The Battle Of Ampang - Part 1...



Hari ini calun calun yang menawarkan diri untuk semua jawatan dalam Umno Bahagian Ampang telah diketahui secara resmi.Kali ini nampaknya pertembungan agak sengit untuk semua jawatan kecuali untuk Ketua Puteri yang aku difahamkan dimenangi tanpa bertanding oleh Haslinda Hois Akbar...tahniah!



Paling sengit perebutan untuk jawatan Ketua Bahagian kali ini menyaksikan pertandingan 5 penjuru diantara penyandang jawatan Dato Ismail Kijo yang bakal dicabar oleh Timbalan beliau Haji Aziz Derus,bekas Adun Bukit Antarabangsa Sdra Azman Wahid,bekas Setiausaha Hj.Yusuff dan Sdra Isa Saidi bekas Umno dan jadi PKR,kemudian bekas PKR jadi Umno semula.

Untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian yang tidak dipertahankan,menyaksikan Naib Ketua Sdra.Sheikh Arzieman akan sama sama berebut jawatan dengan Ketua Pemuda Sdra.Safarizul Mustapha,bekas calun tewas Dun Lembah Jaya PRU13 Datuk Baderihisham Joli dan pendatang baru Datuk Zamberi dalam pertandingan 4 penjuru.

Untuk jawatan Naib Ketua pula kini tinggal 5 penjuru sahaja bila salah seorang menarik diri kerana turut bertanding diperingkat Majlis Tertinggi.Mereka yang akan bertanding jawatan ini adalah calun tewas Dun Bukit Antarabangsa PRU13 Sdra.Nazim,AJK Bahagian Sdra Abu Bakar,AJK Bahagian Sdra Hatta,Sdra Yani  dan Presiden PPIM Datuk Dr.Maamor.

Bagi pertandingan 2 sayap lagi Wanita dan Pemuda akan aku ulas kemudian.Buat kali ini aku akan hanya memfokuskan kepada calun calun untuk jawatan Ketua Bahagian sahaja.Perlu diingat walaupun terdapat beberapa KEM dalam pertandingan kali ini,nampaknya kem kem ini bersatu dalam memastikan Dato Ismail Kijo tidak dipilih semula sebagai Ketua Bahagian oleh para perwakilan.Sehinggakan ada yang memanjat tangga Pejabat Menteri yang juga seorang Naib Presiden meminta YB Menteri agar menasihatkan Dato Ismail Kijo agar tidak mempertahankan jawatannya.


Kat mana mantapnya agaknya ya?

Siapa "penggerak" kepada agenda ini akan aku ulas secara terperinci kelak dan dalam artikel ini aku akan hanya menulis profil setiap calun Ketua Bahagian dengan "mesej tersembunyi" untuk mereka fahami jika mahu memahami sebelum terlewat dan berhadapan implikasinya nanti.

AKU DENGAN INI BERDIRI TEGUH MENYOKONG KEPIMPINAN DATO ISMAIL KIJO SEBAGAI KETUA BAHAGIAN AGAR BELIAU BOLEH MELAKUKAN PERALIHAN KUASA KEPADA PEMIMPIN BARU UNTUK TERUS MEMBAWA OBOR UMNO AMPANG BILA TIBA MASA YANG SESUAI.

JAWATAN KETUA BAHAGIAN


DATO ISMAIL KIJO (Penyandang Jawatan)



Merupakan anak didik Allahyarham Datuk Mufti Shuib yang begitu lama memegang jawatan ini sehingga keakhir ayat beliau.Jadi tidak heranlah Dato Ismail Kijo atau Dato Mail panggilan biasa beliau mewarisi bakat dan cara Allahyarham Dato Mufti dalam berpolitik.Orangnya mudah senyum dan mudah didekati dan payah nak dibaca bila masa dia suka dan bila masa dia benci,bila masa dia bersetuju dan bila masa dia menyanggah pendapat kita.Selama bergaul dengan beliau belum pernah Dato Mail bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat aku tentang seseorang dalam Umno Ampang,bahkan dia hanya akan tersenyum bila aku melontarkan pandangan aku.Ianya saperti memberikan pengertian yang semua lawan itu kawan dan semua kawan itu lawan dalam politik kepada Dato Mail dan dia melakukannya dengan cara terbaik sebagai Ketua Bahagian.

Karier politik beliau penuh dengan ranjau duri dan sepak terajang politik sejak zaman Allahyarham Dato Mufti Shuib menjadi Ketua Bahagian lagi.Politik beliau pernah cuba digelapkan oleh allahyarham bila allahyarham cuba mengangkat menantu beliau Sdra.Azman Wahid (Mantan Adun Bkt Antarabangsa) terutama sewaktu era pemerintahan Abdullah Badawi.Tapi sebagai ahli politik yang di asuh untuk tidak menentang pemimpin yang lebih kanan Dato Mail membiarkan sahaja segala apa yang dilakukan terhadapnya kerana percaya kebenaran pasti mengatasi kebatilan bila Allah mengkehendaki.

Sejak mengambil alih kepimpinan Bahagian atas pemergian Allahyarham Dato Mufti begitu banyak tomahan dan fitnah dilontarkan keatas beliau.Sesetengah fitnah adalah hasil dari gerak kerja "Zaman Mufti" yang masih cuba dinyanyikan oleh orang yang dipertanggung jawapkan Dato Mufti untuk mencetuskannya demi menaikan menantu beliau.Orang yang bertanggung jawap terhadap gerak kerja ini kini masih berada dalam kelompok Umno Bahagian dan dikatakan turut menawarkan diri untuk jawatan Ketua Bahagian.Siapa dan bagaimana pengelibatan individu ini pasti akan aku dedah jika dan bila ada keperluan berbuat demikian kelak,Buat masa ini aku berharap individu tersebut akur akan gerak kerja dia mencetus "Kontrovesi Tanah Kubur"," Isu Tanah Sekolah Agama" dan "Isu Waterfront" dan menarik diri dari bertanding sebelum aku melondehkan beliau.

Jasa Dato Mail yang tidak boleh dilupakan oleh setiap ahli Umno Bahagian Ampang walaupun ada pihak yang mahu menafikannya adalah menyiapkan Bangunan Umno Bahagian Ampang yang ditinggalkan tersadai begitu lama oleh kepimpinan sebelumnya selepas 2 tahun beliau mengambil alih sebagai Ketua bahagian.Perlu diingat bangunan ini tersadai begitu lama tiada kena mengena dengan Dato Mail kerana bukan beliau yang menjadi Pengerusi Pembangunan dari mula bangunan ini dibangunkan sehinggalah ianya tersadai.Bahkan beliaulah orang yang bertanggung jawap menyiapkan nya."Rahsia Sulit" kegagalan bangunan ini berada didalam tangan aku jika ada pihak pihak yang cuba menunding jari kepada Dato Mail dalam kempen perebutan jawatan Ketua Bahagian kali ini.Jadi bertandinglah dengan sihat supaya "RAHSIA" ini kekal sebagai rahsia dan tidak diketahui umum apatahlagi ahli ahli Umno Ampang.

Aku tiada bantahan jika siapa juga individu yang memikirkan mereka layak dan boleh menyumbang untuk Umno Bahagian Ampang dan ingin menawarkan diri sebagai Ketua Bahagian.Tapi pertandingan haruslah sihat dan jangan kaedah fitnah dan tohmahan digunakan bagi menjatuhkan seseorang,lebih lebih lagi terhadap Dato Mail.Jika kaedah ini digunakan aku juga tidak akan teragak agak mendedahkan apa jua rahsia yang ada ditangan aku terutamanya yang melibatkan DANA PRU13 yang begitu hebat diperkatakan di peringkat akar umbi.Jangan orang lain yang sedap sedap makan nangka,Dato Mail pula yang nak dipalitkan getahnya...

Seorang Facebooker yang juga ahli Umno Bahagian Gombak telah mendedahkan secara terperinci tentang DANA PRU13 ini diruang maya 2 minggu sudah dan aku tidak mahu terikut sama melakukan demikian diblog ini kerana ianya adalah "maruah kita" sebagai ahli Umno untuk didedahkan.Tapi janganlah dikaitkan Dato Mail dengan isu dana yang tidak sampai ke akar umbi KERANA ORANG YANG BERTANGGUNG JAWAP MENYIMPAN DAN MENYALURKAN dana ini bukanlah Dato Ismail Kijo saperti yang dihebuh hebuhkan.Jadi kepada Penyimpan Mohor Besar Dana PRU13 Ampang...AWAS!!!.Jangan tersilap percaturan kerana kelak yang akan rugi adalah kamu kerana kamu yang bertanggung jawap dana itu...

Bercakap pasal kekalahan 3-0 dua pilihanraya berturut turut tidak dinafikan ianya menjadi tanggung jawap Ketua sesuatu bahagian Umno dan Dato Mail tidak terkecuali dalam memikul tanggung jawap ini.

Tetapi...

Adakah Dato Mail selaku Ketua Bahagian seorang sahaja harus dipersalahkan untuk kekalahan ini?

Apakah kekalahan ini secarat total 100% kesalahan Dato Mail?Apakah kepimpinan Bahagian Ampang tidak turut bersalah?Apakah pemilihan calun calun yang membelakangi aspirasi kepimpinan Bahagian bukan turut menjadi faktor penyumbang kekalahan?Apakah Najib Razak selaku Ketua Perhubungan Negeri,Noh Omar sebagai Timbalan beliau dan Zin Badak sebagai Pengarah Strategik beliau tidak turut bertanggung jawap terhadap kekalahan ini?

Ini belum lagi diambil kira faktor sabo secara senyap calun yang patut dipilih tetapi tidak terpilih dan jentera Barisan Nasional Ampang yang tidak bergerak secara full capacity.Belum dikira juga sumbangan suam suam kuku komponen BN MCA,Gerakan,MIC dan lain lain.

Kalau kita rangkumkan SEMUA FAKTOR yang aku sebut diatas,adakah kekalahan 3-0 BN/UMNO PRU13 adalah 100% kesalahan Dato Ismail Kijo?

Renungkan wajah wajah yang ingin mencabar Dato Ismail Kijo kali...


1. Tuan Hj.Aziz Derus Timbalan Ketua - Dimanakah beliau semasa semua gerak kerja PRU13 berjalan.Beliau berada di Ampang atau di London?Kalau beliau berada di Ampang bersama jentera Umno tidak kah beliau turut GAGAL bersama Dato Mail menawan Ampang dari Pakatan Rakyat?

Hj.Aziz juga merupakan Penyelaras Dun Bukit Antarabangsa 2008-13 yang mana tidak sekalipun dalam tempuh 5 tahun itu dia "mencemar duli" turun padang melakukan aktiviti sebagai seorang Penyelaras yang dilantik Perdana Menteri walaupun dibayar elaun khas.Apakah orang saperti ini yang Umno Ampang mahukan sebagai Ketua Mereka?

Hebuh diperingkat akar umbi tentang DANA yang tidak sampai atau tidak cukup disampaikan kepada Jentera Pilihanraya dan orang yang "bertanggung jawap" sepenuhnya terhadap hal ini adalah Tuan Haji Aziz Derus.Jadi kalau ada yang masih tidak berpuas hati bab DANA ini sila berjumpa dengan beliau dan bukan Dato Ismail Kijo.

"Kini peluang terbuka luas untuk membariskan semula kepimpinan baru UMNO Bahagian Ampang. Jawatan Ketua Bahagian yang disandang oleh Ismail Kijo kini dicabar oleh timbalannya sendiri, Aziz Derus yang lebih dikenali sebagai Abang Aziz." - ini petikan tulisan seorang sahabat blogger yang kononya "ingin membariskan kepimpinan baru" untuk Umno Ampang.

Apakah "Abang Aziz" mampu menyuntik semangat baru?

Jadi kepada para perwakilan...mahukah anda Hj.Aziz Derus menggantikan Dato Ismail Kijo?


2. Sdra Azman Wahid - Beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Ampang dalam PRU12 2008 dan tewas kepada pendatang baru PKR Zuraida Mak Lampir.Apa yang disumbang Sdra Azman untuk PRU13 lalu dalam memastikan Mak Lampir tumbang?Ada?Kalau ada baguslah..beerti beliau tidak lebih tidak kurang GAGAL macam Dato Mail dan Aziz Derus...bukan begitu?

Sdra Azman orangnya memang mudah senyum dan peramah.Tetapi sejak kalah dalam pemilihan bahagian dan kalah dalam PRU12 beliau lebih suka berada di backseat dalam program program Umno Bahagian.

Sama ada beliau merasa tersisih atau sengaja menyisihkan diri aku tak pasti,tapi sebagai orang yang pernah diangkat sebagai Adun dan pernah dicalunkan untuk Parlimen Ampang adalah wajar bagi beliau untuk menyumbangkan tenaga dan buah fikiran walaupun tidak lagi bergelar Yang Berhormat atau memegang sebarang jawatan tinggi dalam Bahagian.

Sekadar menjadi penonton tepi padang dalam gerak kerja Umno Bahagian amatlah tidak wajar bagi seorang yang pernah diangkat oleh ahli Umno dan pengundi Ampang menduduki kerusi Yang Berhormat.Apakah ini sikap sebenar seorang PEMIMPIN bila tidak berpangkat atau kalah bertanding maka tiada lagi TANGGUNG JAWAP terhadap parti dan masyarakat?

Jadi kepada perwakilan yang mungkin memikirkan untuk memilih beliau sebagai Ketua Bahagian,apakata anda semua berfikir sejenak apa yang dah disumbangkan Azman Wahid sewaktu bergelar YB dan apa yang disumbang beliau selepas tidak lagi bergelar?



3. Isa Saidi - Dikatakan pernah keluar Umno untuk menyertai PKR dan kemudian nya kembali kepangkuan Umno.Apakah Umno sanggup menerima "spesis lompat lompat " sebagai Ketua Bahagian?Jadi aku tak banyak nak tulis pasal calun ini sebab pada aku dia LANGSUNG TAK RELEVAN kepada Umno walau dimana dia bernaung.Cuma aku nak dia cuba mengingati kata kunci ini...."Kontrovesi Tanah Kubur","Tanah Sekolah Agama" dan "Waterfront" serta Arwah Dato Mufti....

Jadi kalau ada yang mula berkenan kat PKR bolehlah pilih saudara kita ini kot kot dia boleh lompatkan Umno Bahagian Ampang menjadi Cabang Parti Keadilan Rakyat pulak nanti kalau ada yang tak berkenan dihati dia nanti.

Dia pernah lompat sana lompat sini jadi apa yang menghalang dia untuk lompat lagi selepas ini?

4. Haji Yusuff Abd Rahman (Gambar tiada) adalah bekas Setiausaha Bahagian yang aku tidak pasti apa status beliau kerana tiba tiba sahaja menghilangkan diri sejak awal tahun 2011.Aku tak pasti apa yang berlaku antara beliau dan Umno Bahagian tetapi dikhabarkan beliau "merajuk" diri.Apa yang dirajuk beliau aku tak pasti tapi tempat beliau digantikan oleh Sdra Jazman sehingga hari ini.

Tiba tiba kali ini Hj Yusuff muncul menjadi salah seorang pencabar kepada jawatan Ketua Bahagian.Apa motif beliau hanya beliau seorang sahaja yang tahu dan aku tak boleh komen lebih,yang aku pasti setiap kali bersalam dengan beliau akan melekat bau minyak atar ditangan...itu aku boleh guarantee...he he.

Jadi kesimpulan nya...

Adakah 4 calun yang menawarkan diri ini LEBIH BAIK dari Dato Ismail Kijo?

Apakah pengalaman yang ada pada kesemua mereka cukup untuk memacu Umno Bahagian Ampang ketahap lebih tinggi,lebih baik dan lebih bermaruah dari yang ada sekarang?

Siapakah diantara mereka yang mempunyai HUBUNGAN BAIK diperingkat Nasional dan senang untuk berurusan dengan Perdana Menteri?

Kalau sekadar ingin melakukan perubahan tapi kita tak pasti apakah perubahan itu untuk penambahbaikan dari yang sedia ada,ada baiknya kita kekalkan Dato Ismail Kijo dan kita lakukan perubahan diperingkat Timbalan Ketua dan kebawah.Mengapa perlu ditebang pohon yang sedia ada sedang benih baru yang ingin kita tanam belum tentu akan hidup untuk merendangkan kita dari terik matahari.

KENAPA TIDAK KITA SULAMKAN ANTARA POHON YANG LAMA DAN POHON YANG BARU YANG MAHU KITA TANAM AGAR BILA TIBA MASANYA KITA PERLU MENEBANG POHON YANG LAMA...POHON BARU YANG KITA TANAM SUDAH HIDUP SUBUR UNTUK KITA TUMPANG BERTEDUH MENGGANTIKAN POHON YANG LAMA...

BUKAN KAH BEGITU KITA SEPATUTNYA LAKUKAN?

4 comments:

Anonymous said...

Mantan YB. Tuan Azman Bin Wahid pernah mengusahakan
1.
pembinaan Masjid di Bukit antarabangsa dan sekarang tersergam indah diatas Bukit Antarabangsa yg kininya diguna pakai oleh seriap lapisan masyarakat Islam dan pelbagai Program Keagamaan dijalankan disitu..

2.
Menyelesaikan masalah Banjir di Taman Perumahan di Taman Nirwana sebelum siapnya Masjid Al-Mustaqim Taman Nirwana..antara masalah yg kian membelenggu masyarakat disitu apabila berlaku hujan luar jangkaan maka banjir akan sering berlaku disitu...dan masalah telah diselesaikan pada ketika Mantan YB menjadi wakil rakyat Dun Bukit Antarabangsa.

3.
Menyelesaikan masalah rumah setinggan Kg. Berembang yang kini dapat duduk rumah Pangsapuri Berembang Indah dalam keadaan yg selesa...

Anonymous said...

Jangan lah kerana dia bukan lagi wakil rakyat dan bukan dikalangan ahli jawatankuasa bahagian masih dikalangan kamu mengandaikan mantanYB. Tuan Azman tidak ada sebarang jasa dan pengorbanan. Mantan YB. Tuan Azman sudah pun dihukum....tiada semua manusia tidak melakukan kesalahan....kpd penulis blog...bersikap adillah anda...berjumpa lah kedua-dua belah pihak agar dapat maklumat dan fakta yg sebetulnya.........walaupun dia bukan lagi wakil rakyat tetapi dia memberikan sumbangan yang besar dlm pilihanraya PRU-13 , apabila PDM beliau menang disemua saluran di Sekolah Menengah Taman Keramat..."Apabila org UMNOBhg tak lawa, dia pun tak kisah"....tapi dia masih org parti dan tidak lompat parti......dia masih juga masih menganggap Dato Ismail Kijo sebagai Ketua UMNO Bahagian Ampang.

Wan Play Play said...

Tuan Blogger, saya tertarik dengan calun KBU Ampang no.3 itu yang dikatakan menyertai PR pada PRU12 lalu dan menjadi orang kanan Mak Lampir yang masyhur itu. Pastinya calun ini amat aktif melebihi Datuk Chong Wei Badminton no.1 dunia itu yang pandai melompat dan smash. Disebabkan tersalah smash muka Mak Lampir, terdengar dia kena terajang masuk longkang diAmpang Jaya, dan kembali dengan gahnya kepada UMNO Ampang, walaupun dengan ekornya tersepit dicelah kangkang.

Musykhilnya hamba : Dikatakan UMNO itu teramatlah ketat disiplin dan tatatertibnya yang diketuai oleh YM Tengku Raja itu, sehinggakan jika ada yang melompat2 tak tentu arah waima saperti katak pun akan diambil tindakan pancung atau gantung seumur hidup, apatah lagi jika bersubahat menderhaka kepada parti.

Dalam kes calun no.3 yang gah itu, adakah Raja tatatertib UMNO amat berlembut, atau terlepas pandang atau ada pertalian darah raja dengan baginda yang menyebabkan calun itu terlepas dari gantungan.

Hamba juga masih ingat kata-kata tuan blogger beberapa purnama dahulu, untuk dilihat oleh UMNO sebagai pahlawan Melayu perkasa, ada kelebihannya jika berkelana bersama musuh Melayu (PR), menikam curi, meracun rakyat menentang pemerintah, kemudian menyusup masuk UMNO diangkat sebagai wira...layak merebut KBU atau MT.

Tapi hamba juga atas sifat manusia lemah dan mudah diperdaya, pernah membenar dan memberikan selimut untuk seorang yang berwatak alim tidur dimesjid, mengharapkan ianya membawa berkat menhidupkan Rumah Allah itu pada malamnya. salah hamba terlupa bahawa dimesjid itu juga ada jam, PA sistem dan tabung duit..Tuan Blogger bayangkan bila subuh tiba, kariah semua tak dapat dengar azan sebab PA sistem,jam dan tabung telah hilang bersama watak alim tadi. Yang tinggal hanya selimut dan perasaan BBOOODOOWWW hamba.

Ampangmali said...

Tuan Blogger..Jasa Mantan YB adalah atas tugas sebagai wakil rakyat, bukan sebagai Ketua Umno Bahagian. Calun-calun yang tengah syok layan mimpi tu semua tak pernah berjasa sebagai Ketua Bahagian melainkan Ketua Bahagian sekarang.

Tapi kalau atas alasan untuk memenuhi mimpi masing-masing, bukanya untuk kepentingan Melayu dan parti, amatlah bahaya dan membimbangkan, terutama tanpa ketokohan yang kuat untuk menghadapi PRU14 akan datang.

Kalaulah ada ujian kelayakan, temuduga atau latihan tubi kan bagus jika dapat dibuat sebagai penanda aras kelayakan. Tidaklah semata mata terpesona dengan kepetahan memutar kata-kata, janji manis dan silap mata.

Jom Balun Kiri Kanan Atas Bawah

SEJARAH KERAJAAN KEDAH TUA

Penulisan Luar Kotak Pemikiran Biasa

GADGET CORNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER

BLOGLIST APA - SILA KLIK BANNER
SEMUA LINK SAHABAT BLOGGERS APA BERADA DALAM BLOGLIST INI..SILA TINGGALKAN KOMEN DI APA BLOGLIST JIKA ADA BLOG YANG TERCICIR UNTUK DIMASUKAN
Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts