Abah posing dengan buku terbaru beliau sewaktu menghadiahkan sebuah untuk koleksi aku.Memang itulah sikap Abah yang akan menghadiahkan buku barunya kepada aku.Terima kasih Abah.
CHALLENGER II..?
Mungkin kepada generasi baru nama ini akan mereka kaitkan dengan Space Shuttle Amerika Syarikat yang meletup diudara sejurus berlepas pada tanggal 28 Januari 1986 di tapak pelancaran Cape Canaveral,Florida.
Tapi bagi otai otai politik nama diatas dikaikan dengan SAMAN RM1.9 Juta Tan Sri Musa Hitam terhadap Pak Habib setahun selepas Tragedi Challenger iaitu pada tahun 1987.Semuanya berpunca dari buku kontrovesi Pak Habib bertajuk Siapa Lawan Siapa (The Challenger) yang mengaitkan Musa Hitam dengan Tragedi Memali yang membawakan kepada keputusan makamah yang berpihak kepada Musa Hitam dan Pak Habib diperintahkan membayar gantirugi sebanyak RM100 Ribu.Buku ini juga didakwa sebagai penyebab kejatuhan Musa Hitam dalam karier politiknya.
Sebab itulah memang selayaknya gelaran a killer writer, controvesional writer, pak belalang, brutal writer & A Living Legend yang diberikan oleh banyak pihak terhadap gaya penulisan Pak Habib kerana sebelum wujud media maya dan blog macam hari ini,penulis penulis saperti Pak Habib amat digeruni oleh ahli politik.Pak Habib adalah trend setter bagi saman berjuta ringgit yang dilakukan oleh politikus terhadap penulis politik,dulu sebelum Papagomo,Parpukari dan beberapa lagi blogger dan media perdana yang melalui pengalaman saman ratusan juta RM hari ini.
Tapi buku (biograpi) terbaru Pak Habib karya Halim Mahmood ini bukanlah mahu menceritakan tentang kes saman terhadap beliau oleh Musa Hitam,tapi lebih kepada membongkar personaliti Musa Hitam yang hari ini telah melahirkan a carbon copy...a duplicate yang saling tak tumpah...iaitu ANWAR IBRAHIM.
Untuk mengetahui mengapa Pak Habib berfikiran begitu,anda perlu memiliki buku terbaru ini yang kini telah berada dipasaran.
Anda boleh dapatkan buku ini di toko buku PUSTAKA MUKMIN Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Selamat menyelami rahsia dalam rahsia.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.