Pages

Ini satu lagi sebab selain yang kita dah tahu....



Sementara rakyat Malaysia masih lagi bertengkar pasal kangkung dan Kalimah Allah  yang agak sensitif untuk diperkatakan,satu persendaan yang hampir berlalu tanpa disedari adalah kenyataan akhbar yang dimanipulasi Anwar yang menyalahkan Kementerian Luar Malaysia sebagai dalang  beliau tidak dibenarkan masuk ke Jepun semalam.

Saperti tradisi biasanya mencari perhatian murahan, PKR hari ini menuntut Putrajaya membatalkan sesuatu yang tidak masuk akal yang dikatakan kononnya laporan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa dihantar kepada kerajaan Jepun yang kononnya menghalang kemasukan pemimpin pembangkang itu ke Tokyo semalam.

Anwar mendakwa beliau telah dijemput oleh Yayasan Nippon Yohei Sasakawa untuk membentangkan kertas kerja mengenai Islam Demokrat . Ini adalah jemputan kali kedua sejak jemputan kali pertama ke sana pada 19 April, 2011.

Menteri Hal Ehwal Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan Anwar bahawa Wisma Putra campur tangan dalam menghalang dia masuk ke Jepun. Beliau menjelaskan bahawa di bawah Akta Kawalan Imigresen dan  Pengiktirafan Pelarian Jepun ,kerajaan Jepun mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang telah disabitkan kesalahan atau dipenjarakan sama ada di Jepun atau mana-mana negara lain.

Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah larangan biasa imigresen Jepun yang sengaja diriuh rendahkan sendiri oleh Anwar entah untuk tujuan apa?Mudah.Anwar sengaja tidak mahu memberitahu kita semua bahawa yang HOST beliau,Yohei Sasakawa ,adalah anak Sasakawa Ryoichi - pencipta industri perjudian yang kita tahu hari ini.Dipenjarakan sebagai Penjenayah Perang Kelas A  selepas Perang Dunia II,Sasakawa tidak disenangi oleh oleh para intelektual di peringkat antarabangsa.Paling penting,Sasakawa adalah pengasas Yakuza di Jepun.




Yakuza atau Gokudo adalah organisasi jenayah terancang (organised crime) terbesar di dunia dan mewakili sindiket jenayah transnasional yang berpusat di Jepun.Seperti yang digambarkan dalam banyak filem,Yakuza sangat kejam dengan kod perkelakuan yang amat ketat dan sangat terancang.Menurut laporan media Jepun Yakuza yang beroperasi di peringkat antarabangsa mempunyai anggaran keahlian hampir 103,000 .

Lalu,apakah sebab sebenar Anwar beriya iya mahu pergi ke Jepun? Mungkinkah ada kaitan tersembunyi dengan kontroversi Yasukuni Shrine ?

Selepas Perang Dunia Ke-2 tamat,perintah penangkapan dikeluarkan terhadap 126 individu Jepun yang dikelaskan sebagai saspek Jenayah Kelas -A ( jenayah terhadap keamanan ) yang pendakwaan kemudiannya hanya bertumpu terhadap 14 individu sahaja . Individu individu yang telah dibebaskan tanpa pendakwaan termasuklah Kishi Nobusuke (datuk kepada Abe Shinzo ) dan Sasakawa Ryoichi yang mempromo perikatan anti -komunis dengan Amerika Syarikat. Kuil Suci Yasukuni dianggap sebagai tempat tinggal roh roh tentera yang telah gugur dalam mempertahan negara mereka.

Kontroversi mula timbul selepas tahun 1978 apabila ketua sami baru Yasukunia memasukan senarai baru 14 lagi bekas tentera dan orang awam yang telah dihukum mati atau mati dalam tahanan sebagai penjenayah perang Kelas A oleh Tribunal Jenayah Perang Tokyo  sebagi "roh suci" dikuil tersebut.

Ramai rakyat Jepun meragui kesahihan perlaksanaan undang-undang,etika, dan fakta tribunal terhadap penjenayah penjenah perang ini olehitu mana-mana lawatan pemimpin politik Jepun ketempat suci ini ( seperti lawatan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Disember 26  tahun lepas) pasti mencetuskan banyak kritikan.

Yoichi Sato,seorang profesor pengajian strategik antarabangsa di Ritsumeikan Asia Pacific Universiti menulis buku bertajuk Teka-teki Yasukuni yang mampu memberi sedikit pencerahan terhadap kontrovesi Yasukuni ini. Anda boleh muat-turun di sini.

Bila anda selesai membaca Teka-teki Yasukuni ini, anda pasti akan memahami mengapa kerajaan Jepun tidak mahu Anwar untuk melawat Jepun untuk berada dengan tokoh tokoh ini .


Oleh :
Datuk Huan Cheng Guan
Centre for Political Awareness
Terjemahan dari sumber asal oleh APA: DISINI

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.