Politik Keropok Lekor : Siapa DALANG disebalik semua kekalutan? - SH Alattas @NajibRazak @tengkuadnanreal @ahmadmaslan


Apa peranan MEREKA ini semua?
Lu fikirlah sendirilah bro..

Nota APA : Dibawah ini aku siarkan artikel menarik dari Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas bertajuk LU FIKIRLAH BRO merungkai apa yang sebenarnya berlaku malam itu dikediaman Mantan MB Terengganu Mat Said ketika MB baru YAB Razif mengangkat sumpah memegang jawatan dihadapan Kebawah Duli Sultan Mizan dan ketika YAB Perdana Menteri sedang berucap secara LIVE di TV3 merasmikan satu program.

Suatu situasi yang kalau difikirkan amat tidak kena dan janggal seolah olah ada tangan tangan ghaib yang mengaturkan situasi ini sehingga jadi sedemikian rupa.Baca dan fahamkan EYE WITNESS ACCOUNTS (Pak Habib) dalam artikel dibawah untuk memahami tindakan Mat Said malam itu yang menyaksikan dia dan dua orang lagi Adun keluar Umno untuk tempuh 48jam sebelum kembali semula kepangkuan Umno setelah berjaya dipujuk sendiri oleh Perdana Menteri.


Dua "ketul" batu bata yang kalau terus disimpan boleh buat "senjata" untuk ketuk kepala PM bagi pecah.

Mungkin ramai yang marah atas tindakan Mat Said dan dua lagi Adun tempohari (termasuk APA),tapi bila difikirkan kembali TINDAK TANDUK HARAMJADAH mereka mereka yang bertanggung jawap mencetus krisis ini,aku rasa ramai yang akan menilai semula pandangan masing masing selepas membaca artikel dibawah.

Hari ini jika Mat Said mahu,beliau boleh sahaja mengekalkan JAWATAN MENTERI BESAR yang dipegang beliau sebelum ini bersama Pakatan Rakyat (Pas) dan BN tentu sudah kehilangan Kerajaan Negeri Terengganu dan menjadi Pembangkang.Tapi atas sifat SETIA KEPADA UMNO masih tebal dijiwa ianya tidak terjadi sedemikian.Tapi ianya adalah suatu AMARAN buat Umno dan PENCATUR PENCATUR KUASA yang bergayut disekeliling pinggang Perdana Menteri yang memanggil diri mereka PUNAHSIHAT selama ini....DONT PLAY PLAY.

Ikuti artikel Syed Hussein Al Attas yang bersama Mat Said (duduk sebelah je) pada malam itu dan jadikan iktibar...

SELAMAT MEMBACA.....

LU FIKIRLAH BRO!


Sama sama memaafkan..




Kalau tidak kerana tindakan "luar dugaan" YAB Datuk Seri Ahmad Said Menteri Besar Terengganu manusia luar biasa, keluar dari UMNO tentu sekali Datuk Seri Najib tidak sedar, bahawa dia hanya seorang "manusia biasa" yang pasti ada salah silapnya. Begitu juga dengan Ahmad Said yang tak suka dikategorikan sebagai "manusia biasa biasa" akhirnya mereka bermaaf maafan.Islam itu damai,peace not war.

Sebuah lukisan mempunyai dua wajah di antara potret Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci dan lukisan Abstrak oleh Picasso yang susah dimengerti apa lagi di interpretasi. Sastera berbeza style dan genre antara Shakespeare dengan Merchant Of Vanice dan Somerset Maugham Of Human Bondage. Lain zaman lain genrenya, lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya.

"Perdana Menteri minta maaf dengan saya atas salah faham itu dan saya juga minta maaf dengan beliau atas apa yang saya lakukan". ini yang diceritakan kepada saya di rumahnya di Teluk Kalong, Kijal selepas pertemuan dia dengan Dato Azeez Rahim menjelang hari persandingan diantara Nor Ashahirah dan Mohd Syahirpaul Redzuan Musa di rumah milik Ahmad Said yang mengambil waktu 9 tahun untuk menyiapkannya. Sesudah itu hubungan mereka berdua kembali pulih bila keduanya sanggup buang yang keruh ambil yang jernih. Jadilah seperti "Biduk berlalu kiambang bertaut semula". Barulah hidup boleh rukun, dan damai seperti dalam senikata lagu P. Ramlee. Namun bila rumah dah siap pahat pun berbunyi.

Biasalah, sikap "orang kita" selaku manusia biasa sudah terhantuk baru mahu mengadah orang Melyu kaya dengan peribahasa dan pepatah yang sudah tidak digunakan lagi oleh anak muda hari ini. Zaman sms dan berfacebook dan whataapp. Punca terjadinya tragedi MB Terengganu dipecat secara drastik kerana pemimpin di atas terlalu percaya dengan orang di sekelilingnya. Sama ada Ahmad Said mahupun Najib yang mempunyai orang tertentu yang sangat dipercayai hingga mereka terlupa "cacing dah naik kemata", membuat ramai orang marah berpunca dari kaki kelentong, kong kalikong, malaun sakadion, talam dua muka.. Busuk punya manusia. Parasit yang mengelilingi Najib tak seperti Mahathir ketika menjadi PM.

 
Boleh percaya ke muka muka ini semua?
Lu fikirlah bro

Ada masanya parasit dikeliling pemimpin kita ingat dia kawan, rupanya kawan itu sebenarnya haiwan yang mengambil kesempatan dalam kesempitan seperti kata peribahasa Melayu, "sambil menyelam minum air" penyamun tarbus, "pepat diluar renchong di dalam". Sebab tu saya perlu mendokumentasikan apa yang berlaku untuk menjadi pengajaran kepada mereka yang boleh berfikir dan mahu mengambil iktibar. Jika sesat di hujung jalan kembali kepangkal jalan akibat segan bertanya sesat jalan.

Kebetulan peristiwa yang dramatik dan tragik ini berlaku semasa saya berada di dalam kediaman Menteri Besar di Kuala Terengganu bersama Ahmad Said dan keluarganya di samping Rezam sepupunya dan Ghazali. Saya selaku "Eye witness" inilah tugas seorang "Investigative Reporter". You asked for it. Saya jawab.

Sejarah Hang Tuah ditulis oleh penulis tak bernama, Jebat dilabel sebagai penderhaka. Kassim Ahmad mempunyai pandangan yang berbeza. Jebat wira bangsa. Raja Adil Raja di Sembah, Raja Zalim Raja di Sanggah. Kassim Ahmad cuba mengajak bangsanya mengadakan anjakan paradigma, berfikir di luar kotak, "reversed psycology" bukan saja pendapatnya tak diterima kasih, Kassim Ahmad disumbat ke dalam penjara.

Ahmad Razif Abdul Rahman yang diturunkan secara mengejut dengan "Politik Payung Terjun"siapa dalangnya? Kenapa terlebih dahulu tidak dibawa berbincang dengan exco yang lain?Apakah ada agenda hendak tunjuk pada dunia, pemimpin nak tunjuk kuasa? Terlupa Datuk Maharajalela di Perak, JWW Birch di Pasir Salak, Laksamana Bentan di Johor Lama akhirnya Sultan Mahmud mangkat dijulang. Hanya dengan muafakat baru datang berkat. 

Melaka 1511 Melayu hilang kuasa hingga 1957 akibat pengkhianatan Nenachetu dan Tun Mutahir. Akibat hilang maruah Sang Rajuna Tapa di Singapura, berpunca dari siapa punya angkara? Parasit, pemfitnah dikeliling raja. Apakah manusia yang sama tak ada disekeliling Najib? Kontroversi berita muka depan semua akhbar arus perdana menjadi lembaran sejarah hitam yang tak boleh dipadam bila ditulis di Batu Buruk oleh penulis Surat Khabar Nyamuk. Yang tak mahu bertanya kerana takut sesat jalan.

Manusia jika mahu selamat mesti sentiasa ingat kepada Allah SWT, pemimpin tak boleh "emosional" mesti rasional. Kalau dada panas, kepala mahu dingin dan jika kepala yang panas, hati mahu dingin baru suasana yang kecoh kembali damai tak bertukar menjadi tengkujuh.

Saya cuba mengingatkan diri saya sabar itu separuh dari iman. Allah berserta dengan orang-orang yang sabar. Saya meyakinkan diri saya ini semua jadual Allah mahu menguji keimanan kita. Apa pun yang terjadi Allah perancangnya pasti terjadi. Bukan mudah mahu merampas Terengganu dari Tok Wali yang menerima watikah dari sultan ingat apa terjadi pada Armada British yang terpaksa cabut lari, bila berdepan dengan Tok Ku Paloh dan Sheikh Ibrahim di Pantai Terengganu. Lu fiikirlah bro. Think ingat, baca sejarah.



Siapa dia syaitan yang nyata kalau bukan orang munafik yang paling dekat sekali dengan pucuk kepimpinan. Sewaktu saya, Ahmad Said, Ghazali dan Sham duduk mendengar luahan hati Ahmad Said yang berkecai seperti hati Laksamana Bentan mendengar berita sultan sanggup membelah perut isterinya yang mengidam seulas nangka akibat termakan fitnah sultan gagal mengawal nafsu amarah. Apakah Najib tidak dikelilingi pemfitnah? 

Saya mengerti keadaan Ahmad Said yang dalam ekstasi. Bila darah mendidih panas nasib baik sepanjang dia bercakap dia tak bangun tapi duduk. Saya teringat kisah Mansur Al Hallaj dalam keadaan ekstasi dia membongkar rahsia Tuhan. Hilang akal, hilang perasaan bila yang muncul kebenaran, rahsia yang tersembunyi di dalam diri biarpun telah dinasihatkan oleh Junaid Al Baghadi dia tetap mengatakan "Ana Al Haq", Aku yang benar. Cuba baca sejarah Mansur Al Hallaj, "Ana Al Haq" yang hidup dalam hati kaum sufi hingga ke hari ini.

Pemimpin yang ada sikap give and take. Win Win Situation bukan winner take all, kerana winner cannot take all looser tak boleh loose all. Kerana Allah lebih dekat dari urat leher kita.?

"Kemana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah"(QS 2:115)

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (QS 50:16)

"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Batin" (QS 57:3)

Jelaslah bahawa ayat-ayat ini mewakili panggilan kepada akal yang berpikir kepada konsepsi tauhid yang melampaui monoteisme biasa. THINK. Dari presepsi orang sufi bila dilanda musibah tentu ada hikmat.

Pimpinan perlu memberikan penjelasan dan mengambil kira pandangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap peralihan kepimpinan negeri, jika tidak ia akan memberi kesan yang memudaratkan parti dan kerajaan. Nasib baik BN tak hilang satu negeri, macam hilangnya MH370. Sudah hampir 70 hari hilang, yang nampak hanya muka Hishamuddin bikin sebok sana sini, gua letih tengok bro. Kenapa lu tak percaya ke?

Pengerusi Jawatankuasa Transformasi kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A. Latif Awang kesal, kerana mereka tidak diajak berbincang mengenai soal penting itu bagi mencari kesepakatan dan menimbangkan kesannya berasaskan keadaan politik semasa.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, kebanyakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Bahagian termasuk dirinya tidak pernah diajak bersama-sama mana-mana pemimpin tertinggi parti bagi menyatakan pendirian.?Kalaulah kami diajak berbincang dulu dan memikirkan buruk dan baiknya, apakah risikonya nanti, maka situasi sekarang tidak mungkin berlaku,? ujarnya kepada Utusan Malaysia

Ada kawan saya beritahu bahawa Najib hanya mendengar Jailani penasihat politik dari Terengganu, punah sesat. selaku Setiausaha Politik PM. Betul ke dia, Jailani, pernah dipecat oleh Dato Abdullah Mat Zin Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Kehebatan Jailani kerana orangnya nampak warak dan pandai baca doa jika dibandingkan dengan setiausaha-setiausha lain orangnya nampak warak. Wan Mokhtar dulu pun macam tu juga, baca doa panjang panjang hingga jadi MB selama 22 tahun. Lepas itu Terengganu terlepas pada PAS.

Ahmad Said tambah jadi HOT bila TV mengesahkan Ahmad Razif akan angkat sumpah depan Sultan pukul 9.30 malam. Apa dah jadi ni, tak boleh ke tunggu besok siang? Kenapa kelam -kabut sangat? Kesian Sultan Mizan dia jadi serba salah. Dia sedih, dia ingat Ahmad Said rela hati letak jawatan. Kalau sultan tak terima Ahmad Razif orang kata dia zalim kerana dia pernah tolak perlantikan Idris Jusoh. Cerita Ahmad Said letak jawatan ini disampaikan pada sultan dengan cara terburu-buru. Ikut kata Ahmad Said dia tertipu, siapa yang tipu dia? Siapa dalangnya? Apakah Jailani seorang saja atau komplot hendak mencemarkan nama sultan? Kenapa sultan tak panggil Jailani?


Ameno Gangster?

Suasana muram dan amat pilu menguasai seluruh keluarga, memang boleh meleleh air mata mereka yang ada perasaan kasih sayang, bayangkan apa akan terjadi pada anak perempuan yang baru kelmarin melangsungkan perkahwinan di hadiri oleh Sultan dan permaisuri tiba-tiba bapanya di pecat dari kerusi Menteri Besar. Muka hendak letak kat mana? Jahat sungguh penasihat politik. Apa pun mereka berjaya semua kemarahan rakyat tertumpu kepada Najib dan Sultan.Lu fikirlah bro.




Saya di bawa masuk ke dalam bilik di mana pengantin dinikahkan malam kemalrin, bau keharuman bunga mawar masih terhidu, bayangkan hancurnya hati anak perempuan kesayangan Ahmad Said. Saya tahu perasaan Ahmad Said saya juga seorang yang penyanyang anak. Dia yang keras hati yang tak pernah nak sedih dengan apa juga mala petaka tetapi air matanya menitis memikirkan tentang perasaan anak perempuannya. Bukan kerana diberitahu yang dia kena letak jawatan tapi hatinya macam keluarga tragedi MH370 buat U turn kemudian hilang, bagaimana terharunya perasaan sekeluarga, seperti rumah baru kena tsunami. Bayangkan jika iman tak kuat apa bakal jadi?


Saya beruntung kerana satu-satunya wartawan dari akhbar Buletin Rakyat dan blog APA, Aku Peduli Apa milik anak angkat saya Azmi dan MSOMelayu.Blogspot sebagai penulis jemputan di blog Sayuti Omar. Ahmad tetap menolak berjumpa dengan semua media massa termasuk TV melainkan Astro Awani yang dapat menyiarkan secara live kerana Ahmad Said takut kenyataannya diputar belitkan dalam keadaan ketika dia jadi mangsa keadaan.

Kenapa tindakan mereka yang menghancurkan hidup dan masa depan Raja Sehari Menteri Besar dan Istana tidak di siasat. Siapa dalang dibelakangnya? Bila lagi beritanya mahu disiarkan? Bagaimana dengan cerita pengkhianat yang sebenar selaku "mahluk perosak" yang bukan saja pengkhianat pada UMNO tapi agama dan bangsa? Kenapa mereka yang mengaku sebagai penganalisa politik dari menara gading tidak cari punca mengapa ramai ahli UMNO tidak lagi menaruh kesetiaannya kepada parti. Dan malah mula hilang kepercayaan kepada UMNO. 

Jangan ada mata pandang, ada telinga dengar, ada akal tak pakai, ada mulut bisu kepala mengangguk ? angguk tergeleng-geleng. Kata "mangkuk ayun" marah. Lu fikir lah Bro!

Jangan kerana seekor dua kerbau pembawa lumpur berjuta ahli UMNO terpalit lumpur. A coin have two side. Penganalisa politik terutama mereka yang menjadi Soldier Of Fortune kenapa hanya menyuarakan suara Tuan sedangkan suara Tuan berkala-kala, siapakah Tuan yang mengkhianati agama bangsa dan tanah air kita? Suara Tuan belum tentu benar. Bila lagi kita mahu menyuarakan suara Tuhan, suara kebenaran, supaya tidak berlaku pertembungan antara yang hak dengan yang batil, yang benar dengan yang salah yang adil dan zalim yang tidak berkesudahan. Akibat kita tidak berani bertanya apakah corak manusia Melayu yang ingin mereka bentuk?

Pernahkah anda bertanya kalau betul Tuhan itu Maha Mengetahui kenapa manusia yang diciptanya di muka bumi ini terutama mereka yang bertaraf cerdik pandai, the so called "intelectual" begitu juga mereka yang mengaku dirinya ulama ramai sangat yang bodoh akibat mata hatinya buta.

Saya bertanya pada diri saya sendiri. "Ke mana menghilangnya para ulama yang merupakan orang berilmu?" Yang bukan saja dapat menguasai "ilmu kalam" dalam persoalan "lahiriah" tetapi juga persoalan "rohaniah" yang berkaitan dengan mistik dan metafizik yang kita boleh jadikan tempat rujukan supaya dapat memberikan keyakinan mengenai ilmu agama yang dimiliki oleh Hamzah Fansuri dan Nuruldin Ariniri, dua ulama Malayu yang sama hebatnya seperti Ibnu Arabi yang diperkenalkan Prof. Naquib Alattas? Yang di perkenalkan dalam bukunya Prologomena To The Metaphysics of Islam An Exposition of the Fundemental Elements of The Worldwide of Islam.

Tuhan mahu kita sampaikan "kebenaran" biarpun hanya sepotong ayat untuk menentang kemungkaran maka yang mesti disuarakan ialah suara "kebenaran" sampaikan kebenaran biarpun pahit, ia adalah ubat penyakit jiwa yang sedang dihadapi oleh bangsa kita penyakit hati, itulah tanggungjawab pemikir dan penulis. Hanya bila timbul kebenaran yang batil akan gugur. Kerana yang batil tak ada, Ianya satu ilusi, yang ada di sisi Allah SWT hanya yang benar.Tuhan cintakan kebenaran.

"Kalau penulis tidak berani menegakkan kebenaran ia jadi propagandis zamannya yang murah" 

-Syed Nasir bin Ismail

Ibrahim berkata: "Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah iaitu sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun dan tidak (pula) memberi mudarat kepada kamu? Ah! (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami".Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantu tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak." Allah berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim, mereka hendak berbuat makar (tipu daya) terhadap Ibrahim, maka kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi." 

(Al-Anbiya': 66 -70)?

"Wahai bapaku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun? Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadamu. Maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapaku, janganlah kamu menyembah syaitan. sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan." 
(Surah Maryam: 43-45)

Cuba kaji sistem yang memisahkan agama dari politik dan mereka yang mengaku ulama tapi hanya mahu menghukum, memisahkan syariat dan hakikat. Apa salahnya kita mengadakan Post Mortem, bedah siasat dan melihat keadaan yang ada ini dari Worlds View of Islam yang diperkenalkan oleh murshid saya Habib Naquib Alattas.

Semoga Dato Seri Najib tidak melepaskan UMNO seperti Abdullah Badawi di mana Najib terpaksa memikulnya beban seperti memikul biawak hidup seperti Pak Lah, Najib mempunyai bapa yang telah mencipta nama yang baik. Apakah anak cucunya tak mahu dari keturunan seperti Najib dan Ahmad Said jika nama mereka tidak dibersihkan.

Tanpa disedari ramai ahli Umno yang terpaksa pikul biawak hidup, milik pucuk pimpinan yang menyebabkan Umno kalah teruk di PRU 13 dan kita dedahkan siapa biawak hidup yang merosakkan UMNO.

Najib wajib mempertimbangkan percaturan politik Terengganu yang unik seperti Politik keropok lekor yang sesudah dipotong nipis, dijemur sampai kering bila digoreng Keropok kembang, hidup semula. Itulah "Politik Keropok Lekor" milik Ahmad Said yang perlu diujikaji, tak mudah "to be a born fighter?"yang punya semangat jihad, hendak dimatikan semudah potong buah mentimun di pancung putus dua. Begitu juga macam mana manusia seperti Najib yang dipermulaan kariernya terkenal baik boleh bertukar kena sihir atau termakan fitnah setiausaha politik dari Terengganu?

Ahli Politik direbus, dibakar, disimpan di dalam peti sejuk namun masih hidup. Jangan main dengan ahli politik Keropok Lekor.

Saya kenal Ahmad Said semasa dia baru keluar dari Universiti, saya firasatkan supaya dia menceburi politik, saya ramalkan yang dia akan jadi champion wira dan seorang Lagenda, dia percaya firasat saya. Alhamdulillah firasat saya terbukti benar, bila saya berkesempatan melihat dia dalam krisis, depan mata kepala saya sendiri, dia macam Tun Mahathir dalam menghadapi masalah dia tambah kuat, dan dia pun seorang yang kreatif dan futuristik. Dia tak peduli orang hendak kata rakyat Terengganu sepatutnya bangga mempunyai seorang pemimpin seberani dia yang akan mengubah landskap negara.?

Dia besar punya gedebe. Street fighter bengkeng kerana inilah watak Ahmad Said yang sebenarnya. Mu tok boleh buat tak tentu dengannya, dia sanggup bergocoh, (guna bahasa Terengganu.) sudah jadi Exco pun dia sanggup bertumbuk. Samsenglah namanya.

Never underestimated your enemy. Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangkakan bapa. Itulah Ahmad Said. yang akan meninggalkan legasi seperti Tan Sri Ibrahim Fikri yang berseliseh faham dengan Tun Razak kerana Projek Sungei Tong. Tan Sri Ibrahim hilang jawatan MB dalam bulan Mei 1969 menjelang 13 Mei. Apakah ianya satu coincedent? Lu fikirlah bro.

Mereka kata tugas Ahmad selaku Menteri Besar sudah tamat, dan haruslah beliau berundur. Ahmad Said setuju, dia setuju ini "kecik punya hal", cuma yang dia tak setuju cara (ikut loghat utara), ia cara, cara bro, cara kena betul. 

Macam cara kita beri orang makan, jangan hentak makanan atas meja dengan muka masam. Kita orang Melayu, Melayu terkenal kaya dengan "akal budi" sebab itu kena ada budi bahasa, dan tata susila dan Adab, hidup dikandung adat mati dikandung tanah, pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik di kenang juga. Manusia kalau hilang adab orang kata kita kurang ajar.

Apa yang sudah terjadi memang tak best lah bro, lu buat dia seperti seorang penjenayah yang berada dalam lokap. Itu sebab Ahmad Said tak mahu jumpa si sembab yang datang ke Kuala Terengganu. Biarpun dia Timbalan Perdana Menteri. Siapapun hot bro. Lu bayangkan dia langsung tak diberi peluang untuk mengemukakan haknya selaku seorang Menteri Besar Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan, Dato Rauf setiausaha kerja UMNO tunjuk ego. Tak patut buat dia macam tu di hari menyambut ulang tahun UMNO yang ke 68. Kalau lu? Lu tak angin satu badan ke bro? Pasti ?frust menonggeng? ?tergolek Dog?. Lu nak marah gua pasal apa, gua lepaskan apa yang terisi dalam dada my blood go up stairs. Apa nak jadi lepas ni jadilah. Gua pun macam gedebe ini juga. Bird of the breather back together. Dia juga boleh buat perkara yang sama terhadap Ahmad Razif selaku exco yang juga telah menandatangani surat bersedia letak jawatan bila di suruh. Tapi dia tak sampai hati nak buat macam tu.

Hidup kena telus, jangan cakap pasal ketelusan bila masih banyak yang disembunyikan. Amanat Tun Razak jangan simpan sampah dibawah tikar. Sebab bila menyapu dan membersihkan lantai, bersihkan juga yang ada di atas siling dulu. 

Kotoran turun dari atas bukan naik dari bawah. Itulah susahnya Najib, pesan bapak sendiri pun tak ikut. Siapa juga punah sesatnya? Wa kesian Lu Bro, macam mana orang yang baik macam lu boleh kena aniaya macam ini? Najib lu jangan kecil hati dengan Pak Habib, I love you. Bro May God Bless You! Apa yang berlaku di Terengganu ada hikmahnya Allah Maha Mengampunkan dosa kita. Kita pun banyak dosakan? Betul tak?

Politik Terengganu rapuh macam keropok sedap macam keropok gondeh kerana sikap pemimpin politik yang tidak ada rasa kepedulian, sharing is caring. Masalah sebenar orang politik ialah sikap. Yang membuat rakyat benci dan hilang kepercayaan terhadap pemimpin politik.

A Bad attitute is like a flat tire, you cant go anywhere untill you change it. Transformasi terpantas ialah menukar sikap bermula dengan cara kita berfikir yang betul. Kita kena rajin membaca dan tambah ilmu mengikut Al ? Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Apa kesudahannya nasib BN nanti? Barisan Nasional bukan BN bini Najib. Ahmad Said memberi isyarat keluar parti bukan semata - mata atas faktor BN Terengganu lemah tapi tidak adanya ikatan "silaturrahim" sesama ahli UMNO. Tidur satu bantal mimpi lain-lain. Ramai sangat yang "makan hati", kecil hati dan berjauh hati sebab sikap "nafsu nafsi" siapapun tak pedulikan siapa satu-satu ular bisa ditelan oleh ular yang lebih berbisa akhirnya tak ada lagi manusia yang seperti ular yang berbisa yang ditakuti manusia. Kita hanya boleh disatukan dengan Sifat Kasih Sayang, kerana biarpun kita berada di atas satu saf, satu mazhab, tapi kalau masih ada sikap lakum di nukum waliyadin seperti dalam surah al-Kafirun. Kau tak sembah apa yang aku sembah, aku tak sembah apa yang engkau sembah, agama engkau agama engkau, agama aku, agama aku. Sedangkan kita semua solat kiblatnya Makkah, Allah Tuhan kita, Nabi Muhammad Nabi kita. Kenapa kita masih mengakafirkan mereka yang bukan dari Mazhab kita?

Marilah kita muhasabah diri cari kelemahan dan kesalahan diri sendiri, ingat baik orang, lupakan kesilapan orang terhadap kita, fikirkan kesilapan kita terhadap orang, jadilah seorang insan yang loving, giving, caring, sharing and forgiving yang diajar di Universiti of Life di Janda Baik, Bentong Pahang, jiran dengan ILMU (Insitut Latihan UMNO) di Janda Baik. Lu fikirlah bro.

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts