Pages

AHMAD AZHAR BIN MOHAMED KECHIK mengganas lagi...@PDRMsia


Aku terima email diatas dari seorang pembaca blog aku yang memanggil dirinya Zee (bukan nama betul) yang ingin mendedahkan sesuatu tentang Azhar Penipu dan meninggalkan no phone dia untuk aku hubungi.Baru hari ini aku berpeluang menghubungi beliau dan dia bercerita panjang lebar tentang skim penipuan Ahmad Azhar Mohamed Kecik ini yang terbaru.


Pada awalnya aku agak blurr dengan individu yang dimaksudkan Zee tapi setelah aku check balik arkib blog APA ternyata aku pernah menulis tentang manusia durjana ini sekitar bulan Julai 2011 dengan artikel bertajuk Ada Sesiapa Kenal Si Penipu Ini ? setelah bertemu dengan salah seorang mangsa dia yang ditipu hampir RM700 Ribu bersama pengendali blog Uncleseekers yang turut mempaparkan artikel Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Part 3) yang menyentuh tentang Azhar Penipu ini.Bagaimana Datuk Ahmad Zahid Hamidi terkait secara tidak sengaja sila baca artikel Uncleseekers untuk mengetahuinya.


Apapun aku difahamkan ZEE yang makhluk durjana ini masih BEBAS menjalankan aktiviti penipuannya tanpa pernah diambil tindakan oleh pihak PDRM walaupun dah terlalu banyak laporan polis dibuat terhadapnya oleh banyak pihak seluruh negara sejak bertahun tahun.Teringat aku pulak akan seorang individu bernama Tan Sri Dato Seri (semua title palsu) Hassan Bin Ayoub yang merupakan "sidekick" Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang diberikan "LICENCE TO CHEAT " semasa dia menjadi Perdana Menteri sehinggalah kehari ini yang merupakan bekas Pengerusi Elegant Advisory Sdn Bhd yang menyaman Umno ratusan juta RM tidak berapa lama dulu.


Hasan Ayoub yang berkaca mata 'Sidekick' Pak Lah

Jadi kini Azhar mengganas lagi dan aku menantikan info selanjutnya tentang MO Azhar kali ini untuk buat follow up...


No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.