Pages

Tak penting pada kita tapi ianya penting bagi depa... @NajibRazak @tengkuadnanreal


Kalau ikut aku malas nak cerita pasal ranking ini sebab nanti ada orang (singular/plural) yang MEROYAN kat wall FB masing masing,tak pasal pasal nanti kutuk dan perlekeh aku lagi kata aku perasan dan masuk bakul...kih kih kih.

Tapi takpe aku nak masuk bakul buat kali terakhir hari ini sebab benda yang "tak penting" kepada tentera maya Umno mungkin "amat penting" bagi siber trooper sebelah sana sehinggakan ada "blog khas" yang mengulas bab ranking ini 2 kali sebulan sejak sekian lama BACA SINI.

Aku petik sikit apa yang diulas sahabat Cenangau Politik Daun Kari dibawah...

"Kalau nak tau apa rahsia OmakKau nak kena tanya tuan punya blog tu la, aku malas nak tolong siasat, ada satu hari tu pageview blog OmakKau sampai 500,000."


Puyoooah...500,000 hits satu hari tu beb....tak percaya?

Baik korang percaya kerana itulah hakikat hits yang menentukan RANKING sesuatu blog itu sama ada ianya dalam ranking tertinggi Alexa atau nun jauh kelaut dalam sana.Setakat suratkhabar pick up "artikel poyo" kita dan buh kat ruang mereka itu bukan kayu ukur keberkesanan penyampaian kita.Itu mungkin sekadar kerja "wartawan malas" yang sekadar nak memenuhi ruang akbar mereka bila dateline dah dekat.Walaupun  tak dinafikan ada artikel artikel bermutu sahabat bloggers yang jadi penyumbang diruang ruang akhbar selama ini.

Lagi satu..

Baca sendiri betapa "excited" nya Cenangau membuat ulasan bila blog Omak Kau berjaya memintas Blog No.1 Pakatan Rakyat Amenoworld yang dah bertahta disitu ntah sejak berapa lama.

"Untuk ranking kali ni satu rekod baru dicipta bila blog OmakKau berjaya pintas blog AmenoWorld yang tah sejak bila pegang mahkota Blog No#1 aku pun tak ingat."

"Tahniah untuk blogger OmakKau yang berjaya rampas tangga nombor satu, dari kedudukan No.4 dengan ranking Malaysia 915 berjaya ke No.1 dengan ranking Malaysia 494, tewaskan AmenoWorld yang diranking 504."

Tapi...

Bila aku (blog APA) memintas Amenoworld lima hari lalu,bukan pujian dan kata kata semangat yang aku dapat bahkan KUTUKAN DEWATA siang dan malam tanpa henti menghina dan memperkecilkan usaha dan penat lelah aku selama ini.Itulah bezanya sikap "pejuang maya Umno" dengan pejuang maya Pakatan Rakyat dalam hal ini.Semuanya kerana takut "kolam minum" masing masing hilang bila diri sendiri sudah tidak mampu menyumbang dalam maya dan hanya menyibukan diri nak jadi "Pengawas Sekolah."

Apapun macam aku kata awal tadi ini kali terakhir aku nak "masuk bakul" sebelum Omak Kau kuis aku dari Takhta No.1 bila bila masa saja.Korang tak perlu nak bangga pun yang blogger pro-Umno mengungguli Carta No.1 Keseluruhan Ranking Alexa bukan ada apa apa pun...500,00 hits satu hari bukan ada apa apa pun...semua blogger boleh dapat hits macam tu.

Dibawah adalah ranking blog APA hari ini 418 berbanding Omak Kau  494.

Bukan ada apa apa pun...

ARIOS.








No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.