Pages

Ada apa dengan nombor 34 dan 60 ini ? @NajibRazak @tunfaisal


Kedua dua no.34 dan no.60 ini adalah nombor calun bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi dan kedua mereka adalah sahabat aku.Calun No.34 Razali Hussain adalah pemimpin yang langsung tidak dikenali diperingkat nasional dan hanya aktif di peringkat bahagian Ampang manakala Calun No.60 Tun Faisai Ismail Aziz sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.



Kebetulan pada malam pengenalan calun di PWTC lalu aku tak berkesempatan hadhir lalu aku cilok gambar gambar ini dari blog sahabat Amrayy Lensa Assault dan tersenyum bila melihat 2 sahabat aku ini saling bermesra.




Buat Tun Faisal Ismail Aziz rasanya tidak bermasaalah untuk beliau mendaki ketangga MT dengan populariti beliau selama ini apatahlagi setelah tercetus isu penolakan awal kelayakan beliau bertanding tapi kepada sahabat aku Razali Hussain ianya ibarat pendakian Gunung Everest yang penuh kesukaran dan boleh dianggap sebagai MUSTAHIL.


Apakah Sistem Pemilihan Baru yang digembar gemburkan sebagai "peluang terbuka" ini mampu MENGANGKAT pemimpin dikalangan rakyat marhaen saperti Razali Hussain No.34 sebagai MT atau hanya sekadar gula gula angin yang hanya memberi kita rasa dingin walaupun ianya tidaklah dingin?

ATAU....


Ianya hanya sekadar Sistem Syok Sendiri yang akhirnya menyaksikan Penyamun Penyamun Lama tetap menguasai Harta Ahmad Al Bab...


Kepada Saudara Razali Hussain aku sarankan,apakata kau tekan (aku suruh tekan bukan suruh berjudi ya) no 3460 ini 50 Big 50 Small kat mana mana kau suka.Mana tahu nanti kalau kalah pemilihan menang yang lain pulak....kah kah kah.



No comments:

Post a Comment

Memandangkan aku buka platform blog ini kepada Penulis Penulis Jemputan sebagai satu keluarga besar APA maka aku buka kembali ruang komen blog ini untuk anda para pembaca bertukar tukar pendapat tentang artikel yang disiarkan.

Kepada "pencinta pencinta" aku yang memang suka memaki hamun aku selama ini kena tenguk dulu artikel siapa dan penulisnya kerana blog APA kini ada 10 orang penulis tetap.Jangan maki hamun salah orang...maki hamun aku tak apa.

HARAP MAKLUM

Note: Only a member of this blog may post a comment.