Pages

“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan?


Tajuk diatas tu soalan CEPUMAS Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi yang aku petik dari blog sahabat blogger Pas Addin SINI.Baca seterusnya dibawah yang aku cilok 100% tak ada tokok tambah...



Anwar Ibrahim.. Hang Patut Baca Ni!!


PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.

“Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.

Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan Adun.

“Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya,” katanya.

PAS, parti tupperware?

Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang.

“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya


Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja, berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu.

“Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung.

“Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan,” katanya.

Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera.

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR,” tegasnya.

Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor,” katanya. ~fmt

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.