Pages

JASA pun agaknya dah tak mau pakai bloggers kot...?


Ini gambar orang kuat JASA Datuk Fuad Hassan dengan kamera sebelum Program Bantuan Mangsa Banjir Perdana Menteri kelmarin yang aku cilok dari blog Amrayy Lensa Assault.Ini gambar aku  cilok tak bayar kepada Amrayy sebab semenjak dua menjak ni bloggers pun tak dibayar untuk menulis untuk pertahankan kerajaan walaupun dikatakan  DANA SIBER yang gugur melalui TABUNG TKR yang tak perlu di audit punyalah banyak.Siapa yang kaya raya MENCILOK peruntukan kepada pejuang siber ini aku pun tak pasti....

Apa pun melihat gelagat Datuk Fuad Hassan dengan kameranya mengingatkan aku kepada Mantan Menteri Pantun Pantin Rais Yatim yang kini dah tak menyemakan mata kita dengan "bodek tahap kronik" yang sering dia lakukan bila PM dan Isteri hadhir dalam sesuatu program.Tapi yang merisaukan aku bila lihat Fuad Hassan pegang kamera ialah...adakah Fuad Hasan sendiri nak jadi pejuang siber dan JASA tidak lagi memerlukan bantuan pejuang siber saperti kita?

Soalan tu biar Datuk Fuad sendiri yang jawap...

Layan lagi aksi aksi "bakal pejuang maya" yang akan menggegarkan medan tempur maya PRU14 nanti...kah kah kah.

Kepada sahabat Amrayy Lensa Assault yang aku rasa pergi ke Kemaman atas inisiatif dia sendiri tanpa dibayar mana mana pihak,...apakata kau hantar je INVOICE kepada 3 orang Pemimpin Besar yang ada dalam gambar gambar yang kau rakam?

Kalau nak buat kerja FREE ada lebih baik kau jual air tebu tepi jalan,ada gak hasilnya...









No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.