Pages

Misi Kemanusiaan GAFIM bersama Malaysia Bumiputera Brotherhood (MBB) - Tour Two - Final Day Part 1



Bukan setakat pandai pegang penyodok untuk posing bergambar.Ini pose setelah kerja pembersihan selesai mereka lakukan.Salute you all.

Hari ini merupakan hari terakhir Misi Kemanusiaan GAFIM-MBB memandangkan kebanyakan artis dan crew yang hadhir terikat dengan jadual pengambaran yang ketat maka mereka tidak dapat berada lama dibumi Kelantan ini.Walau bagaimana pun jangan sesekali kita beranggapan yang mereka hadhir kesini sekadar nak menempel atas nama publisiti murahan.Pemerhatian aku selama bersama mereka walaupun singkat telah mengubah banyak persepsi aku tentang golongan artis ini (yang menjadi sukarelawan GAFIM) yang aku lihat sangat iklas ingin menyumbang tenaga walaupun terikat dengan jadual pengambaran yang ketat.

Anda boleh saksikan kesungguhan mereka terutama dalam kerja gotong royong membersihkan sekolah di SK Tebing Tinggi,Tanah Merah.Semua dilakukan dengan bersunguh dan iklas dan ada diantara mereka adalah pasangan pengantin baru yang baru berkahwin tidak sampai sebulan dan sepatutnya melayari keseronokan berbulan madu ditempat ekslusif dan bukannya bergelumang dengan lumpur dan selut yang kotor.

Untuk hari terakhir ini,misi kami akan menjelajah beberapa buah sekolah dan kampung dikawasan dilanda banjir di Tanah Merah,dimana misi kan menyampaikan sumbangan pakaian dan peralatan sekolah yang masih ada dan jika berkesempatan cuba bergotong royong membersihkan kawasan sekolah yang mana mampu.

Seterusnya kami akan ke GROUND ZERO Kuala Kerai dan Manek Urai jika waktu mengizinkan dan meninjau sendiri apa yang kami dengar,baca dan lihat selama ini.


Bersarapan bersama sebelum memulakan tugas




Mendengar taklimat dari Jurey Rosli sebelum mulakan misi hari terakhir.


Aku lupa nak bertanya Jurey apa simboliknya dia memegang keris pagi ini







11: 11 11 1
Nombor yang buat aku phobia kerana sejarah hitamnya...



Co-Pilot aku pagi ini Suhaida Sue seorang Production Manager,jadi kita layan je gambar disepanjang perjalanan yang dia rakam.











Abam polis pun kena rakam?


Memasuki Bandar Tanah Merah


Tenguk kerosakan bumbung station minyak ini.Itulah agaknya paras air yang naik






Hari pertama persekolahan di Kelantan



Tiba di SK Sri Suria,Tanah Merah



Keadaan berlumpur dikawasan parkir sekolah









Kebanyakan bahagian sekolah dah dibersihkan,cuma kawasan parkir yang masih berlumpur



Murid Tahun 1 yang baru mulakan alam persekolahan mereka



Kesian anak anak yang tak punya seragam sekolah ini


Jom balik..






Jurey Rosli berbual dengan Guru Besar sekolah ini


Cuaca yang panas terik masa kami mula sampai tetiba bertukar jadi hujan lebat.



Adik tak sayang kasut ke sayang..?



Membincangkan bentuk bantuan yang perlu diberikan 



Guru Besar mintak bergambar dengan kami beramai ramai







Hujan dah reda..




Wakil Suria.FM yang bersama kami untuk live broadcasting dari lapangan



Hebat mandor besar kami ni..haha








Penyampaian bantuan beg sekolah dari Team GAFIM kepada Guru Besar sekolah ini





BERSAMBUNG FINAL DAY PART 2..

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.