Pages

Target APA seterusnya... @ibdil @KhairyKJ @NajibRazak


Setelah mencipta rekod tersendiri menduduki Carta No.1 Blog Pro Kerajaan untuk kali ke-2 empat hari lalu,kini target blog APA seterusnya ialah untuk cuba memintas sahabat blogger Amenoworld yang merupakan blogger tersohor Pakatan Rakyat yang belum pernah dipintas oleh mana mana blog pro-kerajaan mahupun blog pro-pembangkang sejak sekian lama dan Amenoworld kekal sebagai BLOG POLITIK NO.1 NEGARA begitu lama sehingga aku dah lupa dah berapa lama keadaan ini berlarutan.

Korang boleh saja anggap aku nak berlagak dengan mewawarkan kedudukan blog aku sendiri,tapi pada aku ini sebagai satu matlamat peribadi aku dan percubaan memintas Amenoworld aku anggap sebagai "pembakar semangat" untuk aku yang dah hampir tawar hati ini terus berblog.Ini lah peluang terbaik aku kerana hanya 50 mata sahaja yang memisahkan kami berdua ketika ini dan belum pernah kami sebegini hampir.Ini tidak bermakna blog APA naik mendadak cuma mungkin blog Amenoworld saja yang turun mendadak selepas bahang PRU13 menyejuk dan menjadi arang.

Lagipun percubaan ini aku anggap sebagai satu percubaan seronok seronok kerana kami berdua memang berkawan dialam maya dan selalu bertukar pandangan melalui WhatsAp..he he he.

Betul tak Ikin..?

Seandainya percubaan aku ini berhasil sekalipun pastinya Amenoworld akan memintas aku kembali kerana Sis aku ini punya keistimewaan menulis yang tiada pada orang lain...itu pandangan iklas aku tentang Amenoworld.

Satu lagi...jika matlamat aku tercapai mungkin aku ingin berihat panjang dari berblog dan membiarkan SUKARELAWAN SUKARELAWAN BIRO MEDIA BARU PPUM pimpinan Ibdillah Ishak yang dikhabarkan berjumlah 30 ribu orang (sama banyak dengan keahlian Briged Kesatria Pemuda) @KhairyKJ dan diperkuatkan lagi dengan 2 ribu orang yang akan dihantar oleh Azwanbro dari Sg.Limau (mereka berkampung kat sana sejak PRK haritu tak balik balik) untuk mengambil alih pertempuran siber dari KAMI sehingga PRU 14 secara PERCUMA dan tidak perlu dibayar langsung.

Sebab aku dengar semua SUKARELAWAN @ibdil ini tidak perlukan makanan.Cukup dengan diberi makan rumput dan daun macam LEMBU...kah kah kah.


No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.