Pages

FALSE FLAG MH370: PERSEDIAAN UNTUK LANCAR 911 BAHAGIAN 2?


PASCA MH370. GENDANG PROPAGANDA 9/11 BAHAGIAN 2 CNN SUDAH DIPALU. MEMPERKENALKAN NASER AL WARISHI. EDISI BARU OSAMA BIN LADEN.



CNN: AL QAEDA BERI AMARAN AKAN SERANG AMERIKA






Persediaan untuk melancarkan 911 Bahagian 2

Nampaknya CIA sudah menemui "Bogeyman" (Hantu Momok) baru bagi menggantikan Osama bin Legen! Watak hero "JIHADIS" ciptaan terbaru buatan Amerika Syarikat ialah Naser al-Wahishi, pemimpin No 2 Al Qaeda Sedunia.

Persis acuan modus operandi sang lagenda Osama bin Laden, Naser al-Wahishi dikatakan sudah memberi amaran untuk "menyerang" Amerika dalam video klip keluaran terbaru "AL QAEDA". CIA kononnya sedang "menyelidik" habis-habisan klu di dalam video yang dimuatnaik ke Youtube!

Naser al-Wahishi yang difilemkan bersama para pengikutnya dikatakan beroperasi dari Yemen. Anehnya dengan segala kelengkapan alat satelit, drone dan instrumen perisikan Amerika Syarikat, sekali lagi lokasi mereka masih tidak dapat dikenalpasti.


Pada Februari 2006, Naser al-Wahishi bersama 23 banduan Yemen melarikan diri dari penjara bertaraf keselamatan maksima di Sana'a! (Alangkah senang hidup..)

Seperti Osama, beliau berasal dari Yemen.on in Sana'a. Gendang-gendang Al Qaeda yang sedang dipalu oleh CNN dan Amerika Syarikat semakin menguatkan kemungkinan lakonlayar 9/11 (2001) akan diulangtayang sambil seluruh dunia sedang disajikan propaganda edisi terbaru Osama bin Laden melalui pelakon utama baru AL QAEDA-CIA, Naser al-Wahishi.

Pasca 9/11, 2001 telah melihat 2 negara Islam disasarkan. Afghanistan pada tahun 2001 dan Iraq pada tahun 2003. Memandangkan pesawat MH370 masih belum diketemui, apakah suatu lagi perancangan terorisma ciptaan instrumen perisikan AS - Israel yang serba rahsia sedang disusun menjelang lawatan Obama ke Malaysia pada hujung bulan ini dengan menggunakan lakonlayar serta skrip Al Qaeda ciptaan AS?

Skrip pakatan Mufsiduun sentiasa memerlukan watak "mangsa-mangsa pengorbanan" bagi menjustifikasikan serangannya keatas negara pihak ketiga. Mereka mencipta watak Hitler. Kemudian mereka menjadikan Yahudi Ortodoks dan Katolik yang enggan menurut sistem Zionis sebagai mangsa korban di tangan Hitler sebagai menjustifikasi kewujudan negara haram Israel.

Dalam Peristiwa 9/11 tahun 2001, mereka mengorbankan pula nyawa-nyawa di WTC, New York bagi menjustifikasikan serangan keatas AFGHANISTAN dan kemudiannya IRAQ yang telah meragut pengorbanan berkali ganda Peristiwa 9/11 itu sendiri.

Sekiranya naratif dan lakonlayar 9/11 ini bakal diulangtayang untuk "sequel'nya, negara manakah agaknya yang bakal menjadi sasaran? Kemanakah agaknya halatuju terorisma AL CIADA di bawah kepimpinan Naser al-Wahishi?

Kehadiran tinggi aset-aset ketenteraan Amerika Syarikat di Westports dan Pengkalan Tentera Laut di Sepanggar sewajarnya menimbulkan keraguan yang manasabah tentang perkembangan terbaru ini.

Di Sepanggar kapal pemusnah USS Frank Cable bersama submarin pemusnah USS La Jolla berlabuh pada 13 April 2014 manakala kapal tentera laut AS, USS Kidd (DDG-100) berlabuh di Westports pada 14 April 2014.

Pada petang 14 April 2 buah pesawat peninjau E-2D Advanced Hawkeye berteknologi tinggi AWACS, milik Tentera Laut AS dilihat membuat penerbangan di ruang udara Malaysia.

Pesawat peninjau yang mempunya kapasiti berteknologi tinggi ini mampu membuat pemetaan negara secara terperinci.



NAF: Sy di N9...jam 1100..sy tgk kt atas nampak macam pesawat ni...x sempat nk snap. Pesawat (Hawkeye) sy google td nk confirmkan apakah ini. Pesawat tu menuju ke selatan. 2 biji... leh saper2 confirmkan dr westport or KLIA ker... Rendah je terbangnya...tak mcm domestic plane.
Maaf le sy xdpt nk kenal pasti betul2 pesawat aper...sbb nmpk dr bwh je pg td...

AF: itu Mr Diddy punya Navy asetlah.. E-2D Advanced Hawkeye AWEKS

NAF: Tak salah le mata ni tgk td...TQ Tuan

AF: tujuan dia recon tanya tuan chief squadron Shah.

SHAH: Aircraft yang secanggih itu...mempunya radar paling berteknology tinggi dan pelbagai sistem ada. Sekali dia pusing satu round dia dah boleh buat mapping satu semenanjung.....dua kali dia pusing dia dah boleh capture bentuk mukabumi semenanjung....3 kali dia pusing.......dia dah lihat dari arah mana yg paling sesuai untuk memulakan api peperangan kat mesia nie.........Wallahualam..






 Antara perkembangan yang lain adalah satelit perisikan paling canggih Amerika Syarikat yang dikatakan turut memasukkan Malaysia di dalam koordinat pemantauannya. Keupayaan pesawat P-8 Poseidon dengan sistem radar AAS perisikan canggih turut terserlah baru-baru ini dengan penglibatannya di dalam operasi mencari dan menyelamatkan pesawat MH370 turut menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi mengenai peranan sebenar mereka terhadap urusan negara.

1. Most Advanced 'Top Secret Spy Satellite' Ever, Has Been Launched from California

[ http://www.dailymail.co.uk/news/article-2405272/1bn-secret-spy-satellite-launched-space-aboard-Delta-IV-rocket.html ].

Top secret spy satellite costing $1billion launched into space aboard America's largest, most powerful rocket

2. Exclusive: P-8 Poseidon Flies With Shadowy Radar System Attached
(http://foxtrotalpha.jalopnik.com/exclusive-p-8-poseidon-flies-with-shadowy-radar-system-1562912667).

The P-8 Poseidon, an aircraft that has been levitated in public awareness by glowing news reports during the search for MH370, has now been spotted sporting a massive ventral radar system, one that has a very shadowy past.

PERANAN CIA MENCIPTA TALIBAN DAN AL QAEDA UNTUK MENCETUS PERANG AFGHANISTAN - USSR 1979
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381285375326795&l=68783b249f


Sumber : Al-Faedah

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.