Oleh : SH Shalattas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, segala puja dan puji kepada ALLAH SWT. Syukur ke atas segala limpah
kurniaNya yang telah dicurahkan kepada kita semua dengan nikmat iman dan Islam serta
nikmat menjadi umat Muhammad, umat pembela agama Islam. Selawat dan Salam ke atas
Junjungan Baginda Rasulullah SAW serta seluruh Iftrah Ahlul Bait dari awal hingga akhir.
Semoga kita beroleh manfaat daripada mereka.
Tentu ada sebab kenapa saya beri tajuk buku yang sedang saya tulis ini ‘Jangan Jadi
Bodoh’, pada mulanya ‘Kenapa Bebal’ meminjam perkataan ‘bebal’ dari Almarhum
Profesor Syed Hussein Alattas penulis buku MYTH OF THE LAZY NATIVE dan SOSIOLOGI OF CORRUPTION. Profesor Hussein Alattas adalah mentor saya hingga saya berani menulis bukuCHALLENGER: SIAPA LAWAN SIAPA menentang Dato Musa Hitam ketika itu Musa adalah Timbalan Presiden Umno. Hendak tahu lebih lanjut baca buku MUSA HITAM LAWAN S.H. ALATTAS, biografi saya oleh Halim Mahmood.
Jiwa manusia di zaman moden ini sememangnya dalam keadaan yang terkeliru, diikuti dengan gangguan kehidupan yang terlalu mementingkan kebendaan, yang telah menjadi falsafah hidup masakini di mana manusia telah menjadi ‘hamba’ kepada pemikiran orientalis yang dikemukakan oleh Prof. Hussein Alattas sebagai ‘Minda Tertawan’ ‘Captive Mind’ kerana tidak lagi mengutamakan soal – soal ‘adab’, apa lagi akhirat dan kerohanian.
Kemudian manusia diserang pula dengan berita – berita kematian manusia di jalan raya selain
bencana alam yang menakutkan secara bertubi-tubi dan yang terkini di Malaysia kehilangan
MH370 Pesawat Boeing 777 milik MAS di mana saya terpaksa berhenti menyiapkan buku
JANGAN JADI BODOH untuk mendokumentasikan tragedi yang belum pernah terjadi di seluruh dunia melainkan di Malaysia dimana ada saja benda yang hilang sejak bermula Najib menjadi Menteri Pertahanan. Saya tidak terkejut sekiranya saya juga akan hilang bila buku “MH370 HILANG KEMANA NAJIB NAK MENGHILANG” sudah berada di pasaran.
Di saat – saat seperti ini sama ada mereka yang berada di dalam MH370 kaum keluarga
yang menunggu mereka pulang dari seluruh pelusuk dunia amat memerlukan ilmu dan
pengetahuan tentang kekuasaan Tuhan serta ilmu Ketuhanan yang berkaitan dengan
kerohanian kerana kita melihat dengan mata kepala bagaimana reaksi dari kaum kerabat
dari negara China Komunis yang ideologinya menganggap agama sebagai dadah oleh Karl
Marx penulis buku DAS CAPITAL tidak dapat menerima sesuatu yang terjadi di luar kuasa mereka sebagai manusia biasa.
Agama boleh memberikan ketenangan jiwa kerana setinggi mana ilmu manusia di
bidang teknologi nampaknya tak mampu menjawab kemana hilangnya MH370? Apakah 279
penumpangnya masih hidup kerana kemungkinan satu konspirasi yang dirancang seperti
peristiwa 9/11 di Menara Bekembar World Trade Center.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.”(Al – Baqarah:216)
“Barangsiapa Kuambil orang yang dicintainya di dunia tetap mengharapkan redhaKu, nescaya akan menggantinya dengan syurga.”(Al – Hadith)
Maka, anda tak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang
menentukan semua itu adalah Dzat yang memiliki syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran
yang besar milik Allah Subhana Wa Taala.
Sudah sebulan lebih mereka mencari dengan segala macam kecanggihan mustahillah
tak terjumpa benda yang mereka sembunyikan berhentilah main sandiwara kita semua bukan
bodoh melainkan anda mahu dilabel sebagai Joker, Badut. Semakin menonton berita yang
disiarkan mengenai MH370 makin sakit hati dan jiwa mereka yang menunggu terutama 50%
dari mereka yang tidak percaya apa yang disampaikan oleh kerajaan yang mereka anggap
ianya satu konspirasi. Hendak tahu lebih lanjut baca buku MH370 HILANG KEMANA NAJIB NAK MENGHILANG.
Betapa kekacauan berlaku kepada manusia yang kononnya beragama sekadar ritual
tanpa spiritual. Kononnya percaya pada Tuhan, tapi masih dalam kebingungan dengan
perkara yang mereka anggap misteri akibat tak kenal diri. Akibat tidak redha, terlupa atau
tidak tahu bahawa, Allah Maha Kuasa. Dia yang menghidupkan dan mematikan dan akan menghidupkan manusia yang dikatakan mati. Sedangkan mereka yang dikatakan mati sekadar berpindah. Mana tahu berada di alam Barzah? Tak mustahil kita boleh berinteraksi dengan roh melalui Tawassul.
“Ketika tertimpa suatu musibah, anda harus melihat sisi yang paling terang darinya. Ketika seseorang memberi anda segelas air lemon, anda perlu menambah sesenduk gula ke dalamnya. Ketika mendapat hadiah seekor ular dari orang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain. Ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberikkan kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.” THINK, FIKIR, TAFAKUR.
Setiap insan harus tahu dan yakin bahawa tujuan utama makhluk itu dicipta adalah untuk
mempercayai adanya Tuhan, Allah menciptakan Jin dan Manusia untuk menyembahnya. Tahap kemanusiaan yang tertinggi sekali ialah dengan tingginya ilmu Tuhan yang ada pada dirinya untuk menjadi Insanul Kamil. Bermula sebagai seorang yang taqwa dan ikhlas. Kemuliaan dan kegembiraan yang paling seronok bagi manusia dan jin apabila dia dapat menikmati rasa sayang dan Cinta Tuhan dalam ilmu Ketuhanan untuk mengatasi segala – gala yang mereka miliki diatas muka bumi ini dan cinta kepada RasulNya Nabi Muhammad
Keseronokan yang paling murni dalam rohani manusia dan betapa damainya hati manusia itu akan dapat dikecap dalam rasa sayang dan Cinta terhadap Allah mengatasi cinta apa saja di atas muka bumi ini. Maka masalah hilangnya MH370 dan isi pesawat 777 tidak akan mengoncangkan isi hatinya apabila mereka ‘redha’. Bagaimana mahu mencapai taraf ‘Redha’ bila konspirasi MH370 ini sudah hilang. Apa yang hendak diherankan keajaiban dunia paling lama bertahan selama 7 hari.
Kegembiraan yang sebenar-benarnya dan kemewahan nikmat yang benar-benar unggul, hanya terdapat di dalam ilmu-ilmu Ketuhanan sebab itu pri penting bermula dengannya mempelajari ilmu ‘tasauf’ rasa sayang dan cinta terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW mengatasi terhadap apa sekalipun di Alam Maya ini dan cinta terhadap sesama manusia yang lain mengatasi dirinya, seperti cinta Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya. Itulah ilmu tasauf yang ingin saya kongsikan bersama anda di dalam buku JANGAN JADI BODOH. Tahukah anda bahawa unsur kerohanian yang dimiliki oleh para Ahli Sufi, dan kenikmatan yang dikecapi dalam ertikata nikmat hidup yang sebenar-benarnya kerana telah rasa masinya garam dan manisnya gula dirasai sendiri dengan lidah bukan dengan kata dan ilmu yang didapati dari membaca buku.
Dunia memerlukan buku yang boleh mengubah ‘mindset’ terutama umat Islam dari sekadar ‘Islam Ritual’ supaya menambah pengetahuan value added mengenai ‘Spiritual’ yang diabaikan oleh manusia moden hari ini kerana terlalu materialistik yang
lebih mengutamakan psychic dari metaphysic sedangkan untuk memperbaiki dunia yang dipengaruhi dan di pimpin oleh orang ‘Yang Bodoh’ mengaku adanya Tuhan, mengucap dua kalimah syahadah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah, tapi tak kenal siapa Tuhan yang menciptakan mereka yang mereka sembah dan masih pergi berTuhankan bomoh, akibat, ‘minda terperangkap’ oleh ‘pemikiran orientalist’ yang diperangi oleh Prof Naguib Alattas yang mengajak kita melihat Worlds View Of Islam. Supaya minda kita tidak dikorupsikan seperti korupsi yang berlaku di keliling kita seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Minda dan jiwa kita yang berjaya dihamba abdikan oleh mereka sanggup menyembah manusia seperti robot yang mengikut apa saja kehendak orang yang berkuasa sedangkan mereka punya ‘hati dan akal’. Think.
Apakah anda fikir buku yang anda sedang baca ini ada bezanya dengan buku-buku politik saya sebelumnya? Biarpun kandungannya diisikan dengan ilmu Tasauf dan Mistik Islam yang dimiliki oleh para Ahli Sufi dan Awlia Allah, mereka yang bukan sekadar mempercayai adanya Tuhan tapi boleh membuktikan yang mereka telah mematikan diri mereka sebelum mati dan yang hidup hanya Tuhan yang lebih dekat dari urat leher mereka. Seperti yang dibuktikan oleh Hallaj Ibnu Mansur dengan kisah Ana Al – Haq dan kehebatan yang ada pada Abi Yazid Bustami dan Junaidi watak dan cara pakaian seperti Habib Naquib Alattas yang tidak berpakaian seperti Ahli Sufi yang lainnya.
Sampai bila kita mahu menjadikan Al – Quran untuk ditilawah setiap tahun sahaja tanpa dihayati isi kandungannya. Selagi Ritual dan Spiritual kita pisahkan, Syariat dan Hakikat tidak disatukan.
Derita dari pelbagai dimensi dan pelbagai tahap. Sejak ekonomi mengalami turun naik dan rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meningkat menyeksa rakyat berpendapatan rendah dan yang tidak punya pendapatan tetap memang tidak mampu menjalani kehidupan yang selesa akibat mereka yang memegang tampuk kuasa. Pemikiran dan jiwanya diperhambakan begitu juga jiwa rakyat yang mahu mengambil alih pemerintahan dari mereka yang berjiwa fuedal.
Rakyat menjadi mangsa kebodohan pemimpin yang ada ‘kekebalan’ kononnya,
sedangkan sudah 57 tahun merdeka dan kita berada di dalam sebuah negara ‘Demokrasi’.
Bila diri sendiri pun belum bebas akibat tak kenal Tuhan yang disembah yang dipanggil Allah. Macam mana negara mahu berubah jika kita bisu, pekak, buta dan tuli?
Lebih satu ratus tahun dahulu di Amerika Syarikat ramai manusia telah menjadi hamba kepada manusia. Hari ini Rumah Putih menjadi kediaman Obama yang keturunannya dari kaum yang menjadi Hamba Abdi di Amerika dulu. Mereka diperlukan ke sana ke sini seperti lembu. Mereka dibeli dan dijual seperti binatang seperti kita membeli dan menjual seekor lembu. Apakah yang menyebabkan mereka ini hamba abdi jadi bangsa yang terkemuka?
Dulu mereka menjadi hamba jasadnya suara yang dimiliki oleh jasad atau insan yang lain, di mana mereka diperintah secara psikologi oleh insan yang lain kini sudah luput. Percayalah tak ada bezanya dengan nasib Melayu di dalam negaranya sendiri. Bila lagi mahu melakukan syahadat yang betul supaya anda hanya menghambakan diri dan menyembah tidak selain dari Allah.
Sampai bila kita mesti membuat kerja – kerja yang kita sendiri tidak gemar, tinggal ditempat – tempat yang kurang selesa, duduk di rumah P.P.R.T sedangkan mereka yang kita puja dan dewa – dewakan tinggal di Mahligai Kencana mereka, pergi ke tempat yang kita tidak mamu pergi, mereka boleh membuat sesuatu yang melanggar kehendak Allah Subhana Wa Taala, dan mereka boleh dikatakan seolah – olah macam Tuhan semua rakyat yang telah dibodohkan menerima mereka sebagai Tuhan dan pelik macam mana manusia yang bertaraf ulama intelektual boleh menyerah diri sendiri mengikut kehendak orang yang mereka sembah? Lu fikirlah Bro!
Mereka yang disembah menikmati kehidupan, mencapai tahap yang paling tinggi, pergi ke tempat yang mereka suka pergi selaku seorang yang bebas berbuat sesuatu di luar batas kemanusiaan. Sampai bila kita hendak jadi orang yang buta tuli dan bisu? Bab ini akan menunjukkan kepada anda bagaimanakah cara anda boleh terlepas daripada terperangkap ke dalam penjara psikologi Captive Mind yang semakin bertambah disekeliling diri kamu. Akibat kamu sanggup jadi bodoh dan diperbodohkan. Mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarga dan berfikir jika tidak ada malapetaka tragedi MH370, apakah akan ada Selawat Perdana yang dihadiri oleh hampair 600, 000 umat Islam di Alam semesta ini serta semua makhluk di dalamnya harus mempercayai adanya Tuhan. Tidak cukup sekadar mempercayai, tetapi harus mencintai dan mempunyai ilmu tentang Tuhan yang dia percaya dan mengamalkan apa yang disuruh meninggalkan yang dilarang dengan menggunakan ‘Common Sense’. Kalau sanggup baca terus untuk mengadakan anjakan paradigma.
Tiba – tiba saya teringat kata - kata yang sama disampaikan oleh Prof. Nagiub Alattas waktu pertemuan dengan 50 orang pelajar Casis di Utm pada 14 April 2014 bersama para Profesor yang dipimpin oleh Profesor Dr Wan Muhammad pengarah Casis. Kebetulan saya seorang saja school drop out yang diundang. Masakan segala intan berlian zamrud delima dan mutiara hikmat yang terkeluar dari mulut Habib Naguib Alattas tidak saya kongsikan bersama anda? Baca terus syarahan Prof Naguib yang ada kaitan dengan isi buku JANGAN JADIBODOH.
Dulu saya berkawan dengan abang Habib Naguib Alattas, Prof Hussein Alattas saya jadikan mentor saya. Alhamdulillah melalui perkenalan dengan Prof Wan Muhammad kini Habib Naguib Alattas berkenan menerima saya sebagai murid, di mana dia menjadi ‘Murshid’ saya Alhamdulillah sudah tiga kali saya menghadiri majlis ilmu yang disampainya. Memang kita diingatkan menuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahat.
“Kita mengharapkan kejayaan dan kecemerlangan tetapi kita tidak ikut jalan untuk berjaya. Ingat wahai pelajar sekalian bahawa perahu tidak akan belayar atas daratan.” Imam al-Ghazali
“Barang siapa yang berjalan untuk keperluan menuntut ilmu maka Allah membimbingnya ke jalan syurga, sesungguhnya orang yang berilmu itu di minta keampunan oleh malaikat yang ada di langit dan mahluk yang ada di bum, sehingga ikan – ikan yang ada di laut dan sesungguhnya ulama (orang berilmu agama) pewaris nabi.”(Hadis riwayat at – Tarmidzi)
“Sebaik – baik manusia yang berjalan di atas muka bumi adalah mereka yang mengajar manusia kepada kebaikan.”(Hadith)
Saya telah dilabelkan sebagai penulis yang suka berperang ‘The Killer Writer’ penulis ‘berani mati’ kerana mempertahankan yang haq untuk menentang yang batil, apakah dalam buku ini tidak ada orang yang akan saya perangi? Sebagai tanggungjawab mengamalkan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
“Dan katakanlah telah datang kebenaran mengatasi kebatilan. Sesungguhnya yang batil itu akan sentiasa akan lenyap.....”
Nabi Muhammad SAW Rasulullah berserta para Sahabat berperang untuk menghidupkan Islam. Saidina Ali bin Abi Talib sanggup korban nyawa, tidur di atas katil Nabi Muhammad SAW. Kenapa kita takut menghidupkan semula roh Islam yang ada di hati umat Islam? Prof Naguib Alattas berperang dengan pemikir dan penulis orientalis.Segala pergerakan dan aktiviti kehidupan, limpahan rahmat dan keindahan serta keseimbangan cakerawala adalah satu tanda keagungan Tuhan. Allah maha mengetahui, Maha Penyayang, Maha Bertimbang Rasa, Maha Adil, Islam hidup kerana menghidupkan keadilan menentang kezaliman, keangkuhan dan kekejaman penguasa yang zalim, Allah Maha Berkuasa tidak bergerak sesuatu melainkan dengan gerak Allah.
Manusia harus tahu bahawa tidak ada yang dikatakan nasib, tuah atau kebetulan, semua yang terjadi adalah di dalam kuasa dan pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui. Sebab itu lebih baik kita biarkan Allah yang merancang dari kita yang merancang kerana rancangan Allah pasti berlaku dengan hanya perkataan Kun Fa Yakun.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.