RALAT : APA ingin memohon maaf kepada DS Rosmah Mansur kerana melibatkan beliau dalam lawak ini walapun Datin Seri tidak tahu apa apa tentang maksud kami meminta beliau melakukan isyarat tangan tersebut.Walau apa pun Datin Seri memang cool dan sporting...
********************************
Korang tenguk isyarat tangan (bulatan merah) kat atas betul betul dan fahamkan apa maksud sebenar isyarat ini.Ini international sign untuk "THE LOSER" dan semua orang tahu isyarat tangan ini..
Kami gandingkan isyarat tangan diatas bersama #tag #Lifestyle sebagai TANDA PROTES kami terhadap kenyataan biadap Pengerusi Biro Media Baru #BeruangInsta yang baru dilantik Khairy Jamaluddin iaitu Exco Ibdillah Ishak yang menghina penggiat media baru Pro-Umno dengan memperkecilkan sumbangan KAMI selama bertahun tahun dan meminta kami yang TIADA DIRECTION ini untuk mengurangkan menangkis politik pembangkang dan lebih banyak terlibat dengan LIFESTYLE..
Lifestyle apa yang Ibdillah Ishak nak kami lakukan kami pun masih kurang pasti,tapi kalau berpandukan Lifestyle Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Naibnya Azwanbro,ianya banyak melibatkan dunia Glammer lakon sana sikit lakon sini sikit,SHOUT sana SHOUT sini,modelling sana sikit modelling sini sikit...dan yang paling takble bla KAROK SANA KAROK SINI dengan aweks siap kepit kepit lagi...
Memang lah itu Lifestyle The Rich & Famous Para Penyamun Muda Umno yang kami tak mampu nak follow walaupun kami teringin nak buat....
JADI KAMI PROTES...
KAMI tunjukan protes kami dengan #tag #Lifestyle dan hand-gesture Loser kat atas itu dan KAMI viralkan kedua dua benda POYO ini dialam maya dan di PWTC sepanjang PAU2013 berlangsung.
Terkesan dengan asakan KAMI dan mungkin atas "nasihat" sesetengah pihak yang semi-poyo macam Ibdil jugak maka dia pun turut terlibat menunjukan hand-gesture yang sama tanpa mengetahui apa maksud sebenar isyarat tangan itu.Isyarat "L" untuk LOSER lah Ibdil ooi..bukan untuk Lifestyle poyo yang kau sarankan itu.Siapa yang bagi kau nasihat suruh play along dengan wave yang kami cipta untuk PERBODOHKAN kau ini Ibdil?Adusss...kesian aku tenguk Raja Instagram sorang ini...
Dalam ramai ramai Pemimpin Umno yang kami dekati aku salute Datuk Razali Ibrahim kerana dia seorang saja yang perasan akan maksud isyarat tangan ini dan enggan gambarnya dirakam melakukan isyarat tangan ini."I'M NOT A LOSER AND I'M NOT GONNA START TO BE ONE...",itu reaksi beliau sambil berjenaka bila kami cuba "memerangkap" beliau dengan "Lawak Untuk Ibdil" ini.Wa salute lu DRI (tak sia sia aku berkampung di Muar 2 minggu untuk bantu DRI menang kerusi P.146 Muar PRU13 lalu).
Jadi saranan aku kepada pihak pihak yang sedang PROMO isyarat poyo ini dengan melibatkan ramai para menteri dan pemimpin Umno kononnya untuk kepentingan Ibdillah Ishak ...berhentilah buat kerja bodoh ini dan JANGAN ANIAYA PEMIMPIN DAN MENTERI KITA yang tidak tahu apa apa hanya kerana nak bagi Ibdillah Ishak syok sendiri.Fahami kenapa wave ini kami create dan kenapa isyarat tangan itu kami cuba trendingkan..tidak lebih sebagai satu LAWAK UNTUK IBDIL sewaktu berlangsungnya PAU2013 yang tamat semalam.Jangan cuba nak ride benda poyo ini yang akhirnya kan MEMALUKAN pemimpin kita sendiri.
Sebagai "pencetus" kepada trending ini aku bertanggung jawap untuk menjelaskan kepada orang ramai kenapa KAMI buat benda poyo ini sewaktu berlangsung sidang dan berharap ianya tidak diambil serius (ambil kesempatan) sebagai sesuatu yang REAL dan mesti diteruskan.It was only a JOKE and it shall remain like one...tak perlu lebeh lebeh.
Selepas ini...
Siapa juga (rakyat,pemimpin atau menteri) yang selepas ini ghairah nak tunjuk isyarat tangan ini dalam medium apa sekalipun setelah didesak sesiapa pun hanya akan KELIHATAN BODOH POYO DAN NAIF dimata pemain media sosial,apa lagi kalau bersetuju untuk melaungkan Lifestyle...
Bersetuju dengan Lifestyle saranan Ibdillah Ishak beerti anda semua bersetuju agar KAMI SEMUA hanya terlibat dengan 30% politik menangkis dakyah Pembangkang dan melibatkan diri 70% dalam penulisan ala ala Lifestyle...itulah hakikatnya.
SO JANGAN KATA NANTI AKU TAK BAGI BAGI AMARAN DAN HENTIKAN KEGILAAN POYO INI.
Aku yang mulakan...maka aku hentikan ISYARAT TANGAN ini bersama selesainya PAU2013 semalam.ARIOSSS
Disini semuanya bermula...
P/S : Sejak mengetahui kami/aku ini di COP sebagai blogger No Direction dan PACAT yang menghisap darah UMNO oleh Ibdillah Ishak maka aku berhenti menulis politik dan meneruskan dengan Lifestyle aku iaitu...MEMBALUN.Best juga bila blogger politik Umno macam aku tak digalakan menangkis dakyah Pembangkang dan lebih fokus kepada Lifestyle...
Bukan gitu Ibdil...?
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.