Pages

Rasanya aku nak kena mintak maaf dengan @Khairykj....


Aku rasa aku kena minta maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana selama ini aku duk balun dia siang dan malam kerana aku ingat dia memang Ketua Pemuda Umno Malaysia.Rupa rupanya tidak...

Rupa rupanya Khairy cuma PELAKON yang hanya melakonkan watak "Ketua Pemuda Umno" bukan real pun,sebab itulah Pemuda Umno dibawah "lakonan" Khairy terus lesu,kaku dan bisu tidak saperti yang diharapkan.Siyes aku cakap...aku betul betul terpedaya dengan "lakonan" Khairy  yang begitu menjiwai watak "Ketua Pemuda" sehinggakan aku mati mati ingat dia KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA..

KhairyJ

Dulu bila dia berlakon video pendek 15Malaysia aku ingat dia suka suka saja...Pastu keluar lak gambar gambar dia menghiasi kulit beberapa Majalah terkenal lagak seorang artis,itupun aku ingat dia suka suka...kemudian dia dengan bini dia duk buat catwalk memperagakan feshen diatas pentas pun aku ingat dia suka suka saja...dan baru ni dia menang lak anugerah terlalak terlolong yang sepatutnya hanya melibatkan golongan ARTIS dan bukan MENTERI dalam SHOUT pun aku masih ingat dia suka suka..TAPI....,


Bila keluar pulak pulak kat tweeter dia yang dia sekali berlakon untuk Astro First Chanel 480 kisah Inspektor Mastura Ikal Mayang : Telling Women Stories...aku rasa dia ni bukan suka suka lagi tapi siyes punya PELAKON.Adussss !!!!

Apa pasal lah aku tak boleh nampak yang selama ini Khairy Jamaluddin ini sebenarnya seorang artis dan pelakon dan bukanlah AHLI POLITIK tulen yang boleh diharap untuk mengepalai sayap Umno segah Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang menjadi TUNJANG kekuatan Umno selama ini.Rupa rupanya dia hanya "melakonkan" watak Ketua Pemuda Umno dan bukannya real pun..Patutlah dalam banyak ISU yang Ketua Pemuda patut kehadapan membela dia buat bodohhhh jer...rupanya tak ada dalam SKRIP yang dia patut lakunkan.

Ini semua membuat aku berfikir..."Jika dah Ketuanya pelakon,apa status Exco Exco yang duduk dibawah dia pulak...."?Takkan mereka turut menjadi "Pelakon Extra" pak pacak tukang pegang tombak?Ish ish....selisih malaikat 44..jangan sampai sindrom glamour gila berlakon ini menjangkiti mereka semua...

TAPI AKU RASA TIDAK...sebab Exco Exco yang baru terpilih rasa aku semuanya bukan golongan artis atau pelakon macam boss mereka Khairy...bukan begitu saudara saudara?

Jadi ada eluk juga kalau korang tenguk tengukan sikit BOSS korang tu jangan sampai dia overacting sampai buat rakyat tenguk naik meluat dan benci.Kalau korang tenguk dia lain macam jer dah tak boleh nak kawal,hantar je kat Mejar David Teoh atau Datuk Yusuff Haslam habis cerita...

JADI AKU NAK MINTA MAAF KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN SEBAB BALUN DIA SELAMA INI SEDANGKAN DIA HANYALAH PELAKON.


Ntah ntah T.Mohan Ketua Pemuda MIC yang Khairy sokong ini pun pelakon macam dia jugak anak didik Sivaji The Boss.Sebab itu dalam Isu Jhonny Walker Shrine Jln P.ramlee dia
terlalak terlolong bagi WARNING kat Umno Khairy diam aje....

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.