Sumber : PANEH MIANG
1. Kebanyakan Ketua Cawangan UMNO dan JKKK (Village Security and Development Committee) tak bersikap jujur. Biasanya mereka bercakap separuh benar, maknanya tak cerita semua perkara sampai habis.
2. Pemimpin peringkat bawahan bercampur gaul dengan masyarakat setiap hari, terutama penduduk di kawasan sekitar kediaman masing-masing. Manakala pemimpin peringkat atasan macam Ketua Bahagian, ADUN, EXCO, Menteri Besar, Timbalan Menteri, Menteri, Perdana Menteri, PEMANDU, KONSETAN etc. mereka ini hanya berjumpa masyarakat, dan bukan bergaul dengan masyarakat. Ada beza makna antara berjumpa dan bergaul!!
3. Pemimpin atasan terutama daripada UMNO/BN hanya berjumpa dengan masyarakat sekali-sekala. Jumpa, salam, tanya khabar (macam ayat Mad Hasan selalu.."Apo kobar?"), peluk orang tua sikit, duduk join makan sekali-sekala macam Najib masa tengah breakfast, duduk sebelah orang tua masa majlis..bla..bla..bla! Yang penting semuanya dilakukan depan lensa kamera sebab nanti nak keluar tv, nak publish di suratkhabar, blog, facebook etc. Kalau tak orang tak tau nanti pemimpin atasan naik komuter, duduk sembang kat warung, peluk orang tua bla..bla..bla! Heh!
4. Pemimpin atasan UMNO/BN hanya bergaul dengan kengkawan rapat mereka sambil hisap curut Cuban, sembang minum teh, makan dessert, sesekali pekena oblong di kedai terpilih, atau lounge terpilih, atau coffee house terpilih. Mana ada mereka bergaul dengan masyarakat duduk sembang lama-lama. Semuanya melepak dengan klik dan geng memasing saja. Maklumat dan laporan yang mereka dapat pun hanya dari circle geng sendiri saja, bukan langsung daripada rakyat.
5. Bebeza dengan pemimpin peringkat bawahan seperti Ketua Cawangan UMNO dan JKKK yang bergaul saban hari dengan masyarakat, tak kiralah di surau, di majlis kenduri kendara, gotong royong, warung kopi, baiki longkang, baiki bumbung rumah orang, tebas lalang, bersih kubur, borak di pasar malam etc. Tak termasuk melayan orang datang mengadu setiap hari berkaitan pelbagai perkara termasuklah kos sara hidup yang semakin menghimpit - pendapatan rakyat kini tak setara dengan kos sara hidup yang perlu ditanggung.
6. Tapi bila Ketua Cawangan dan JKKK ni berjumpa pemimpin peringkat atasan, segala aduan dan keluh kesah rakyat itu tidak disampaikan. Masing-masing jadi bisu. Tiba-tiba mulut terkunci. Apa yang lebih dulu disampaikan kepada pemimpin atasan ialah berkenaan habuan sendiri, ganjaran yang pemimpin bawahan patut dapat atau projek mana yang boleh disakau. Segala rungutan dan aduan rakyat boleh tunggu...humban dalam tong sampah.
7. Sebab tu segala polisi dan dasar yang diperkenalkan pemimpin atasan kebanyakannya tak menyelesaikan masalah sebenar rakyat. KR1M, BR1M, BB1M, Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Sarapan 1Malaysia, Produk 1Malaysia etc. tak mampu menyelesaikan masalah harga barang naik, harga rumah tak munasabah, kos perjalanan naik, kos makanan naik, pendapatan boleh guna rakyat kurang, 'poket sakit' etc.
8. Segala bentuk skim bantuan bawah label 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan BN sepertimana cadangan KONSETAN kononnya untuk ringankan beban rakyat hakikatnya tidak terkesan pun di hati majoriti rakyat.
9. Tapi sebab pemimpin peringkat atasan syok sendiri, maka diperkenalkan lagi pelbagai produk label 1Malaysia yang majoriti rakyat dah menolaknya dan ini telah pun dibuktikan di PRU-13 apabila undi popular BN kurang berbanding pembangkang terutama di kawasan bandar dan suburb.
10. Terang-terangan segala apa yang diperkenalkan kerajaan Najib REALITINYA GAGAL menarik sokongan lebih 2/3 pengundi, tapi masih lagi Najib dan pemimpin atasannya tak mahu belajar. Masih lagi nak kempen label 1Malaysia yang dah gagal dan basi. Masih lagi syok sendiri.
11. Kini kerajaan nak tubuhkan pula makmal untuk kaji kos sara hidup rakyat bawah PEMANDU. Rakyat dah terbeban dengan bermacam kos sara hidup, baru nak tubuh makmal? Heh! Rakyat pasti skeptikal bila PEMANDU dipertanggungjawabkan untuk kaji masalah rakyat. Sebab PEMANDU akan lantik entah KONSETAN mana, buat research dalam bilik saja, takde perkongsian pintar dengan Bank Negara dan KPDNKK macamsebelum ni, tak buat pun soal selidik langsung dengan rakyat - dah kompom la hasil kajian makmal tu tah apa-apa!! Pasti segala hasil kajian PEMANDU tidak akan bantu rakyat pun. Silap-silap lagi banyak subsidi kena tarik.
12. Justeru kepada Ketua Cawangan, JKKK dan pemimpin peringkat bawahan tak payahlah harap sangat hasil dapatan/rumusan makmal PEMANDU bingai tu. Lebih baik pemimpin peringkat bawahan sampaikan sendiri segala rungutan dan masalah yang dihadapi rakyat. Beritahulah dengan jujur kepada pemimpin atasan yang kerajaan kini telah menyerang poket rakyat bertalu-talu hingga memaksa rakyat berjimat; tapi pada masa sama rakyat dipamerkan dengan kemewahan kerajaan Najib yang boros berbelanja tak hengat dunia.
13. Beritahulah dengan jujur pada kerajaan Najib yang BN menang tipis PRU-13 bukan disebabkan orang Melayu suka Najib dan Rosmah atau hargai apa yang kerajaan Najib buat, TAPI sebab orang Melayu tiada pilihan kerana alternatif yang ada lebih setan daripada setan sedia ada. Janganlah pemimpin atasan UMNO terlalu syok sendiri atau nak perasan terlebih sangat!!
14. Kerajaan Paklah hilang 2/3 majoriti hingga Paklah terpaksa letak jawatan sebab 'serang' poket rakyat berterusan selama 4 tahun. Najib pun nak jadi macam Paklah agaknya.
15. Mungkin di PRU-14 rakyat bukan setakat akan paksa Najib letak jawatan; silap-silap Najib tak sempat nak letak jawatan pun sebab tiba-tiba dah hilang jawatan!!
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.