Seharian bersama Ong Tee Kiat di Sg.Limau


Santai sambil layan jagung rebus dengan Kak Ijat

Aku berpeluang mengikuti program DS Ong Tee Kiat di bilik bilik gerakan Peti Undi Cina di Kg Sg.Limau Dalam dan Batu 17 kelmarin.Sekadar ingin melihat sentimen pengundi Cina yang hanya memberikan Barisan Nasional 28 undi sahaja dari jumlah 1,800 orang pengundi Cina yang berdaftar untuk kawasan ini....

Program bermula dengan pesinggahan OTK ke Bilik Gerakan Wanita Umno bertemu DS Sharizat dan Jentera Wanita yang berada tidak berapa jauh dari Command Centre BN di Taman Mahsuri dan berakhir dengan sessi ceramah dan dialog dengan masyarakat Cina Batu17,dimana diantara program ini turut dilakukan walkabout dimana OTK berusaha meyakinkan pengundi Cina.

Apa yang jelas kelihatan sambutan yang agak hambar dipermulaan setiap persinggahan berakhir dengan gelak ketawa dan senyum oleh mereka yang hadhir.Hampir setiap ceramah Tee Kiat diasak oleh berbagai soalan perangkap oleh penyokong penyokong Cina Pas dan dijawap dengan tenang dan bersahaja oleh beliau Tee Kiat's Style.Mujur aku ada seorang penterjemah yang senantiasa membantu aku mengikuti apa yang dibangkitkan dalam setiap sessi dialoq jadi taklah jadi bodoh sangat aku ini.

Apa pun bagaimana ianya bakal diterjemahkan dipeti undi 4 November nanti masih samar samar lagi?

Apakah ANGKA 28 sebelum ini bakal menjadi 4 angka yang membolehkan BN merampas kerusi N.20 Sg.Limau ini setelah 5 penggal berada dalam tangan Pas?

Sama sama kita tunggu....



Aku yang baru kebah dari demam pun terpanggil untuk melihat sendiri
sentimen pengundi Cina N.20 ini


Antara pemimpin MCA tempatan yang mengiringi Tee Kiat


Ironlady pun join sekali dengan "Ironman Kiat"...


Ini dia "waja" yang mengepalai Jentera Wanita Umno...




Menanda tangani buku pelawat di Bilik Gerakan Sg Yan,Sg Limau Dalam
dan mendengar taklimat dari jentera bilik gerakan



YAB Menteri Besar turut singgah dibilik gerakan Sg Limau Dalam..



Mukriz mendengar taklimat dari Tee Kiat




Apa yang disenyumkan Mukriz tu agaknya?



Tee Kiat menjamah makanan yang disediakan bilik gerakan
walaupun dia banyak pantang larang bab makan ni...





Siapa Cina baju belang merah tu haa?



Bomba Sukarela....sesuatu yang jarang diambil peluang oleh
perkampungan orang Melayu tapi tidak oleh bangsa Cina



Memulakan walkabout dan beramah sambil berkempen..


Membincangkan penipuan Pas saperti dilaporkan Sinar Harian..


Meneruskan walkabout...


Ada tak 28 orang tu dari kalangan kumpulan yang ini?




Sampai untuk ceramah di Sg Limau Luar..














Dalam ramai ramai ini ada tak yang 28 orang tu?



Mungkin Ah Soh Ah Soh ni kot?
Atau yang cute tu.....?




Kumpulan yang ini tak macam yang 28 orang tu...ha ha





Yang duk bertenggek atas motor ni dah guarantee bukan...aku berani bet.



Yang ini nak jadi kumpulan 28 pun tak layak...
kecuali lengchai baju belang merah tu...
(Aku takut demam kena pakai cap sebab hujan renyai renyai)




Tiba dibilik gerakan Batu 17..tempat paling panas






Aku difahamkan yang ini semua penyokong Pas...adehhh



Yang tongkat dagu baris depan tu "kepala jurucakap" mereka....



Tenguk muka poyo dia mendengar....
Bila turn dia bercakap satu Sg Limau boleh terkejut...panasssss



Korang tenguk dua jari Tee Kiat duk pasak meja...he he


Merah padam muka Tee Kiat melayan dialoq dengan kumpulan ini...
Tapi akhirnya....Tee Kiat menang Tee Kiat's Style..bravo



Baik lelaki atau pompuan poyo je muka masing masing...






Yang jaga periuk nasi ini lagilah boring....




Dah mula boleh senyum....




Taiko sorang ni masih tak puas hati kot...



Pegawai Khas Dato Zahid Hamidi yang singgah sambil bergambar dengan
Tee Kiat..


"Taiko" kita (kiri 3 dibelakang) malu malu nak enter frame
selepas melafazkan ikrar akan menyokong BN...




0 comments:

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts