka yang tahu mempergunakan nikmat Allah s.w.t dengan sempurna (berkat). Itulah erti puasa, iaitu  mengerti dan tahu mengembalikan nikmat kepada kenikmatan Allah s.w.t. Bukan makanan yang mengeyangkan, yang mengeyangkan itu adaklah rasa nikmat Allah s.w.t. Jika tidak rasa rahmat (Ramadhan) Allah s.w.t, maka makanlah apapun, mereka tetap tidak akan rasa  nikmat. Kembalikan makan kepadaNya, kembalikan nasi kepadaNya dan kembalikan sedap kepadaNya, dengan merasai nikmat atas kenikmatan rahmatNya. Barulah kita rasa puas biarpun makan sedikit, biar wang tinggal seringgit, biar pakaian tidak berganti dan biarpun tinggal di rumah buruk.
Nikmat itu bukan pada nasi, air, gula, garam, wang ringgit atau kekuatan. Ada orang yang hidupnya mewah berkepuk-kepuk wang ringgit, tetapi tidak boleh makan garam atau gula kerana kencing manis dan darah tinggi. Jadi, apa guna wang berjuta?. Apa guna badan besar tetapi menghidap sakit lumpuh. Apa gunanya mempunyai perut besar tetapi hanya dapat di isi dengan air tanpa gula, ikan tanpa garam, teh tanpa susu dan nasi tanpa lauk. Yang mengeyangkan kita itu, adalah nikmat dan rahmat Allah s.w.t, bukannya makanan. Yang mengeyangkan kita itu, bila kita dapat mengembalikan sifat baru kepada yang kadim. Sedapnya air dari rasa, sedapnya makanan dari rasa dan sedapnya tidur dari rasa. Manakala rasa pula dari mana?. Adapun rasa itu adalah dari nikmat dan rahmat Allah s.w.t. Oleh itu, kembalikanlah segala rasa itu kepada nikmat dan rahmat Allah s.w.t. Itulah puasa.
Ramadhan itu seumpama, seribu bulan. Jika kita sekadar menahan lapar dan dahaga, bagaimana untuk merasai kenikmatan seumpama seribu bulan (hampir 90 tahun)?. Jika kita hanya minum seteguk air dengan menikmati rasa nikmat Allah s.w.t, di situ kita akan merasa sungguh bermakna, sungguh bererti dan bernilai yang tidak terhingga. Nampak dan terlihat nikmat Allah s.w.t atas air. Barulah hati kita merasai betapa nikmat Allah s.w.t itu mengatasi segala rasa. Nampak, kasih Allah, sayang Allah, cinta Allah dan dekat serta hampirnya Dia. Timbullah rasa bahawa Allah s.w.t  itu lebih berharga dari air. Itulah balasan terima kasih yang tidak terhingga terhadap Allah s.w.t dan Dia juga melihat dengan tidak terhingga atas kita.
Jika kita lihat Allah s.w.t dengan sejengkal, Dia akan lihat kita sedepa. Jika kita berterima kasih kepada Allah s.w.t sedepa, Dia berterima kasih kepada kita sehasta. Kita bersyukur atas nikmat Allah s.w.t sambil berjalan, Allah s.w.t secara berlari menerima nikmatNya dikembalikn kepadaNya. Itulah baru timbul berkeadaan nikmat yang seumpama seribu bulan (hampir seusia 90 tahun).
Jika dihukum dengan kesakitan sekalipun seumpama Bilal bin Rabbah, semasa diseksa dengan besi dan batu panas, tanpa diberi minum, namun yang dirasainya itu adalah bukan seksaan, sebaliknya beliau merasa nikmat Allah s.w.t atas seksaan itu. Merasa nikmat Allah s.w.t atas kepedihan seksaan. Bukan nampak besi atau batu panas, tetapi nampak Allah s.w.t beserta kepanasan, nampak Allah s.w.t dalam keadaan beliau sedang kehausan. Biarpun didera dengan besi yang sangat panas dan menahan dahaga seperti dua atau tiga hari, namun beliau tidak merasa sakit atau dahaga, kerana beliau merasakan seksaan itu sebagai nikmat. Seumpama mendapat nikmat selama seribu bulan (hampir 90 tahun usia). Kenikmatan seumpama seribu bulan itu, menghilangkan kesakitan, lapar dan dahaga.
Apakah ertinya kemenangan, jika tidak disertai dengan suatu perjuangan yang hebat, keras, dalam dan tinggi?. Apakah sudah begitu hebat, tinggi dan mendalam dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga yang juga boleh dikerjakan oleh kanak-kanak yang seumur 4 atau 5 tahun?.
Bulan Ramadhan itu adalah bulan kemenangan. Bukan hari menang menahan lapar atau dahaga kerana tahan lapar dan dahaga itu adalah kemenangan yang kecil, ringan dan halus. Kemenangan itu adalah semestinya melalui suatu perjuangan yang begitu hebat, bernilai tinggi dan suatu perjalanan perjuangan yang besar. Apakah sudah dianggap besar dengan menahan lapar dan dahaga, hanya sekadar 13 jam?.
Ramadhan itu kemenangan. Apakah yang hendak dimenangkan pada bulan puasa dan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan kemenangan?. Kemenangan Ramadhan itu adalah kemenangan dari segi menikmati nikmat Allah s.w.t. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t di atas segala kenikmatan nikmat yang telah diberikan kepada kita dan kenikmatan nikmat itu pula hendaklah dikembalikan semula kepadaNya. Dengan sekembalinya segala kenikmatan nikmat kepada Allah s.w.t, itulah yang dikatakan kemenangan dan itulah sebenar-benar puasa Ramadhan.
Kita tidak dikatakan menang, sekiranya masih memakai kenikmatan itu, sebagai milik kita. Segala nikmat Allah s.w.t itu, bukan milik kita dan bukan hak kita untuk menikmati kenikmatan nikmat Allah s.w.t. Bukan makanan yang memberi kita kekenyangan. Yang memberi kenyang itu adalah rasa. Perkara rasa itu adalah nikmat, manakala nikmat itu, adalah milik Allah s.w.t. Jika ianya milik Allah s.w.t, kembalikan segala rasa nikmat kepada tuan yang empunya, itulah Ramadhan dan itulah kenikmatan nikmat Allah s.w.t dan itulah ertinya sebuah kemenangan. Menang itu adalah kerana berupaya dan menang itu adalah di atas kesanggupan mengembalikan hak Allah s.w.t kepadaNya semula.
Kita tidak punya apa-apa, kita tidak memiliki apa-apa dan kita tidak berhak ke atas apa-apa. Apa lagi untuk memiliki dan menguasai nikmat Allah s.w.t!. Apakah nikmat yang kita ada dan apakah Ramadhan yang hendak kita kembalikan?. Nikmat yang kita ada itu, seumpama kekuatan, lalu dengan mengembalikan segala kekuatan itu kepada Allah s.w.t, itulah Ramadhan dan itulah nikmat dan itulah juga kemenangan. Nikmat yang kita ada itu, seumpama penglihatan, pendengaran, percakapan dan sebagainya, lalu apabila kita berjaya mengembalikan semula kenikmatan nikmat itu kepada Allah s.w.t, itulah yang dikatakan hari kemenangan dan hari seribu bulan. Yang dimaksudkan dengan keberkatan serta kerahmatan diumpamakan seperti seribu bulan (sebaya dengan ibadah selama hampir-hampir 90 tahun). Itu barulah yang dikatakan kemenangan dan kejayaan yang boleh dirayakan dan disambut dengan penuh kemeriahan hati!. Itulah hari yang paling menang dan paling berjaya.
Ramadhan juga dikaitkan dengan malam Lailatul qadar. Lailatul qadar itu adalah suatu hari melimpahnya rahmat. Apa tidaknya, dikatakan bahawa perigi yang airnya cetek akan melimpah penuh. Kayu-kayan yang tegak berdiri, sehinggakan boleh tunduk, runduk dan rebah menyembah bumi. Air yang mudik berpatah balik ke hulu dan bermacam-macam lagilah cerita yang diperkhabarkan. Betapa dalam bulan rahmat (Ramadhan) itu berlaku keajaiban yang menggambarkan besar dan tingginya taraf atau tahap bulan Ramadhan iaitu bulan nikmat Allah s.w.t.
Setahu kita yang seusia hampir 60 tahun, yang selama ini berpuasa, berapa keratkah di antara kita, termasuk diri yang membaca ini, yang mendapat nikmat Lailatul qadar?. Lailatul qadar itu, bermaksud hari yang paling diperingati dan suatu hari yang paling tidak boleh dilupakan. Itulah tinggi, bernilai dan besarnya nilai Lailatul qadar bagi sesiapa yang mendapatnya. Juga seumpama malam seribu bulan. Bagaimanakah untuk mendapatkannya?.
Jika diambil kira dengan menahan lapar dan dahaga, apakah mungkin mendapat lailatul qadar yang sebegitu besar?. Dengan memperbanyakkan amal di masjid-masjid sampai ada orang yang sanggup bersengkang mata menahan dari tidur, semata-mata menunggu lailatul qadar. Ada yang menyalakan pelita, kononnya menunggu lailatul qadar, agar dengan memasang pelita itu, mudah-mudahan tidak terlepas pandang. Berapa keratkah yang mendapat lailatul qadar?.
Bagi mereka yang berserah diri, berserah nikmat kepada Allah s.w.t, lailatul qadar itu didapati oleh mereka, biarpun tidak menyalakan lampu pelita dan biarpun tanpa bertegang urat mata. Sekiranya kita tahu untuk mengembalikan kenikmatan rahmat dan nikmat Allah s.w.t kembali kepadaNya, lailatul qadar itu akan didapati dan akan diperolehi sepanjang hari, minggu, bulan, tahun dan sepanjang hayat.
Seumpama Bilal bin Rabbah, kenikmatan nikmat lailatul qadar Allah s.w.t itu, sudah dapat dirasainya, sekalipun di dalam keadaan yang menyeksakan dan sekalipun di dalam bulan yang bukan bulan Ramadhan. Sakit telah dirasainya nikmat, seksa telah dirasainyanya nikmat, panas telah dirasainya nikmat dan mati sekalipun telah dirasakan nikmat. Itulah lailatul qadar,  itulah Ramadhan, itulah puasa dan itulah yang dikatakan sebenar-benar kemenangan.
Puasa itu, ertinya tidak lagi berhajat kepada nikmat. Segala kenikmatan nikmat itu, telah dikembalikan semula kepada Allah s.w.t. Bukan berhajat kepada air dan bukan berhajat kepada makanan (nasi). Air dan nasi itu, baginya adalah rahmat dan nikmat Allah s.w.t.Kita bukan makan nasi dan bukan minum air, tetapi kita makan dan minum nikmat dan rahmat Allah s.w.t. Itulah puasa. Puasa itu bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan sahaja beriktikaf di masjid, bukan sahaja berzikir atas sejadah sepanjang malam. Puasa itu adalah Ramadhan, Ramadhan itu nikmat, nikmat itu rahmat, rahmat itu berkat, berkat itulah ikhlas, ikhlas itu berserah diri, berserah diri itu, mengembalikan segala kenikmatan nikmat diri kepada Allah s.w.t. “Aku tidak ada, tidak punya dan tidak memiliki sesuatu selain Alah”. Itulah sebenar-benar pengertian puasa!.
                                                        Berpuasa Itu, Ertinya Berserah Diri
Marilah kita bersama-sama berserah diri kepada Allah s.w.t dan benar-benar memperhambakan diri kepadaNya. Bukan sahaja ketika bulan Ramadhan sahaja, malahan marilah kita berpuasa dengan berserah diri sepanjang masa, sepanjang hayat selagi di kandung badan dengan berpuasa dari memakai pakaian Allah s.w.t. Bijak itu pakaian Allah s.w.t, pakaian kita adalah bodoh. Hidup itu pakaian Allah s.w.t, pakaian kita itu adalah mati. Gagah itu pakaian Allah s.w.t, pakaian kita itu lemah. Melihat, mendengar, berkata-kata itu pakaian Allah s.w.t, pakaian kita itu buta, tuli dan bisu. Pakaian Allah s.w.t itu sihat, kaya, cantik, besar dan tinggi, manakala pakaian kita itu adalah sakit, melarat, fakir, hodoh, kecil dan bersifat rendah serendahnya. Apabila kita telah mengaku yang kita ini rendah, buat apa perlu meninggi diri dengan mengaku bahawa kita yang berkata-kata, kita yang melihat, memandang, menilik, mendengar, gagah, kuat dan sebagainya.
Pulangkan segalanya itu kepada tuan yang empunya dan itulah yang diertikan puasa sepanjang zaman, sepanjang tahun dan sepanjang hayat!. Bila kita telah sampai kepada tahap itu, itulah ertinya puasa, itulah maknanya Ramadhan, itulah terjemahan dan tafsiran kenikmatan nikmat yang berpanjangan (puasa). Puasa itu pantang, pantang dari mengambil hak milik Allah s.w.t, pantang dari mengaku kepunyaan sendiri dan pantang dari mendakwa hak diri sendiri. Sedangkan pemilik tunggal (hak milik kekal) itu, adalah Allah s.w.t. Ingat itu!!!!!!!!

Oleh itu, bagi menjalankan perintah Ramadhan, hendaklah kita menggunakan sepenuh apa yang kita ada untuk dibaktikan kepada Allah s.w.t dengan menghulurkan bantuan nikmat anggota yang kita ada, harta yang kita miliki dan ilmu yang kita pelajari untuk disampaikan kepada makhluk lain. Nikmat yang Allah s.w.t bagi kepada kita itu hendaklah disalurkan semula kepada orang lain dan kepada makhluk sejagat amnya. Guna sepenuhnya nikmat yang Allah s.w.t bagi kepada kita untuk dikembalikan semula kepadaNya, dengan mempergunakannya melalui berbakti kepada alam sejagat.
Sayang kerana Allah, kasih kerana Allah, cinta kerana Allah, sembahyang kerana Allah, ibadah kerana Allah, beramal kerana Allah dengan penuh kasih sayang (berkorban). Kasih sayang itulah ertinya ikhlas. Dengan kasih sayang membuatkan kita patuh, taat, sejuk hati, tetap hati, tabah hati, kukuh hati dan segala yang dikerjakan tanpa mendatangkan kepayahan di hati. Biarpun kelihatan seperti berat atau payah, namun sifat kasih sayang, membuatkan kita bersemangat dan gagah untuk menyempurnakannya.

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.