Anak muda mahu kelas Matematik, kerana kami masih lemah untuk buat kira kira mudah.
Kenaikan harga barang boleh jadi satu persepsi. Macam
perlaksanaan GST, sepatutnya kenaikan harga barang tidak sepatutnya terjadi,
atau sekurang kurangnya 1% menurut kajian Kementerian, sebab cukai cukai yang
dibayar oleh pengeluar sampailah ke penjual, mereka semua boleh claim balik.
Hanya pengguna yang dikenakan cukai 6% dan tak boleh claim. Tapi, dek kerana
persepsi, dah ada beberapa peniaga yang menaikkan harga barang, kononnya factor
GST, padahal belumpun terlaksana. Yang lagi kelakar, sampai siap ada peniaga
yang kenakan cukai 6% GST katanya, padahal 6% yang dikenakan sekarang masih
lagi government tax.
Tapi bila melibatkan soal kenaikan kadar seperti minyak dan
letrik, hampir mustahil untuk harga barang tidak naik harga. Kerana? Ya, untuk
menghasilkan barang, benda benda ini menjadi kos. Contoh mudahnya, nasi ayam
pasar malam. Pak Ali meniaga nasi ayam nak pergi beli ayam, nak hantar anak
sekolah, dan nak pergi pasar malam, kesemuanya menggunakan kenderaan, dan
kenderaan beliau memerlukan petrol. Jadi, disebabkan petrol naik harga, dan dia
perlu cover balik kenaikan ni, terpaksalah dia naikkan harga nasi ayam dia,
ataupun kurangkan kuantiti ayam dan nasi. Tak cukup lagi, tariff letrik pulak
naik. Cerita yang sama berlaku. Nasi ayam tadi dia masak pakai rice cooker.
Rice cooker pakai letrik. Bulan bulan, bil meningkat. Habistu, kat mana lagi
dia nak claim kenaikan bil ni? Dekatlah nasi ayam dia.
Siapa yang beli nasi ayam tadi? Ya, pengguna rakyat marhaen
macam kita. Sebab itu, dari satu sudut, betullah Menteri kata kenaikan harga
letrik tak membebankan 7 juta isi rumah, tapi di luar rumah, kesannya terasa
melalui kronologi atas.
So, apa option yang kita ada?
Kenaikan harga barang adalah masalah dunia. Dan masalahnya
lebih lagi apabila harga barang naik, tapi gaji tetap sama. Maka, ramailah yang
bertempik minta dinaikkan gaji, which is true theoretically, but not
practically. Siapa yang gajikan pekerja? Majikan kan? Adakah kesemua pekerja di
Malaysia ini majikannya adalah kerajaan Malaysia? Tidak, hanyalah pekerja
kerajaan atau sektor awam. Jadi, bolehkah kerajaan Malaysia memaksa sektor
swasta untuk naikkan gaji? Jangan buat kelakar. Bila kerajaan naikkan minimum
gaji kepada RM 900 tempoh hari, bukan main kelam kabut lagi. Ada syarikat yang
tak mampu, ada yang mintak tangguh, pendek kata macam macam lah alasan
kekalutan tu.
Jadi, macam mana? Biar je gaji kekal rendah?
Sebab itu, aku berpendapat, walaupun ramai yang membangkang,
BR1M adalah salah satu cara untuk kerajaan menormalkan kembali inflasi yang
berlaku. Instead of menaikkan gaji kita semua, kenapa tidak kerajaan “menaikkan
pendapatan” kita melalui BR1M? Sabar sabra, dengar hujah aku dulu. Kalau tak
setuju, komen. Kita bincang.
Kalau melalui kenaikan gaji, 10% contohnya, maka dari
bergaji RM 2,000 akan naik kepada RM 2,200. Tetapi, syarikat tak mampu untuk
menambah RM 200 sebulan seorang sebagai kos tetap mereka. Jadi, mengapa tidak, melalui
cukai cukai, dan rasionalisasi subsidi yang dijimatkan seperti yang aku ulas
dalam artikel lepas, kerajaan “menaikkan gaji” kita melalui BR1M? Contohnya,
pemberian BR1M dinaikkan kepada RM 2000 instead of RM 500 - RM 650 sekarang.
Jadi, melalui BR1M RM 2,000 setahun, kita juga seperti mendapat “bonus” sebulan
gaji, atau kadar kenaikan gaji lebih kurang 8% sebulan jika RM 2,000 ini tadi
dibahagikan kepada 12 bulan.
Ok relax. Aku tahu banyak calculation terlibat, tapi jangan
malas sangat berfikir tu.
Jadi, untuk yang bergaji RM 1,000 atau RM 1,500 misalnya, “kenaikan
gaji” mereka dilihat lebih besar sebab ia seperti mendapat bonus 2 bulan gaji.
Tapi, ini bukan “magic solution”. Ada cacat celanya. Ya,
pemberian BR1M dilabel sebagai memberi ikan instead of memberi pancing. Sebab
itu, pemberian ini perlu datangnya dengan terms and condition apply. Syarat
utamanya, pemohon BR1M perlulah bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Rungutan belia dan mahasiswa rata ratanya kerana ketiadaan pekerjaan yang
sesuai dengan kelayakan mereka. Sebenarnya, ada banyak kekosongan jawatan yang
ada, cuma gaji yang diberikan tidak setimpal. Contohnya, kerja McD dan KFC.
Takkanlah dah habis degree nak kerja fast food? Takkanlah dah habis degree
diploma nak kerja kedai makan, atau meniaga pasar malam?
Jadi, sebab itu aku rasa, untuk menggalakkan rakyat Malaysia
agar bekerja juga dan menyumbang ekonomi walaupun bukan dalam bidang yang
mereka gemari, mungkin kaedah BR1M yang aku bayangkan ini boleh membantu. Kau
kerja jelah jadi krew McD, gaji dalam RM 1,000 sebulan, tak setara dengan kawan
segraduan kau yang kerja pejabat bergaji RM 2,000 sebulan. Tetapi dengan
pemberian BR1M RM 2,000 setahun sebagai “bonus” atas sumbangan kudrat kau
kepada ekonomi, sekurang kurangnya dapatlah jugak menampung.
“Tapi, membazirlah bagi gula gula macam ni setiap tahun.
Habislah poket kerajaan. Nanti rakyat bergantung habis ke kerajaan.”
Sebab itu aku kata, SYARAT UTAMA dia, kau kena kerja. Ini
cumalah bonus, bukan duit engkau goyang kaki tak kerja tapi dapat. Soal duit
poket kerajaan, habis apa guna potong subsidi sana sini dengan alasan orang
kaya pun dapat merasa jugak, kalau subsidi ni tadi tak disalurkan semula ke
yang betul betul memerlukan? Nak dapat mana duit tu, kerajaan lebih arif kot.
Tak lah diberikan kepada semua. Mungkin, yang bergaji bawah RM 3,000 sebulan ke.
Jumlah RM 2,000 tu pun bukan tetap. Itu contoh aku. Bagi yang lebih setimpal
dengan kenaikan harga barang yang rakyat tanggunglah.
Dia macam some sort of menggunakan konsep zakat lah. Kenakan
cukai kepada orang kaya, dan salurkan balik kepada yang memerlukan. Sebab,
kalau sebelum kenaikan harga itu ini pun BR1M RM 500, lepas kenaikan pun BR1M
jadi RM 650 je, macam tak tally pulak.
Cuma, itulah. This is just my two cents. Mungkin tak perfect
macam aku cakap, tapi there must be some ways. Kalau setakat hujah tukar
kerajaan, hapuskan rasuah, ketirisan bla bla, tapi bila suruh bentang idea
perlaksanaan pendapatan negara dan pendapatan rakyat sekadar jerit naikkan
gaji, tak reasonable jugak.
Ciao.
Gory
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.