Pages

Azeez Rahim dulu dan sekarang


Aku tidak pernah mengenali Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Azeez Putera secara peribadi.Walaupun kerap terserempak dalam program program Umno yang aku hadhiri sejak bergelar blogger kami tidak pernah berbual walau sepatah perkataan pun.Namun begitu setiap kali kami terserempak dan bertentang mata Datuk Azeez tidak pernah gagal mengukir senyuman kepada aku seolah olah bertanyakan khabar dan kami sama sama mengangguk.

Sebagai blogger yang masuk dalam kategori LEBIH HARAMJADAH DARI BIASA aku sedar yang majoriti Pemimpin Umno diperingkat tertinggi akan mengelak untuk berinteraksi dengan aku secara peribadi dan Azeez Putera tidak terkecuali.Tiada seorang pun Pemimpin Umno yang pernah menegur aku bila bertemu walaupun dah masuk 4 tahun aku bergelar blogger mesra Umno dan kerap menghadhiri program program anjuran mereka.Ini tidaklah menghairankan aku dan tak pun menjadi kudis malahan kadang kadang aku rasa kasihan melihat Pemimpin Umno ini yang melihat aku saperti melihat HANTU.Sehinggakan Datuk @razaliibrahim yang aku bantu hampir 2 minggu untuk mempertahankan kerusi P146 Muar pun takut nak bersembang mesra dengan aku walaupun  dia berjaya "menang hidung" saja disana.Jadi memang perangai aku tak ambil port dan tidak akan terhegeh hegeh nak menghimpit pemimpin bila berpeluang bertemu muka,aku buat hal aku dan tugasan yang diberikan.

Jadi tidak hairanlah kalau aku tidak mengenal semua Pemimpin Umno secara peribadi dan hanya melalui pemerhatian aku dan pencerahan dari sumber sumber lain dan Datuk Azeez Rahim tidak terkecuali.Kebanyakan cerita cerita tentang Azeez Rahim ini aku dengar dari seorang sahabat baik aku yang kenal rapat dengan beliau berpuluh tahun.Dari semenjak Azeez terlibat sebagai Used Car Dealer di Taman Kanagapuram di Jalan Kelang Lama sehinggalah port lepak kegemaran beliau di Holiday Villa Subang Jaya.Semua cerita yang aku dengar tentang perangai Azeez Rahim sebelum ini tidak ada satu pun yang senonoh dan boleh dibanggakan apatahlagi bila dia terlibat dalam politik...pada aku semuanya hancussss.Jadi aku tak berapa minat nak ambil port tentang manusia bernama Azeez Rahim ini.


Sehinggalah....

Bila berlaku KRISIS DI MESIR dan bila kerajaan terpaksa melakukan operasi untuk membawa balik pelajar pelajar kita disana dan Datuk Azeez Rahim terlibat dalam operasi itu.

Suatu hari (setelah ops selesai dan semua pelajar berjaya dibawa balik) salah seorang bapa pelajar yang terlibat yang sama sama mengikuti operasi ke Mesir itu menceritakan pengalaman peribadi beliau bersama sama Azeez dalam ops tersebut.Tidak henti henti mulut dia MEMUJI apa yang dilakukan Azeez Rahim semasa menjayakan ops tersebut dan segala tok nenek kebaikan tentang batang tubuh bernama Azeez Rahim ini.Kalau dia ini spesis bapa saperti aku dan yang lain aku taklah ambil kisah sangat cerita pujian melambung dia pasal Azeez.Tapi dia ini pengikut dan penyokong tegar Anwar Ibrahim dan juga boleh dianggap sebagai "wakil" Azmin Ali dan Zuraidah Mak Lampir di tempat aku tinggal ini.Pada mulanya aku anggap segala pujian terhadap kerjabaik Azeez dan kerajaaa itu hanya sebagai SINDIRAN kerana dia ini memang "penyindir tegar" terhadap apa jua yang dilakukan Umno dan kerajaan,tapi bila dia bersungguh sungguh dan iklas barulah aku dapat menerimanya...


Sejak itu pandangan aku tentang Azeez Rahim mula berubah dan aku mengikuti setiap MISI KEMANUSIAAN yang dilakukan beliau sebelum dan selepas itu untuk mengenali beliau lebih dekat lagi.Aku mula melihat CIRI CIRI POSITIF yang ada pada beliau dan keiklasan beliau melakukan sesuatu misi..bukan untuk NAMA tapi demi KEMANUSIAAN.


Kini nama Datuk Azeez Abdul Rahim hangat diperkatakan dan dikhabarkan akan diberikan tanggung jawap mengetuai Lembaga Tabung Haji.Disana sini orang mula mengatakan tentang hal ini..ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang.Masing masing dengan pendapat dan pandangan tersendiri.


Tapi pada aku...

TAHNIAH DATUK kalau itu sudah ditakdirkan Allah SWT dan Perdana Menteri pula memberi kepercayaan kepada anda.

Ketahuilah bahawa manusia boleh berubah dari kurang baik kepada yang baik atau kepada yang lebih baik.Mungkin manusia bernama Azeez Rahim ini sudah ditakdirkan Allah swt untuk memulakan karier politiknya dengan warna yang berbagai yang awalnya mungkin menyakitkan mata tapi yang penting diakhirnya ianya memberikan warna ketenangan untuk kita semua...WaAllahu'alam.


SELAMAT MAJU JAYA DAN PIKUL LAH AMANAH DAN TANGGUNG JAWAP
YANG DIBERIKAN SEBAGAI SATU JIHAD TERHADAP UMAH.AMIN

2 comments:

  1. Sdr APA, penilaian sdr melangkau sifat prejudis sesetengah orang (terutama kalangan yg mengaku UMNO dan elitis). Sdr memberi peluang sebiji buah hijau yang pahit untuk masak menjadi merah ranum dan manis.

    Walaupun Azeez tidak mempunyai taraf pendidikan setara ijazah, apatah lagi bukan lulusan Oxford/Harvard, hanya berbekalkan SPM corot (munkin taraf kelulusan tersebut membentuk peribadi remajanya), namun disebabkan rasa komitmen yang tinggi diatas tugasan dan kepercayaan pemimpin kepadanya, beliau melakukan yang terbaik untuk anak bangsa, agama dan negara. Sesuatu yang munkin sukar dilakukan oleh pemegang Phd yang tebal dengan alter-egonya.

    Contoh yang sdr APA berikan di-Mesir semasa Arab-Spring, Gaza, Rohingya, malah berpuluh gadis Melayu yang hilang di-Lombok dijejaki oleh Azeez (dan rakan2) dan dipulangkan kepangkuan ibu-bapa. Ini semua dilakukan Azeez dengan penuh keinsafan terhadap bangsanya sendiri, serta menaikkan nama negara dalam hal-hal kemanusiaan.

    Doa mereka yang dibantu oleh Azeez tanpa mengira pangkat dan fahaman politik yang munkin diberkati, membuka lambaran kehidupan baru bagi Azeez untuk terus menabur bakti.

    ReplyDelete
  2. kalau pakatan rakyat.. nampak.jer bala..deepak..terus cop mendaliar..kutty bagai...yg ni mamak karala mana lak ngaku melayu nih? wakakka.. eh ada bloger umnonnak operation..kos 100k ..knp murah sangat? kan klink 1 malaysia ada.free jer..muhahhaha..syukur malaysia aman.bukak tungkap tgk tak ada peperangan..

    ReplyDelete

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.