Kumpulan Bingal Umno
Undang Undang tentang DOs and DON'Ts orang berstatus MUFLIS dah lama aku tahu dan aku rasa kebanyakan orang yang muflis pun dah tahu.Sebab memang menjadi tanggung jawap kita yang berstatus muflis mengetahui apakah HAK kita dan apakah yang BOLEH dan TIDAK BOLEH kita lakukan.Sebab itu ditubuhkan Jabatan Insolvensi (dulu Amanah Raya) untuk mengurus kehidupan mereka yang berstatus muflis supaya mereka boleh meneruskan kehidupan biasa mereka dalam perimeter Akta 360 Akta Kebankrapan 1967.
Sila rujuk http://www.insolvensi.gov.my/ms/faqs/bankruptcy untuk maklumat lanjut.
Apa yang aku pertikaikan adalah cara Umno (Baca Rauf dan Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013) yang begitu GHAIRAH mengumumkan tentang penolakan ramai calun dan perwakilan Umno 2013 disebabkan status muflis mereka secara terbuka dalam sidang akhbar,seolah olah MUFLIS ini satu fenomena baru yang sebelum ini tidak wujud dalam Umno.Sedangkan berpuluh puluh tahun sebelum ini ribuan "perwakilan muflis" telah mengundi melantik pemimpin Umno dalam pemilihan demi pemilihan yang lalu tanpa masaalah.Itulah andaian ramai "perwakilan reject" kali ini yang sebelum ini tidak menghadapi apa apa masaalah berhubung status mereka.Hanya ahli Umno muflis yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian mahu pun pusat yang aku tak faham apa yang ada dalam pemikiran mereka sedangkan undang undang bankrupt amat jelas.Aku sendiri tahu status dan kelayakan aku dalam hal ini,walaupun sebelum ini aku sengaja "test market" kononnya nak bertanding AJK Bahagian tapi borang pencalunan pun aku tak pergi ambil.
Aku faham Umno terpaksa melakukan perkara yang BETUL kali ini memandangkan inilah kali pertama sistem pemilihan baru diperkenalkan dan ianya menjadi perhatian umum bukan sahaja dikalangan ahli Umno dan penyokong kerajaan tetapi menjadi perhatian utama pihak pembangkang untuk mencari kesalahan dan kesilapan dimana mana yang mungkin.Atas sebab itu aku faham jika Umno bersikap terlalu berhati hati terutamanya bila melibatkan STATUS MUFLIS perwakilan dan calun kali ini agar tidak melanggar apa apa peraturan yang wujud berkaitan Pendaftar Pertubuhan dan akta dibawahnya.Itu aku faham dan harap mereka yang terlibat juga turut cuba memahami...
Yang aku tak boleh faham....
Kenapa mesti di JOM HEBUHKAN perkara ini dalam sidang media seolah olah ianya sesuatu yang membanggakan.Tenguk saja reaksi dan lagak bangga si Rauf semasa mengumumkan apa apa kenyataan resmi Jawatankuasa Pemilihan Umno sebelum ini.Tiada sekelumit rasa kesedaran dihati ke apa yang kau lakukan itu merosakan "imej " Umno tanpa sedar?
Kenapa disaat saat akhir semua ini harus timbul dan mencetuskan polimik yang mendatangkan kemarahan ramai ahli Umno yang terlibat?
Apa yang Penerangan Umno buat selama ini?
Korang ada masa 4 tahun untuk melakukan kerja kerja menerangkan hal ini sejak perlembagaan berhubung pemilihan kali ini dipinda pada tahun 2009.Empat tahun aku rasa cukup untuk semua ahli Umno yang berstatus muflis faham akan sejauh mana mereka boleh melibatkan diri mereka dalam politik Umno diperingkat cawangan,bahagian,negeri dan pusat kalau korang buat kerja dengan betul dan amanah.Empat tahun sudah cukup masa untuk Umno Malaysia mengeluarkan SENARAI MUFLIS setiap ahli Umno dalam setiap cawangan untuk diedarkan kepada cawangan masing masing agar kita tidak perlu melalui kemelut yang kita sedang hadapi ketika ini.
Apa susah sangat ke korang nak buat kerja macam itu?
Kenapa tunggu saat saat akhir macam yang korang buat sekarang ini dan akhirnya MEMALUKAN Umno sendiri dengan terpaksa membuat kenyataan kenyataan akhbar yang bodoh yang akhirnya membuatkan ahli yang terlibat jauh hati dan meminggirkan Umno.
Mungkin korang ingat ini perkara remeh yang tidak perlu dirisaukan,tapi aku nak buat sikit matematik bodoh untuk korang lihat apa kemungkinan yang boleh berlaku....
Dari 146,500 perwakilan/calun seramai 1,700 orang didapati berstatus muflis.Jadi kita ambil rata untuk setiap 100,000 ahli Umno akan ada 1,500 orang muflis...kita kalikan 1,500 X 34 untuk 3.4 juta ahli Umno seluruh negara.
Kita akan dapat angka lebihkurang 51,000 ahli Umno yang muflis seluruh negara.
Katakan angka 51,000 ini berkecil hati dan merasakan keberadaan mereka didalam Umno tidak membawa apa apa erti kecuali memenuhi statistik ahli saja dan mula bersikap meminggirkan...?
Ini belum diambil kira lagi berapa ramai ahli keluarga setiap seorang dari 51,000 yang aku anggarkan diatas.Cuba Rauf & The Gang buat congak bodoh...tenguk apa kesannya kepada Umno?
Sebab itu aku marah....
Aku marah bukan sebab aku digugurkan kelayakan menjadi perwakilan.Tapi aku marah kerana BINGAL BINGAL UMNO macam Rauf & The Gang buat kerja tak pakal akal !!!!
No comments:
Post a Comment
Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.
Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.
HARAP MAKLUM
Note: Only a member of this blog may post a comment.