Malam tadi telah berlangsung Malam Solidariti Switch Off'14 diperkarangan pintu masuk Zoo Negara walaupun pada asalnya program ini sepatutnya dilangsungkan di Dataran FINAS yang dibatalkan disaat akhir walaupun sudah mendapat kelulusan awal FINAS sebelum ini.Agak pelik juga bila PEKERJA PEKERJA INDUSTRI HIBURAN TV/FILEM terpaksa berprogram dihadapan Zoo Negara walaupun mercu tanda industri mereka berada beberapa langkah sahaja dari tempat mereka berkumpul.
Melihat kehadhiran begitu ramai pekerja industri ini yang turun memberi sokongan moral dan bersama dengan PENGANJUR SwitchOff14 ini,dapatlah aku merumuskan yang ada sesuatu yang tidak kena dengan industri ini dan pihak berwajib kenalah tenguk tengukan dimana penambahbaikan boleh dilakukan terhadap kebajikan dan masa depan mereka ini.
Letak kat tepilah ego masing masing kerana apa yang diperjuangkan adalah isu isu lama yang dah bertukar dari satu menteri kesatu menteri tapi duk kat situ gak tanpa ada penyelasaainnya.Persetan dengan segala tok nenek redtapes dan protokol.Kalau pihak PENGANJUR dikatakan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan..tunjuk ajar dan bantu mereka(penganjur) untuk mencapai garis panduan dan keperluan itu.Jangan jadikan itu ALASAN untuk terus buat bodo...
Kehadhiran begitu ramai malam ini menunjukan MEMANG ADA MASAALAH,kalau takde masaalah apa jadah turun ramai depan Zoo Negara malam ini?Bukan boleh masuk tenguk monyet dan kera pun...
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.