Pages

UMNO BUDGET HOTEL UNTUK MR. FROG @NajibRazak @tengkuadnanreal @ahmadmaslan


Check-In Check-Out tak perlu credit card.Sebab itu ramai yang "menyundal" kat hotel macam ni.

Oleh : SH Alattas

Ada dua benda yang tak boleh diberikan kepada orang Politik yang tak beriman: "jawatan" dan "kuasa". Jawatan tak ada kuasa, ok. Cuba tanya mana ada orang politik bila sudah dapat kuasa, yang mahu lepaskan jawatan. Peribahasa Melayu dulu kata seperti "tangkai jering" macam "paku belanda". Contohnya Wan Mokhtar di Terengganu sudah dapat 22 tahun, masih tak mahu lepas jawatan hingga BN tumbang diganti PAS. Itu pun masih mahu jawatan jadi Duta Besar di Luar Negara, apa beza dengan Taib Mahmud di Sarawak, harta entah berapa billion, berpuluh tahun jadi Ketua Menteri masih tamak Kerusi Yang DiPertuan Negeri, Lu Fikir La Bro! Betul tak? "Betul, betul, betul" kata Upin dan Ipin.


Betul...betul...betul

Dari segi ini, bagus sikit Mat Fit, bila dia lepas gian, apa pun dia tak mahu, melainkan ekstasi "fana dialamnya sendiri" bukan "fana ul fana" orang sufi. Mat Fit pergi curi barang orang, sekadar untuk beli ubat batuk atau sebalut ganja atau shabu sama seperti ular sawa lepas telan seekor kambing dia melengkar tidur hingga perutnya kosong. Tak macam pemimpin politik, seperti orang minum air laut tak pandai hilang haus atau sudah ada satu billion mahu dua billion, 10 billion lagi. Apa beza dengan Pengarah pencen yang sudah jadi 10 Pengerusi badan berkanun masih mahu lagi, dunia kata pergi, kubur kata mari masih tak sedar lagi. Nauzubillah, Astagfirullah, busuk punya kaki. Pelik tapi benar.

Kita hendak kata apa terhadap Ahmad Said gedebe mana peduli lantak pi lah apapun kita kena "angkat topi", dia tak heran hilang jawatan daripada "hilang maruah". Lu hebat bro, lu boleh goncang negeri. Hilang kedudukan kecik punya hal. Esok masih ada bro. Dia tak hairan dan tak "hard up" tak jadi ahli UMNO, tak kempunan pun tak kena pilih jadi senator untuk dilantik jadi Menteri Pusat. Dia tahu UMNO kini berada di tahap yang paling rendah. Bolehkah kita kata Mat Said katak? Dia belum melompat pun, baru "acah aje bro, takkan acah pun tak boleh?".


Kalau orang bertanya kepada saya, apakah bentuk "manusia Melayu" yang saya ingini, saya akan menjawab bahawa "manusia Melayu itu hendaklah rasional dan tidak emosional". Manusia Melayu yang beradab, beriman, manusia yang bermaruah yang tidak materialistik dan tak gila berpolitik. Seperti yang kita lihat hari ini. Saya mahukan "manusia Melayu" yang holistik, yang tak memisahkan syariat dan hakikat, tarikat dan makrifat dalam kehidupan bukan sekadar percaya pada agama tapi pengamal agama yang ikhlas dalam segenap aspek kehidupan yang serah diri bulat-bulat pada Allah, Melayu yang bersih dari sifat PHD. Seperti yang tercatit dalam sejarah Mahsuri atau Hang Nadim dan Sultan Mahmud mangkat dijulang.

Terlalu banyak perbuatan pemimpin ? pemimpin kita yang tidak rasional dan tidak beradab.Quo Vadis bangsa Melayu? Hendaklah menjadi pertanyaan yang selalu dilafazkan, moga-moga dengan keberanian kita mengkritik dan sanggup berjihad memerangi kemungkaran akan dapat kita mencari jalan untuk menuju matlamat yang kita tujui untuk melahirkan Melayu yang beriman dan bertaqwa, bukan ikut saluran politik yang sudah lintang pukang. Kita belajar dari budaya Bushido dan Semangat Samurai Jepun. Kita mahu bentukkan akhlak Nabi Muhammad SAW tidak sekadar melalui seminar dan konvensyen kutip wang tetapi mengikut contoh tokoh sufi seperti Tok Kenali dan Tok Ku Paloh, mengunakan sejarah sebagai sumber makna diri, bukan sekadar fakta sejarah yang ditulis oleh Professor Ko Kai Kim tapi melalui pendidikan holistik yang mengutamakan IQ, Intelligent Q EQ, Emosional Q dan SQ Spiritiual Q. Bukan meramaikan lagi cerdik pandai yang korupsi di Universiti dan berpendidikan tinggi berebut kerusi tak ada beza seperti mereka yang berebut kerusi menteri. Kita ingin melahirkan pemikir dan Tokoh Sufi besar seperti "Beiduzzaman Said Nursi, Sayyed Hossein, Nassir"atau Mulla Sadra dari Iran.

Pemikir agung tulen bukan sekadar penulis novel dengan ayat berbunga-bunga yang diangkat menjadi sasterawan-sasterawan negara seperti Professor Shanon Ahmad tetapi pengkarya yang hasil tulisannya boleh mengubah dan membina generasi ilmuwan Islam yang tulen. Supaya nanti mereka bila memegang teraju pemerintahan ada tokoh yang boleh mengemukakan gagasan pemikiran hebat bukan sekadar bangunan pencakar langit untuk menarik pelancong dari luar negara. Terserah pada anda bagaimana menjawab pertanyaan apakah corak manusia Melayu yang ingin anda bentuk?

Saya setuju Program KAFA berkonsepkan pendidikan agama peringkat rendah bagi menyokong dan memperkukuhkan pendidikan Islam yang dilaksanakan di bawah sistem pendidikan kebangsaan. Pelajar diberikan penekanan dan tumpuan kepada amali serta kemahiran membaca al-Quran mengikut tajwid dan fardu ain di samping kemahiran dalam penulisan dan pembacaan jawi yang dikemukakan oleh Ahmad Said.

Kira-kira 35,000 pelajar Kelas Fardu Ain (KAFA) atau 50 peratus daripada keseluruhan pelajar di negeri ini khatam al-Quran menjelang 2015. Pihaknya berasa yakin matlamat tersebut mampu dicapai kerana bilangan pelajar yang berjaya khatam meningkat hampir setiap tahun. Namun saya inginkan kita melahirkan manusia yang Al-Quran hidup dalam diri mencontohi Nabi kita Muhammad SAW dan tokoh sufi terkemuka dunia, seperti Abu Yazzid Bistami, Zun Nun, Mansur Al Hallaj dan satu lagi Ibnu Arabi. Pendidikan Islam bertujuan menghasilkan insan beradab yang role modelnya adalah Insan Al-Kamil-Mukamil, sempurna lagi menyempurnakan.

Apakah kita terlupa bahawa ilmu Allah amat luas dan kaya dengan persoalan zahir dan batin? Ini sekaligus menghapus fahaman Islam moden tajaan orientalis dan juga golongan wahabi yang memiskinkan ilmu Allah SWT ilmu makrifat dipisahkan dengan ilmu syariat, Islam ritual dengan spiritual. Kenapa memandang Islam hanya pada zahirnya sahaja bagaimana yang batin "rohani"? Fahaman yang memisahkan ritual dengan spiritual menjadikan penganutnya pincang. Inilah yang perlu difikirkan untuk menyelamatkan manusia Melayu masa kini kerana tidak mengadakan pendekatan seperti inilah yang mengakibatkan umat Islam tak ada bezanya dengan penganut agama lainnya. Islam tanpa spiritual menjadikan hati dan jiwa mereka gersang kering kontang, hati kering seperti batu tanpa ada kemanusiaan, hilangnya kasih sayang terhadap sesama saudara Islam dan manusia sejagat, cuma pentingkan diri mereka saja disebabkan mereka tak kenal diri mereka, tak kenal saudara mereka, tak kenal maka tak cinta. Itulah jawapan saya bila ditanya kenapa dari pandangan praktik dimasukkan spiritual dan keTuhanan. Bila murid di asuh dari segi haiwani dan jasmani sahaja, maka agama pun dilihat untuk mendapat "political milage" semata.

Masih dapat diperdebatkan sama ada kegilaan politik terhadap Kebendaan dan banyak lagi masalah-masalah yang patut mendapat perhatian yang lebih berat dan kajian yang lebih mendalam daripada soal pemimpin menggembar gemburkan pemimpin UMNO, politik keluar masuk parti, muka ini bukan selebriti yang perlu digosipkan untuk mencari publisiti menjual akhbar, namun kalau tak ada yang berani mencorak langkah mengubah sistem politik yang memisahkan agama dari politik akhirnya pemimpin Pi Mai Pi Mai..Tang Tu. Mereka keluar masuk Budget Hotel UMNO seperti Hotel dilorong Haji Taib, Kuala Lumpur. THINK.

Setelah melihat kejadian yang berlaku di Terengganu bila manusia Melayu sudah mula hilang kepercayaan kepada orang-orang politik. Ala Machiavelli politik Muawiyah jangan terkejut muncul pemimpin yang bukan dari kalangan politik yang Allah pilih sebelumnya zahirnya Imam Mahdi dan nabi Isa as.

Jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar akan menjadi sia-sia sahaja jika kita bertungkus-lumus siang dan malam berfikir masalah agama, bangsa dan negara. Mereka buat "suka hati" mak dia aje berebut jawatan macam anjing berebut tulang. Jika kita tidak tahu arah tujuan kita, sedangkan kita bercakap tentang wawasan 2020 perlu ada keberanian untuk menggagas sebuah wawasan yang melangkaui wawasan 2020, kerana wawasan 2020 bertujuan untuk menjadikan Malaysia maju dari segi industri dan ekonomi semata. Sewajarnya kemajuan dan wawasan yang layak di kejar adalah kemajuan yang diertikan sebagai ketinggian akal-budi dan kehaluasan tatasusila.

Satu lagi benda yang jangan beri orang politik,"MIKROFON", bila mereka dapat bercakap, macam sukuriti dapat wisel, berlagak semacam pelakon yang "over acting". Dia rasa dia macam polis trafik. Dia terlupa pesan orang tua-tua, makan boleh sebarang makan tapi cakap tak boleh sebarangan. Contohnya Hishamuddin mengingatkan Ahmad Said (ada ke dia ingatkan?) Ahmad Said gedebe jangan melakukan kesilapan yang besar dengan keluar Umno. Lucu, sendiri punya diri sendiri mahu ingat.


"Bagi saya, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah melakukan kesilapan apabila mengambil keputusan keluar daripada parti. Beliau sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini.?Ahli-ahli UMNO khususnya di Terengganu perlu sentiasa matang, setia dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dalam berhadapan dengan kemelut politik, kata Hishamuddin Tun Hussein.

- kenyataan Hishamudin dalam Utusan Malaysia 14.5.2014




Hishamuddin ini tak baca buku saya "LAGENDA" diatas meja Najib di Putrajaya? Saya ingatkan pucuk pimpinan UMNO dalam buku "LAGENDA" jangan gantung gambar TUNKU, TUN RAZAK, HUSSEIN ONN, MAHATHIR, PAK LAH NAJIB dan DATO ONN Mr. Frog yang main lompat parti saja di Hotel UMNO. Sebelum DAP, Parti Negara sudah memulakan aliran Malaysia for Malaysian, terlupa bahawa kesatuan di Malaysia bukan kesatuan yang cair, tetapi yang belen, kata Prof. Naquib, yang cair itu lebih sebati seperti tamadun Melayu Islam, tapi yang belen itu hanya boleh menghasilkan kesatuan berdasarkan pakatan dan tolak ansur. Gantung jugalah gambar katak, rusa, harimau, singa, gajah, kancil, burung hantu sebagai mitos cerdik pandai Melayu seperti Pendeta Zaaba, Tun Syed Nasir, Tun Mustapha, Syed Jaafar Albar, Othman Saat, Harun Idris berilah muka pada anak cucu pemimpin UMNO yang lain juga.

Itu sebab kisah orang macam Ahmad Said yang berani mengambil risiko, tanpa memikirkan apa akan terjadi kepada kedudukannya sebagai MB. Saya dokumentasikan untuk mengingatkan pemimpin UMNO, jangan buat kesilapan yang telah Melayu dulu lakukan terhadap Hang Nadim seorang "genius" di zaman itu yang cuba selamatkan negara dibunuh. Pelik pemimpin UMNO hari ini yang tidak mempunyai sifat negarawan seperti Tunku Abdul Rahman dan Mahathir, mereka pantang di kritik melenting seperti jalak lenteng. Prof. Naquib di buang macam tu aje tanpa mengenang jasanya dari ISTAC namun telah lahir ISTAC baru dengan nama yang lain, masih ratusan manusia yang datang bila dia mengadakan majlis ilmu di UTM bersama mereka dari CASIS (Pusat Pengajian Tinggi Peradaban Islam dan Sains) di bawah kepimpinan Prof Wan Mohamad Nor, orang kanan Prof Alattas.


Prof. Naquib di buang macam tu aje tanpa mengenang jasanya dari ISTAC 


"Orang UMNO jarang nak belajar, saya dah kata banyak kali tetapi mereka tak sedar, UMNO akan hilang kuasa jika UMNO tidak belajar dan ulang kesilapan yang sama,"-Dr. Mahathir.

Cuba tanya berapa kerat pemimpin UMNO yang baca buku yang baik untuk menambah ilmu bila jadi saja Y.B. Yang pertama cari projek untuk kaya kan diri, tak dapat projek ugut, menakutkan pucuk pimpinan. Berapa orang dari ahli Umno yang mahu dengar cakap Dr. Mahathir? Siapa saja yang menegur dan memberi peringatan dianggap pembangkang dan dibuat musuh.

Kenyataan Tun Dr Mahathir yang mutakhir pada 14 Mei, di Jakarta tentang masalah Terengganu, "Kepimpinan UMNO tidak sepatutnya dengar sepenuhnya kata kata orang di sekeliling mereka tetapi mestilah juga dengar suara ahli ahli grassroot yang sentiasa menyokong parti. Pemimpin mesti tahu perasaan ahli akar umbi, jangan bergantung kepada orang yang rapat dengan awak saja." "UMNO dalam beberapa banyak perkara telah melakukan kesilapan yang sama, tetapi tidak ramai pemimpin yang berani membetulkan kesilapan kesilapan itu, ini membuatkan kepimpinan berasa apa saja mereka buat dapat sokongan," Dr. Mahathir.

Saya berpendapat apa guna dapat "sokongan yang membawa rebah" oleh Jailani dan lain-lain yang mengelilingi Najib.



Ada orang tanya saya, lepas mereka baca tulisan saya yang tersiar dalam Blog APA. "kenapa saya campur adukkan cerita Ahmad Said dengan Prof Naquib Al Attas, pengasas ISTAC ", International Institute of Islamic Thought and Civilization. Di mana-mana juga pasti ada komplot di keliling boss di pusat pengajian tinggi seperti geng Jailani yang sanggup mengusir keluar Ahmad Said selaku MB. Berikan satu jawatan kepada orang yang bukan Ahli, tunggulah akan kehancurannya ? Hadith. Ahmad Razif tentu "happy giler" bro. Selain cium tangan Najib dia cium tangan Jailani. Prof Naquib pengasas ISTAC yang melahirkan graduan yang bermutu tinggi bukan sekadar penerima scroll ketika bertopi empat persegi di IPTS tanpa menerima pembelaan kerana di belakang komplot tersebut ada tangan yang berkuasa. Biar bagaimanapun mereka terlupa tak semudah itu mencari pengganti, seperti menggantikan tukang masak. "Chef "orang terpenting dalam sesebuah restoren, kerana dia tuan punya resipi selain air tangannya yang boleh memajukan dan menguntungkan restoren. Begitu juga sebuah institusi terutama institusi pengajian tinggi dan jawatan politik yang tertinggi dalam negeri diusir keluar.


Ahli Kehormat "Kelab Cium Tangan"...curppp..curppp

Mereka ingat mereka boleh menanam Pohon Ilmu semudah tanam kangkung yang akhirnya melahirkan profesor kangkung. Bukan Universitinya yang mengeluarkan para intelektual tapi profesor yang dirinya menjadi Institusi yang boleh berdiri gagah atas kaki sendiri tanpa pusat pengajian tinggi yang sudah di cemari oleh intelek yang berebut jawatan seperti orang politik berebut kerusi.

Memang benar alam Melayu dalam sejarah tiada institusi seperti Al-Azhar di Mesir atau Al-Qarawiyyin di Maghribi, tetapi kita tidak terlepas dalam menghasilkan institusi dalam bentuk Shaykh Abdullah Fahim, Hamzah Fansuri, Nuruddrin Raniri. Tamadun Islam mengutamakan ulama kerana ilmu itu sesuatu yang hidup dalam diri insan, bukan sesuatu yang kalau mati berdiri. Bila tiada ilmuwan tulen maka tiada bezanya Universiti dan muzium, tiada bezanya universiti dan pusat beli belah, atau mangsa ahli korporat. Telitilah hadith Nabi SAW, akhirat nanti bila ilmu diangkat kelangit adalah dengan matinya ilmuwan. ISTAC akhirnya jadi tempat penggambaran untuk perkahwinan.

Membunuh manusia Ahmad Said sama seperti menyembelih kambing biri-biri makin banyak dijadikan korban, makin membiak seperti tragedi Karbala di bulan Muharam di mana keluarga Saidina Hussein cucu Rasulullah SAW dan keluarganya dibunuh, yang terselamat Imam Zainal Abidin As Sajjad, keturunannya hidup dimuliakan di seluruh dunia. Siapa yang kenal keturunan Yazid anak Muawiyah selaku pembunuh yang kejam. Biri-biri di New Zealand lebih banyak dari penduduk negeri. Apa lagi biawak hidup yang menjadi parasit di bahu pemimpin.

Ahmad cerita kepada saya, semasa hilang jawatan dulu, dia dan isterinya pergi ke Siam beli pewangi Aromatherapy berniaga dan pendapatnya sama, seperti semasa dia menjadi Exco, dia tahu Allah yang memberi dia rezeki sebagai umat Islam dia mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW. 9/10 pendapatan mesti dari perniagaan, bukan dari rasuah. Yang lain dia belum cerita lagi. Mungkin ada cerita "The other side of the midnight" atau seperti buku Barack H. Obama The Unauthorized Biography oleh Webster Griffin Tarpley.

Ingat sebelum terkena, jangan sudah terantuk baru hendak mengadah atau ini memang perancangan Jailani, master plan, tapi siapa dibelakang Jailani sebenarnya? Masih misteri.


Apakah tak ada konspirasi untuk dimanipulasi? Dia ingat mudah ke nak bunuh dua burung guna satu peluru? Akai ada ka? Apa mu ingat gedebe yang mu bunoh mate doh? Dok dang mu nok bangun mu dah kena bahang? Cuba tanya Jailani dia dibawah "payroll" siapa? Siapa yang masukkan dia ke dalam puak Najib. J.J. Jamaluddin Jarjis atau siapa, cuba teka? Dia ini aset atau liabiliti kepada UMNO, jika Najib mahu selamat, jenis biawak hidup macam ini perlu dibuang. Cari balik kawan setia yang dulu bersama dia, masih belum terlambat untuk menyelamatkan UMNO dari jadi Budget Hotel untuk Mr. Frog yang kaki joli katak.



Selama ini kita nampak keburukan Najib semata-mata, kita tak pernah fikir apa akan jadi pada UMNO jika Najib jadi Perdana Menteri UMNO terakhir? Apa akan jadi pada Melayu. masih ada ke pemimpin dalam UMNO, yang bila naik ke atas tak ada orang Umno yang macam ketam dalam bakul, yang tidak akan membiarkan ketam keluar? Lu fikirlah bro, kita di lahirkan sebagai The Thinking Being bukan sekadar physical being tapi yang penting adalah kita The Spiritual Being. Master Of The Universe. Bukan sekadar MB dan PM yang jawatannya seperti Tanah Tol.

Ahmad Said bukanlah pemimpin UMNO yang pertama yang keluar UMNO. Ia bermula dengan Presiden dan Pengasas UMNO Dato Onn bin Jaafar Dato Hishamuddin sepupu Najib. Siapa yang menyambut Raja Katak yang dipilih jadi MP parti NEGARA dan menang di Terengganu? Orang Terengganu tak macam orang Johor dimana lahirnya UMNO. Melayu Terengganu macam bumiputera Sabah, Parti tak penting, yang penting Tokoh. Not the song, the singer, not the book, the writer, not the restaurant but the chef in the restaurant. Begitu juga dengan bapanya Hussein Onn mantan Perdana Menteri,lari tinggalkan UMNO kemudian Tun Razak bawa masuk jadi Menteri sebelum dia lantik dirinya jadi Perdana Menteri, mati diluar UMNO . Menepuk air di dulang memercik ke muka. Apa dah jadi dengan lu bro?

Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri pertama keluar UMNO masuk Semangat 46 begitu juga Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Othman Saat, Dato Sabri Chik dulu jadi ketua pemuda Semangat 46 lawan Ahmad Said Sabri Chik kalah. Tun Mahathir keluar UMNO masuk semula. No big deal, Bro. Kata Mahathir

Keluar masuk UMNO sudah macam keluar masuk budget hotel. Keluar dari UMNO tidak menjadikan seorang Islam Murtad. Seperti kita tukar Mazhab, yang tak boleh tukar agama, baru jadi kafir murtad. Kesilapan besar Pentadbiran Negara, Allah perintahkan ummat manusia membaca, Iqra?, suka hati mak dia, mana buku yang tak sesuai diharamkan. Kalau macam itu sampai bila pun Melayu tak boleh berfikir besar hanya manusia yang sanggup Think Big akan jadi manusia luar biasa. Baru sesuai dengan dunia tanpa sempadan dan berada di dalam era langit terbuka dengan kecanggihan media baru di alam maya. Dari Nabi Adam as Allah suruh para Rasul mengIslamkan orang kafir di Malaysia. Kita kafirkan orang Islam yang di Islamkan oleh Nabi Muhamamd SAW. Macam mana hendak mendapat syafaat dari Rasulullah SAW. Hendak masuk syurga dengan rahmat Allah dan syafaat Rasulullah SAW. Apa dah jadi? Adakan maulud tapi kamu memusuhi mereka. THINK.

Apakah tak mustahil bila Hishamuddin jadi PM bila ada benda yang tak kena dia juga akan keluar UMNO,? ke mana tumpahnya kuah kalau tidak tumpah ke nasi,? like father like son.


Katak melompat masuk UMNO biasalah tu. Ular makan katak, makanan dia. Seperti check in check out hotel. Ada banyak hotel, service tak bagus, kita pilih hotel lain. dulu Ibrahim Ali digelar Prince of the Frog, Mohd Taib mantan MB Selangor keluar UMNO, masuk Pas begitu juga Tamrin anak Tun Ghaffar Baba TPM, keluar UMNO masuk Pas, Ezam keluar UMNO masuk KeADILan kemudian masuk UMNO, di lantik Senator. Mana pemimpin UMNO yang lain tak hot. Sudah macam keluarga 69 tunggang langgang.


Kalau tak ada pemimpin UMNO yang lain berani ajar pucuk pimpinan UMNO bagaimana mahu menjaga UMNO. Ahmad said Menteri Besar pertama yang mengajarnya, masa memegang jawatan MB dia nekad keluar Umno satu political suicide kerana mereka telah melakukan political assasination ke atasnya. Dia tahu San Tzhu The Art Of War. Dia wira yang tahu undur 3 tapak kebelakang untuk maju 100 tapak kehadapan bukan satu kesilapan ianya satu keberanian dan kebijaksanaan.

Kerana keberaniannya berundur 3 tapak keluar UMNO Muhyiddin Yassin "Si Sembab" terpaksa turun ke Terengganu gelabah,"terperanjat beruk". Ulang tahun UMNO ke 68 Ku Nan dan Rauf serta suku sakat mereka yang seronok ketawa, enjoy sakan, Si Luncai sudah terjun dengan labu- labunya. Dia ingat Luncai bodoh ke? Yang akhirnya membawa duka lara. Ingat. Think who laugh, last laugh, and the loudest. Macam-macam taktik digunakan untuk bawa balik mereka yang sudah "berjauh hati" kembali semula ke pangkuan UMNO namun cakap Muhyiddin tak laku. Saya tahu ada orang mengaku "office boy" saja cakapnya laku.


Saya bukan sapa-sapa.."office boy" jer...

Ahmad Said dengar Office Boy yang otak macam Henry Kissinger. Bayangkan akibat ego tak pandai senyum biarpun Timbalan Presiden Umno, akhirnya one cent no use orang tak peduli, "bo layan". Bayangkan bila dia hilang jawatan nanti, apakah dia tak punya nasib seperti Abdullah Badawi? Dalam Hotel UMNO siapa pun tak pedulikan Pak Lah ada yang paling muka kelain, jangan kata nak bersalaman dengannya. Apakah mereka semua tak boleh ambil iktibar untuk muhasabah diri?

Namun apa yang tersirat dalam krisis ini adalah satu perancangan yang dicatur oleh budak-budak Najib untuk memastikan jebak (perangkap) mengena kepada sasaran seperti yang mereka lakukan terhadap Prof Naguib Alattas, tanya Prof Kamal mungkin dia ada cerita baik punya. seperti kata pepatah, ayam terlepas tangan bau tahi, akhirnya apa jadi pada mereka yang menentukan "game" dengan menggunakan segala macam ikatan, connection keterikatan dan kuasa power game dalam power house bagi memastikan "government in the waiting" kini milik mereka, punya dahsyat, "guane gamok dok dang nok kin se, dua, tiga" akhirnya kekayaan Terengganu akan difaraidkan sesama mereka. Apa akan jadi pada rakyat jelata?

Najib dipalitkan dengan segala kekotoran ketika berdepan satu lagi krisis ciptaan mereka yang boleh menyebabkan Najib menjadi mangsa. Syukur "rahsia" perancangan mereka terjatuh ke tangan saya melalui ilmu laduni, mengenai mereka yang seperti Nena Chetu dan Tun Muthahir. Yang menyebabkan manusia Melayu hilang empayar Melayu Melaka 1511.

Namun bila jebak (perangkap) yang sedang difikirkan untuk membuat Najib dalam masa terdekat berundur, digantikan dengan Hishamuddin perlu difikirkan dengan rasional, begitu juga untuk menukarkan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Muhammad Hassan.yang akan dilaksanakan oleh mereka yang berada di Tampuk Kuasa di UMNO Budget Hotel oleh Mr. Frog yang menunggu hendak "joli katak". Lu fikirlah bro.

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.