Harga jam Audemars Piguet Royal Oak Off Shore ini berharga
RM 120,000 ++
Harga jam Corum Admiral's Cup Challenge Rose Gold ini berharga RM 60,000 ++
Harga jam Richard Mille Rose Gold ini juga sekitar RM 120,000 ++
Rasanya ramai pemimpin kita yang memakai jam yang mahal seperti ini.Jadi nak hairan apa kalau Ustaz Azhar Idrus dan Azmin pun boleh pakai Ferrari. Ramai dalam GLC pun boleh pakai Lamboghini dan Porsche. Ada aku kisah mereka nak pakai apa?Sebab mereka mungkin untung berniaga atas angin sana sini, jadi mereka layak memakai jam dan kereta yang mewah selagi tak mampos!
Cuma aku kesal bila pemimpin sedang bermewah mewah sampai terlupa tanggung jawap sosial mereka kepada seorang hamba Allah yang banyak berjasa kepada perjuangan Umno baik dialam nyata atau pun maya.Hamba Allah ini sahabat blogger aku yang terbabit dengan kemalangan semasa minggu kempen PRU13 baru-baru ni. Dua jarinya terpaksa dipotong dan sehingga hari ini, dia telah menjalani 4 kali pembedahan dan rawatan susulan fisioterapi setiap minggu di hospital. Bil perubatannya sudah mencecah RM 100,000.
Waktu mula-mula rakan blogger ini terbabit dalam kemalangan bersama seorang lagi rakan blogger lain, tangan dan jari beliau perlu dibedah segera. Kos pembedahan pertama untuk menyelamatkan tangan dan jarinya adalah RM50,000. Lebih lambat pembedahan dibuat, peluang untuk menyelamatkan tangan rakan blogger ini makin tipis.
Oleh kerana pembedahan perlu segera dijalankan segera,rakan-rakan bloggers terpaksa meminta bantuan ke sana ke mari untuk menyelamatkan tangan sahabat kami ini.Mujur Insuran isterinya masih ada RM30,000 lagi dan kami perlu mencari RM20,000 dengan segera untuk menyelamatkan tangan sahabat ini. Oleh kerana semasa itu ramai pemimpin yang sibuk dengan kempen pilihan raya, tidak ada yang dapat memberi bantuan segera.
Dalam keadaan hampir putus asa, nasib baik Pengerusi UMB Tun Faisal bersama Timbalan Pengerusi UMB, Razlan Rafii tiba menghulurkan RM 20,000 sebagai bantuan. Dapatlah pembedahan dijalankan pada hari yang sama.
Dua hari selepas itu, wakil TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyampaikan bantuan. Kemudian diikuti wakil Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin. Blogger Papagomo pun ada datang melawat dan menyumbang RM1,000. Paling mengharukan bila kami dapat tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun telah mengeluarkan wang simpanan dan gaji beliau sendiri untuk membantu sejumlah besar pembiayaan pembedahan rakan blogger ini.
Walaupun begitu masih ada baki sebanyak RM 20,000 yang belum selesai dan masih ada pembedahan yang perlu dijalaninya. Pada waktu yang sama, dia juga perlu datang ke Kuala Lumpur setiap minggu untuk menerima rawatan susulan. Semua ini memerlukan wang. Paling menyedihkan, dengan keadaan dia sekarang, dia tidak boleh bekerja dan tidak mempunyai pendapatan sama sekali.
Alangkah baiknya jika pemimpin UMNO, naib-naib presiden boleh membantu insan yang tidak bernasib baik ini? Kalau setiap naib presiden boleh membantu sebanyak RM10,000, sekurang-kurangnya ada RM30,000 untuk menampung kos pembedahan susulan.
Kalau ahli-ahli MT boleh menyumbangkan RM 5,000 seorang, bolehlah dia menampung perbelanjaan pembedahan dan rawatan susulan, termasuk fisioterapi. Selain itu boleh lah juga dia menyara isteri dan anak beliau.
Kalau Papagomo pun boleh sumbang RM1,000 takkan lah Ahli MT tidakboleh bantu lebih daripada itu?
Kalau tak mampu, jual saja jam tangan masing-masing untuk membantu rakan kami ini.
Kalau Papagomo boleh bantu RM1,000, rakan blogger dari Bloghouse seperti Rocky,A Voice,Syed Akhbar Ali,Apakenama dan lain lain takkan tidak mampu nak menyumbang sedikit pun? Ini semua rakan-rakan seperjuangan kita.
Kalau Papagomo boleh bantu RM1,000, rakan blogger dari Bloghouse seperti Rocky,A Voice,Syed Akhbar Ali,Apakenama dan lain lain takkan tidak mampu nak menyumbang sedikit pun? Ini semua rakan-rakan seperjuangan kita.
Aku dengar ada TABUNG KHAS yang telah lama diwujudkan oleh Bloghouse untuk menjaga kebajikan para bloggers?Takkan tabung itu hanya layak digunakan oleh AHLI AHLI BANGSAWAN DAN ELIT BLOGHOUSE sahaja?
P/S : Lain kali korang terserempak dengan PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO cuba korang perhatikan jam tangan apa yang mereka pakai.Kalau ada peluang korang snap gambar,boleh kita pakat cari kat Google jenama apa dan berapa ratus ribu RM harganya...
takkan pemimpin-pemimpin UMNO tak bantu Novandri langsung? Dato Raof kan jaga blogger? Amhari? Tengku Adnan? VP2 UMNO? Ketua Wanita? Ketua Puteri? Ahli MT?
ReplyDeletebiar betul?
salahudin husin lempoyang aka another brick in the wall tak bantu juga? bukan bloghouse kaya raya? apa yang blogger dan cybertroopers pernah dapat dari bloghouse? dari MyKMU dapat la juga gadjet dan duit minyak datang program
ReplyDeleteAnon..
ReplyDeleteNak buat macamana bila yang mengungguli kepimpinan tertingi Umno semuanya spesis jaga tembolok dan hanya nak membuncitkan perut masing masing.
Jgn kata Dr.Novandri,hutang RM250juta PRU11 2004 pun tak mau bayar.Ahli Umno yg berjuta tu pakat cubit sorang sikit dosa untuk dibawa mati..
He he...aku baru tulis pasal jam tetiba berita rumah KJ dimasuk pencuri kebas jam tangan dia..kah kah.
ReplyDeleteKatanya kerugian rm24 ribu...he he he mungkin KJ terlupa letak no.1 depan 24 tu..ha ha ha
http://novandri.blogspot.com/2013/06/kenyataan-khairykj-tentang-rompakan-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29
Sebab tu aku dah malas nak tulis cerita politik... Tulis cerita ayam dan itik lagi bagus.
ReplyDelete