Pages

Siapa lagi adun dan mp yang nak mati..?Kami tengah tunggu ini... @NajibRazak


Macamana pulak "blogger haramjadah" ini boleh duduk sebelah Tuan Presiden ni..?

Selesai sahaja PRU13 Mei lalu aku ada menulis beberapa siri artikel tentang NASIB PEJUANG SIBER UMNO/BN selepas tamat "Peperangan PRU13".Kemana halatuju mereka dan bagaimana "kebajikan" mereka bakal diuruskan oleh Umno?

Aku bertanya kepada pemimpin pemimpin Umno terutamanya kepada Tuan Presiden @NajibRazak akan masa depan tentera tentera siber ini selepas tamat perang PRU13.

Apakah khidmat mereka/kami masih diperlukan lagi atau kami kena "keluar kem" dahulu sementara menunggu kembali panggilan "melapor diri" sekitar tahun 2017 atau 2018 bila peperangan PRU14 hampir bermula?

Jika khidmat kami/mereka tidak diperlukan sehingga tiba waktu itu,apa bakal terjadi kepada kehidupan kami dalam tempuh 3 tahun ini kerana dapur kami perlu berasap dan perut anak bini kami perlu diisi?

Jika kami/mereka hanya dianggap sebagai tidak lebih TENTERA UPAHAN yang hanya dipanggil bila perlu,apakah tidak menjadi KESALAHAN jika kami berkhidmat dengan pihak lain saperti Pas,PKR atau DAP sekalipun sebagai Askar Upahan?

Perlu diingat perut anak bini dan keluarga kami perlu diisi dengan makanan yang perlu dibeli dengan WANG dan tidak cukup jika hanya diberi makan angin kerana yang bakal keluar nanti hanyalah KENTUT bukan TAIK

Pun begitu...

Majoriti kami/mereka masih cuba bertahan dan masih bertahan dengan kesetiaan kami kepada Kerajaan Umno/BN walaupun diselubungi masa hadapan yang tidak menentu.

Justru...

KAMI/MEREKA hanya mengharapkan (baca doa) kepada KEMATIAN YANG BERTERUSAN yang akan berlaku terhadap Adun dan Ahli Parlimen (tak kira parti mana pun) yang ada hari ini dari semasa kesemasa agar akan ada PRK demi PRK saperti yang sudah berlaku di PRK Kuala Besut dan PRK Sg.Limau...,agar kami/mereka akan ada kerja dan bila ada kerja ada gaji dan bila ada gaji ada wang dan bila ada wang baru boleh bagi makan anak bini....

Salah ke kalau kami/mereka mendoakan demikian ???

Bahagian mana yang korang (Adun & MP terutama dari Umno) masih kurang jelas ???

Jadi siapa diantara korang (Adun & MP) yang nak mati dalam waktu terdekat ini supaya ramai lagi yang boleh hidup..???

Kami/mereka ucapkan terima kasih in advance sebab kalau korang dah mati nanti tak sempat nak ucap...

Kah Kah Kah.

P/S : Meminjam kata Dato Razali Ibrahim di Parlimen beberapa hari lalu..."Mana ada orang buat keje pro-bono (kerja free)..?.Nak kencing pun kalau tak ada 30 sen tak boleh kencing ditandas awam,kena cari lorong belakang kompleks...


Ini dikatakan "bilik stor" tempat tinggal blogger yang pernah menjadi Blogger No.1 Umno
dan masih lagi dalam ranking Top 10 sejak 8 tahun lalu...
Bilik stor ??? Ish ish ish...macam tak percaya lak...



No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.