Pages

Siapa "calun" yang bakal dapat rubber stamp APA? @NajibRazak


Walaupun menjadi hak mutlak @NajibRazak untuk menentukan siapa bakal bakal
calun yang akan di "tauliahkan" untuk membawa panji panji BN dikawasan masing
masing TAPI mutakhir ini khabar angin bertiup kencang yang beliau tidak dapat
menurunkan kesemua CALUN WINNABLE beliau disebabkan desakan dan ugutan
"warlord warlord Umno Bahagian" yang sama ada masih mahu bertanding ataupun
menolak "calun pilihan PM" dan mahu calun mereka sendiri diketengahkan.

Sejauh mana kebenarannya aku tak pasti tapi ianya BUKAN RAHSIA lagi bila hangat
diperkatakan sejak sehari dua ini.Dimana mana jentera pilihanraya Barisan Nasional
memperkatakan perkara yang sama.

Sebagai penyokong Umno aku akan akur dengan siapa sahaja calun akhir pilihan @NajibRazak
TAPI TIDAK...kalau calun calun yang terpilih kelak itu terdiri dari spesis
spesis Jurassic Park yang selama ini diketahui rakyat sebagai "pengamal korupsi",
"penyamun","kaki bodek tegar"atau apa saja sifat yang selama ini DIBENCI RAKYAT...nokhtah!

Jangan salahkan aku dan menuduh aku "tidak menghormati" pilihan Perdana Menteri,jika
kelak masih terdapat calun calun jenis sebegini masih dipertaruhkan,kerana aku amat yakin
mereka "BUKAN PILIHAN" @NajibRazak tapi pilihan warlord warlord
Umno yang mendesak dan mungkin juga mengugut Perdana Menteri disaat saat akhir.

Jangan jadikan perjuangan KAMI dialam siber ini sia sia dengan menurunkan CALUN 
CALUN YANG GUARANTEE DITOLAK RAKYAT.Aspirasi dan kehendak rakyat
yangbanyak mesti diberi keutamaan dari kerakusan dan ketamakan warlords Umno yang
terus mahu mengonggong KUASA.

Jangan sia siakan peluang dan mood yang ketika ini menyebelahi BN dengan meletakan
calun calun yang akhirnya merugikan dan menghalang BN untuk kembali diterima rakyat.

Aku akan RUBBER STAMP setiap calun yang tidak menepati kehendak rakyat...

SEBAGAI CALUN GUARANTEE KALAH !