Pages

Aku cuba nak memahami matematik ini...



Barisan Nasional (BN) menampilkan 33 peratus muka baru untuk 
kerusi Parlimen dan 49 peratus bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), umum Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Sumber

Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi 
Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun.

Matematik bodoh aku lebihkurang macam inilah...

33% dari 222 kerusi parlimen  = 73 kerusi
49% dari 727 kerusi dun          = 363 kerusi

Pendekata,untuk kerusi parlimen muka baru cuma 73 orang dan muka lama 
(mungkin ada juga spesis Jurassic) 149 orang,manakala untuk kerusi dun hampir 50/50 
(363-364).

Aku simpan komen aku dulu untuk melihat senarai penuh yang bakal diumumkan besuk 
terutamanya yang melibatkan calun calun dari Umno.

Apakah muka muka T-Rex saperti Nor Mohamed Yackob,Dollah Badawi,Azmi Khalid,Radzi
Sheikh Ahmad,Jamaluddin Jarjis,Johari Baharom dan sewaktu dengannya akan tetap terselit 
dicelah celah "Calun Winnable PM"?

Kita akan dapat tahu kurang dari 24jam dari sekarang.

Jangan TRANFORMASI yang ingin dilakukan @NajibRazak menjadi cerita 
kartun TRANFORMER yang sangat diminati kanak kanak belum masuk jawi
...itu saja harapan aku dan ramai lagi rakyat Malaysia.