Almarhum Ku Shah
Aku merasa terpanggil untuk mencatatkan sedikit MEMOIR tentang hidup Almarhum Ku Shah yang ku kenali seketika bermula tahun 2004 dan tahun tahun terakhir hayat Almarhum sebelum dijemput pulang.Bukan berniat untuk mengaibkan mana mana pihak tapi sekadar perkongsian kisah hidup seorang Putera Raja yang dilahirkan dalam serba serbi kemewahan Istana tapi mengakhiri hayatnya dalam keadaan yang amat tidak terfikirkan dek fikiran kita semua.
Mungkin kita biasa mendengar kisah kisah FROM RAG TO RICHES sebelum ini,tapi kali ini aku ingin berkongsi kisah sebaliknya..FROM RICHES TO RAG.
Semoga kisah yang ingin aku kongsikan ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua termasuk diriku sendiri tentang Qada' dan Qadar Allah Taala yang tiada memilih siapa kita,sama ada kita dari keturunan Raja atau hanya rakyat biasa.Bila sudah tiba masanya kita pasti akan dijemput pulang,dan bila waktu itu tiba tiada yang dapat menghalang,dan bagaimana keadaan kita pulang waktu itu tiada siapa yang dapat menentukan nya kecuali Allah Taala jua...
Begini kisahnya...
Sekitar tahun 2004 aku diperkenalkan kepada Almarhum Ku Shah oleh seorang sahabat yang hanya aku panggil MB(bukan nama sebenar) disebuah kelab dipinggir bandar.
"Bro ni gua kenalkan lu anak Almarhum Sultan Perak yang dulu,Ku Shah..",ayat MB sewaktu mula mula memperkenalkan kami berdua.
"Jangan tak percaya bro...anak Sultan pun sekarang tumpang bilik gua..haha..",sambung MB sedikit bangga.
Aku cuma tersenyum kerana memahami sangat perangai MB yang memang suka melawak tahap kronik tidak mengira siapa.Pertama kali bersua tidak banyak yang aku bualkan dengan Almarhum kerana itu memang dah jadi sifat semulajadi aku,lebih banyak berdiam dan mendengar (menilai) orang yang baru aku kenali.Jadi kesempatan yang ada aku gunakan untuk memastikan kesahihan yang Almarhum ini memang anak raja Perak saperti yang dikatakan MB.Loghat Perak yang masih tebal bila bertutur dan features Almarhum yang memang jelas pada dirinya meyakinkan aku tentang siapa Ku Shah yang aku kenal malam itu.
Bila berkesempatan berada jauh dari Almarhum beberapa ketika aku melontarkan soalan soalan lazim yang selalu aku tanyakan MB...
"Lu pungut kat mana anak raja ni MB..?",soalku.
Sambil ketawa MB menceritakan bagaimana perkenalan dia dengan Almarhum dan kenapa Ku Shah sampai terpaksa menumpang tinggal dibilik sempit MB yang serba daif itu.Walaupun susah nak percaya yang anak bekas Sultan Perak terpaksa menumpang dirumah sahabat aku MB yang dua kali lima susah,tapi itulah hakikatnya yang aku diberitahu..
Hari hari seterusnya MB kerap membawa Ku Shah ke kelab yang sama tempat aku selalu melepak kerana dia tahu aku akan "payung" mereka berdua untuk segelas dua nescafe dan makan makan yang tidaklah mahal mana di restoran dalam kelab itu.
Di Wadi Hussein Janda Baik lah Almarhum dijaga oleh keluarga Pak Habib Syed Hussein AlAttas hampir 2 tahun saperti keluarga sendiri.
Hal ini berlaku beberapa bulan sebelum tetiba Ku Shah tidak lagi menumpang tinggal dibilik MB ntah atas sebab yang aku sendiri tidak pernah bertanya secara khusus kepada MB.Cuma dia jawap ringkas saja bila aku tanya tentang Ku Shah.."Dia dah blah...",pendek.
Maka aku hanya berpeluang mendekati Almarhum beberapa bulan sahaja dalam tahun 2004.Pun begitu banyak juga kisah hidupnya yang diceritakan kepada aku sama ada secara terus atau diceritakan oleh MB kepadaku..
BERSAMBUNG...
Dalam artikel yang akan datang aku akan ceritakan bagaimana pertemuan kami untuk kali ke-2 berlaku di Wadi Hussein Janda Baik lapan tahun selepas itu sekitar tahun 2012..
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.