Ralat : Pada awalnya aku tersilap menulis MIROS sebagai MIMOS yang mana telah diperbetulkan bila ditegur seorang sahabat.Kesilapan amat dikesali,harap maklum.Walaubagaimana pun link yang dipost ke FB tetap tidak berubah walau pembetulan dah dilakukan.
Sekurang kurangnya Hishammuddin cepat memberikan respon terhadap "kebiulan" Timbalan beliau Aziz Kaprawi yang dibiulkan oleh Dr.Wong Tak Tau dari MIROS berhubung tahap keselamatan kereta kereta yang berumur lebih 12 tahun dijalanraya.
Ini yang sepatutnya dilakukan Menteri Menteri lain bila diselubungi kontrovesi sama ada cetusan mereka sendiri atau dek kebiulan orang lain dibawah selenggaraan kementerian masing masing.
"Saya tak setuju cadangan dari MIROS berhubung pelupusan kenderaan 12tahun. Kena ambil prihatin suara rakyat sebelum membuat keputusan"
Terima kasih D.S Hishammuddin Tun Hussein kerana melegakan hati rakyat marhaen.
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.