Hari Raya Umno untuk mereka sahaja dan kita tak layak berada dalam rumah.Duduk lah kat laman rumah mana yang kita suka tapi bukan didalam rumah mereka.Tak faham gak?
Besuk Persidangan Umno 2013 (PAU2013) akan melabuhkan tirainya.Banyak orang banyaklah pengalaman yang boleh diceritakan mengenai PAU2013 kali ini,dan aku tidak terkecuali.Iklas aku katakan,inilah SEJARAH PALING HITAM aku menghadhiri Persidangan Agung Umno (atau HariRaya Umno) sejak mula membuat liputan persidangan ini tahun 2010.
Tidak pernah aku merasa begitu terhina dan terpinggir dalam Sambutan HariRaya Umno saperti yang aku rasai kali ini sejak PAU bermula 3 Dis lalu.Mungkin ini yang aku rasa dan lalui secara peribadi,tapi melihat disekeliling nasib sahabat sahabat Pejuang Pejuang Maya Umno yang lain tidak banyak berbeza dari apa yang aku lalui.Mungkin sedikit kelebihan yang aku ada hanyalah dapat menggantung dileher aku KUPON MAKAN BERWARNA OREN yang dipanggil Pas Media Cyber yang dikeluarkan oleh Urusetia PAU2013 Ibu Pejabat Umno.Bunyi sedap dengar...pas media cyber...macam senjata Darth Vader dalam filem Star Wars...tapi ianya sekadar untuk melepasi kawasan larangan Laman Media-Media Arus Perdana untuk makan/minum secara percuma,dan kerapkali laluan ini aku gunakan sebagai "shortcut" dari PWTC ke Hotel Puteri Pacific (Pan Pacific dulunya).Itu je kelebihan "menatang warna oren" ini..
Kupon makan "warna oren" yang dipanggil Pas Media Cyber
Empat hari sebelum berlangsungnya PAU ini atas inisiatif sahabat aku Azry,kami sama sama berbincang dengan SUK Umno Dato Raof untuk memastikan "para pejuang siber pro-Umno" berbagai platform yang diakui Presiden Umno DS Najib di Janda Baik tak berapa lama dulu sebagai "TENTERA MAYA UMNO" yang kononnya berada dibarisan paling hadapan mendapat layanan sewajarnya,apatahlagi yang datang jauh dari luar Kuala Lumpur untuk sama sama menyambut HARI RAYA UMNO.
Walaupun KAMI dah dimaklumkan yang kami tidak akan dapat masuk ke Dewan Merdeka saperti sebelumnya,tapi paling tidak Tentera Maya Umno ini semua tidak perlulah merempat dicelah celah escalator atau dilantai aras aras yang ada di Bangunan Umno ini,dan paling penting dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di Laman Media termasuk makan minum PERCUMA saperti yang diberikan kepada pengamal pengamal media yang lain.Paling tidak ianya dapat mengubat KELUKAAN tidak dapat bersama dengan kepimpinan dan perwakilan yang ada semasa sidang berlangsung walaupun difahamkan ARAS ENAM masih boleh kami akses on first come first serve basis dengan kapasiti 150 tempat duduk.Tapi Tentera Maya Umno mana ada yang boleh jamin bangun awal pagi nak pergi berebut 150 kerusi yang ada bila tidor pun tidak tentu masa kerana SIBUK BERPERANG UNTUK UMNO,kadang kadang sampai kesubuh...Lagi satu...dah tentu tentu pakcik makcik,abang kakak yang bukan perwakilan yang turut bersama saban tahun dah que lebih dahulu untuk tujuan ini...jadi takkan nak berebut pulak dengan mereka?
Maka selepas berbincang dengan Dato Raof maka dipersetujui yang para sahabat pejuang kami yang tidak diberikan KUPON MAKAN WARNA OREN (Pas Media Cyber) akan diberikan "PAS SEMENTARA" dalam bentuk sticker berlainan warna untuk setiap hari persidangan sehingga tamat.Aku difahamkan "pas media jenis sticker" ini akan membolehkan mereka bebas masuk ke Laman Media dan menikmati kemudahan yang sama yang diberikan kepada PEMEGANG KUPON MAKAN WARNA OREN.Setelah dipersetujui KAEDAH bagaimana ianya akan dilaksanakan pada hari hari persidangan maka aku,Azry dan Dato Raof mencapai kata sepakat dan kami berpuas hati.Apatah lagi pihak Urusetia (baca Dato Raof) turut menyediakan satu ruang bekerja (workstation) yang dipanggil Laman Siber yang boleh menempatkan 30 orang pada satu satu masa,yang aku lihat agak selesa dengan kemudahan kerusi meja,aircond,wifi percuma dan 4 tv flatscreen untuk kami mengikuti persidangan secara LIVE walaupun ianya berada dikaki lima bangunan PWTC.Tapi paling tidak kami boleh memanggil ianya HOME atau "rumah kami".
Terima kasih kepada SUK Umno Dato Raof atas keperihatinan dan perhatian yang diberikan setelah mendengar permintaan dan saranan kami berdua.
Maka aku dengan Azry dengan berbesar hati telah mewawarkan PERSEPAKATAN yang telah dipersetujui dengan Dato Raof kepada semua melalui maya pada hari itu juga.
Tapi amatlah mengecewakan...
Bila persidangan bermula sejak hari pertama 3 Disember lalu semua yang dipersetujui diatas tinggal ANGAN ANGAN dan tidak menjadi realiti...
TIADA PAS SEMENTARA STICKER BERBAGAI WARNA
TIADA AKSES UNTUK MEREKA MAKAN MINUM PERCUMA DILAMAN MEDIA
"RUMAH KAMI" YANG SEPATUTNYA UNTUK KAMI TURUT DIHUNI OLEH PENGGIAT PENGGIAT MEDIA LAIN (pemegang kupon oren) BUKAN SAHAJA DARI MEDIA AKHBAR PERDANA BAHKAN MEDIA ELETRONIK JUGA TURUT MENJADIKAN "RUMAH KAMI" SEBAGAI WORKSTATION MEREKA KERANA MUNGKIN KESUNTUKAN RUANG DITEMPAT MEREKA SENDIRI.
Maka beralah lah Tentera Maya Umno yang tidak dilayan saperti dijanjikan disepanjang lantai corridor menuju ke Laman Media dimana adanya power point atau dimana saja dalam bangunan untuk melakukan kerja masing masing.Maka walhasil balik asal...mereka tetap merempat dimana saja ruang yang mereka selesa dalam bangunan megah yang mereka turut pertahankan bertahun tahun sejak 2008.Ada yang datang dari luar dengan budget yang hanya cukup cukup untuk tol,minyak dan menyewa hotel hotel kelas ayam secara berkongsi,dan bila mendengar TIADA MAKANAN PERCUMA DI LAMAN MEDIA saperti yang aku wawarkan dalam blog aku sebelumnya,terpancar akan kekecewaan dan kegusaran diwajah mereka.Setakat hari ini,aku dah membelanjakan hampir RM400 duit poket aku sendiri bagi menampung paling tidak satu decent meal sehari untuk pejuang pejuang ini,tanpa aku sendiri mendapat apa apa bayaran atau imbuhan dari Umno tidak saperti yang dikompangkan oleh Pengerusi Biro Media Baru PPUM Ibdil Ishak sejak beberapa hari lalu.Semuanya aku lakukan atas rasa tanggungjawap dan simpati aku terhadap teman teman seperjuangan yang sanggup datang dari jauh untuk meraikan Hari Raya Umno dan ramai juga yang telah pulang ketempat masing masing petang tadi membawa hati yang penuh rajuk....
Aku sendiri sejak hari pertama hilang semangat untuk membuat apa apa liputan dan ulasan tentang persidangan yang sedang berlangsung ketika ini.Banyak masa aku habiskan di Riverside membantu Abah Syed Hussein Al Attas aka Pak Habib menjual buku terbarunya Lagenda.Kamera yang aku usung sejak 1hb Dis hanya berfungsi merakam gambar gambar Persidangan Mahasiswa 2013 pada hari tersebut,selepas itu aku saperti hilang mood dan semalam aku tinggalkan langsung kamera itu dirumah dan datang ke PWTC sepertimana orang lain yang tiada tujuan khusus kecuali meramaikan majlis.Satu satunya artikel mengenai PAU hanyalah gambar gambar santai aku yang dirakam sahabat Amrayy Lensa Assault.Aku keciwa dengan apa yang berlaku dan layanan yang KAMI terima...
Bila Pengerusi Biro Media Baru PPUM yang baru dilantik @KhairyKJ Ibdillah Ishak,terang terang MENGHINA KAMI sewaktu diwawancara.Tidak perlu aku perincikan apa bentuk PENGHINAAN yang dia buat kerana ianya telah menjadi PERDEBATAN PANAS diruang maya sejak dua hari lalu,mengatasi dan membayangi kehebatan perdebatan dan usul yang dibawa perwakilan dalam sidang di Dewan Merdeka itu sendiri.Korang Google aje #Lifestyle..#bedilibdil pasti bertebaran cerita mamat poyo ini...
Saksikan "mangkuk hayun" ini berbelit cakap selepas sehari membuat kenyataan POYO.
Boleh percaya ke orang macam ini?
So kita kurangkan politik dan ikut saranan Mat Poyo kat atas..
Bukan saja Ibdillah Ishak yang dilihat POYO kali ini BAHKAN hampir kesemua PEMIMPIN TERTINGGI UMNO 2013 juga dilihat POYO MAKSIMA.
Persidangan Agung Umno yang diadakan saban tahun disamping menjadi medan membawa,membentang,membincang dan menerima usul ianya juga dianggap sebagai Hari Raya Umno atau Pesta Umno setahun sekali kepada kebanyakan Ahli Umno yang tidak terlibat secara langsung sebagai perwakilan ke persidangan.Sebab itu kita melihat saban tahun walaupun para perwakilan kepersidangan kurang lebih 3 Ribu orang tapi kebanjiran ahli ahli Umno seluruh negara begitu ramai sekali sehingga hampir semua hotel hotel bertaraf 5,4 dan 3 bintang habis ditempah sepanjang persidangan berlangsung dan itu belum lagi diambil kira hotel hotel budget dan kelas ayam sekitar dan Chow Kit,Jalan Ipoh dan Jalan TAR yang ditempah sendiri oleh mereka yang tidak ditaja mana mana pemimpin ataupun bahagian masing masing.PAU2013 kali ini menyaksikan "kebanjiran luar biasa" yang mengakibatkan hampir semua hotel berdekatan (tidak mengira kelas) dan yang berada dipusat bandar habis ditempah sebaik tamat Pemilihan Umno yang lalu.Mungkin MEREKA MEREKA YANG MENANG sedang menunaikan janji membawa para penyokong mereka "makan angin" kesini gaknya....
Bila menyebut pasal Hari Raya Umno pastinya mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memperjuangkan Umno ingin merayakan nya disini dan bila menyebut Tentera Maya Umno yang berada dibarisan paling hadapan (Presiden Umno kata bukan aku yang kata dan ada 400 saksi yang mendengar) pastinya KAMI juga tidak mahu melepaskan peluang meraikan parti yang kami juangkan siang malam pagi petang tidak mengira waktu bertahun tahun lamanya,DAN pastinya kami mengharapkan "sedikit keistimewaan" diberikan kepada KAMI untuk 5 hari sahaja dalam setahun ini...Sedikit keistimewaan saperti dibenarkan berada di Aras Empat dalam Dewan Merdeka bersama sama perwakilan dan bukan diasingkan nun diatas Aras Enam tempat pemerhati.Kami ini PEJUANG bukan PEMERHATI!!!.jadi kami ingin berada bersama sama Pejuang (para perwakilan) dan bukan diasingkan ditingkat pemerhati bersama sama Pak Mat,Mak Bedah,Abang Chot atau Kak Chah yang memang suka buat kerja memerhati.KAMI bukan minta diberikan tempat duduk khas saperti perwakilan..kami tak mahu itu semua.Cukup sekadar kami diberi peluang berada dalam dewan diruang ruang tangga atau dimana saja ruang kosong yang kami boleh menyelitkan diri untuk paling tidak merakamkan gambar detik detik penting cara kami,atau paling tidak merasai aura persidangan dan perbahasan secara LIVE dengan bijik mata kami bukan menonton big screen atau flatscreen yang bersepah sepah tu.
BERAT SANGAT KE PERMINTAAN KAMI ITU?
ITU PUN SUSAH SANGAT KE UMNO NAK PENUHI ???
Aku dah banyak kali membuat liputan dalam Dewan Merdeka jadi tak payah nak koyok aku pasal kengkangan ruang.Aku bercakap pasal ruang ditangga dan belakang seats antara Aras 4 dan Aras 5.Itu tempat aku dengan Datuk Bung Moktar Radin dan Timbalan Pengerusi Tetap Datuk Mohamad Aziz dan kaki rokok lain melepas gian kami sejak beberapa PAU sebelum beliau dilantik kejawatan TPT.
Ini cakap berderai derai...pejuang barisan hadapan lah...tentera maya lah..
TAPI BILA SAMBUT HARI RAYA KAMI CUMA LAYAK MENYAMBUTNYA DILAMAN RUMAH SAHAJA DAN TIDAK DIBENARKAN MENYAMBUTNYA DIDALAM RUMAH.
Betul ke cara Umno dan Pemimpinnya melayan kami?
Sila jawap....
Bersambung besuk...
Nota : Besuk aku akan sambung artikel ini dengan mendedahkan perangai "haramjadah" kebanyakan Pemimpin Umno dan Pegawai Perdana Menteri yang memberi layanan buruk kepada Pejuang Siber Umno sebaik mereka menang jawatan sama ada dalam PRU,PRK atau Pemilihan Umno.
Kalau dulu mereka menjilat KITA kerana perlukan bantuan untuk menang,tetapi selepas menang mereka meludah KITA.
Tungguuu....
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.