Aku terpanggil untuk bergurau berhubung artikel Datuk A Kadir Jasin bertajuk YB Shahidan, Siapa Labur Siapa Lebur? dalam blog beliau The Scribe A Kadir Jasin bertarikh 21hb November.Artikel beliau merujuk kepada "kenyataan bela" Datuk Shahidan Kassim sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen yang sebelum ini dibawah jagaan Tan Sri Nazri Aziz berhubung Isu Penggunaan Pesawat Kerajaan oleh DS Rosmah dalam lawatan/undangan beliau ke Qatar baru baru ini.
Bila aku kata aku ingin BERGURAU beerti Datuk A Kadir Jassin pun janganlah nak ambil serius sangat LAWAK aku ini sapertimana beliau mengambil serius LAWAK SHAHIDAN KASSIM untuk menghasilkan artikel beliau saperti yang aku rujuk diatas.
Sebagai orang lama dalam dunia persuratkhabaran dari seorang wartawan bermula tahun 1969 sehinggalah menjadi Editor (in-Chief dan Group) dalam NST Berhad,Berita Publishing SB dan NST SB dan telah pun menghasilkan beberapa buah buku,Datuk A Kadir Jasin bukanlah penulis biasa biasa yang mudah disanggah penulisan dan "contengan/lakaran" (scribe) beliau,apatahlagi oleh komuniti bloggers yang bukan ex-journalist saperti aku ini yang tiada latihan formal atau pengalaman sebagai wartawan.Jadi sejak beliau menjadi bloggers pada tahun 2008 (aku lambat 2 tahun dari beliau..2010) aku belum pernah melihat ada penggiat media maya yang BERANI menyanggah tulisan beliau,bahkan kerapkali hasil tulisan beliau dijadikan bahan "rujukan" ramai penggiat media maya bila mengulas isu yang sama.
Pendekata,aura yang dibawa A Kadir Jasin sebagai blogger ex-journalist saperti menggerunkan para bloggers lain bukan ex-journalist untuk menyanggah tulisan beliau biarpun kerap kali juga beliau tersasar dan meraban dalam penulisan beliau sebagai blogger,sapertimana jarang orang nak sanggah Datuk Rocky Bru dan lain lain bloggers seangkatan dengannya.Tapi semua "kegerunan" itu aku tolak tepi bila aku nak ajak A Kadir Jassin "bergurau" seketika kerana sesekali kena ada juga orang yang mengingatkan beliau,yang tulisan beliau ada masanya meraban juga.Jadi kalau dah tak ada bloggers yang nak tolong bagitau biarlah aku saja yang buat'Lagipun bila bercakap pasal "dunia blogging" aku pun tak ada kurangnya jika dibandingkan Datuk A Kadir Jasin walaupun dia bermula 2 tahun lebih awal dari aku.Tapi aku adalah BLOGGER PALING HARAMJADAH yang berada dipasaran (kategori ini beliau tak layak langsung),aku pernah jadi BLOGGER NO.1(Datuk pernah ke..?) dan ranking terkini aku berada dalam Ranking No.2 hari ini.Semua ini melayakan aku untuk berlawak dengan beliau kerana kami terlentang sama rata dan mandi sama basah...bukan gitu Datuk?
Ok cukuplah dengan mukadimah diatas...
Apa yang ingin aku ketengahkan disini bukan isu Rosmah layak atau tidak,wajar atau tidak atau isu pembaziran atau tidak yang dah diPOT PET kan oleh banyak pihak.Semua dah aku jelaskan dalam artikel aku Kenapa korang tak suruh je Rosmah naik Proton Perdana ikut jalan darat...beberapa hari lalu.Jadi aku cuma nak sentuh "kewajaran" A Kadir Jasin mengambil serius "kenyataan bela" yang dibuat Shahidan Kassim.
Ramai yang dah kenal SIAPA SHAHIDAN KASSIM ini dan amat malang orang yang begitu berpengalaman dalam dunia kewartawanan dan berpeluang bercampur gaul dengan ratusan pemimpin politik sama ada yang masih hidup atau pun dah jadi arwah saperti Datuk A Kadir Jasin mengambil serius kata kata yang dihamburkan oleh orang saperti Shahidan Kassim yang ntah atas sebab apa masih lagi boleh bernafas dalam Kabinet Kerajaan hari ini.
Datuk...
Meh saya nak habaq sikit bagi faham...
Aku tidak tahu apa yang cuba diketengahkan A Kadir Jasin dalam artikel diatas dan dalam artikel artikel beliau sebelum ini?Aku melihat sapreti ada kecenderungan beliau sejak mula berblog mengkritik kerajaan secara halus.Pada aku,orang berstatus saperti A Kadir Jasin ini yang memang dah dikenali oleh hampir semua PEMIMPIN dan tiada masaalah untuk beliau berjumpa sendiri para pemimpin ini jika ada yang ingin beliau suarakan.Aku rasa A Kadir Jasin boleh mengetuk pintu rumah mana mana pemimpin walaupun ditengah malam dan mereka akan bangun jika dah tidor sekalipun untuk melayan beliau.
Memilih cara begini (cara aku dan ramai bloggers bukan ex-journalist) untuk menyuarakan ketidakpuasan hati beliau adalah amat tidak wajar sekali kerana ianya saperti membawa martabat dan nama besar beliau setaraf dengan kami semua yang tidak melalui latihan dan pengalaman "formal" sebagai seorang wartawan.Apatah lagi kalau A Kadir Jasin "cuba merampas" title Blogger Paling Haramjadah yang aku pegang selama ini...
Jadi ada eluknya A Kadir Jasin melangkah sedikit kebelakang mencari dirinya yang dah nak mula hilang dan seakan akan terikut dengan irama paluan gendang Parti Pembangkang.
Datuk ada kemudahan dan akses untuk mendapat penerangan dan penjelasan atas apa isu sekalipun dengan pemimpin termasuk Perdana Menteri sendiri.Kena ingat Datuk...yang Datuk pertikaikan itu adalah ISTERI PERDANA MENTERI dan isteri SAHABAT Datuk,saya pasti...jadi agak agaklah.
SEKIAN GURAUAN SENDA DARI SAYA...
P/S : Sebagai Blogger Paling Haramjadah dalam pasaran memang saya tak pakai apa juga tok nenek etika dalam penulisan saya.Etika yang saya gunapakai cuma bas Etika Express sahaja...
P/S : Sebagai Blogger Paling Haramjadah dalam pasaran memang saya tak pakai apa juga tok nenek etika dalam penulisan saya.Etika yang saya gunapakai cuma bas Etika Express sahaja...
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.