Ramai yang tertanya berkenaan mengapa YAB Perdana Menteri menggunakan pesawat peribadi berbanding pesawat komersial bagi tujuan menjalankan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh beliau. Saya suka untuk berkongsi beberapa perbandingan supaya dapat membantu pemahaman dan pencerahan rakan-rakan pembaca.
1. Masa
Masa dan jadual penerbangan adalah terhad mengikut syarikat penerbangan komersial. Tiada flexibility dalam merangka masa dan jadual penerbangan sekiranya diperlukan oleh YAB PM dan ianya melibatkan orang awam. YAB PM perlu hadir ke lapangan terbang 1 jam sebelum (minimum) untuk menunggu penerbangan.Untuk pengetahuan dalam 1 jam, YAB PM boleh mengatur 6 pertemuan minimum (1 orang = 10 minit) bagi membincangkan hal-hal negara yang penting. Jika pesawat peribadi, YAB PM boleh menaiki minimum 10 - 15 minit sebelum jadual penerbangan dan lokasi menaiki pesawat juga boleh diaturkan mengikut kesesuaian.
Susunan waktu dan masa pergerakan YAB PM juga adalah anjal dan berubah mengikut keperluan dan kepentingan situasi semasa. Jadi sekiranya menggunakan penerbangan komersial, banyak batasan dan kekangan yang perlu dihadapi berbanding menggunakan pesawat peribadi. Maka sebab itulah, mengapa pesawat peribadi adalah lebih relevan digunakan.
2. Keselamatan dan Privasi
Pesawat Peribadi tidak melarang dan meletakkan sebarang syarat bagi pegawai-pegawai keselamatan untuk membawa kelengkapan (senjata, etc) ke dalam penerbangan, berbanding pesawat komersial yang memerlukan segala peralatan dan keperluan di imbas sebelum penerbangan dan kelengkapan akan disimpan di lokasi yang berbeza. Maka sekiranya berlaku hal-hal yang tidak diingini perkara ini akan menjadi halangan buat mereka untuk bertugas dengan lebih efisien. Keduanya, dari aspek tempat duduk, pegawai keselamatan tidak boleh berada dekat dengan YAB PM dan harus duduk di barisan kerusi orang awam.
Ketiga, sekiranya ada perkara yang penting dan tergempar untuk YAB PM berbincang, fasiliti yang terdapat pada pesawat peribadi (Direct Phone Call, Meeting Room, Online Teleconferencing) membolehkan beliau membuat sedemikian berbanding pesawat komersial fasilitinya terhad, keadaan sekeliling juga menjadi faktor kerana perbincangan adalah sulit dan hal negara. Sekiranya berlaku apa-apa perkara membabitkan keselamatan negara, pesawat peribadi boleh berpatah semula dan mustahil bagi pesawat komersil.
Maka ini adalah sedikit sebanyak perkongsian yang boleh saya kongsikan buat rakan-rakan di laman FB. Ini adalah pengalaman yang diperoleh sepanjang bertugas. Harap ianya membantu menjernihkan pemahaman pembaca. Sekiranya kalian mendapati tulisan ini relevan dan wajar kongsikanlah bersama rakan-rakan yang lain.
HA — with Rizal Mansor.
Maka ini adalah sedikit sebanyak perkongsian yang boleh saya kongsikan buat rakan-rakan di laman FB. Ini adalah pengalaman yang diperoleh sepanjang bertugas. Harap ianya membantu menjernihkan pemahaman pembaca. Sekiranya kalian mendapati tulisan ini relevan dan wajar kongsikanlah bersama rakan-rakan yang lain.
HA — with Rizal Mansor.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.