Naik, naik, dan naik.
“Itulah dulu PR buat manifesto hapuskan tol, turunkan harga
minyak, engkorang bodoh jugak pergi undi BN. Siapa suruh?”
Maka bertempiaranlah lari perkataan perkataan di awangan
maya. Dan seperti dijangkakan ramai, pasca PRU-13 menyaksikan kenaikan sana sini,
di samping pengurangan subsidi atas nama rasionalisasi subsidi demi negara.
Betul lah tu.
Part me-rasionalisasi-kan subsidi, aku tak bantah. In fact
aku sokong macam harga gula. Kalau betul kadar diabetes kita ada kaitannya
dengan harga gula kita yang agak rendah, so why don’t we give it a chance?
Tengok dalam beberapa tahun selepas kenaikan harga gula ni samada kadar
diabetes kita ada penurunan ke tak. Plus, aku sendiri rasa ini lebih adil.
Subsidi gula yang diberikan dalam bentuk harga gula yang murah, hanya dapat dinikmati
oleh pengguna gula, kan? Mungkin nampak lemah point aku, tapi macam mana dengan
golongan yang tak ambil atau mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan
seharian mereka? Rugilah diorang tak ambil gula sebab tak dapat merasa subsidi
kan? Mereka tak minum air gas, bergula, manis, mungkin kurangkan pengambilan
makanan atau kuih manis manis. Jadi, macam mana mereka nak merasa subsidi gula
dari kerajaan? Paksa mereka makan gula semula?
Pendapat aku, mengapa tak allocation atau peruntukan subsidi
gula ini tadi, diberikan kepada rakyat dan rakyat bebas memilih untuk mengambil
apa yang mereka mahu. Contohnya numerikalnya, daripada kerajaan meletakkan RM 1
billion untuk mengurangkan harga gula, kenapa tidak RM 1 billion ini tadi
diberikan kepada rakyat, let say seorang dalam RM 100 lah (ini contoh), dan
kita boleh memilih option kita? Jadi, untuk yang nak merasa gula murah,
gunakanlah RM 100 ini tadi untuk beli gula semula manakala yang memilih untuk
healthy lifestyle, boleh memilih alternatif dengan berbelanja untuk buah
buahan, sayuran, beli susu, madu atau apa apa lain? Boleh jugak menyahut seruan
untuk gaya hidup sihat selain menurunkan kadar diabetis negara. Ini atas
kertasnya lah, sebab reality kita tahu, duit tadi confirm habis beli rokok,
beli topup, dan benda benda lain.
Macam tu jugak dengan harga petrol. Walaupun aku rasa mengekalkan
harga petrol murah adalah option terbaik sebab rata rata harga barang semua
melibatkan petrol, tapi kalau perlu dirasionalisasikan jugak untuk kestabilan
ekonomi, kenapa tidak peruntukan subsidi yang sepatutnya cuba disalurkan semula
kepada rakyat dalam membantu mengurangkan beban kehidupan? RM 100 seorang setahun (contoh), siapa nak
minyak murah boleh habiskan duit tadi beli minyak. Siapa yang nak pilih alternative,
boleh spend on LRT, bus ke, atau lagi ideal beli basikal pakai duit tadi. ON
PAPER lah tapinya. Realitinya, rakyat kita 2 x 5 dengan Laporan Audit
sebenarnya. Yang dapat duit duit ini karang mesti beli benda benda merepek.
Entah entah ada juga yang teringin nak beli jam dinding harga ribu ribu karang.
Dekat sini jugak kita sendiri boleh cermin diri samada kita selama ni pandai
menghentam kerajaan sebab banyak sangat ketirisan wang, atau kita pun sama juga
tiriskan wang jika bantuan diberikan kepada kita.
Aku rasa tulisan aku ni ada sekuel pasal kalau tulis semua
sekaligus, bosan pulak engkorang baca. Tapi sebenarnya yang PALING UTAMA, kita
sendiri kena kawal kewangan kita. Maksud aku, memang betul ekonomi rakyat
marhaen macam kita tengah rasa dicubit, tapi kita sendiri kena beringat untuk “jaga
tepi kain kita dulu sebelum jaga tepi kain kerajaan”. Aku tahu kita sedap betul
marah kerajaan urus duit lintang pukang, tapi alang alang baik kita muhasabah
diri dan kasi financial management and situation kita sendiri dulu cun, then
only kita hentam kerajaan kaw kaw.
Rilek rilek, ini baru part aku menyokong. Part membantah
macam engkorang semua bakal menyusul.
Nantilah aku sambung semula, kalau korang sudi baca lah. Boss
pun tengah usha usha aku ni haha.
Anyway, selamat berkenalan pembaca APA. Kalau rasa nak
hentam aku, hentamlah. Baru sedap sikit nak hidupkan perbincangan yang sihat
haha. Ciao.
Gory.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.