#transformer #optimusprime #jelajahselawatperdana...semua kerja "budak budak nakal" @NajibRazak


Petang tadi aku berkesempatan singgah di Padang Astaka Tanjung Karang untuk melihat sendiri Trailer Jelajah Semarak Marhabah Selawat Perdana yang diusahakan selama ini oleh "budak budak nakal" aktivis Yayasan Perpaduan Ummah(YPU).



Besi buruk berkarat (kontena) yang mereka perolehi secara percuma sebab sudah tiada kegunaan nya kepada pemilik asal yang mereka usahakan kini menjadi pentas bergerak (trailer jelajah) untuk mengajak kita semua rakyat Malaysia..Melayu..Islam bersatu atas satu Syahadah dan Kalimah dengan meninggalkan "baju politik" masing masing dirumah atas nama PERSAUDARAAN.

"Budak Budak Nakal YPU" ini telah berjaya mengumpulkan lebih setengah juta orang (500 ribu) sewaktu Selawat Perdana kali pertama dilangsungkan di Dataran Masjid Putrajaya tidak berapa lama dulu,dan mereka merasakan bukan semua rakyat Malaysia beragama Islam mampu berada di Putrajaya...maka lahirlah idea untuk membawa Selawat Perdana ini hampir kepada anda dilokasi lokasi terpilih nanti seluruh negara.

Maka lahirlah...

OPTIMUS PRIME Jelajah Selawat Perdana Semarak Mahabbah.

Tiada kata yang mampu diungkap bila melihat kenderaan ini meluncur dilebuhraya dan jalan jalan utama seluruh negara dalam dalam perjalanan ke destinasi yang dituju bermula dengan Pekan Pahang dimana ianya dilancar oleh YAB Perdana Menteri pada 23hb Ogos lalu dan kini di Padang Astaka Tanjung Karang yang merupakan destinasi pertama untuk menggemakan langit Tg Karang dan Selawat dan Qasidah menyambut Ambang Merdeka.

Tiada kata yang mampu menggambarkan penat jerih,keringat dan tenaga  yang telah dicurahkan bagi merealisasikan mimpi ini oleh anak anak muda ini dalam keterbatasan kewangan mereka.Alhamdulillah setiap niat dan usaha kearah kebaikan pastinya diberkati dan dibantu oleh Allah SWT walaupun banyak rintangan,sabotaj oleh mereka mereka yang merah mata merasa iri hati atas kemampuan "budak budak nakal ini"..

TAHNIAH RIZAL MANSOR..SYABAS SHAHRUL NASRUN DAN SEMUA AKTIVIS YPU.


Gambar gambar yang sempat aku rakam petang tadi...




Rizal Mansor...wajah kepuasan.


Dua tunggak penggerak yang memungkinkan impian jadi nyata..
Rizal dan Shahrul






Tunggu LCD ini diaktifkan malam besuk sebagai backrop pentas..







Aku pun nak enter frame gak..



CEO Yayasan Perdana Ummah Sdra Shahrul Nasrun..



Khusyuknya macam main Candy Crush pulak..hikhik





Ini kenderaan jelajah aku pulak..









Dia orang berdua ni duk Whatsap sama sendiri ke apa?



















Bersedia untuk diwawancara untuk slot Buletin Utama TV3




CEO YPU bersiap untuk di wawancara TV3





































Sistem Hidraulik pentas




Memerhati sistem hidraulik pentas diuji..





Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem hidraulik..









Bahagian atas yang baru di cat membuatkan ianya melekat agaknya..heheh






Nampak gaya kena panggil bomba ni...



Umpil bang jangan tak umpil..


Tak cukup sorang kita panggil sorang lagi JuruUmpil..haha




Akhirnya....ZAM ZAM ALA KAZAM












Jeng...Jeng..Jeng






Kalau nak tenguk lampu LCD tunggu malam besuk ya?
Haha..





Ok...jumpa malam besuk ya..



0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts