MALAYSIA, KELDAI DADAH DAN AMERIKA


"Aku bukan menulis kerana aku ini seorang penulis.Aku menulis kerana zuriatku yang bakal aku tinggalkan dan demi agama,bangsa dan bumi bertuah ini.." -Pak Habib

OLEH :
S.H Alattas

Ramai yang melihat dengan mata hati betapa sedihnya keluarga penumpang MH370 yang hilang macam itu saja tanpa meninggal sebarang pesanan kepada keluarga. Tak pasal – pasal perempuan yang yang dulunya isteri menjadi janda, anak menjadi yatim, dimana tempat hendak mengadu? Dimanakahkan ku cari ganti? ‘Sesiapa saja yang mata kepala dan hatinya masih menyimpan sehiris perikemanusiaan akan menyalahkan yang salah dan menghentikan kesalahan itu daripada terus berlaku’ patutkah kita salahkan Tuhan? 

Tuhan tidak pernah zalim, ini kerja manusia durjana. Memang kita percaya hidup, mati, jodoh pertemuan, tanah kubur, adalah ketentuan dari Allah Subhana Wa Taala kepada mereka yang
percaya pada rukun Iman. Berat mata memandang, tentu berat lagi bahu memikul begitu kata pepatah melayu.


Kita hanya mampu melihat,tapi mereka mereka ini yang menanggung akibatnya


Apakah selaku seorang pemikir penulis yang punya tanggungjawab, saya sekadar pandang, tengok macam lembu? Atau macam beruk? Kerana beruk ada persamaan dengan manusia. Manusia makan pisang beruk pun makan pisang juga. Mereka yang percaya pada teori Darwin mengaku datuk nenek mereka beruk, tak percaya yang manusia itu khalifah Allah diatas muka bumi. Tak ada consciences. Asal – usul saya dari Allah yang menciptakan Adam dan Hawa. Saya makan daging macam singa dan harimau sebab itu saya berani, tapi saya tak sanggup makan daging manusia seperti haiwan politik yang berideologi materialistik. Saya bukan seperti orang yang buta pekak dan bisu tanpa rasa kepedulian? Itulah antara tanggungjawab ‘ulama pewaris nabi’ untuk menyampaikan hatta sepotong ayat. Sebesar – besar jihad adalah berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. Manusia adalah makhluk yang alpa, Islam adalah agama yang nasihat dan menasihati. Ada masanya kita perlu berperang, kita perang dan bersedia mati syahid.

“Pelik Altantuya wanita yang datang dari Mongolia yang nak tuntut commission, jasad dan maklumat passportnya pun hilang. Apakah selepas terbitnya buku ini saya pun mungkin hilang. Lu Fikirlah Bro!”
-MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang


Apakah tak cukup dengan makan pisang macam beruk?
Atau kita memang nak jadi betul betul beruk?
Sendiri tanya sendiri mau jawaplah...

Satu perkara penting yang tak banyak orang tanyakan pada diri sendiri. Bagaimana dia menghabiskan masa mudanya? Ketika dewasa dari mana dia dapat duit atau kekayaan? Dan bagaimana dia membelanjakannya? Itulah yang sedang saya fikirkan tentang nasib umat Islam yang berada di dalam MH370. Apakah mereka mati diluar atau didalam iman?

Jika di umur muda, ketika nafsu menguasai diri, jika mereka tidak sempat meminta ampun, marilah kita berdoa semoga Allah akan mengampunkan dosa – dosa mereka, dan kita mengambil iktibar, kita tafakur dan muhasabah diri, untuk mengingatkan kita, apakah kita tahu bila dan bagaimana kita akan mati? Siapa sangka Karpal Singh mati ketika kemalangan. Dia akan dikenang sepanjang zaman, seorang lagenda yang tak ada ganti. Mari kita meminta keampunan semasa ada lagi waktu untuk bertaubat kerana Allah Maha Pengampun. Apakah kita sudah bersedia untuk melakukan taubat nasuha? Apakah kita sudah bersedia untuk mendekatkan diri dengan Tuhan kita? Kenapa tunggu tua nanti baru mahu beribadat. 

Sudahkah kita bersedia menjawab dari mana kita dapat jutaan ringgit? Rasuah Berjemaah Menyamun merompak guna imuniti dan kekebalan? Lu jawab sendiri dengan Tuhan Bro. Namun yang penting, Bagaimana kita mahu menghabiskan masa hari tua kita? Selain melakukan amal jariah meninggalkan anak yang soleh, apakah kita telah meninggalkan ilmu yang bermanfaat? Sekurangnya kita menghadiahkan buku yang boleh memberi manfaat dunia dan akhirat. Ahli politik apa namanya jika buku – buku pun tak mahu membaca?

Apakah kita tidak nampak bala bencana yang lebih besar yang mungkin akan diturunkan?


Iktibar dari MH370 rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap manusia yang bergelar pemimpin, kerana mereka tak pandai jadi pembohong, bohong yang disampaikan tak cukup hebat, hingga diragukan, kalau nak berbohong pun kena pro hingga orang tak tahu yang ianya satu pembohongan. Betul ke MH370 terhempas dilautan Hindi? Cara Perdana Menteri Australia membuat pengumuman menambahkan keraguan kita, kerana mereka akan turun mencari hingga bulan 9. Hari ini sudah 53 hari hilang, kalau adapun serpihan sudah tenggelam. Kata beliau. Jawabnya pasti tak terjumpa di laut Hindi. Ia menjadi seperti peristiwa 9/11 bangunan dan rakyatnya dikorbankan Amerika untuk merosakkan imej Islam. Jika terhempas di laut Andaman, kenapa pergi cari di lautan Hindi yang mustahil boleh terjumpa? Lu fikirlah bro!

Please don’t insult my intelligent.

Apakah tidak cukup dengan bala bencana yang sedang kita hadapi oleh umat Islam di negeri ini? Nasib baik kita telah melakukan Selawat Perdana dan Selawat Cinta Allah dan Rasul di beberapa tempat di Malaysia di mana ulama Wahabi tidak berkuasa. Untuk tahu peranan Wahabi baca bab Sejarah Ringkas Fahaman Wahabi dalam dalam buku MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang? Jangan nanti nasib Wahabi jadi macam nasib Syiah.



Obama selepas meninggalkan Malaysia pergi ke Filipina dan akan menjadikan negara tersebut untuk pertahanan Amerika selama 10 tahun. Sampai bila kita mesti jadi bodoh tak buat apa-apa? Untuk memerangi perang dingin yang dilakukan terhadap China di mana kita umat Islam menjadi mangsa. Akibat kita takut hendak menyoal disebabkan minda sudah terperangkap ‘Captive Mind’ disebabkan terlalu mengagung dan mendewa – dewakan manusia. Terutama Amerika musuh Islam yang mahu mematikan pengaruh Islam diseluruh dunia menggunakan pemimpin Islam sebagai alat.

Saya tidak pasti apakah yang bermain dalam otak manusia yang kononnya mempunyai ‘minda kritikal’, sepanjang tragedi kehilangan misteri pesawat MH370?

Ada orang kata kita kena main. Betul ke? Pelik, kena main dan kena tipu pun, kita tak tahu akibat ‘bebal’. Ini yang buat saya naik darah hingga terpaksa menulis buku. MH370 Hilang Kemana Najib Nak Menghilang? Tapi saya tak emosi.


Kalau kita perhatikan,negara negara dalam lingkungan merah semuanya telah mereka pacakan bendera UncleSam.Cuma negara kita dan Indonesia sahaja yang masih gagal mereka lakukan untuk mendapatkan total control untuk dunia sebelah sini...


Pandainya pemain silap mata menggunakan media massa hingga tak sempat kita terfikir apakah tak mustahil MH370 telah diletupkan di Lautan Andaman, ketika kita sedang sibuk menumpukan perhatian ke Laut China Selatan, apakah tak mustahil ‘kotak hitam’ sudah pun ditemui di Andaman supaya cerita sebenar apa yang berlaku di dalam MH370 dan semua rampasan ia telah disembunyikan siapa pun tak tahu melainkan yang menipu dan mempermainkan kita, hingga terpaksa pergi ke lautan Hindi untuk cari ‘kotak hitam’ yang memang tak ada disitu. Hebat sandiwara.

Saya tak peduli apa orang hendak kata tentang tulisan saya, macam sampah, saya pemfitnah mencari keuntungan dalam kesempitan, yang penting saya telah melakukan ‘fardu kifayah’ yang tak banyak orang mahu buat hari ini pertama mereka yang cinta dunia takut mati. Saya mengajak orang berfikir, apakah tak mustahil MH370 diletupkan dan semua penumpang dimatikan diatas pesawat lagi seperti yang di sampaikan oleh “AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat” kata Najib Tun Razak. Apakah tragedi ini berlaku disebabkan Hakcipta Drone yang dimiliki oleh 4 orang China Amerika yang membawa kelengkapan untuk dipasang di China bersama seorang rakyat Amerika? Yang dikatakan 4 tan Buah Manggis.


Salah satu Pesawat Drone dari berpuluh jenis,saiz dan kapasiti yang mereka ada.

Bayangkan mereka yang mengata saya ikut sedap mulut sekadar cakap di kedai kopi di facebook, apa yang mereka tahu mengenai bahaya Drone, pesawat yang terbang tanpa pilot yang digunakan di Yaman untuk membunuh mereka yang di musuhi tanpa sedikit belas ikhsan. Ketika mereka berada ditanah perkuburan atau di majlis kenduri, sebab itu kalau nak kritik buku saya, MH370 Hilang Ke Mana Najib Nak Menghilang, baca dulu buku itu. Tengok gambar Drone, baca bab bagaimana dan siapa sebenarnya yang membunuh mereka yang ada di menara kembar 9-11? Kalau mereka sanggup menghancurkan sebuah bangunan dan membunuh rakyatnya sendiri apa sangat 239 penumpang dalam MH370 kerana yang mendapat nama buruk Malaysia. Manusia jangan jadi seperti anjing “seekor anjing menyalak anjing yang lain turut menyalak sama”. Kita ini pun haiwan juga, tapi haiwanunatik. Haiwan yang punya
akal fikiran dan ada hubungan dengan alam kerohanian, manusia bukan sekadar haiwan yang pandai berkata, maka kenapa kita mengagungkan manusia yang lebih hina dari haiwan. Lebih setan dari setan. Selaku umat Islam kita ada dunia dan akhirat, ada roh dan jasad, ada awal dan akhir. Kita punya tanggungjawab selaku Khalifah Allah di muka bumi, itulah mesagge yang cuba saya sampaikan, selain mengisikan nama dan gambar – gambar penumpang kerana ramai yang masih menunggu kotak hitam akan hampa kerana setakat ini berita hanya di internet dan media massa, belum ada dalam bentuk buku.

Sudah tentu banyak pengajaran yang dapat kita pelajari dari Tragedi MH370 jika saja kita mahu berfikir. Bayangkan jika kita mati dalam keadaan arak dalam perut, kerana dalam MAS boleh minum tak ada undang – undang yang boleh tangkap walaupun kita orang Islam. Bayangkan badan kita tak bersih kerana tak mandi bersih. Belum sempat solat Isyak? Sebab itu dalam perjalanan jauh perlu solat musafir dan berdoa kerana di mana juga kita berada, pada bila – bila masa, maut boleh cari kita. Apakah kita sempat mengucap dua kalimah syahadah La illahail Allah Muhammadur Rasulullah. Mati dalam Iman?


Mas bagi ARAK pun Mas tetap rugi billion billion setiap tahun..
What says u Pak Lah as a caterer?

Kebetulan saya telah dilabel sebagai penulis yang Pro UMNO. Bukan mudah bagi seorang penulis untuk menggalas misi berat untuk memastikan Malaysia tidak terpesong dari landasan yang di iktiraf sebagai masyarakat antarabangsa yang maju sebab itu kita perlu menjaga nama baik bangsa dan negara dan berani berperang dengan siapa saja yang bersubahat dengan musuh – musuh negara kerana mereka adalah pengkhianat seperti Si Kitol di Melaka dan Sang Rajuna Tapa di Singapura. Penderhaka kepada agama, bangsa dan negara.

Tanggungjawab mempertahankan agama, bangsa dan negara bukan seorang Perdana Menteri dan para pemimpin politik, tapi ianya menjadi tanggungjawab penulis, para pemikir dan para ulama yang mempunyai jiwa jihad. Cintakan negara adalah sebahagian dari Iman.

Hebat macam manapun lakonan Hishamuddin di pentas sandiwara, orang tahu dia bukan seorang penipu yang professional, dia gagal hendak membohongi kita, cara menjawab soalan media tak dapat menyelesaikan masalah jangka panjang hal – hal yang berkaitan dengan ‘common sense’ payah akal kita nak terima. Bukan semua rakyat Malaysia bodoh.


Ibarat “sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah”. Jika Najib berhenti selaku Perdana Menteri sejauh manakah Hishamuddin boleh menguasai kementerian, yang perlu menyelaras antara satu sama lain? Memanglah dia hebat kalau di banding dia sebelum tragedi MH370 dari segi Image Building dia menang. Jika dia bertanding kerusi Naib Presiden sekarang pasti dia dapat undi terbanyak meninggalkan Mukhriz Tun Mahathir jauh kebelakang. Saya tak setuju, dia mewarisi kerusi PM. Bukan kerana saya dengki iri hati, bukan ada anak saya yang mahu jadi Perdana Menteri, kerana bapa Hishamuddin Tun Hussein tak sehebat Tun Razak atau Tun Mahathir. Jika tuan menebang jati biar serpih jangan tumbang, jika tuan mencari ganti biar lebih jangan kurang. Itulah kerja saya selama ini selaku king maker dalam politik Malaysia.

Buku – buku saya sebagai bukti. Bermula dengan Siapa Selepas Musa. Klimax Challenger Siapa Lawan Siapa. Baca buku Musa Hitam Lawan S.H Alattas oleh Halim Mahmood 

Integriti dan kredibiliti penulis menjadi ukuran sejauh mana dia layak diiktiraf selaku The Writer, tugasnya sebagai penyampai suara hati nurani rakyat yang perlu menyuarakan suara Tuhan, bukan suara TUAN KAU, selagi berTuankan Allah sebagai Boss. Allahu Akbar Allahu Akbar. Takbir.

Apakah kita buta atau bodoh ‘Bebal’ melihat Najib dan Hisham gagal membohongi kita semua. Kalau hendak jadi pembohong, berbohonglah dengan pintar (credible lie) kerana rakyat yang bersifat intelek, boleh tahu sama ada fakta yang digunakan untuk menyokong pembohongan itu, fakta yang dicipta (manufactured fact) atau fakta asli (natural fact).


Kalau nak BOHONG belajar dengan Mr.BEAN


Itulah sebabnya saya terpaksa menulis buku ‘JANGAN JADI BODOH’. Kalau hendak berbohong, bohonglah sehingga diri sendiri pun percaya bahawa cerita karut marut yang disampaikan itu satu cerita benar. Baru best. Macam Obama menyatakan dia terlalu sibuk hendak berjumpa Anwar Ibrahim, sebenarnya dia hendak bunuh karier politik Anwar untuk menaikkan imej Najib dan Hishamuddin.

Kita adalah makhluk tiga dalam satu. Minda, jasad dan roh. Asal dari tanah kembali ke tanah. From dust to dust. Mati ditengah laut ini perkara biasa bagi mereka yang dulu pergi mengerjakan Haji, mati dilaut diturunkan ke laut, dibawah laut ada tanah juga. Yang kita tinggalkan sesudah mati dua benda, nama baik dan nama jahat. Apa yang saya dokumentasikan dalam tulisan dibuku saya mengingatkan kita nama baik atau nama jahat yang akan kita tinggalkan. Apakah kita seperti Firaun, Namrud atau khalifah Umar bin Abdul Aziz atau Sultan Ibrahim Adham atau seperti Imam Khomeini atau Ghandi, Abraham Lincoln atau Buddha. Kita hanya terhutang nyawa pada pencipta, tidak terhutang hidup dengan mana manusia, sebab itu saya tak takut berkata benar. Jika kita takut pada Allah pasal apa hendak takut dengan manusia. Lu fikirlah Bro.


Dah kena sangatlah yang ditugaskan mengiring..
Kemana tumpahnya NAJIS kalau tidak kelubang jamban.


Bolehkah kita, hentikan cakap – cakap rakyat yang semakin hari semakin kencang ketika kredibiliti kabinet yang memerintah diragui dengan kedatangan Obama? Obama pun badut Joker dia buat apa saja yang disuruh takut hilang jawatan. Setiap orang yang memasuki politik, ‘fikir’ dialah yang paling layak jadi Perdana Menteri. Ingat pesan pepatah jangan ukur baju di badan orang ukur di badan sendiri.

Dulu dulu dulu, jangan nak kata hendak jadi Imam apalagi nak mengaku Ulama, hendak jadi ketua darjah pun kebanyakan murid menolak, kenapa? Kerana kita sedar diri, kita ada maruah, kita kenal siapa diri kita, jangan ular lidi nak jadi ular sawa, cicak mengkarung biawak berlagak macam naga. Kerajaan yang ada adalah kerajaan kita, government of the people, by the people for the people, bila telah disalah gunakan menjadi kerajaan keluarga mereka yang berkuasa. Apakah salah jika kita bersuara? Dulu Sultan saja, yang boleh bersultan di mata beraja dihati. Berikan sesuatu jawatan kepada orang yang tidak layak maka tunggulah akan kehancurannya. Bolehkah saya tidur nyenyak ketika bangsa dan negara kita sedang menuju jurang kehancuran akibat jawatan diberikan kepada yang bukan ahlinya.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Perdana Menteri telah menyiapkan pengganti yang baik iaitu Tun Razak bukan Putranya Tengku Nerang Putra. Tun Hussein Onn merasakan dia tidak layak, meletak jawatan bila Suleiman Palestin bertanding kerusi Presiden UMNO dan mendapat sokongan pemimpin dan ahli UMNO. Akhirnya Mahathir terpilih, penggantinya terbukti jauh lebih baik dan berjaya memerintah negara selama 22 tahun. Kelemahan Tun Mahathir tidak membuat persiapan untuk calon menggantikannya, sedih bila pengganti macam Abdullah Badawi, Menteri Tidur diganti Najib, Menteri Takut Bini.

Atas kesedaran bahawa Perdana Menteri dan negara kita berada bawah tekanan dan ugutan pihak tertentu, terutama Amerika yang merasakan negaranya sebagai ‘Super Power’ dan Polis Dunia dan pengaruh media masa arus perdana cuba mengkagumi Obama sebagai Presiden yang datang untuk menyelamatkan kita dari China selaku kuasa besar dari rantau ini dan betapa baiknya Amerika datang menolong mencari MH370 kita terlupa bertanya, apakah tidak ada agenda yang tersirat, hidden agenda? 

Mungkin apa yang dikatakan buah Manggis dalam Kargo itu rahsia Negara. Ingat senang ke nak dapat hingga bertan – tan buah Manggis ketika bukan musim buah Manggis. Mungkin China pun tahu kemana hilangnya MH370 itu dan kemana MH370 menghala? Tapi untuk menjaga rahsia Manggis mereka pun terpaksa turut mengiyakan cakap Najib. Apakah tak mustahil Amerika memilih Selat Melaka untuk dijadikan Pengkalan Tentera Amerika? Supaya dia dapat menguasai Selat Melaka? Untuk menguasai nusantara?



Untuk pengetahuan Najib dan para pemimpin sekelian, zaman dan era rakyat boleh kena bodoh mudah di kelentong dan digula - gulakan sudah berlalu, itupun mereka belum baca lagi buku saya ‘Jangan Jadi Bodoh’. Rakyat sekarang ini berada di zaman langit terbuka mereka sudah mahukan Islam selaku Addin. Inilah yang ditakuti oleh Amerika dan sekutunya. Musuh – musuh Islam tahu bila umat Islam sudah tidak lagi mempercayai sesama manusia terutama orang politik mereka dan mahu mempelajari ilmu kenal diri dan Tuhan dan alam kerohanian.

Tak ada lagi benda – benda yang boleh disembunyikan dalam kain, atau di mana saja bila mata hati sudah celik. Ramai yang jadi bodoh hari ini kerana mereka tak kenal diri dan tak kenal Tuhan yang disembah. Dan mata hati mereka buta.

Saya sedih bila Malaysia sudah jadi macam kuih bakar, atas api bawah api, oleh dua kuasa besar China dan Amerika. Apakah tragedi MH370 ini akan menjadikan Malaysia sebagai keldai dadah Amerika? Lu fikirlah bro!

- BERSAMBUNG

0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts