Pages

Mana ‘telur’ kita? @NajibRazak



(Sinar Harian 4 Nov 2013)

Sampai bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali? Mana ‘telur’ kita? Apakah kita sudah tidak ada ‘telur’ lagi disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya? Jika ahli politik sudah tidak ada ‘telur’, mohon Raja-Raja Melayu masuk campur tangan. Jika tidak, kita akan menyesal kemudian hari. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang

Kita terus melukut di tepi gantang. UMNO dan PAS sudah tidak boleh diharap. PKR kita tolak ketepi. Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun mempertahankan soal penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah. Banyak lagi isu lain yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas termaktub dalam perlembagaan sebagai agama persekutuan, dihina dan dikeji? Apa kita buat? Kami sebagai rakyat, amat sedih, hiba dan sakit hati, bercampur geram. Kenapa kita begitu dayus? Inikah sifat seorang negarawan? Kita terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris.


Apakah memang benar sembelihan kurban dan mempertahankan kalimah Allah itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa. Berdosa. Sekadar ahli parlimen bercakap, masih tidak kuat. Apapun saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya, MP Tasek Gelugor.

Saya pelik, dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK), kita menjadi kecut. Kita tidak berani memberi komen penghinaan yang dilakukan. Malah kita beri apa yang mereka minta sebanyak-banyak. Nak kata mereka mengundi kita, tidak juga.

Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk perayaan minoriti diluluskan, sedangkan perayaan besar agama persekutuan seperti Hari Raya Kurban hanya diberikan satu hari sahaja. Bayangkan selepas ini, bangsa-bangsa minoriti pribumi Sabah Sarawak, yang mana mereka lebih berhak, turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan mereka. Maka berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun. Cuti-cuti Malaysia katanya. Ingatan saya, jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. Pribumi Maori merempat di tanahair sendiri, bila orang lain menguasai.

Penting sangatlah kerusi DUN Sg Limau sehingga kita sanggup serahkan segalanya. Jika UMNO tidak memenangi DUN Sg Limau pun, UMNO masih memerintah negeri Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang. Sakit hati melihatnya. Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada SJKC di Sg Limau.

Saya difahamkan peruntukan tersebut datang daripada wang cukai judi, arak dan sebagainya yang diharamkan dalam Islam. Tetapi itu bukan bermakna, wang tersebut hanya disalurkan ke situ sahaja. Masih ada tempat lain yang boleh disalurkan untuk kegunaan awam, walaupun sumber haram, seperti membina jambatan di Sabah Sarawak dan banyak lagi. SJKC sudah kaya raya di seluruh negara dengan kekuatan dan perpaduan NGO-NGO mereka. Tanya Dong Zong dan Jiao Zong. Buatlah audit.

Begitu juga dengan PAS. Jangan kerana marahkan UMNO dan kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut. Bersuaralah. Ini tidak, sikit sangat suaranya dalam isu sembelihan korban dan isu yang menyentuh maruah Islam. Isu kalimah Allah, janganlah cerita. Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa, kecuali Harun Taib dan Harun Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin PAS, bukan yang lain.

Saya sudah ulas isu kalimah Allah dalam tulisan yang lalu, tidak perlu diulang. Kalimah ini boleh digunakan mereka, jika tidak ada niat jahat. Tetapi saya tahu perancangan mereka, sebab dahulunya saya tidak bersunat. Saya pernah menjadi Kristian buat seketika.

Ingatan kepada PAS dan UMNO, jangan kerana dendam dan sudah mendapat kawan baharu, kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada ‘telur’. Rakyat sudah bosan dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini. Jika kedua parti politik tidak mengorak langkah untuk berbincang dan tegas pendirian berkaitan Islam, maka kerelevanan dipertikaikan.

Saya setuju dengan cadangan sudah sampai masa sebuah parti politik ditubuhkan menggantikan UMNO dan PAS sebagai alternatif kepada umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial seperti face book hari ini.

Justeru, sudah sampai masanya sebuah parti politik baharu diwujudkan. Bukan menjenamakan semula parti BERJASA. Tetapi menubuhkan sebuah parti politik baharu. Saya yakin sambutannya menggalakkan.

Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu). Antaranya adalah ISMA, PERKASA, JATI, MUAFAKAT, MACMA, ACCIN dan lain-lain lagi. Saya harap ia boleh dijadikan suatu realiti.

Kepemimpinan hari ini perlu ingat, bahawa kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO-NGO ini. Mereka bertungkus-lumus memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh DAP dan PKR tidak memerintah. Jika PAS yang memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, PAS hanya berjaya mempertahankan Kelantan. Negeri lain, PAS seolah-olah melukut ditepi gantang. DAP dan PKR tidak mempercayai PAS.

Agenda Islam dan negara Islam ditentang habis-habisan. Dakwaan PAS bahawa DAP sudah lembut terhadap Islam, bersama-sama menggantung dan mengibarkan bendera PAS ketika pilihan raya, hanya lakonan palsu semata-mata.

Saya sudah lama menyarankan UMNO dan PAS berbincang demi masa depan Islam, tetapi PAS menolak mentah-mentah. Hujahnya mudah, UMNO tidak mahu Islam. PAS sanggup bersekongkolkan penentang Islam dari orang Islam sendiri. Makin kuat PAS mendekati DAP dan PKR, makin kuat mereka menentang Islam. Apakah ini bermakna mereka sudah lembut? Mereka tidak lembut. Lembutnya mereka untuk mempergunakan PAS.


Gua ada...
Lu orang "Pejuang Islam dan Melayu" ada...?
Ptuihhhh !!!!


Jika begitulah keadaannya, semua parti politik Islam Melayu sudah tidak ada ‘telur’, maka sudah sampai masanya sebuah parti Islam yang berani mempertahankan Islam (Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang benar-benar ada ‘telur’.

No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.